Anda di halaman 1dari 4

TEKS DAIE CILIK SK FELDA KEMASUL

BIDANG: ADAB

FOKUS: NILAI MURNI

TEMA: SIFAT MAHMUDAH (MENYANTUNI JIRAN)

Adakah kau tahu Kemahiran bernasyid


Siapakah mereka jiran tetanggamu
Pernahkah engkau melihat
Apakah dalam sendu atau sendawa
Kenalilah dan bertegurlah sapa
Dengan akhlak yang mulia
Hidup berjiran susah dan senang
Suka duka dirasa bersama….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam

‫ وعىل اهل وحصبه امجعني‬.‫احلدهلل رب العاملني * والصالة والسالم عىل رسول الامني‬. Hamdalah & selawat
Isi Utama
Menyantuni dan berbuat baik sesama jiran adalah sangat dituntut di
Kemahiran Bersyarah
dalam Islam
Kawan- kawan tahu tak apa maksud jiran?
Haaaa………..
Jiran adalah mereka yang tinggal 40 buah rumah di kiri, kanan,
hadapan dan belakang rumah kita.

Jiran adalah lambang kepada kehidupan manusia bermasyarakat.


Namun, kebelakangan ini, adab berjiran semakin diabaikan oleh
masyarakat kita.

Masyarakat kini ramai yang sibuk dengan tugas harian masing-masing.

Namun ingatlah wahai kawan-kawan ku sekelian… Kemahiran membaca


hadis

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dalil

‫[ من كان يؤمن باهلل واليوم اآلخر فليكرم‬


‫جاره‬
Maksudnya:
TEKS DAIE CILIK SK FELDA KEMASUL

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia
memuliakan jirannya”

(Muttafaq ‘Alaih)

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa memuliakan jiran adalah


sangat diambil berat dalam Islam.Islam mementingka kesejahteraan,
keamanan, berbaik-baik sesama manusia dan sesama Islam.

Kawan-kawan… Huraian

Hendaklah kita menjaga hak dan sensitiviti jiran kita. Kupasan hadis

Jika masak makanan yang lazat lagi harum, pelawalah jiran kita
makan bersama.

Jika menonton televisyen dan mendengar radio perlahankan


bunyinya.

Jika bertemu di luar hendaklah kita bertegur sapa.

Jika jiran kita memerlukan pertolongan hendaklah kita tolong


sehabis daya.

Jika ingin membina rumah dan pagar janganlah sehingga


termasuk tanah sempadan jiran kita.

Jika jiran memberi hadiah hendaklah kita menghargainya.


Kawan-kawan sekelian,
Huraian isi dan
Namun kini… semakin kerap kedengaran berita tidak enak tentang
jiran. Kemahiran Intonasi
membaca berita
Pada 9 Novemvber 2018, Ampang seorang lelaki tua telah diserang
dan
ditikam oleh jirannya yang berumur 41 tahun di rumahnya. Lelaki tua itu
telah mengalami kecederaan teruk di kepala dan lengan kanan.

6 September 2019, Kota Kinabalu- “Kerana mulut badan binasa”…


Seorang warga emas berumur 82 tahun bertindak menikam jirannya
sehingga mati dengan parang panjang kerana pertengkaran mulut…

Kawan-kawan ambillah pengajaran dan iktibar !

Inilah antara akibatnya, jika kita tidak mengamalkan adab berjiran.


TEKS DAIE CILIK SK FELDA KEMASUL

Bagi membendung tragedi tidak diingini ini berterusan, apakah


solusinya? Kemahiran berlakon

Kembalilah kita kepada perintah Allah dan ajaran Rasulullah s.a.w

“, Kak Bedah, Kak Peah, Kak Joyah….kita ini asyik sibuk sahaja,
jarang dapat berjumpa!

Kak Bedah pun jawab, “kalau macam tu marilah kita buat portluck!
Setiap orang masak satu menu, kita kumpul juadah dan makan
bersama!”

Kak Peah dan Kak Bedah pun jawab “ haaa… bagus idea tu!”

Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Ustaz Dr. Zulkifli Al- Huraian
Bakri

menyarankan dalam siri ceramahnya supaya luangkanlah masa

untuk beramah mesra dan menghadiri majlis keramaian dalam


tempoh masa satu hingga satu setengah jam sahaja.

Jika lebih dari tempoh itu, biasanya akan tersasar kepada


mengumpat, menyakiti hati orang lain, fitnah dan perbalahan.

Beginilah huraian daripada firman Allah swt

ۡ‫شٓاءِ َو ۡٱل ُمن َك ِر َو ۡٱل َب ۡغ ۚيِ َي ِع ُظ ُكمۡ لَ َّعلَ ُكم‬ َ ٰ ‫۞إِنَ ٱهَلّل َ َي ۡأ ُم ُر ِب ۡٱل َع ۡد ِل َوٱإۡل ِ ۡح‬
َ ‫س ِن َوإِي َتٓإيِ< ذِي ۡٱلقُ ۡر َب ٰى َو َي ۡن َه ٰى َع ِن ۡٱل َف ۡح‬
ِٕ
٩٠ َ‫َت َذ َكرُون‬

Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlakuadil, dan berbuat kebaikan,
serta memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan melarang daripada
perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman dan
pemberontakan. Ia mengajar kamu supaya kamu mengambil
peringatan mematuhinya.

an-Nahl (16)

Kawan-kawan nak dengar pantun lagi?


TEKS DAIE CILIK SK FELDA KEMASUL

Jangan mudah berputus asa


hingga termenung berdukalara
jiran berbudi kita berbahasa
barulah hidup aman sejahtera.

Biar di desa mahupun di kota


amalkan kerja berganding bahu
jangan kerana kemewahan kita
jiran berlapar buat tak tahu.

Justeru kawan-kawan, marilah kita menjadi jiran yang prihatin dan


berakhlak mulia, supaya aman tenteram kehidupan kita di dunia dan
akhirat!

Sekian. Salam penutup


Wabillahi taufik wal hidayah.

Wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai