Anda di halaman 1dari 7

TEKS BERCERITA LELAKI

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN MTQ 2017: KISAH KEPIMPINAN RASULULLAH SAW

(Nasyid)

‫طلع البدر علينا‬


‫من ثنيات الوداع‬
‫وجب الشكر علينا‬
‫ما دعا هلل داع‬
‫بسم هللا والحمدهلل ! السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang dihormati barisan para hakim yang adil lagi saksama, yang saya muliakan
guru-guru, kawan-kawan dan para hadirin yang dikasihi Allah sekalian.

Kepimpinan Rasulullah SAW, dengarkanlah cerita saya.

Kawan-kawan,

Suatu hari, baginda solat berjemaah dengan para sahabat. Terdengar suatu bunyi sangat menganggu fikiran Umar al-
Khattab yang berada di barisan hadapan ketika itu.

Kruk…Kruk

Kruk… Kruk

Bunyi itu terus berulang setiap kali baginda menggerakkan tubuhnya. Selesai solat, Umar terus bertanya kepada
baginda.

“Apakah engkau sakit, ya Rasul?”

Rasulullah menjawab : “Tidak, Umar; Alhamdulilah aku sihat."

“Kami seperti mendengar seolah-olah sendi di tubuhmu saling bergesekan. Kami yakin kalau engkau sedang dalam
keadaan sakit wahai Rasul."

Rasulullah tersenyum. Manis sekali. Baginda kemudian mengangkat jubah sehingga bahagian perutnya terlihat
dengan jelas. Alangkah terkejutnya Umar dan para sahabat melihat perut baginda begitu kempis, dililiti dengan kain
yang berisi dengan batu kerikil. Ternyata baginda sedang menahan lapar!

‫ﭐﱡﭐ‬
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar mempunyai akhlak yang agung.”

(Al-Qalam: 4)

Eh, kawan-kawan masih ada lagi ke pemimpin seperti Rasulullah pada hari ini?

Ada, negara kitakan mempunyai seorang Yang diPertuan Agong Sultan Muhammad V yang selalu solat berjemaah
bersama rakyat dan membantu rakyat yang kesusahan.

(Nasyid)

Orang kaya mati


Orang miskin mati
Raja-raja mati
Rakyat biasa mati
Semua pergi menghadap Ilahi
Dunia yang dicari
Tak ada yang berarti

Dunia yang dicari

Takkan di bawa mati

Masya Allah! Jom kita jadi pemimpin seperti Rasulullah!

Kawan-kawan pernah dengar peperangan Zat Al-Riqa’?

Kisahnya begini, seramai 70 orang pendakwah Islam telah pergi mengajar di pedalaman. Tiba-tiba mereka telah
diserang hendap dan dibunuh oleh Kabilah Salim. Rasulullah sangat berdukacita dengan kejadian ini. Lantas baginda
berdoa qunut nazilah selama sebulan tanpa henti supaya Allah memusnahkan kabilah salim.

(Petikan Doa Qunut Nazilah)

Ya Allah hancurkan kumpulan mereka


Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka

Dalam perjalanan menuju ke medan perang, umat Islam hanya mempunyai seekor unta. Baginda sanggup bergilir-
gilir menunggang unta itu dengan para sahabat sehingga kaki baginda dan para sahabat berlubang-lubang dan kuku
jari kaki mereka tercabut, lalu mereka membungkus kaki dengan reja-reja kain. Dengan pertolongan daripada Allah,
peperangan tidak sempat berlaku kerana Kabilah Salim bertempiaran lari setelah Allah mencampakkan kegerunan
dalam hati mereka.
‫ﭐ‬
“Sesungguhnya telah ada bagi kalian pada diri Rasulullah itu tauladan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat dan banyak berzikir kepada Allah.”

(Al-Ahzab: 21)

Tahu tak kisah kawan-kawan kita di Syria dan Rohingya? Setiap hari mereka hidup dalam ketakutan. Mereka
ditembak, dibakar hidup-hidup, dibom sehingga terburai perut dan otak. Tetapi di manakah peranan pemimpin Islam
pada hari ini? Kawan-kawan janganlah kita berhenti berdoa untuk mereka di sana dan berusahalah mencontohi
Rasulullah sebagaimana pemimpin.

Kawan-kawan nak dengar kisah Rasulullah sebagai pemimpin keluarga?

Rasulullah adalah seorang suami, seorang ayah yang sentiasa membantu keluarganya.

Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Aisyah meriwayatkan katanya: “Baginda yang menjahit kainnya, menjahit
sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di rumah mereka.”

(Hadis riwayat Ahmad Ibnu Hibban).

