Anda di halaman 1dari 1

ASPIRASI PENGHIJRAHAN

Di setiap detik waktu


Ku dambakan restu dariMu
Dan dalam setiap doa yang ku
bentang
Ku mohon limpahan kasih sayang
Agar teranglah jiwa dari gelap
gelita
Dan tenanglah hati dari
kekalutan duniawi….

Di setiap langkah ini


Ku mohon agar Engkau
memberkatiku
Moga perjuangan hijrah ku kali
ini
Bukan hanya mimpi
LALU… di sepanjang perjalanan
Ku bekalkan mustakim
pengorbanan
Dan sadik sebuah keikhlasan…

Dan di setiap hela nafas


Tunjukkan rasa ihsan dan belas
Justeru, turunkan aku hujan
hidayahMu
Hulurkan pelangi rahmat Mu
Kerana sesungguhnya tanpa Mu
Aspirasi hijrahku, bagai beradu
Di atas hamparan semalu….

Anda mungkin juga menyukai