Anda di halaman 1dari 6

Adik-adik sekarang pejamkanlah mata kalian, hilangkan segala kekusutan yang

ada dalam diri, tarik nafas dalam-dalam, hembuskan dengan perlahan, tarik
nafas sekali lagi.hembuskantarik..hembuskan
Gapai tangan ibu atau bapa jika mereka berada di sebelah anda
(MUZIK SEDIH)/(LAGU AYAH DAN IBU)
Sekarang cuba bayangkan wajah ayah dan ibu, fikirkan seketika pengorbanan
yang mereka lakukan kepada kamu. Betapa besarnya kasih ayah dan ibu kepada
kamu. Kasih sayangnya bermula sejak dari rahim ibu, walau peritnya
mengandungkan kamu, cinta dan kasih sayang mereka tidak pernah padam,
terlalu banyak rintangan yang ditempuh hanya kerana kamu yang bergelar anak.
Dalam keriangan membesarkan kamu, ayah dan ibu bersengkang mata,
mengerah kudrat, melakukan pelbagai kerja selagi terdaya agar anak mereka
tidak merasai keperitan hidup yang penuh pancaroba.
Adk-adik cuba bayangkan ayah tetap ke laut dengan luka di tangan menarik
pukat tak henti-henti, sedang ibu bertungkus lumus di rumah menjaga adik,
menyediakan makan minum, membasuh pakaian demi anak-anak tersayang.
Kamu ditatang bagai minyak yang penuh, seekor nyamuk pun tak dibenarkan
menghampiri kamu. Hidup kamu memang tidak mewah dengan harta, makan
minum serba kekurangan, ada ketikanya kamu sekeluarga terpaksa makan
berlaukkan garam. Sebagai anak yang tidak mengenal erti keperitan hidup,
kamu sering merungut. Ibu, Kenapa makanan kita sikit, saya tidak kenyang
la. Tapi ibu segera memujuk. Ketika makan ibu memindahkan nasinya ke
pinggan kamu lalu berkata makanlah nakibu tidak lapar. Kamu tahu ibu
lapar tapi kamu tidak peduli asalkan perut kamu terisi, asalkan kamu mendapat
apa yang kamu mahukan. Selepas selesai makan terus kamu turun untuk
bermain dengan kawan-kawan, meninggalkan pinggan nasi yang bersepah
untuk ibu kemaskan.

Sungguhpun kehidupan kamu tidak semewah mana, ibu dan ayah masih mampu
menyekolahkan kamu. Setiap hari ayah dan ibu giat berdoa semoga kamu
Berjaya dalam pelajaran. Alhamdulillah berkat doa ibu kamu Berjaya dengan
cemerlang dan meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Masa kian berlalu
pergi kamu mula berjinak dengan dunia luar, belajar melakukan sesuatu
mengikut kata hati, kawan merokok, kamu pun merokok. Resah hati ibu melihat
kamu berubah. Pun begitu hati kecil seorang ibu tetap memahami. Kamu baru
mengenal dunia luar dan ibu terus berdoa.
Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah cahaya hidayah kepada anak ku,
lindungi lah anak ku dari segala macam bahaya yang ada. Ya Allah Yang Maha
Esa, berkatilah ilmu di dada anak ku agar ia menjadi orang yang berguna
suatu masa kelak.

Suara dalam keadaan marah


kamu telah aibkan ibu dan ayah kamu, kamu malukan mereka, kamu anak
derhaka
Tidak standing rasanya pengorbanan seorang ibu untuk anak yang menderhaka
seperti kamu. Kamu telah hancurkan hatinya. Entah kenapa ajaib sekali, ibu
tidak pernah menyalahi kamu malah ibu dan ayah masih bertungkus lumus
mencari nafkah untuk membiayai persekolahan kamu. Ibu dan ayah turuti
kehendak kamu dengan harapan dapat menaikkan semangat kamu untuk belajar.
Tapi Kamu Enjoy
Bila ibu menegur, kamu melawan, kamu menjerit
DIAMLAH, JANGAN MENYIBUK HAL ORANG.

Sungguhpun kamu calari hati tuanya, ibu tetap berdoa agar kamu menjadi anak
yang soleh dan solehah.

Sehinggalah suatu hari, ibu sakit tenat, tetapi kamu masih sibuk dengan hal
sendiri. Bermain dengan rakan tak henti-henti tanpa mempedulikan ibu yang
sedang sakit tenat. Dalam keadaan nazak, ibu menghadiahkan kamu senyuman
biarpun agak kaku kerana menahan sakit. Saat itu baru kamu merasakan sebak
di dada. Air mata berlinangan di pipi. Kamu mencium tangan ibu, kamu kucup
pipi dan dahinya
Tapi untuk apa?
Kamu terlalu banyak menyakiti hati ibu
Kamu calari jiwanya
Untuk apa lagi? Untuk apa?
Dalam saat sakit hidupnya ibu masih mampu tersenyum dan berkata, Jangan
Menangis nakibu tidak sakit Setelah mengucapkan kata-kata itu, ibu
menutup matanyaibu telah pergi menghadap ilahi
Wahai adik-adik ku yang disayangi, kamu bertuah kerana masih mempunyai ibu
dan ayah, kamu masih boleh memeluk dan mencium mereka, masih boleh
mengadu dan bergurau senda, tekadkan azam di hati kamu, sematkan amanah
mereka erat-erat. Genggamlah tangan kamu, Tarik ke dadaMarilah lafazkan
ikrar ini bersama-sama..
Ayah.ibu
Diri ini adalah amanahmu
Dengan ini berjanji
Sesungguhnya,

Aku akan berpegang pada ajaranmu,


Aku akan ingat dan genggam amanahmu
Biar pahit yang harus ditelan
Aku akan cuba sedaya upaya
Di dunia dan di akhirat
Aku berjanji
Kerana aku adalah juaramu, ayah ibu.

Moga ikrar ini sentiasa mekar dihati, Balik nanti pohonlah kemaafan pada ayah
dan ibu, andai ada keterlanjuran kamu dalam bersuara, andai ada kekasaran
kamu, ingatlah syurga itu di telapak kaki ibu. Pohonlah kemaafan.

Adik-adikku buka la matamu dengan keinsafan..


Adik-adikku lihatlah wajah insan-insan di hadapan mu sekarang ini, wajahwajah insan yang yang bernama guru,a pa pun pangkatnya dan bidangnya
....dialah yang memberi tunjuk ajar, membimbing dan mendidik kita tanpa
kenal erti putus asa dan jemu. Jika hari ini lahirnya seorang raja yang menaiki
takhta adalah kerana guru, lahirnya perdana menteri yang berkuasa hari ini
adalah kerana seorang yang bergelar guru. Malahan ulama terkemuka ilmuan
terbilang semuanya lahir dari tangan seorang guru. Gurulah yang dengan tekun
sabar nya mengajar kita menulis dan membaca. Seusia 5 tahun kita telah kenal
siapakah guru. Merekalah yang telah memperkenalkan abc 1 2 3 kepada kita.
Guru jugalah yang membentuk peribadi insan cemerlang. Mereka tidak pernah
jemu mencurah ilmu walaupun dalam kepayahan, mereka sanggup menjadi lilin
yang membakar diri bagi menerangi suasana walaupun mereka sendiri sengsara.
Tiada apa yang diharapkan oleh seorang guru melainkan melihat pelajarnya
menjadi insan yang berbudi dan berakhlak mulia. Begitulah tingginya martabat

profesion perguruan. Kejayaan kalian merupakan hadiah paling bermakna buat


kami semua.

Dalam proses pendidikan semua guru memainkan peranan yang sangat penting
untuk memastikan anak didiknya mencipta kejayaan yang cemerlang. Seperti
mana tingginya harapan ibu bapa terhadap anaknya begitu jugalah guru-guru.
Semoga dengan kesempatan yang diberikan ini kita sama-sama memanfaatkan
peluang untuk bertemu muka, bermaafan memohon restu dan keberkatan atas
apa jua ilmu yang telah dicurahkan selama ini. Kita percaya walau apapun
bangsa, agama atau rupa kulit pelajar, semangat kejayaan tetap kami iringkan
dalam setiap doa kami kerana kejayaan merupakan hadiah yang paling bernilai
dalam diari hidup seorang insan yang bergelar guru. Kami tidak pernah
mengimpikan emas bertimbun duit menggunung sebagai balasan tapi apa yang
kami harapkan adalah kalungan kejayaan daripada kalian dan rasa hormat
kepada kami. Ingatlah para pelajar yang dikasihi bahawa kejayaan kalian itulah
yang memberi sinar kebahagiaan dan senyuman buat kami.

Anak-anak yang dikasihi,


Selain kami guru-guru yang mengharapkan kejayaan kalian, ibu bapa kalian
juga turut mengharapkannya. Ingatlah anak-anak sekalian kejayaan yang
dirangkul oleh kalian adalah hadiah dan kepuasan yang bermakna dalam hidup
kami ibu bapa. Kami tidak mengharapkan anak-anak membayar segala
pengorbanan dan jerih perih kami dalam mencari rezeki membesarkan kalian.
Hanya satu anak2, hanya satu iaitu kejayaan kalian menghilangkan segala
kepenatan itu. Anak-anak mohonlah restu dari gurumu agar sepanjang tempoh
peperiksaan dan sepanjang hidupmu semoga dirahmati oleh tuhan yang esa.

________________________________________________________________

Dengan ini majlis mempersilakan, para guru mengambil tempat dengan berbaris
lurus dimulakan oleh tuan pengetua, barisan pengurusan, guru guru yang
mengajar tingkatan 5 dan 6, dan seterusnya barisan guru-guru.
Untuk makluman, sekalian selepas ini kita akan beredar untuk bersembahyang
dan berdoa menurut kepercayaan agama masing-masing.
Kepada ibu bapa dan pelajar Islam dipersilakan ke surau. Yang beragama
Kristian sila tunggu di dewan harmoni dn yang bukan beragama Kristian sila ke
bilik gerakan
Sebagai permulaan dipersilakan pelajar-pelajar dan ibu bapa pelajar tingkatan
__________ .
Dan di ikuti oleh kelas seterusnya __________________
Seterusnya kelas
Seterusnya kelas
Seterusnya kelas

________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai