Anda di halaman 1dari 5

TAJUK : KISAH NABI MUSA DAN FIRAUN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru, rakan-rakan dan seterusnya sidang hadirin yang
dirahmati Allah sekalian.

Wahai kawan-kawan mari dengar cerita


Kisah Nabi Musa dengan firaun yang zalim
Pahit getir Musa melawan sang raja
Nabi Allah tetap dalam pembelaan.

Wahai Kawan-kawan,
Nama penuh baginda ialah Musa bin Imron bin Qahat bin Lawi bin
Yaqub dan ibunya bernama Yukabad. Nabi Musa A.S. diutuskan untuk
menjadi Nabi dan Rasul untuk berdakwah kepada Raja Firaun yang
bersikap kejam dan zalim.
Pada suatu hari Firaun telah bermimpi bahawa negeri Mesir terbakar
dan semua rakyatnya mati kecuali Bani Israel. Seorang ahli nujum kerajaan
menghadap raja dan memberitahu bahwa menurut firasat falaknya, seorang
bayi lelaki akan dilahirkan dari kalangan Bani Israil yang kelak akan menjadi
musuh kerajaannya dan akan membinasakannya.
Firaun segera mengeluarkan perintah agar semua bayi lelaki yang
dilahirkan di dalam lingkungan kerajaan Mesir dibunuh. Kisah ini dijelaskan
dalam al-Quran.








Maksudnya:

1
Mereka menyembelih anak-anak lelaki dan membiarkan hidup anak
perempuan mereka.
Surah al-Qasas ayat 4.

Kawan-kawan semua, pembunuhan dan pembuangan bayi kini sangat


membimbangkan semua. Sebagai Muslim sejati, kita wajib menghalang
perkara ini berlaku kerana sifat ini adalah zalim dan Allah SWT amat murka
dengan perbuatan seperti ini.

Hadirin yang dikasihi,

Kerana tuturnya susah tersusun,


Musa bermohon abangnya Harun,
Dapat menolong menentang firaun,
Lepaskanlah kekakuan dari lidahku
Supaya mereka mengerti perkataanku,
Allah membenarkan mereka berdua,
Membawa risalah perintah yang esa.

Maka berdialoglah Nabi Musa dengan Firaun tanpa gentar.

- Bertanyalah Raja Firaun kepada Nabi Musa,


Siapakah Tuhan sekalian alam?
- Nabi Musa menjawab,
Tuhan langit dan bumi dan segala Tuhan yang ada di dalamnya.
- Mendengar jawapan Nabi Musa, bertitahlah Firaun kepada
pembesarnya,
Sesungguhnya, rasul yang diutuskan kepada kamu seorang yang
gila.
- Bagai mencurah air ke daun keladi. Dialog nabi Musa dengan Firaun
langsung tidak mendatangkan kesedaran kepada Firaun, malah Firauan
kini menjadi semakin takbur lalu bertitah,

2
Tunjukkan bukti, bukti kebenaran kata-katamu.

Nabi Musa menerima cabaran itu, lalu melempar tongkatnya ke lantai


lalu menjelma seekor ular yang besar menghala ke arah Raja Firaun hingga
terpaksa melarikan diri daripada singgahsana. Di dalam Surah As-Syuara
ayat 32, Allah berfirman:






Maksudnya:
Maka Musa melempar tongkatnya, tiba-tiba tongkat menjadi ular.

Orang yang benar akan sentiasa dibantu oleh Allah, maka janganlah
kita takut untuk menegakkan kebenaran walaupun diancam musuh. Dewasa
ini, pelbagai kemungkaran berlaku di sekeliling kita seperti perjudian,
penzinaan dan korupsi. Oleh itu, bersamalah kita mencegah kemungkaran ini
tanpa rasa takut.

Wahai Kawan-kawan,
Raja Firaun tetap tidak berpuas hati, dengan bantuan Hamman yang
merupakan ahli sihirnya yang terbaik, satu pertandingan sihir dianjurkan di
negeri Mesir. Seluruh ahli sihir diundang untuk menewaskan mukjizat Nabi
Musa. Masing-masing membawa peralatan seperti tongkat dan tali.
Hari yang dinantikan pun tiba. Pertandingan dimulakan oleh ahli sihir
Raja Firaun dengan melemparkan tongkat dan tali mereka kelantai lalu
menjelmalah ular-ular kecil merayap di atas lantai. Nabi Musa mula cemas.
Allah mententeramkan hatinya dengan berfirman:
Jatuhilah tongkatmu, Wahai Musa

Dengan izin Allah muncullah seekor ular besar menelan ular-ular kecil
tersebut. Melihat mukjizat tersebut, berimanlah ahli sihir tersebut.

3
Ya kawan-kawan, sebagaimana yang kita tahu, mukjizat hanyalah
diberi kepada para Nabi dan Rasul sahaja, ia berbeza dengan sihir yang
ditunjukkan kepada kita pada zaman sekarang ini sehingga membolehkan
kita ditipu oleh bomoh yang suka mengambil kesempatan terhadap kita.

Pendengar Yang Budiman,

Berjam-jam merebus keladi,


Terlalu mengantuk mata terpejam
Kezaliman Firaun makin menjadi-jadi
Rakyat diperintah dengan kejam.

Penderitaan yang dialami oleh kaum bani Israel semakin teruk. Mereka
memohon agar Nabi Musa bawa mereka keluar dari bumi Mesir. Atas
persetujuan Nabi Musa, bertolaklah mereka ke Baitul Maqdis di Palestin.
Menjelang fajar menyinsing, sampailah mereka dipersisiran laut merah.

Bersuaralah Sahabat Nabi Musa, Yusha bin Nun,


dibelakang musuh yang mengejar, di depan laut terbentang..
Bagaimana harus kita melepasinya?.

Nabi Musa menjawab:


Jangan khuatir, Allah akan membantu kita memberi jalan keluar dari
cengkaman mereka.

Dalam saat genting, tatkala Raja Firaun dan bala tentera semakin hampir,
Allah berfirman:
Wahai Musa, pukullah tongkatmu..

4
Dengan izin Allah, terbelahlah laut merah lalu menyeberanglah mereka
dengan selamat. Raja Firaun dan bala tenteranya menyangka laluan itu
selamat untuk mereka. Dengan angkuhnya, raja Firaun dan bala tenteranya
menyeberangi lautan yang terbelah itu. Ketika berada ditengah-tengah, Allah
kembalikan laut seperti sediakala, lalu lemaslah mereka diperut laut. Maka,
berakhirnya riwayat raja yang kononya abadi, hidup tidak akan mati- mati
lagi. Di dalam surah Al-Ghafir, ayat 40, Allah berfirman:








Maksudnya, barang siapa yang mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak
akan dibalas melainkan setanding dengan kejahatannya.

Ya kawan-kawan, kini ummat Islam di Myanmar, Palestin dan Selatan


Thailand hidup tertindas, kita yakin Allah sedang membantu mereka, namun
kita juga tidak seharusnya melupakan penderitaan mereka. Hulurkanlah
tangan untuk membantu mereka di sana semampu kita.

Sebelum mengundur diri, dengarkanlah secebis pantun daripada saya,

Iman laksana mutiara


Berkilau, bersinar di dalam jiwa
Yang menyakini hanya Allah
Tuhan yang Esa lagi berkuasa.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai