Anda di halaman 1dari 3

Kisah Nabi Musa Dengan Firaun

Kisah Nabi MUSA DENGAN FIRAUN ( LELAKI )

Bismillahirrahmanirrahim.. Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang arif
lagibijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang dihormati
sekalian.Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan sebuah kisah al-
quran iaitu

Kisah Nabi MUSA DENGAN FIRAUN.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Nabi Musa A.S. adalah seorang bayi yang dilahirkan dikalangan Bani Israil yang pada ketika itu
dikuasai olehRaja Firaun yang bersikap kejam dan zalim. Nabi Musa bin Imron bin Qahat bin Lawi bin
Yaqub dan ibunyabernama Yukabad.Pada suatu hari Firaun telah bermimpi bahawa negeri Mesir
terbakar dan semua rakyatnya mati kecuali baniIsrael. Seorang ahli nujum kerajaan menghadap raja
dan memberitahu bahwa menurut firasatnya falaknya,seorang bayi lelaki akan dilahirkan dari
kalangan Bani Israil yang kelak akan menjadi musuh kerajaannya danakan membinasakannya.

Firaun segera mengeluarkan perintah agar semua bayi lelaki yang dilahirkan di dalam
lingkungankerajaan Mesir dibunuh. Ibu nabi Musa menyembunyikan kelahirannya dengan
memasukkan kedalam peti lalu dihanyutkan ke sungai. Akhirnya ia sampai ke istana Firaun.

Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah Dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya Maka
jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati,
KarenaSesungguhnya kami akan mengembalikannya kepadamu, dan men- jadikannya (salah
seorang) dari para rasul. Maka dipungutlah ia oleh keluarga Fir'aun yang akibatnya dia menja- di
musuh dan kesedihan bagi mereka.Sesungguhnya Fir'aun dan Ha- man beserta tentaranya adalah
orang-orang yang bersalah.

Surah Al-Qasas 7 hingga 8.

Kawan-kawan semua, pembunuhan dan pembuangan bayi kini sangat membimbangkan


semua.Sebagai Muslim sejati, kita wajib menghalang perkara ini berlaku kerana sifat ini adalah zalim
dabAllah swt amat murka dengan perbuatan seperti ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Setelah nabi Musa hanyut hingga ke Istana Firaun, dayang-dayang istana membawa peti itu ke
padaFiraun. Maka, Firaun memerintahkan supaya bayi itu dibunuh. Asiah, isteri Firaun merayu
supaya bayi
itu dijadian anak angkat mereka. Firaun pun setuju. Maka membesarlah nabi Musa dalam
IstanaFiraun sehingga dewasa.Apabila Nabi Musa meningkat dewasa , pada suatu hari berlaku satu
pergaduhan yang melibatkanNabi Musa dan berlaku pembunuhan orang Firaun dengan tidak
sengaja. Kerana takut ataspembunuhan itu, nabi Musa meninggalkan istana Firaun. Nabi Musa
menuju ke kota Madyan iaitukota Nabi Syuaib yang terletak di timur jazirah Sinai.

Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain Telah
beriman." merekamenjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu
Telah beriman?" Ingatlah,Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak
tahu. Surah Al Baqarah ayat 13.

Kawan-kawan semua, kita perlu bersyukur kerana usaha JAKIM melalui radio IKIM dalam mendidik
jiwa masyarakatsupaya mencintai agama Islam dan mengikut ajaraan Islam yang lurus. Kesannya kita
dapati ibu bapa mengetahui perananmereka dalam mendidik jiwanak-anak mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Setelah beberapa tahun berlalu berada di negeri Kota Madyan, nabi Musa dilantik oleh Allah
swtsebagai seorang Nabi dan Rasul. Nabi Musa diberikan wahyu iaitu Kitab Taurat menjadi panduan
danpegangan kepada umatnya.

Dan (Ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firman-Nya): "Datangilah kaum yang zalim
itu,

Setelah itu, nabi Musa menerima perintah supaya berdakwah kepada Firaun. Nabi Musa
berdoakepada Allah swt agar diberikan teman dalam menjalankan misi dakwah kepada Firaun. Allah
swtmengabulkan doanya dan Nabi Harun dilantik sebagai pembantu Nabi Musa menghadapi
Firaun.Nabi Musa berdakwah dengan hikmat dan lemah lembut namun Firaun takabur dan ego
menerimadakwahnya. Firaun menjadi marah dan firaun memanggil semua tukang sihir Mesir
menentang NabiMusa. Dengan mukjizat yang dikurniakan oleh Allah swt, tongkat Nabi Musa
menjadi ular besar danmemakan semua ular tukang sihir Firaun. Maka tewaslah firaun.Kawan-
kawan semua, perjuangan rakyat Palestin sekarang membebaskan diri dari penindasan
Israelsepatutnya dikongsi seluruh umat Islam. Mereka berjuang mempertahankan negara mereka.
Kita diMalaysia juga harus berjuang agar negara kita sentiasa aman dan damai.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Akibat kekalahan tersebut, Firaun mahu supaya semua bangsa Bani Israel ditangkap dan
dibunuh.Nabi Musa membawa semua pengikutnya meninggalkan Mesir. Tentera Firaun mengejar
Nabi Musadan pengikutnya hingga mereka berjumpa laut Merah. Maka semua pengikut Nabi Musa
takutdibunuh.Nabi Musa pun berdoa kepada Allah swt agar diselamatkan. Maka, Allah swt
mewahyukan kepadaNabi Musa supaya memukul laut dengan tongkatnya. Dengan serta merta laut
di hadapan merekaterbelah dan mereka pun berjalan melaluinya. Maka, Nabi Musa dan pengikutnya
selamat.

Dan lemparkanlah tongkatmu. Maka tatkala (tongkat itu menjadi ular dan) Musa melihatnya
bergerak-gerak seolah-olah dia seekor ular yang gesit, larilah ia berbalik ke belakang tanpa menoleh.
(Kemudian Musadiseru): "Hai Musa datanglah kepada-Ku dan janganlah kamu takut. Se- sungguhnya
kamu termasuk orang-orang yang aman. Surah Al-Qasas ayat 31.

Kawan-kawan semua, tahun lalu kita lihat dalam berita televisyen banjir yang berlaku di Ibu
KotaThailand, Bangkok. Bencana ini adalah bukti kekuasan Allah swt. Oleh itu, kita mesti kuatkan
imanapabila mengalami bencana seperti ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Apabila Nabi Musa dan pengikutnya berjaya menyeberangi Laut Merah, dengan kuasa Allah swt
lautkembali bercantum. Maka, Firaun dan semua tentera Firaun mati tenggelam di Laut Merah.

Kaum Musa berkata: "Kami Telah ditindas (oleh Fir'aun) sebelum kamu datang kepada kami dan
sesudahkamu datang. Musa menjawab: "Mudah-mudahan Allah membinasakan musuhmu dan
menjadikan kamukhalifah di bumi(Nya), Maka Allah akan melihat bagaimana perbuatanmu. Surah
Al-Aaraf ayat 129.

Kawan-kawan semua, tindakan kerajaan menahan warga Nigeria di Malaysia yang menjadikan
wargakita sebagai keldai dadah harus dibanggakan. Kepada sesiapa yang membuat perbuatan jahat
mestidihukum dengan hukuman yang setimpal.Untuk mengakhiri cerita saya ini, marilah kita
menjadi umat Islam yang bertakwa kepada Allah swtdan menjauhkan diri daripada
kejahatan.Wasalamualaikum warahmatululahi wabarakatuh…

Anda mungkin juga menyukai