Rasulullah juga sangat marah kepada suami yang memukul isterinya. Sikap baik Rasulullah terhadap isteri ini diakui
sendiri oleh isteri baginda Aisyah yang meriwayatkan: “Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun memukul isteri dan
pembantunya.” (Hadis riwayat Bukhari)

‫ﭐ‬
Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”
(Al-A’raf: 56)

Semalam saya ada menonton berita, seorang suami sanggup memukul isterinya di khalayak ramai. Ada juga suami
yang tidak memberi nafkah kepada isteri. Astaghfirullahalazim...beginikah yang diajar Rasulullah? Kita perlulah
berusaha mencontohi Rasulullah sebagai pemimpin keluarga.

(Seloka)

Anak-anak jalan berpimpin,

Singgah membeli buah nona,

Suami adalah pemimpin,

Pasti ditanya Allah di sana.

Rasa sayang…eh!

Kawan-kawan,

Rasulullah sentiasa memimpin dirinya agar berlaku jujur sehingga dipercayai oleh kawan dan lawan. Ketika berniaga,
baginda sentiasa memberitahu dengan jujur harga modal sesuatu barang yang dijual dan para pelanggan bebas
membayar berapa harga yang mereka kehendaki. Kerana itulah barang-barang Rasulullah paling laku dan terlajak
laris berbanding dengan peniaga lain.

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam (Al-Anbiya’:107)

Lihatlah kawan-kawan, sekarang ini, ramai pemimpin dilaporkan tidak jujur sehingga berlaku pecah amanah dan
rasuah secara berleluasa. Alangkah seronoknya sekiranya semua pemimpin jujur seperti Rasulullah. Kawan-kawan,
bersamalah mencontohi Rasulullah dalam memimpin dirinya sendiri.

(Nasyid)

Tak terjangkau tinggi pekertimu

Tidak tergambar indahnya akhlakmu

Tidak terbalas segala jasamu

Sesungguhnya Engkau Rasul mulia.

Kisah Kepimpinan Rasulullah SAW!

Sekian.

‫!السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته وباهلل التوفيق والهداية‬


Kisah Nabi Musa menuntut ilmu

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang bijak lagi bergeliga, penjaga masa yang setia dengan
waktunya, warga pendidik yang saya kasihi, seterusnya warga dewan yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh…

Banyaknya kisah dalam Al-Quran,


Untuk kita dapatkan ilmu,
Inilah kisah untuk peringatan,
Kisah Musa mencari ilmu.

Nasyid (Sepohon Kayu)

Musa berucap suatulah hari


Kepada murid ilmu diberi,
Bertanya murid kepada guru,
Adakah orang yang lebih berilmu
Musa menjawab dimuka bumi lebih dariku
Selepas itu turunlah wahyu Kepada Musa Allah memberitahu

Ya kawan-kawan, Allah telah memberi tahu Nabi Musa a.s bahawa dipertemuan dua lautan ada seorang hamba yang
mempunyai banyak ilmu. Musa pun meminta izin kepada Allah untuk bertemu dan menuntut ilmu daripada hamba
berkenaan. Allah mengizinkannya dengan pesanan agar Nabi Musa a.s membawa seekor ikan, dimana ikan itu
melompat ke laut disitulah Musa a.s akan bertemu dengan hamba yang dimaksudkan Nabi.

Musa pun berjalan bersama seorang muridnya pergi mencari Khidir a.s. Cerita ini dijelaskan dalam surah al-Kahfi
ayat 60 yang bermaksud:

Ketika Musa berkata kepada muridnya “ Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga sampai kepertemuan dua lautan
atau aku tidak akan berhenti berjalan sehingga bertahun-tahun”

Keterangan di atas jelas memberikan peringatan kepada kita agar jangan merasa bahawa kitalah yang paling pandai,
sesungguhnya ada lagi orang yang lebih pandai daripada kita dan usaha menuntut ilmu patut diutamakan dan
dimuliakan , sesungguhnya menuntut ilmu adalah salah satu jihad kejalan Allah.

Hadirin yang saya kasihi sekalian.

Nabi Musa telah memperlihatkan kesungguhannya untuk menimba ilmu , Tatkala Nabi.Musa dan muridnya melepasi
tempat pertemuan dua lautan, Nabi Musa berkata “ Datangkan makanan kita, kita telah lapar dan penat. Muridnya
menjawab “ Wahai Nabi Musa ikan kita telah melompat kelaut di sana tadi “ Apa? itulah tempat yang kita cari.

Lantas keduanya berpatah balik ketempat tersebut, disitu bertemulah Nabi.Musa dengan Khidir hamba Allah yang
soleh yang dikurniakan rahmat dan ilmu yang banyak .
Sajak/Syair
Ini kisah Nabi Musa
Seorang Rasul yang bijaksana
Berjalan jauh menuntut ilmu
Walaupun letih tiadalah jemu
Nabi khidir sebagai guru
Belum berlaku sudahlah tahu
Jangan ditanya apa yang berlaku
Itulah dia adab berguru

Ketika bertemu, Musa pun berkata dengan sopan, “ Bolehkah aku mengikutimu supaya engkau dapat
mengajarkanku ilmu-ilmu yang benar yang telah diajarkan kepadamu”“ Aku tak melarang niatmu, tapi…. kamu pasti
tak sabar jika bersama denganku” jawab Khidir.Nabi Musa berkata lagi “ Insyaallah, Aku akan sabar dan tak akan
menentangmu dalam apa-apa urusan “

Khidir a.s berpesan lagi: Jika kau ingin mengikuti aku jangan bertanya sesuatupun sehinggalah aku sendiri
menerangkannya.Firman Allah dalam surah al-kahfi ayat 68 yang bermaksud;

Bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu.

