Anda di halaman 1dari 11

RINGKASAN KITAB AL-ATBA’ WAL MATBU’UN FI AL-QURAN OLEH DR SOLAH ABDUL FATTAH AL-KHALIDI

 Bab 1, 14 dan 15 sahaja


 Kesimpulan dan kefahaman ayat bukan terjemahan secara harfiyyah

Femonena ikutan dan kebergantungan antara pemimpin dan pengikut adalah perihal yang membimbangkan,
persoalan kehidupan yang penting yang sentiasa dilalui oleh manusia dalam kehidupan tanpa mengira waktu dan
tempat.

Ikutan ini untuk siapa? Siapa ikut siapa? Pada perkara apakah yang dijadikan ikutan? Siapa pengikut? Siapa yang
diikuti? Kenapa si fulan diikuti dan ditaati? Kenapa di belakangnya ada pengikut? Apakah ciri-ciri dan bentuk ikutan
ini? Apa jenisnya dan gambarannya? Apakah kesannya dari ikutan ini? Apa hasilnya di dunia? Apa kesudahannya di
akhirat kelak?

“Pengikut dan Pemimpin” merupakan tajuk Qurani. Perkara yang dibentangkan dalam al-Quran perihal pengikut
dan orang yang menjadi ikutan pengikut itu tadi. Hal ini berlaku pada kaum-kaum terdahulu dan al-Quran
menceritakan model, bentuk dn contoh yang berlaku dan ia juga merupakan masalah dan situasi yang berlaku
sekarang. Kita menyaksikan kebanyakan masyarakat dan negara mengikuti dengan penuh keterikatan dan
pergantungan kepada para pembesar dan pemimpin mereka.

Dalam fenomena ikutan dan kebergantungan pengikut kepada pemimpinya ini sebenarnya memberi kesan yang
besar dalam segenap sudut seperti akidah, akhlak, politik, ekonomi, system social dan pembangunan serta
tamadun itu sendiri.

Matlamat kami(penulis) dari memperincikan permasalahan pengikut dan pemimpin ini dari ayat-ayat al-Quran
adalah perincian yang benar dan jelas, menyingkap kesamaran pemimpin serta menerangkan penyelewengan
mereka. Sekaligus menjadi peringatan kepada pengikut tentang hasil mengikuti pemimpin yang sesat seperti yang
berlaku kepada kaum terdahulu yang telah direkodkan kebinasaan mereka didunia dan akhirat. Hasilnya agar kita
terhindar dari mengikuti secara salah bahkan menuju kearah mengikuti kebenaran, bertepatan dengan al-Quran
dan Sunnah, serta kefahaman salafussoleh.

                   

Dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama
orang-orang Yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin,
dan orang-orang Yang Syahid, serta orang-orang Yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan
(kepada orang-orang Yang taat).(an-Nisa’: 69)
FIRAUN, KELUARGANYA DAN PEMBESARNYA YANG DIIKUTI.

PENGIKUT MEREKA DARIPADA RAKYAT JELATA.

Ayat al-quran bnyk menceritakan tentang kisah Firaun dan pembesarnya yang sangat jelas sehingga sesuai
dinamakan "fenomena Firaunisme".

Fenomena ini bukan terhad sekadar berlaku dizaman Firaun sahaja bahkan kita boleh lihat Firaun moden yang
mengikuti jejak langkah Firaun dahulu.

Firaun merupakan satu gelaran yang diberi kepada siapa sahaja yang memegang tampuk pemerintahan raja di
Mesir dahulu kala.

Al-Quran secara jelas menceritakan kisah nabi Musa dan penindasan Firaun serta pembesarnya terhadap Bani
Israil.

Al-quran juga mengisahkan perihal kerosakan dan kezaliman didalam pemerintahan Firaun.

                  

                 

         

Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) Dengan melampaui batas, serta ia menjadikan
penduduknya berpuak-puak. ia menindas sepuak di antaranya Dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan
membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan Yang membuat
kerosakan.(al-Qasas: 4)

Dan Kami hendak berihsan Dengan memberikan pertolongan kepada kaum Yang tertindas di negeri itu, dan
hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang Yang mewarisi
(Apa Yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).(al-Qasas: 5)

Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan Yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada
Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa Yang mereka bimbangkan dari golongan Yang bertindas
itu.(al-Qasas: 6)
SIFAT-SIFAT FIRAUN

1. Memecahbelahkan Rakyatnya (Pilih Bulu)

-kumpulan yang menyokongnya diangkat.

