Anda di halaman 1dari 4

1

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-
guru, rakan-rakan dan seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Berdirinya saya di hadapan ini adalah untuk menyampaikan sebuah kisah yang dipetik
daripada Al -Quranul Karim yang bertajuk “KEANGKUHAN FIRAUN”.

………………………………………………………………………………………………………………

2
Di negara Mesir telah di ceritakan,
Firaun si raja penuh keangkuhan,
Sudahlah Raja mengaku Tuhan
Sewenang-wenangnya melakukan kezaliman.

Dapat isyarat suatu malam,


Seorang bayi akan dilahirkan,
Alam baginya dirasakan kelam,
Kerana kerajaannya akan dimusnahkan.

Anak itu adalah Nabi Musa yang dilahirkan ketika Mesir diperintahkan oleh Raja Firaun
yang sangat zalim. Pada zaman tersebut, semua anak lelaki yang lahir ke dunia akan
dibunuh.

Firaun mempercayai ramalan ahli nujum yang kononnya, akan lahir seorang kanak-
kanak lelaki yang bakal menghancurkan kerajaannya. Begitulah angkuh dan zalimnya
Firaun, Kisah ini dijelaskan dalam al-Quran:

yang bermaksud: Mereka menyembelih anak-anak lelaki dan membiarkan hidup


anak perempuan mereka.
- Surah al-Qasas ayat 4.

Daripada peristiwa tersebut, kita sebagai manusia janganlah membeza-bezakan


antara anak lelaki dan perempuan.

Setiap kanak-kanak yang dilahirkan ibarat sehelai kain putih


dan ibu bapalah yang mencorakkannya.
………………………………………………………………………………………………………………

1
3

Baji bukan sebarang baji,


Baji besi Puan Dahlia,
Bayi bukan sebarang bayi,
Bakal menjadi Rasul yang mulia.

Hadirin Hadirat yang dikasihi,


Nabi Musa alaihissalam membesar di dalam istana Raja Firaun sebagai seorang anak
angkat yang dimanja dan ditimang, umpama menatang minyak yang penuh.

Bahang persengketaan mereka bermula dengan suatu peristiwa pergaduhan dua


lelaki dari kaum Raja Firaun dan Nabi Musa.

Kemunculan Nabi Musa sebagai pelerai pergaduhan mengundang padah. Satu


hayunan tumbukan Nabi Musa menyebabkan Fatun jatuh ke tanah, tidak bernyawa.

Apabila kisah ini terbongkar, Raja Firaun sangat murka dan lalu bertitah,
“Tutup semua pintu laluan Musa dan hadapkan kepada Beta”

Hadirin Hadirat yang dikasihi,


Silat pangkah, jari dipaku,
Silap langkah, diri diburu.

Bermulalah episod baru dalam kehidupan Nabi Musa daripada anak kesayangan
yang ditatang, kepada penjenayah yang diburu.

Nabi Musa terpaksa mejadi pelarian, keluar dari Negara Mesir sambil berdoa
seperti yang termaktub dalam surah al-Qasas ayat 21, Allah SWT berfirman,
yang bermaksud:

“Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku daripada orang-orang yang Zalim”

………………………………………………………………………………………………………………

2
2

Dalam kesempatan bercakap secara langsung dengan Allah di Bukit Tursina, Allah
memerintahkan Nabi Musa berdakwah kepada Raja Firaun yang semakin sesat dan
mengakui dirinya sebagai Tuhan.

Dengan bertemankan Harun, seorang sahabat yang petah berkata-kata dan


pembakar semangat, maka berdialoglah Nabi Musa dengan Firaun tanpa gentar.

- Bertanyalah Raja Firaun kepada Nabi Musa,


“Siapakah Tuhan sekalian alam?”

- Nabi Musa menjawab,


“Tuhan langit dan bumi dan segala Tuhan yang ada di dalamnya.”

- Mendengar jawapan Nabi Musa, bertitahlah Firaun kepada pembesarnya,


“Sesungguhnya, rasul yang diutuskan kepada kamu seorang yang gila.”

- Bagai mencurah air ke daun keladi. Mujadalah nabi Musa dengan Firaun langsung
tidak mendatangkan kesedaran seperti yang diharapkan, malah Firaun menjadi
semakin takbur lalu bertitah;
“Tunjukkan bukti, bukti kebenaran kata-katamu.”

Nabi Musa menerima cabaran itu, lalu melempar tongkatnya ke lantai lalu menjelma
seekor ular yang besar menghala ke arah Raja Firaun hingga terpaksa melarikan diri
daripada singgahsana.

Di dalam Surah Assyuaara' ayat 32, Allah berfirman yang bermaksud:


Maka Musa melempar tongkatnya, tiba-tiba tongkat menjadi ular.

Setelah takutnya reda, Raja Firaun menyuruh Nabi Musa menunjukkan bukti yang lain.

Nabi Musa menyeluk sakunya, apabila dikeluarkan, bercahayalah tanggannya hingga


menyilau pandangan mata para hadirin.

Raja Firaun tetap tidak berpuas hati, dengan berketuakan Haman yang merupakan
ahli sihirnya yang terbaik,

………………………………………………………………………………………………………………

3
3

Satu pertandingan sihir dianjurkan di negeri Mesir. Seluruh ahli sihir diundang untuk
menewaskan mukjizat Nabi Musa.

Masing-masing membawa peralatan seperti tongkat dan tali. Hari yang dinantikan pun
tiba.

Pertandingan dimulakan oleh ahli sihir Raja Firaun dengan melemparkan tongkat dan
tali mereka kelantai lalu menjelmalah ular-ular kecil merayap di atas lantai.

Nabi Musa mula cemas. Allah mententeramkan hatinya dengan berfirman:


“Jatuhkanlah tongkatmu, Wahai Musa”

Dengan izin Allah muncullah seekor ular besar menelan ualar-ular kecil tersebut.
Melihat mukjizat tersebut, berimanlah ahli sihir tersebut.

Ya kawan-kawan, sebagaimana yang kita tahu, mukjizat hanyalah diberi kepada para
Nabi dan Rasul sahaja.

Jangan disamakan mukjizat para nabi dengan ahli silat mata atau sihir yang
ditunjukkan kepada kita pada zaman sekarang ini.

………………………………………………………………………………………………………………

4
Daripada kisah tadi, dapat saya petik 5 pengajaran:
1. Kekuasaan Allah tidak dapat ditandingi.
2. Hanya Allah tempat memohon pertolongan.
3. Kehidupan manusia, di bawah urusan tadbir Allah.
4. Iman adalah penyelamat manusia
5. Kesabaran itu kunci setiap perjuangan hidup

………………………………………………………………………………………………………………
Wabillahitaufiq, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai