Anda di halaman 1dari 4

Skrip Malam Penghayatan

SKRIP PENGHAYATAN MALAM Kem Komandan akan sengaja memarahi murid dengan
menyatakaan bahawa mereka adalah murid yang tidak bertanggungjawab..
Guru kecewa dengan komitmen yang ditunjukkan sepanjang programTanya apa tujuan murid
menghadiri perkhemahan ini?
Tanya seorang atau dua orang murid. Jika seorang murid menjawab datang untuk menimba
ilmu..katakan kepada mereka TIPU. Kemudian tnya pelajar lainJika pelajar menjawab
katakan lagi kepada mereka KAMU HIPOKRIT.
Selepas itu kem komandan akan memanggil seorang pelajar dan bertanya adakah kamu tidak
puas hati dengan saya.. Jika pelajar tersebut menjawab TIDAK maka hemburannya ialah
KAMU HIPOKRIT.
Jika pelajar menjawab YA, kem komandon akan mengucapkan terima kasih dan hemburannya
ialah SAYA SUKA KAMU, KAMU SEORANG PELAJAR YANG JUJUR.
Sesi rasa sedih dan keinsafan bermula secara perlahan-lahan.
Kem Komandan akan menenangkan pelajar dan memberitahu apakah motif berbuat demikian.
Nasihat turut diberikan.
Assalamualaiakum adik2 yang dikasihi. Alhamdulillah dapat kita sama-sama berkumpul pada
malam yang indah ini, duduk bersama-sama menikmati kebesaran ciptaan tuhan yang maha
esa. Lihat la di luar sana, pada bintang diangkasa, pandanglah bulan yang menerangi langit
malam, betapa indahnya ciptaan Tuhan.
(Tutup lampu-biarkan suasana dalam keadaan gelap)
Adik-adik sekarang pejamkanlah mata kalian, hilangkan segala kekusutan yang ada dalam diri,
tarik nafas dalam-dalam, hembuskan dengan perlahan, tarik nafas sekali lagi.hembuskan
tarik..hembuskan
(Lagu Instrumental Sedih)
Sekarang cuba bayangkan wajah ayah dan ibu, fikirkan seketika pengorbanan yang mereka
lakukan kepada kamu. Betapa besarnya kasih ayah dan ibu kepada kamu. Kasih sayangnya

bermula sejak dari rahim ibu, walau peritnya mengandungkan kamu, cinta dan kasih saying
mereka tidak pernah padam, terlalu banyak rintangan yang ditempuh hanya kerana kamu yang
bergelar anak.
Dalam keriangan membesarkan kamu, ayah dan ibu bersengkang mata, mengerah kudrat,
melakukan pelbagai kerja selagi terdaya agar anak mereka tidak merasai keperitan hidup yang
penuh pancaroba.
Adik-adik cuba bayangkan ayah yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah.. kudratnya
yang sedikit demi sedikit dimamah waktu, betapa besarnya pengorbanan ayahmu.. biar terik
panas mengores pipi ayahmu namun ayah mu mampu tersenyum demimu anakku.. sedang ibu
bertungkus lumus di rumah menjaga adik, menyediakan makan minum, membasuh pakaian demi
anak-anak tersayang. Setiap kepayahan, keperitan dan kesengsaraan mereka tidak terukir di
wajah ayah dan ibumu.. apa yang sebaliknya adalah senyum tanda sayang yang tidak terhingga
buatmu... Kamu ditatang bagai minyak yang penuh, seekor nyamuk pun tak dibenarkan
menghampiri kamu. Hidup kamu memang tidak mewah dengan harta, makan minum serba
kekurangan, ada ketikanya kamu sekeluarga terpaksa makan apa sahaja demi hidup.
Sebagai anak yang tidak mengenal erti keperitan hidup, kamu sering merungut. Ibu, Kenapa
makanan kita sikit, saya tak kenyang la. Tapi ibu segera memujuk. Ketika makan ibu
memindahkan nasinya ke pinggan kamu lalu berkata makanlah nakibu tidak lapar. Kamu
tahu ibu lapar tapi kamu tidak peduli asalkan perut kamu terisi, asalkan kamu mendapat apa
yang kamu mahukan.
Mak.. ayah.. kenapa mak dan ayah tak seperti keluarga yang lain.. kaya.. mewah... saya malu
mak.. ayah.. cuba la mak dan ayah seperti mereka.. apa yang mampu ibu dan ayah mu tunjukkan
adalah senyuman.. mengharapkan agar anak sedar dan tahu setiap pengorbanan mereka.
Selepas selesai makan terus kamu turun untuk bermain dengan kawan-kawan, meninggalkan
pinggan nasi yang bersepah untuk ibu kemaskan. Sungguhpun kehidupan kamu tidak semewah
mana, ibu dan ayah masih mampu menyekolahkan kamu.