-kumpulan yang menentangnya ditindas dan diperangi.

2. Sifat Berasa Mulia & Angkuh Serta Sombong Mendorong Kepada Kezaliman.()‫عال فً األرض‬

- angkuh& sombong sentiasa menjadi penyakit merbahaya yg menimpa kebanyakan pemimpin.

                    

 

Dan (terhadap) Firaun Yang Menguasai bangunan-bangunan Yang handal kukuh?(al-Fajr: 10)

(semuanya itu ialah) orang-orang Yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). (al-Fajr: 11)

Lalu mereka melakukan Dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. (al-Fajr: 12)

Dengan Yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; (al-Fajr: 13)

Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat) (al-Fajr: 14)

3. Mengaku Dirinya Tuhan, Menyeru Rakyat Menyembah Dan Mengagungkannya.

Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain
daripadaku;”(al-Qasas 38).

Biarpun Firaun dahulu dengan terang mengaku tuhan, tetapi Firaun moden lebih kepada pengakuan melalui
kelakuan mereka bukan pada lisan.

3 TUNJANG UTAMA DLM SISTEM PEMERINTAHAN FIRUAN

1. Pentadbiran & Organisasi Negara


-ia terdiri dari menteri Firaun,keluarganya,pembesar. Golongan ini menyusun & mengatur program yg
diketui oleh Haman(Ketua menteri).

2. Urusan Harta & Ekonomi Negara.


-dipegang oleh Qorun.
-duit digunakan sebagai alat untuk menekan para pengikut.
-seperti kisah tukang sihir ditawarkan harta setelah melawan nabi Musa.
- “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutuskan Nabi Musa membawa ayat-ayat Kami dan bukti
(mukjizat) yang jelas nyata. Kepada Firaun dan Haman serta Qarun; maka mereka (menuduhnya dengan)
berkata: "Ia seorang ahli sihir, lagi pendusta!" (Ghafir 23-24)
3. Peralatan Kpd Pelaksanaan Undang-Undang Atau Rancangan Firaun.
-inilah yag memainkan peranan yang besar dalam keberkesanan rancangan Firaun & pembesarnya.
-ia dilaksanakan melalui 2 kaedah:
 1- Kaedah informasi yg berkesan()‫اعالمٍة التأثٍزٌة‬
o contoh: sihir - sbg alat utk menakutkan & menggerunkan pengikutnya dengan
pelbagai bentuk sihir.
 2- Keluarga, para pembesar & tentera yang memaksa rakyat mengikut Firaun dengan
paksaan,tekanan serta ancaman bertindak menghukum dan menyeksa siapa sahaja yang
tidak mengikut arahan mereka.
 2 kaedah ini (peranan media,seksaan diri dan ancaman terhadap harta,keselamatan
diri,pekerjaan) sentiasa digunakan oleh pimimpin firuan moden dlm merealisasikan
hajat mereka.

Nabi Musa diutus kepada Firaun dan pembesarnya dengan membawa risalah dan didatangkan dengan beberapa
mukjizat yang membuktikan keesaan Allah dan Firaun bukan tuhan.

Mereka tidak menerima dakwah nabi musa bahkan menuduh beliau sebagai seorang tukang sihir.

(mafhum ayat As syuara' 22-37)

‫(المأل‬PEMBESAR)

Mala' iaitu para pembesar/bangsawan merekalah yang mengetuai para kuffar dalam memerangi para nabi.

cth : kisah nabi nuh,nabi hud,nabi soleh dan nabi yg lain sentiasa diperangi oleh golongan atasan ini.

- zaman kini juga bnyk berlaku pemimpin-pemimpin menggunakan para mala' utk mencapai misi mereka.

Sikap kaum bani Israil yg beriman dan mengikut Nabi Musa setelah melihat kebenaran

1. tidak takut akan ancaman dari firaun.


2. tidak tunduk kepada tawaran yg lumayan yg dijanji firaun.
a. Al-A'raf 120-127

PARA PEMBESAR FIRAUN SENDIRI TIDAK MENGAKUI KETUHANAN FIRAUN

ِ ْ‫َ أتذر مىسى وقىْ مه لٍِ ْف ِسدوا فًِ ْاألر‬


....‫ض وٌذرك وآلِهتل‬

- para pembesar menyuruh Firaun utk menyerang Nabi musa dan org beriman bersama beliau.

ini dapat dilihat melalui ucapan pembesar firaun sendiri :

‫وٌذرك وآلِهتل‬

.... dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu?"

ia bertentangan dgn dakwaan firaun yg berkata :

)‫(فقال أنا ربُّكم ْاأل ْعلى‬

[Surat An-Nazi'at 24]


.‫ما علِ ْمت لك ْم ِم ْن إِله غٍ ِْزي‬

FIRAUN MULA MENGERAHKAN TENTERANYA UTK MENGHADAPI NABI MUSA DAN ORG BERIMAN

- org beriman bersedia gagah melindungi nabi Musa dari Firaun.

Firaun berkata seperti yang direkodkan dalam ayat al-Quran :

                   

Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): "Biarkanlah Aku membunuh Musa, dan biarlah Dia memohon
kepada Tuhannya (meminta pertolongan)! Sesungguhnya Aku bimbang Dia akan menukar ugama kamu, atau ia
menimbulkan kerosakan di muka bumi".(Ghafir: 26)

Maka ini adalah ungkapan taghut, Nabi Musa pada pandangan firaun adalah perosak sertaa pemusnah cara hidup,
maka wajib untuk membunuhnya, manakala firaun dilihat sebagai penjaga agama(cara hidup) soerang yang
musleh diatas muka bumi. Bukankah ini merupakan skema kenyataan bagi semua taghut yang sombong?

Nabi Musa membalas terhadap ancaman firaun itu dengan memohon perlindungan dari Allah:

             

Dan (setelah mendengar ancaman itu) Nabi Musa berkata: "Sesungguhnya Aku berlindung kepada Allah Tuhanku
dan Tuhan kamu - dari (angkara) tiap-tiap orang Yang sombong takbur, Yang tidak beriman kepada hari hitungan
amal!"(Surah Ghafir: 27)

Dan begitu juga lelaki beriman tadi berdiri teguh dengan imannya mempertahankan Nabi Musa dengan berkata
kepada Firaun dan kaumnya:

                     

                      

                       

 

Dan (pada saat itu) berkatalah pula seorang lelaki Yang beriman dari orang-orang Firaun Yang menyembunyikan
imannya: "Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana ia menegaskan: `Tuhanku ialah Allah? ' - sedang ia
telah datang kepada kamu membawa keterangan-keterangan dari Tuhan kamu? kalau ia seorang Yang berdusta
maka Dia lah Yang akan menanggung dosa dustanya itu, dan kalau ia seorang Yang benar nescaya kamu akan
ditimpa oleh sebahagian dari (azab) Yang dijanjikannya kepada kamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah
petunjuk kepada orang Yang melampaui batas, lagi pendusta.( Surah Ghafir: 28)

"Wahai kaumku! pada hari ini kepunyaan kamulah Kuasa memerintah Dengan bermaharajalela di muka bumi
(Mesir dan sekitarnya; tetapi kiranya keadaan bertukar) maka siapakah Yang akan membela kita dari azab Allah
kalau azab itu datang menimpa kita?" Firaun berkata: " Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan Dengan
apa Yang Aku pandang (elok dijalankan), dan Aku tidak menunjukkan kepada kamu melainkan jalan Yang benar".(
Surah Ghafir: 29)

Lihat jawapan Firaun terhadap hujah lelaki beriman tadi, Firaun menyatakan:

            

Firaun berkata: " Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan Dengan apa Yang Aku pandang (elok
dijalankan), dan Aku tidak menunjukkan kepada kamu melainkan jalan Yang benar".( Surah Ghafir: 29)

Inilah skema jawapan balas para pemimpin yang sesat kepada pengikutnya dalam proses menutup serta
memandulkan daya fikir dan akal pengikutnya.

Maka setelah selesai Nabi Musa berhadapan Firaun dengan hujah sehingga diancam bunuh, Allah SWT
memerintahkan Nabi Musa dan orang yang beriman untuk meninggalkan Mesir, lantas Firaun mengarahkan
tenteranya untuk menghancurkan Nabi Musa dan orang bersamanya.

Tetapi Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Musa dan orang beriman serta menenggelamkan Firaun bersama
tenteranya.

Firman Allah SWT:

                     

                  

            

Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, Dengan tujuan
melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat Yang
genting itu): "Aku percaya, Bahawa tiada Tuhan melainkan Yang dipercayai oleh Bani Israil, dan Aku adalah dari
orang-orang Yang berserah diri (menurut perintah)".(Yunus: 90)

(Allah berfirman): "Adakah sekarang (baharu Engkau beriman), padahal Sesungguhnya Engkau dari dahulu telah
kufur derhaka, dan Engkau telahpun menjadi dari orang-orang Yang melakukan kerosakan?.(Yunus: 91)

"Maka pada hari ini, Kami biarkan Engkau (hai Firaun) terlepas Dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada
ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang Yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). dan
(ingatlah) Sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan
Kami!".(Yunus: 92)

Ayat ini menyatakan kepada kita pengakhiran taghut yang sesat ini. Kesombongan taghut yang mengaku tuhan
serta pengikutnya telah membinasakan diri mereka semua.
                   

                 

         

Dan berlaku sombong takburlah Firaun dan tenteranya di negeri itu Dengan tiada alasan Yang benar, dan mereka
menyangka Bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada kami.(al-Qasas: 39)

Dengan sebab itu Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke Dalam laut;
maka perhatikanlah Bagaimana buruknya kesudahan orang-orang Yang zalim.(al-Qasas: 40)

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) Yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan
pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan.(al-Qasas: 41)

Dan Kami iringi mereka Dengan laknat di dunia ini, dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang Yang
tersingkir (dari rahmat kami) Dengan sehina-hinanya.(al-Qasas: 42)

Selain itu, antara ayat lain yang menceritakan keangkuhan dan pembodohan yang dilakukan oleh firaun kepada
pengikutnya yang perlu kita teliti:

                       

                    

                

 

Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah
kerajaan negeri Mesir ini - Akulah Yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku?
tidakkah kamu melihatnya?(az-Zukhruf: 51)

"Bahkan Bukankah Aku lebih baik daripada orang Yang hina keadaannya ini, dan Yang hampir-hampir tidak dapat
menjelaskan perkataannya?(as-Zukhruf: 52)

"(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang
menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang
kebenarannya)?"(az-Zukhruf: 53)

(dengan Yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya
mereka itu adalah kaum Yang fasik - derhaka.(az-Zukhruf: 54)

Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu), Kami menyeksa mereka, Iaitu
menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga binasa).(az-Zukhruf: 55)
Maka Kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang Yang datang kemudian.(az-Zukhruf: 56)

Pertama Firaun melahirkan keangkuhannya dengan menyatakan persoalan bukankah Mesir ini dibawah
kekuasaannya.

Seterusnya dipertikaikan kedudukan Nabi Musa selaku seorang utusan Allah, dengan dibandingkan dengan apa
yang Firaun miliki, kenapa seorang utusan Allah tidak dipakaikan dengan kemegahan dunia, diberi limpahan harta
malah tidak fasih dalam menyampaikan ucapan.

Akhirnya dengan uslub demikian Firaun berjaya membodohkan kaumnya dengan hujah yang dangkal.

Pemimpin yang sesat tidak menjadi “tuan” yang disembah melainkan setelah membesarkan diri dan takabbur,
para pengikut yang sesat pula tidak mengikuti pemimpin tadi melainkan apabila mereka fasiq dengan membuat
dosa serta suka kepada nikmat dunia dan hawa nafsu.
Pada kitab ini telah terlebih dahulu dimulakan perbahasan tentang kepentingan tajuk proses keterikatan serta
kebergantungan pengikut kepada pemimpin. Kemudian juga dibahaskan tentang lafaz serta ibarat-ibarat yang
digunakan al-Quran dalam menceritakan perihal pengikut antara pemimpin.

Kemudian diteruskan lagi dengan membentangkan kisah-kisah pengikut dan pemimpin yang terdapat dalam al-
Quran iaitu kisah mereka yang mengikuti jalan batil dan sesat, dan kami memperincikan ayat berkaitan mereka,
serta menerangkan nama dan sifat mereka. Kemudian kami menjelaskan juga nasib mereka yang terdiri dari
pengikut yang jahil atau pemimpin yang menyesatkan ketika dihisab di akhirat kelak, atau ketika diazab dineraka
kelak disaat mereka mencela dan saling menyalahkan antara satu sama lain.

Kisah-kisah yang dibentangkan itu hanya yang ada dalam 10 surah sahaja dan kami susun dalam kitab ini mengikut
susunan mushaf iaitu:

Surah Al-Baqarah

Surah Al-A’araf

Surah Ibrahim

Surah An-Nahl

Surah As-Syu’ara’

Surah Al-Qasas

Surah Al-Ahzab

Surah Saba’

Surah Sod

Surah Ghafir

Kemudian kami(penulis) menulis tentang plot dan kisah reality yang dibentangkan al-quran terhadap keterikutan
yang sesat ini, iaitu kisah firaun atau fenomema firaunisme. Kami menerangkan kerosakan-kerosakan yang dibuat
di zaman kerajaan firaun, peranan haman, qarun, ahli sihir, ahli sihir, kerabat, pembesar serta tentera firauan
dalam mendokong kerajaan firaun.

Beberapa kesimpulan boleh kita pelajari dari masalaha kebergantungan antara pemimpin dan pengikut yang sesat
ini:

Apa sebab kebergantungan pengikut kepada para pemimpin, serta tunduk lemah akur dihadapan mereka?

Sesungguhnya pelajaran yang diambil ayat-ayat al-Quran tentang perkara ini menunjukkan beberapa sebab
kebergantungan yang batil ini berlaku:
1. Mereka(pengikut )takut akan hiang harta, rezeki serta segala perkara yang mereka miliki
2. Mereka takut akan hilang umur(sia-sia), kehidupan dan dunia mereka.
3. Mereka takut seksaan dan celaan dari pemimpin mereka.
4. Penyelewengan mereka serta jauh daripada manhaj rabbani
5. Mereka berkehendak kepada dunia.
6. Mereka lupa akhirat dan mengingkari kewujudannya.
7. Mereka mementingkan mendekatkan diri kepada para pembesar yang punyai darjat(tumpang masyhur
dan kepentingan).
8. Mereka melemahkan diri mereka sendiri.

Adapun sebab bongkak takabbur para pemimpin ini ialah:

1. Menyangka mereka besar dan tinggi martabat kerana banyak kekuatan dan kebolehan.
2. Syaitan telah mempengaruhi mereka serta menjadikan mereka dalam tentera syaitan.
3. Kekufuran kepada Allah, lupa kepadaNya.
4. Tidak beriman kepada akhirat, mereka tidak bersedia untuk dihisab, untuk berdiri menghadap Allah.
Sekiranya mereka beriman kepada hari akhirat nescaya mereka mempersiapkan diri untuk selamat dari
neraka.
5. Penyelewengan serta berganda dalam melakukan perkara dosa dan maksiat, tenggelam dalam kehendak
syahwat.
6. Mereka menipu dalam menguruskan harta, kedudukan serta kekuasaan serta mengambil peluang yang
ada untuk kepentingan diri mereka.
7. Menjinakkan serta menundukkan pengikut mereka.

Uslub yang biasa digunakan dalam memikat serta menundukkan pengikut mereka:

1. Merendahkan serta menghina mereka, menyatakan mereka ini sedikit, lemah dan berada di bawah(darjat
rendah), sesungguhnya pemimpin mereka mulia dan sempurna
2. Memecahkan pengikut mereka, membahagikan mereka kepada beberapa kelompok dan kumpulan serta
mewujudkan pertelingkahan dalam kalangan mereka.
3. Merosakkan mereka, menyebar syahwat kepada pengikut,memudahkan akses kepada perkara keduniaan,
demikian agar pengikut ini sibuk dan lalai dengan perkara dunia sekaligus memudahkan untuk mengawal
mereka.
4. Menggunakan kaedah mendorong serta galakan, serta mengemukakan kebaikan serta manfaat dan hasil,
agar pengikut ini terhutang budi kepada pemimpin itu tadi.
5. Menggunakan uslub ancaman serta amaran, kepada sesiapa yang terfikir untuk berlawanan dengan
pendirian pemimpin itu tadi.
6. Melindungi pihak yang menindas serta menzalimi kepada golongan yang berlawanan dengan pemimpin
sesat itu. Supaya kezaliman yang dibuat itu menjadi amaran kepada sesiapa yang berkehendak untuk
tidak bersama pemimpin yang sesat itu.

Corak utama pengikut dan orang yang diikut ini ialah:

1. Ikut bapa dan nenek moyang mereka dalam kesesatan dan taqlid buta akan peninggalan mereka.
2. Ikut pada sudut aqidah, meredhai terhadap apa yang diutarakan oleh pemimpin mereka yang sesat itu.
3. Ikut sudut perilaku mereka yang menyeleweng serta cenderung kepada syahwat.
4. Ikut pada sudut pemikiran: pengikut tersebut menutup pemikiran dan akal mereka kepada hanya
tertumpu pada apa yang dilontarkan oleh pemimpin mereka.
5. Ikut pada sudut politik: memberi wala’ kepada pemimpin dan membuat kesepakatan mendokong segala
apa yang pemimpin mereka buat.

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan masalah pengikut dan orang yang diikuti tadi, disebut juga
penghujung yang tragis buat mereka di dunia dan diakhirat.

1. Dunia : pengikut dan orang yang diikuti ini berkongsi nasib yang sama, tatkala Allah menghancurkan
pemimpin yang sesat itu necaya akan turut sama binasa pengikutnya juga. Demikianlah apa yang berlaku
kepada kaum Nuh dan Luth, begitu juga yang berlaku kepada kaum ’Aad, Thamud dan Madyan, hal yang
sama juga berlaku kepada firaun serta tenteranya, kerabat dan kaumnya.
2. Akhirat : pengikut dan orang yang diikuti ini berkongsi nasib yang sama iaitu diazab oleh Allah SWT,
dengan penuh penyesalan, mencela diri masing-masing malah menyalahkan orang lain serta dimasukkan
kedalam api neraka dan mereka kekal di dalamnya.

Kami mengakhiri perbahasan ini dengan mengemukakan kaedah dan cara yang selamat untuk tidak terjebak
dengan penggantungan yang sesat ini:

1. Mengambil hidayah kebenaran, iltizam dengan islam secara benar, berpegang dengan hokum-hakamnya
serta menjauhi larangannya.
2. Mendekatkan diri kepada Allah, perbanyakkan mengingatiNya, sentiasa muraqabah kepadaNya,
cenderungkan hati, persekitaran agar berfikir kepada ayat-ayat Allah serta ketetapan Allah, menghayati
asmaullah, sifat Allah dengan penghayatan yang benar dalam hidup.
3. Hidup bersama al-Quran, mengetahui hakikat isi kandung al-Quran serta tujuannya, sentiasa tadabbur al-
Quran, memahami maknanya serta sibukkan diri dengan al-Quran.
4. Membentuk pemikiran dan prinsip menurut kebenaran al-Quran, serta membuat proses berfikir mengiku
neraca hidayah al-Quran.
5. Bersifat dengan sifat positivism, menjauhkan diri dari sifat negative seperti penakut.
6. Memandang pemimpin dengan pandanganal-Quran, agar melihat pemimpin dengan perspektif yang
sebenar bukan membesarkan mereka. Menilai pemimpin dengan neraca al-Quran.
7. Ingat akan tempat balasan orang yang diikuti dan pengikut yang sesat di dunia dan akhirat, agar kita dapat
menghindarkan diri dari mengikuti pemimpin yang sesat.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai