Anda di halaman 1dari 6

BIDANG : AQIDAH KSSR Pendidikan Islam Tahun 2 (Semakan)

TEMA : RUKUN IMAN 2.3 Mengimani Konsep Malaikat dan


Mengaplikasi dalam Kehidupan
( BERIMAN KEPADA MALAIKAT ) Seharian
TAJUK : MALAIKAT YANG SETIA

Allah… Penat betul cari duit hari ni..


Pagi pergi sekolah.. Petang jual kuih..
Kalau rezeki baik… Alhamdulillah…
Kalau kurang baik pun.. Alhamdulillah jugak..
Rezeki daripada Allah!

Eh.. Cakap pasal rezeki ni, kawan-kawan tahu tak, siapa Malaikat yang
membawa rezeki? Tahu?.... Alhamdulillah…

Kita hafaz nama-nama Malaikat tau kawan-kawan..


Jom nyanyi bersama-sama saya…

Mari mengenal 10 malaikat ( NASYID )


Dicipta Allah daripada cahaya
Ianya juga rukun iman kedua
Mari bersama kita hafal namanya

Jibril,Mikail,Ridhwan, Malik
Mungkar, Nakir, Raqib, Atid
Izrail, Israfil semuanya
10 malaikat kita hafal namanya

( 10 MALAIKAT : ADIKKU SAYANG )


https://www.youtube.com/watch?v=_qCfn2evhBw

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

‫ب الْ َعالَ ِمني * َوبِِه نَ ْستَعِني‬ ِ ‫احْل م ُد‬


ِّ ‫هلل َر‬ َْ
‫ىل َي ْوِم الدِّي ِن‬ ِ‫ان ا‬
ٍ ‫وعلى اَلِِه وصحبِ ِه ومن تَبِعهم بِِإحس‬.
َ َ ْ ْ َُ ْ َ َ ْ َ َ َ َ َ
1
Apa khabar kawan-kawan?

Malaikat ialah makhluk yang diciptakan daripada cahaya. Tidak berjantina,


mempunyai tugasan yang pelbagai dan sentiasa taat kepada perintah Allah.

Kita wajib beriman kepada Malaikat kerana ia adalah Rukun Iman yang kedua.

Firman Allah SWT :

Maksudnya : “Semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikat-Nya,


Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya..”
Surah al-Baqarah, ayat 285.

Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita tentang kewajipan beriman kepada
Allah, Malaikat, Kitab dan Rasul-Nya.

Malaikat ni bilangannya sangat banyak. Namun yang wajib kita percaya ada
10 sahaja. Malaikat mempunyai tugas yang tersendiri.

Contohnya :
Malaikat Jibril menyampaikan wahyu ( SAJAK )
Daripada Allah kepada rasulnya
Mikail pula turunkan rezeki
Dapat rezeki ucaplah Alhamdulillah

Malaikat Ridhwan menjaga syurga


Wajahnya manis berseri sinarnya
Malaikat Malik menjaga neraka
Berdoalah kita moga tidak ke sana

Kawan-kawan.. Malaikat ni sangat taat dan patuh kepada Allah.


Bukan macam kita. Yang selalu malas menunaikan perintah Allah.

Namun jika kita rajin beribadah, kita tidak boleh berasa sombong dan angkuh
dengan ibadah yang kita lakukan. Kerana sifat sombong dan angkuh hanya
akan memusnahkan diri.

2
Kawan-kawan pernah dengar nama Azazil tak?
Mengikut sirah… Azazil ialah Sayyidul Malaikat yang telah beribadah selama
beribu-ribu tahun. Namun kerana sombong dan tidak mahu sujud kepada
Nabi Adam alaihissalam, Azazil telah dikeluarkan dari syurga.

Oleh itu kawan-kawan…


Marilah kita menjadi hamba Allah yang patuh dan taat kepada perintah-Nya
sebagaimana para Malaikat yang setia kepada Tuhan-Nya.

Saya akhiri dengan serangkap pantun.