Setiap hari ayah dan ibu tidak pernah putus berdoa semoga kamu Berjaya dalam pelajaran,
mengejar impian yang satu hari nanti akan mengubah hidup keluarga mereka. Alhamdulillah
berkat doa ibu kamu Berjaya dengan cemerlang dan meneruskan pelajaran ke sekolah
menengah. Masa kian berlalu pergi kamu mula berjinak dengan dunia luar, belajar melakukan
sesuatu mengikut kata hati, kawan merokok, kamu pun merokok, kawan ponteng, kamu pun
ponteng, semua perkara yang tidak didik oleh ibu dan ayah kamu ikuti.. Resah hati ibu melihat
kamu berubah bagaikan baru semalam dirimu lahir dalam hidupku.. namun kini berubah sekelip
mata. Biarpun begitu hati kecil seorang ibu namun tetap memahami tidak pernah menyalahkan
kamu... ibu tetap bersangka baik terhadap kamu...ooo.. Kamu baru mengenal dunia luar dan ibu
terus berdoa. Ya Tuhanku, berikanlah cahaya hidayah kepada anak ku, lindungi lah anak ku dari
segala macam bahaya yang ada. Yang Maha Esa, berkatilah ilmu di dada anak ku agai ia menjadi
orang yang berguna suatu masa kelak.
Suara Kem Komandan
Kamu telah aibkan ibu dan ayah kamu, kamu malukan mereka, kamu anak derhaka Tidak
standing rasanya pengorbanan seorang ibu untuk anak yang menderhaka seperti kamu. Kamu
telah hancurkan hatinya. Entah kenapa ajaib sekali, ibu tidak pernah menyalahi kamu malah ibu
dan ayah masih bertungkus lumus mencari nafkah untuk membiayai persekolahan kamu. Ibu dan
ayah turuti kehendak kamu dengan harapan dapat menaikan semangat kamu untuk belajar. Tapi
Kamu Enjoy Bila ibu menegur, kamu melawan, kamu menjerit DIAMLAH, JANGAN MENYIBUK
HAL ORANG. Sungguhpun kamu calari hati tuanya, ibu tetap berdoa agar kamu menjadi anak
yang baik pada suatu hari nanti...
Sehinggalah suatu hari, ibu sakit tenat, tetapi kamu masih sibuk dengan hal sendiri. Bermain
dengan rakan tak henti-henti tanpa mempedulikan ibu yang sedang sakit tenat. Dalam keadaan
nazak, ibu menghadiahkan kamu senyuman biarpun agak kaku kerana menahan sakit. Saat itu
baru kamu merasakan sebak di dada.
Air mata berlinangan di pipi. Kamu mencium tangan ibu, kamu kucup pipi dan dahinya Tapi
untuk apa? Kamu terlalu banyak menyakiti hati ibu Kamu calari jiwanya Untuk apa lagi? Untuk

apa? Dalam saat akhir hidupnya ibu masih mampu tersenyum dan berkata, Jangan Menangis
nakibu tidak sakit Setelah mengucapkan kata-kata itu, ibu menutup matanyaibu telah pergi
menghadap ilahi
(Lagu Untuk mu Ibu)
Wahai adik-adik ku yang disayangi, kamu bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah, kamu
masih boleh memeluk dan mencium mereka, masih boleh mengadu dan bergurau senda,
tekadkan azam di hati kamu, sematkan amanah mereka erat-erat. Genggamlah tangan kamu,
Tarik ke dadaMarilah lafazkan ikarar ini bersama-sama.. Ayah.ibu Diri ini adalaah amanahmu
Dengan ini berjanji Sesungguhnya, Aku akan berpegang pada ajaranmu, Aku akan ingat dan
genggam amanahmu... amanah yang aku tidak sia-siakan selama ini... Berjanji dengan rakanmu...
gurumu... ibu bapamu... kepada Tuhanmu... aku akan menjadi insan yang berguna.. berguna
untuk keluargaku.. untuk bangsaku.. untuk negaraku... tiada yang lebih dari itu yang aku mahu..
Anakku... Sesungguhnya masa itu merugikan kamu.. bagi kamu yang lalai dan alpa.. pasangkan
niat dan kekutan hatimu untuk mencapai azam yang diinginkan... Biar pahit yang harus ditelan Aku
akan cuba sedaya upaya Di dunia dan di akhirat Aku berjanji Kerana aku adalah juaramu, ayah
ibu. Moga ikrar ini sentiasa mekar dihati, Balik nanti pohonlah kemaafan pada ayah dan ibu, andai
ada keterlanjuran kamu dalam bersuara, andai ada kekasaran kamu, ingatlah syurga itu di telapak
kaki ibu. Pohonlah kemaafan. Adik-adikku buka la matamu dengan keinsafan..

Anda mungkin juga menyukai