Anda di halaman 1dari 5

Acara sukaneka sempena Hari Keluarga JKR Tawau 2019

1. Bawa Bola Dengan sudu


Bahan diperlukan :Sudu plastik,bola ping pong

Kanak-kanak akan bermain dengan berlari mengambil sudu dan


bola plastik kecil yang disediakan. Kemudian, bola diletakkan di
atas sudu dan kanak-kanak dikehendaki membawa sudu dengan
mulut. Kumpulan mana yang sampai dahulu, dia dikira
pemenang.

2. Isi Air Dalam Botol


Bahan diperlukan :Botol ,span

Senarai acara sukaneka kanak-kanak yang satu ini sangat menarik.


Span diberi kepada setiap kumpulan. Mereka akan masukkan span
dalam baldi kemudian berlari ke depan untuk perah span dan
masukkan air di dalam botol besar. Serahkan span kepada kawan,
kawan akan lakukan hal yang sama. Air dalam botol yang paling
banyak akan membuatkan kumpulan itu dikira sebagai pemenang
3. Lari Bawa belon/Dewasa

Barang yang diperlukan:Belon,Pam Belon

Semua kumpulan akan di bahagi dua.


Setiap kumpulan akan diberi 3 belon. Letakkan 2 biji belon di
bahagian ketiak, dan sebiji belon di celah kangkang
Orang pertama akan berlari sambil membawa belon dan
memindahkan belon kepada pasangan .
Kumpulan yang pertama selesai di kira sebagai pemenang.

4. Acara passing gelang getah menggunakan straw

Bahan diperlukan : Straw,gelung getah

Peserta beratur dalam kumpulan .Masing-masing menggigit straw.


Peserta pertama akan memindahkan gelung getah ke straw
peserta seterusnya tanpa menggunakan tangan. Kumpulan yang
dahulu memindahkan straw kepada peserta terakhir dikira
pemenang. Sekiranya gelung getah jatuh ,permainan hendaklah
dimulakan dari peserta pertama.

5. Belon beracun
Bahan diperlukan :Belon , baldi dan air

Peserta akan memindahkan belon berisi air dari peserta


pertama hingga kepada peserta terakhir secara membelakang.
Pemenang akan dikira melalui kepantasan dan bilangan belon
yang selamat dipindahkan ke dalam baldi.
6. Tiup Belon
Bahan diperlukan :Belon

Peserta akan meniup belon sampai pecah dan berlari ke


garisan penamat .Peserta yang pertama sampai ke garisan
penamat akan dikira sebagai pemenang.

7. Big Baby/Dewasa
Bahan yang diperlukan : Botol susu, Air Bikorbanat

Peserta akan diberikan botol susu yang berisi minuman.Peserta


yang pertama menghabiskan “susu”nya dikira sebagai
pemenang.

8. Sayang sayang belon ku sayang/Dewasa


Bahan yang diperlukan : Belon

Peserta akan bermain secara berpasangan.Belon yang berisi air


akan dilambung ke arah pasangan, pasangan akan menyambut
dan berusaha mengelakkan belon tersebut daripada
pecah.Jikalau belon pecah,peserta tersingkir daripada
permainan.
Bil Bahan diperlukan Anggaran
perbelanjaan
1 Sudu plastik 1 set x RM5
2 Bola Ping Pong

3 Baldi 10 buah baldi


kecil(RM50)
4 Span 3 Pek (RM30)
5 Belon 5 Pek(RM50)
6 Pam Belon

7 Straw plastik 1 Pek(RM2)


8 Gelung Getah 1 Pek(RM2)
9 Botol susu 10 Botol
10 Air Kotak 6 Kotak(RM36)

Anda mungkin juga menyukai