Berbaju melayu berkain pelikat ( PANTUN )


Pergi bersolat di Surau Abdullah
Marilah beriman kepada Malaikat
Bertambah keyakinan kepada Allah

Sekian.
Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

3
PERINCIAN TEKS DAIE CILIK
BIDANG : AQIDAH KSSR Pendidikan Islam Tahun 2 (Semakan)
TEMA : RUKUN IMAN 2.3 Mengimani Konsep Malaikat dan
Mengaplikasi dalam Kehidupan
( BERIMAN KEPADA MALAIKAT ) Seharian
TAJUK : MALAIKAT YANG SETIA

Allah… Penat betul cari duit hari ni.. Muqadimah


Pagi pergi sekolah.. Petang jual kuih..
Kalau rezeki baik… Alhamdulillah… Kemahiran
Kalau kurang baik pun.. Alhamdulillah jugak.. Berlakon
Rezeki daripada Allah!

Eh.. Cakap pasal rezeki ni, kawan-kawan tahu tak, siapa


Malaikat yang membawa rezeki? Tahu?.... Alhamdulillah…

Kita hafaz nama-nama Malaikat tau kawan-kawan..


Jom nyanyi bersama-sama saya…

Mari mengenal 10 malaikat Kemahiran


Dicipta Allah daripada cahaya Bernasyid
Ianya juga rukun iman kedua
Mari bersama kita hafal namanya

Jibril,Mikail,Ridhwan, Malik
Mungkar, Nakir, Raqib, Atid
Izrail, Israfil semuanya
10 malaikat kita hafal namanya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam

‫ب الْ َعالَ ِمني * َوبِِه نَ ْستَعِني‬ ِ ‫احْل م ُد‬


ِّ ‫هلل َر‬ َْ Hamdalah &

‫ىل َي ْوِم الدِّي ِن‬ ِ‫ان ا‬


ٍ ‫وعلى اَلِِه وصحبِ ِه ومن تَبِعهم بِِإحس‬. Selawat

َ َ ْ ْ َُ ْ َ َ ْ َ َ َ َ َ
4
Apa khabar kawan-kawan?
Isi Utama
Malaikat ialah makhluk yang diciptakan daripada cahaya.
Tidak berjantina, mempunyai tugasan yang pelbagai dan Kemahiran
sentiasa taat kepada perintah Allah. Berpidato

Kita wajib beriman kepada Malaikat kerana ia adalah Rukun


Iman yang kedua.

Firman Allah SWT : Kemahiran


Bertaranum

Dalil

Maksudnya : “Semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat- Terjemahan


malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya..”
Surah al-Baqarah, ayat 285. Sumber

Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita tentang kewajipan Kupasan


beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab dan Rasul-Nya. Dalil

Malaikat ni bilangannya sangat banyak. Namun yang wajib Huraian Isi


kita percaya ada 10 sahaja. Malaikat mempunyai tugas yang
tersendiri.

Contohnya :
Malaikat Jibril menyampaikan wahyu Kemahiran
Daripada Allah kepada rasulnya Bersajak
Mikail pula turunkan rezeki
Dapat rezeki ucaplah Alhamdulillah

Malaikat Ridhwan menjaga syurga


Wajahnya manis berseri sinarnya
Malaikat Malik menjaga neraka
Berdoalah kita moga tidak ke sana

5
Kawan-kawan.. Malaikat ni sangat taat dan patuh kepada Ibrah
Allah. Bukan macam kita. Yang selalu malas menunaikan
perintah Allah.

Namun jika kita rajin beribadah, kita tidak boleh berasa


sombong dan angkuh dengan ibadah yang kita lakukan.
Kerana sifat sombong dan angkuh hanya akan memusnahkan
diri.

Kawan-kawan pernah dengar nama Azazil tak? Sirah


Mengikut sirah… Azazil ialah Sayyidul Malaikat yang telah
beribadah selama beribu-ribu tahun. Namun kerana sombong
dan tidak mahu sujud kepada Nabi Adam alaihissalam, Azazil
telah dikeluarkan dari syurga.

Oleh itu kawan-kawan… Kesimpulan


Marilah kita menjadi hamba Allah yang patuh dan taat kepada Penutup
perintah-Nya sebagaimana para Malaikat yang setia kepada
Tuhan-Nya.

Saya akhiri dengan serangkap pantun.

Berbaju melayu berkain pelikat Kemahiran


Pergi bersolat di Surau Abdullah Berpantun
Marilah beriman kepada Malaikat
Bertambah keyakinan kepada Allah

Sekian. Salam
Wabillahit taufiq wal hidayah. Penutup
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai