Anda di halaman 1dari 5

PEMBUKA KATA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Terima kasih pengacara majlis yang budiman,
Barisan panel hakim hadirin sekalian,
Hayatilah cerita yang saya sampaikan,
Mukjizat Nabi Musa tajuk pilihan.
( pantun )
PENGENALAN
Kawan-kawan,
Nabi Musa merupakan anak lelaki kepada Yukabad dan Imran . Demi
keselamatan Nabi Musa a.s, ibunya Yukabad telah mengambil keputusan
untuk menghanyutkan baginda di sungai Nil kerana berlaku
pembunuhan beramai-ramai ke atas bayi lelaki pada ketika itu oleh
tentera Firaun. Dengan kuasa Allah yang Maha Esa, Asiah telah
menemui kotak yang menghanyutkan Nabi Musa a.s dan baginda
menjadi anak jagaan kepada Firaun dan Asiah.
Sombong dan bongkak di dalam hati,
Berasa Tuhan sekalian alam ini,
Pembunuhan bayi lelaki tanpa henti,
Itulah Firaun yang zalim sekali.
Sesungguhnya, Allah melarang manusia berlaku zalim sesama sendiri.
Firman Allah;

ISI 1
Tik..tiktik waktu berdetik ( nyanyi )
Saban hari, Nabi Musa a.s membesar menjadi pemuda yang matang.
Setelah 10 tahun meninggalkan Mesir, Baginda kembali kerana rasa
rindu terhadap tanah kelahirannya itu. Semasa dalam perjalanan
kembali ke Mesir, Nabi Musa a.s telah menerima wahyu dari Allah taala
dan melantik baginda sebagai Rasul di Bukit Tursina. Allah swt telah
mengurniakan Nabi Musa a.s sebatang tongkat yang boleh berubah
menjadi ular sebagai mukjizat. Maka, bermulalah dakwah Baginda a.s.
Tugas dan tanggungjawab dakwah tidak terhenti setelah kewafatan para

rasul kita. Malah tanggungjawab dakwah terletak pada kita sebagai


umat Islam. Maka berpesan-pesanlah kita ke arah kebaikan dan
meninggalkan larangan Allah. Firman Allah
Isu semasa:

ISI 2
Kawan-kawan yang dikasihi sekalian,
Hidup penuh pencaloba..
Tugas dakwah memang mencabar ( syair )
Sepanjang peninggalan Nabi Musa a.s, firaun semakin zalim, kejam dan
ganas. Penduduk-penduduk tinggal dalam suasana penindasan. Setelah
beberapa tahun meninggalkan bumi Mesir, Baginda a.s berhasrat mahu
kembali.Namun, keadaan yang menyedihkan berlaku. Lantas, Nabi
Musa a.s dan saudaranya Nabi Harun a.s berhadapan Firaun dan orangorang kuatnya .
Apakah Tuhan sekalian alam itu. kata Firaun dalam keadaan yang
marah.
Dialah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala
yang ada diantaranya. Jawab Nabi Musa a.s.
Nabi Musa a.s berdakwah kepada Firaun dalam cara yang lembut dan
berhikmah. Sebagaimana firman Allah taala dalam surah Al Ankabut
ayat 46;

Maksudnya; Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab melainkan


dengan cara yang baik.
Namun, memperlekehkan apa yang telah dikatakan oleh Nabi Musa a.s
dan enggan mempercayai kerana masih percaya dan yakin bahawa
dirinya adalah Tuhan.
Oleh itu, apabila kita mahu menasihati seseorang maka gunakanlah
dengan bahasa yang lembut dan baik sebagaimana firman Allah pada
ayat 46 surah Al Ankabut.
Isu semasa:

IS1 3
Hasutan oleh para pembesar,
Pertarungan bersama penyihir diraja
Disaksikan oleh rakyat jelata..
Di padang luas tempat bermula..

Pertarungan antara nabi Musa a.s dan ahli-ahli sihir Firaun pun bermula.
Perasaan yakin menyelubungi diri ahli-ahli sihir, maka mereka
melemparkan tongkat, kertas dan tali berubah menjadi ular yang
memenuhi tanah padang luas bergerak melata seolah-olah mahu
menyerang nabi Musa a.s. Teriakan dan pekikan orang ramai mula
memenuhi ruang pertarungan itu. Pada saat ini, Nabi Musa a.s
meletakkan pengharapan kepada Allah s.w.t
Gempar!!!gempar!!!! semua hadirin yang menyaksikan perlawanan itu
menjadi gempar. Nabi Musa a.s merasa gentar kemudian Allah
mengilhamkan kepada Baginda supaya melemparkan tongkatnya. Serta
merta menjadi ular yang sangat besar, ganas dan kelaparan. Sekelip
mata, ular-ular kecil jelmaan tali, kertas dan tongkat para penyihir
dimakan sehingga habis. Akhirnya ahli-ahli sihir Firaun mengaku kalah
dan mengakui beriman kepada Allah. Sebagaimana yang diceritaka
dalam surah As Syuara, ayat
Maksudnya: Maka ahli-ahli sihir segera merebahkan diri sujud, sambil berkata,
Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam, Tuhan Nabi Musa dan Nabi
Harun a.s.

Sesungguhnya, perbuatan mempercayai ahli sihir dan ahli nujum sangat


dilarang dalam Islam. Sebagai umat Islam, letaklah pengharapan
sepenuhnya kepada Allah taala.
Isu semasa:
ISI 4
Kawan-kawan sekalian,
Pada suatu saat dan ketika, Allah turunkan bencana ke atas kerajaan
Firaun.
Apakah yang berlaku??
Kerajaan Firaun dilanda kemarau yang panjang sehingga banyak
kematian. Bahkan Allah swt menurunkan lagi taufan yang dahsyat,
serangan belalang, kutu, katak dan darah sebagai tanda kekuasaan
Allah.
Wahai nabi Allah, andai engkau berdoa kepada Tuhanmu untuk

menghapuskan azab ini, akan aku bebaskan kaum Bani Israel untuk
pergi bersamamu . Kata Firaun.
Lantas, Nabi Musa a.s berdoa kepada Allah supaya azab-azab
dihapuskan. Janji hanya tinggal janji. Firaun masih enggan beriman
kepada Allah dan enggan melepaskan kaum Bani Israel untuk pergi.
Sedarlah kita bahawa, azab dan bala itu adalah peringatan dari Allah
s.w.t. Firman Allah dalam surah As Syuara, ayat 30;
Maksudnya: Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah
disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan
sebagian besar dari dosa-dosamu.
Sedarlah kita, apabila telah datang sesuatu bencana maka Allah s.w.t
sedang memberi peringatan.
Isu semasa:
ISI 5
Mendapat wahyu dari Ilahi
Nabi dan pengikutnya menyelamatkan diri..
Pada malam yang dingin dan sepi, maka berangkat Nabi Musa a. s dan
pengikutnya memulakan perjalanan mereka keluar dari Mesir.
Rancangan Nabi Musa a.s telah diketahui oleh Firaun. Maka Firaun dan
bala tenteranya mengejar Nabi Musa a.s dan pengikutnya sehingga ke
tebing Laut Merah. Pengikut-pengikut nabi Musa mula berasa cemas dan
panic melihat keadaan itu. Turunlah wahyu Allah kepada nabi Musa
sebagaimana dalam surah As Syuaara ayat 64,

Dengan izin Allah swt, Laut Merah terbelah dua. Nabi Musa a.s dan
pengikutnya segera melintasi Laut Merah itu. Perasaan marah
menguasai diri Firaun. Lantas Firaun dan bala tenteranya mula melintas
Laut Merah sehingga pertengahan perjalanan, sesuatu telah
berlaku.Laut Merah kembali seperti sedia kala. Akhirnya tenggelamlah
Firaun dan bala tenteranya.
Kawan-kawan, ringankan bibir kita untuk berdoa kepada Allah s.w.t.
Sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin.
Isu semasa:

PENUTUP
Begitulah kisah manusia durjana
Sehingga ajalnya tetap derhaka
Balasan Allah adil saksama
Ambil pengajaran buat selamanya.

Anda mungkin juga menyukai