Hadirin sekalian.

Seseorang murid hendaklah sentiasa beradab sopan dengan guru. Bagi murid yang tidak memperlihatkan sikap
sopan dan kesungguhan terhadap ilmu, guru serta rasa syukur atas ilmu yang diajarkan nescaya tidak akan
mendapat ilmu yang bermanfaat. Nabi Musa bersama khidir a.s berjalan hingga ketepi pantai, lalu menaiki perahu,
setelah naik tiba-tiba… Khidir a.s melubangkan lantai perahu itu. Musapun bertanya “ Kenapa kamu melubangkan
perahu ini,? nanti ia boleh menenggelamkan penumpangnya “Khidir a.s menjawab “ Sesungguhnya kamu telah
melakukan satu kesalahan”perlakuan Nabi Musa ini telah ditegur seperti firman Allah dalam surah al-kahfi ayat
72.Maksudnya;

“Khidir berkata bukankah aku telah katakan sesungguhnya kamu tidak akan sabar bersamaku”

Nabi Musapun segera mohon maaf. Ya sepertimana kita semua tahu seorang guru harus memberi penjelasan kepada
muridnya jika melihat sesuatu keadaan agar muridnya tidak banyak bertanya , yang munkin tidak ada hubungan
dengan yang dipelajari.

Hadirin yang saya kasihi sekalian.

Nabi Musa berjalan lagi, dan akhirnya bertemu dengan seorang kanak-kanak. Khidir a.s nekad
membunuhnya.“Mengapa kamu bunuh jiwa yang masih bersih, tanya Nabi Musa.”Sekali lagi kamu telah melanggar
perjanjian lagi” kata Khidir a.s.“Maafkan aku kalau aku bertanya lagi, silakan kamu melarang aku daripada
mengikutimu” Kisah ini disebut dalam surah al-Kahfi maksudnya;

"Berkata Musa janganlah kamu menghukumku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebaniku dengan
kesulitan dalam urusanku”

Khidir a.s memaafkan Nabi Musa kerana seseorang yang terlupa tidak akan dihukum, kecuali disengajakan.

Ya hadirin, menyingkapi perilaku manusia dalam pergaulan kita hendaklah bersikap pemaaf dan toleransi. Sikap
pemaaf ini jelas kita lihat pada diri junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang sedia memaafkan
umatnya.Khidir a.s dan Nabi Musa terus berjalan sehingga mereka kehabisan segala bekalan , mereka meminta
bantuan dari orang lain,namun tiada siapa yang memberikan. Mereka teruskan juga perjalanan dalam keadaan lapar
dan dahaga.

Syair.

Walaupun letih terus melangkah


Bertemu pula sebuah rumah
Baiki dinding yang hampir punah
Namun tak pula minta diupah

Begitulah perilaku khidir apabila sampai ke perhentian seterusnya.Kini tibalah saat perpisahan antara mereka berdua
seperti yang tersebut dalam ayat berikut;Surah al-kahfi ayat 78.Yang bermaksud;

“Khidir berkata : Inilah perpisahan antara aku dengan kamu” .

Kawan-kawan nak tahu apakah tujuan perlakuan Khidir a.s itu.? Mengenai perahu itu ia adalah milik orang miskin,
tujuan Khidir a.s merosakkannya, sebab dihadapan mereka ada seorang penguasa yang suka merampas.Mengenai
anak lelaki itu, apabila besar nanti, dia akan menyeret kedua ibubapanya menuju kesesatan dan kekufuran.
Sementara dinding rumah itu pula , ia milik anak yatim yang dibawahnya tersimpan harta… Allah menghendaki
mereka mengambilnya setelah dewasa nanti sebagai rahmat dari Allah.

Hadirin yang saya kasihi sekalian.

Dalam meniti kehidupan ini kita patut menolak keburukan yang lebih besar walaupun terpaksa melakukan
keburukan kecil. Menjaga kemaslahatan yang lebih besar dengan meninggalkan kemaslahatan yang kecil.Untuk
menjaga kemaslahatan dan menolak kemudharatan kita dibolehkan melakukannya walaupun tanpa izin daripada
pemiliknya.

Diantara pengajaran dari cerita tadi ialah adalah Kita tidak boleh merasa diri kita lebih hebat dari orang lain .
seterusnya , Murid-murid hendaklah beradab sopan dengan guru serta Kita mesti berusaha dengan gigih dalam
menuntut ilmu . Dan yang terakhir Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan pengajarannya.

Sekian wabillahi taufiq wal hidayah,Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai