Anda di halaman 1dari 4

KISAH NABI MUSA DENGAN FIRAUN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Terima kasih tuan pengerusi majlis, penjaga masa yang setia dengan jamnya, barisan hakim yang bijaksana, guru-guru, rakan peserta seterusnya rakan-rakan sekalian.. Dengarlah Wahai Semua, Kisah Hidup Penuh Derita, Seorang Bayi Bernama Musa, Di buru Oleh Firaun Durjana.

Pantun

Firaun terkenal dengan raja yg sangat zalim, dia memiliki kuasa pemerintahan yang mahsyur. Firaun bukan sahaja menganggap dirinya paling berkuasa, malah lebih dari itu, sehingga beranggapan dirinya Tuhan yang harus disembah oleh semua manusia, kerana Firaun berpendapat bahawa tidak ada makhluk lain yang lebih kuasa selain daripada dirinya.
Pada suatu hari, Firaun didatangi oleh mimpi yang sangat ngeri , di mana dalam mimpi itu Firaun melihat Negeri Mesir yang diperintah olehnya habis terbakar dijilat api yang sangat besar dan kesemua rakyat mati kecuali Bani Israil. Apabila terjaga dari tidur, Firaun terus memanggil nujum istana masuk menghadap. Firaun Berkata Wahai ahli nujum, apakah pendapatmu mengenai mimpiku ini???

Jawab Ahli Nujum: Wahai Tuanku, menurutku akan lahir seorang anak lelaki di kalangan Bangsa Israel yang tinggal di Mesir ini. Anak itu nanti akan mengalahkan engkau dengan pemberontakan dan dia sekali-kali tidak akan mengakui engkau sebagai Tuhan dan rajanya lagi. Hadirin dan hadirat sekalian,

Mendengar itu Firaun dengan segera mengeluarkan peraturan istimewanya untuk membunuh setiap anak lelaki Bani Israel yang dilahirkan pada waktu itu, kecuali anak-anak perempuan sahaja yang dibiarkan hidup.

Sifat zalim sifat tercela, Dimurkai Allah setiap masa, Janganlah kita mengikutinya, Agar Negara aman sentosa.

Pantun

Sewaktu berlakunya undang-undang supaya semua bayi lelaki dibunuh, ibu Nabi Musa sedang mengandung dan sudah dekat melahirkan anak, iaitu Nabi Musa, anak Bani Israel yang mana peraturan itu berlaku bagi dirinya. Apabila Nabi Musa dilahirkan alangkah terkejutnya sang ibu, apabila melihat bayi yang dilahirkannya itu adalah seorang anak lelaki. Dia tidak berputus asa dan dia percaya bahawa anaknya itu akan terus hidup. Khabar kelahiran ini disimpannya baik-baik supaya tidak terdengar oleh Firaun dan pengikut-pengikutnya. Tiga bulan lamanya Nabi Musa itu dapat dijaga oleh ibunya sendiri, dengan tidak diketahui oleh Firaun dan para pengikutnya. Tetapi makin lama peraturan itu semakin keras. Firaun memperbanyakkan pasukan pengintip untuk mengetahui tempat dan nama setiap perempuan yang mengandung dan anak-anak yang baru lahir. Di saat Ibu Nabi Musa berdepan dengan kebuntuan untuk menyelamatkan anaknya, Allah mewahyukan kepada ibu Nabi Musa, agar bayinya diletakkan ke dalam peti, lalu dihanyutkan ke Sungai Nil yang mengalir di hadapan rumahnya.

Firman Allah Taala : Bismillahirrohma nirrahim :

][

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasulrasul Kami. [Surah al-Qasas ayat : 7] Hadirin dan hadirat sekalian, Bayi yang dihanyutkan itu akhirnya sampai ke Istana Firaun.
Ibu Musa cemas kala-kalau bayinya dibunuh oleh Firaun. Tetapi Allah lebih berkuasa. Apabila isteri Firaun melihat wajah bayi yang hanyut terapung dengan sebuah peti di dalam sungai itu, timbul cinta kasih dalam hatinya terhadap bayi itu.

Lalu anak itu diambil dan digendongnya, dibawa dan diperlihatkannya kepada suaminya iaitu Firaun, lalu berkata: Saya suka kepada anak ini, apa kata kita jadikan dia anak angkat kita. Firaun sendiri pun lupa akan peraturan yang dikeluarkannya. Dia pun turut tertarik untuk menjadikan bayi itu menjadi anaknya sendiri.
Setelah itu, Firaun dan isterinya sibuk mencari perempuan yang dapat mengasuh dan menyusui anak angkatnya itu. Akhirnya mereka bertemu dengan seorang perempuan yang menawarkan diri untuk menyusukan Nabi Musa. Orang itu adalah Ibu kepada Nabi Musa sendiri.

Musa makin lama makin membesar. Akhirnya tibalah waktunya untuk Ibu Nabi Musa menyerahkannya kembali ke istana Firaun, agar dia hidup di sana sebagai keluarga raja dan menjadi musuh kepada Firaun.

Hadirin dan hadirat sekalian, Pada suatu hari, ketika Nabi Musa kembali dari kota menuju istana, di pertengahan jalan Nabi Musa berjumpa dengan dua orang lelaki yang sedang berkelahi. Seorang di antaranya adalah berbangsa Ibrani, iaitu bangsa Bani Israel yang sebangsa dengannya dan yang seorang lagi berdarah Mesir atau Firaun. Melihat perkelahian itu, terbit kemarahan hati Musa terhadap bangsa Firaun itu. Orang tersebut ditampar oleh Nabi Musa dan secara tidak sengaja lelaki itu menemui ajalnya akibat tamparan Nabi Musa tersebut. Alangkah menyesalnya Musa atas perbuatannya yang kurang baik itu dan dia mengakui bahawa pekerjaan itu adalah pekerjaan syaitan. Segera dia mohon ampun kepada Allah atas kesalahannya itu. Nabi Musa berikhtiar agar perbuatannya itu tidak diketahui orang Mesir, Tetapi akhirnya rahsia tersebut terbongkar jua. Apabila berita ini diketahui oleh penduduk Mesir, mereka berpakat mencari Nabi Musa untuk ditangkap dan dibunuh sekiranya mereka menjumpai Nabi Musa. Mujurlah ada seorang lelaki yang datang dari hujung kota sengaja memberi khabar kepada Musa: Hai, Musa ! Orang-orang besar (bangsawan) negeri ini telah bermuafakat untuk membunuh engkau, sebab itu hendaklah engkau segera lari dari sini, sesungguhnya saya ini cuma memberi nasihat kepadamu. Nabi Musa akhirnya meninggalkan istana demi menuju ke Madyan bagi menyelamatkan dirinya daripada buruan penduduk Mesir.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Firaun dengan para bangsawannya berkuasa besar atas lembah Sungai Nil, Mereka memerintah bangsa Qibti iaitu bangsa Mesir dan bangsa Israel yang tinggal di daerah itu. Kerana kekuasaannya yang besar itu, pemerintahan Firaun itu makin lama makin kejam dan zalim.

Disebabkan kezaliman Firaun itu, Allah telah memrintahkan Nabi Musa untuk berdakwah kepada Firaun. Firman Allah Taala :

][
Maksudnya : Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, [Surah As-Shuara ayat 10] Wahai rakan dan juga taulan Sikap Firaun bukan ikutan Zalim dan kejam kepada rakan Dijauhi orang tiada kawan

Pantun

Islam sangat benci kepada kezaliman dan menyuruh kita mengamalkan sikap berani menyatakan kebenaran ketika berdepan dengan kemungkaran.
Setelah mendapat wahyu daripada Allah untuk berdakwah kepada Firaun. Nabi Allah Musa memohon kepada Allah, agar diberikan seorang teman iaitu saudaranya sendiri yang bernama Harun untuk berdepan dengan Firaun.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Tatkala baginda dalam perjalanan pulang dari Madyan ke Mesir, bagi menghadapi Firaun dan pengikutnya yang fasik. Firaun cukup marah mengetahui kepulangan Musa yang mahu membawa ajaran lain daripada yang diamalkan selama ini sehingga memanggil semua ahli sihir untuk mengalahkan Nabi Musa. Ahli sihir Firaun masing-masing mengeluarkan keajaiban, ada antara mereka melempar tali terus menjadi ular. Namun, semua ular yang dibawa ahli sihir itu ditelan ular besar yang berasal daripada tongkat Musa. Firman Allah bermaksud: Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, pasti ia akan menelan apa yang mereka buat. Sesungguhnya apa yang mereka buat itu hanya tipu daya tukang sihir dan tidak akan menang tukang sihir itu dari mana saja ia datang. Semua keajaiban ahli sihir itu ditewaskan Nabi Musa, menyebabkan sebahagian daripada kalangan pengikut Firaun, termasuk isterinya mengikuti ajaran yang dibawa Musa. Melihatkan ahli sihir dan sebahagian pengikutnya beriman dengan ajaran Nabi Musa, Firaun marah, lalu menghukum golongan berkenaan. Manakala isterinya sendiri diseksa hingga meninggal dunia. Hadirin dan hadirat sekalian, Nabi Musa bersama orang beriman terpaksa melarikan diri sehingga mereka sampai di Laut Merah. Dengan kuasa Allah, laut itu terbelah dan mereka dapat melintasinya. Namun, Firaun dan tenteranya yang sudah mengamuk mengejar mereka dari belakang, tetapi mereka semua mati ditenggelamkan laut. Al-Quran menceritakan: Dan ingatlah ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun dan pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan.

Allah S.W.T pasti mengenakan balasan bagi setiap perbuatan manusia. Oleh itu, sama-samalah kita berbuat kebaikan agar belasan yang bakal kita terima nanti juga berupa kebaikan jua. Allah S.W.T jua menurunkan pelbagai azab sebagai ingatan kepada manusia yang melakukan kezaliman. Bencana alam yang berlaku seperti banjir besar di bangkok baru-baru ini semuanya itu adalah peringatan daripada Allah bahawa Dia sahajalah yang Maha Berkuasa. Demikianlah kezaliman yang dilakukan Firaun akhirnya membinasakan dirinya sendiri. Allah telah merakamkan bagaimana Nabi Musa yang mendukung kebenaran itulah akhirnya menjadi manusia yang berjaya.

Anda mungkin juga menyukai