Anda di halaman 1dari 3

KISAH KEANGKUHAN FIRAUN

Nama : Muhammad Hafiz Bin Halena


Tahun : 3 Cerdas SK Aping
‫السالم عليكم و رحمة هللا وبركاته‬
Yang dihormati Tuan / Puan Pengerusi Majlis, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru serta rakan sekalian.

12 Rabiul Awwal kelahiran Nabi,


Insan Agung akhlak terpuji,
Kisah Keangkuhan Firaun tajuk diberi,
Mari dengar serta hayati.

Hadirin sekalian,
Nabi Musa mempunyai bapa angkat iaitu Firaun. Firaun sering menindas penduduk Mesir.
Firman Allah dalam surah an Naazi’at ayat 24 yang berbunyi:
٢٤ ‫م ٱأۡل َ ۡعلَ ٰى‬Lُ ‫ال أَن َ۠ا َربُّ ُك‬
َ َ‫فَق‬
”Yang bermaksud, “Dengan berkata Akulah Tuhan kamu, Yang tertinggi

Rakyat dibunuh sewenang-wenangnya,


Dirampas segala harta yang ada,
Tenaga diperah sebagai hamba,
MengakuTuhan yang mesti dipuja.

Kesombongan manusia terbit daripada sedikit kenikmatan yang dipinjamkan oleh Allah
s.w.t.

Kawan-kawan yang dirahmati Allah,


Lantaran peristiwa membunuh seorang kaum Firaun tanpa sengaja, Nabi Musa telah
menjadi buruan Firaun selama 10 tahun. Akhirnya Allah telah memerintahkan Nabi Musa
pulang ke Mesir. Untuk mengadap Firaun durjana, Seorang pembantu baginda pinta.

Firman Allah dalam surah Toha ayat 42 yang berbunyi:


َ ‫ۡٱذه َۡب أَنتَ َوأَ ُخو‬
٤٢ L‫َٔا ٰيَتِي َواَل تَنِيَا فِي ِذ ۡك ِري‬Lَِ‫ك ٔ‍ب‬
"Pergilah, Engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaanKu dan janganlah
kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati daku.

Ya kawan-kawan,
Berdakwah adalah tanggungjawab semua, sama ada pemimpin ataupun individu. Peranan
media elektronik seperti radio IKIM dan ZAYAN banyak menyiarkan rancangan dakwah
yang dapat mendidik jiwa pendengar.

Hadirin sekalian,
Nabi Musa danNabi Harun a.s terus berdakwah kepada Firaun. Sebaliknya

Sombong Firaun tidak terperi,


Baginda Nabi sedih sekali,
Firaun mencabar tunjukkan bukti
Andainya Musa seorangNabi.

Bila baginda mula dicabar,


Tongkat dilempar bertukar ular,
Tangan diunjuk cahaya bersinar,
Namun Firaun tetaplah ingkar.

firman Allah dalam surah An Syuraa, ayat 34 yang berbunyi

ٖ ِ‫ف عَن َكث‬


٣٤ ‫ير‬ ْ ‫أَ ۡو يُوبِ ۡقه َُّن بِ َما َك َسب‬
Lُ ‫ُوا َويَ ۡع‬
Yang bermaksud: Sesungguhnya dia (Musa ) adalah tukang sihir yang mahir.

Seterusnya kawan-kawan,
Pertandingan 72 orang tukang sihir dengan Nabi Musa a.s telah dijalankan. Tali-tali yang
dilemparkan oleh ahli sihir menjadi beribu ekor ular. Akan tetapi dengan izin Allah, tongkat
Nabi Musa telah menjadi ular yang paling besar lalu menelan semua ular kepunyaan ahli
sihir. Firaun tersentak hairan. Tukang sihir sujud beriman. Firaun mula hilang akal.
Potong tangan dan kaki semua tukang sihir secara bersilang! Perintah Firaun dengan marah.
Tukang sihir pasrah kepada Allah

Lihatlah kawan-kawan,
Keyakinan dan kekuatan iman terhadap Allah mengatasi segala-galanya.

Kawan-kawan yang dirahmati Allah,


Pengikut Nabi Musa semakin bertambah.Firaun sangat marah. Dia bertindak membunuh
anak-anak lelaki agar generasi Bani Israel terkubur. Akibatnya bumi Mesir dilanda
kemarau. Firaun bersama pengikutnya menemui Nabi Musa.
“Wahai Musa, sekiranya diturunkan hujan, kami akan beriman kepada Tuhan Mu,” jelas
Firaun. Namun setelah hujan diturunkan, mereka tetap enggan beriman.Setelah kemarau,
banjir besar pula melanda. Diikuti pula serangan ulat, katak, belalang dan akhirnya
limpahan air darah dari Sungai Nil.
Bumi Mesir dilanda petaka silih berganti akibat janji yang tidak ditepati.
Wahai kawan-kawan , kita hendaklah menjauhi kemungkaran, lihatlah keruntuhan akhlak
muda mudi sekarang akibat tidak mengikut ajaran Al-Quran dan As Sunnah.

Angkara Firaun,
Bani Israel hidup……
Penuh kesengsaraan
Pedih dengan penderitaan
Hanya satu tekad
Berhijrah ke Baitul Maqdis
Laut Merah menjadi saksi
Mukjizat Nabi Musa
Lautan menjadi dataran
Menyelamatkan kaum yang beriman
Lautan kembali bertaup
Tenggelamlah Firaun dengan kesombongannya.

Akhirnya, Firaun bersama tenteranya tenggelam ke dalam laut

Begitulah kawan-kawan,
Allah membalas setiap kejahatan yang kita lakukan. Samada balasannya kita dapat di dunia
atai di akhirat nanti.

Demikianlah kawan-kawan cerita saya ini,


Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan dan janganlah kita mengikut
jejak langkah Firaun yang angkuh kepada TuhanNya

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu a’laikum warahmatulahi wa barakatuh

Anda mungkin juga menyukai