Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan
dan seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian.
Berdirinya saya di hadapan ini adalah untuk menyampaikan sebuah kisah yang dipetik daripada Al-
Quranul Karim yang bertajuk Kisah Nabi Musa dengan Firaun .

1. Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Nabi Musa dilahirkan ketika Mesir diperintahkan oleh Raja Firaun yang sangat zalim. Pada zaman
tersebut, semua anak lelaki yang lahir ke dunia akan dibunuh. Firaun mempercayai ramalan ahli nujum
yang kononnya, akan lahir seorang kanak-kanak lelaki yang bakal menghancurkan kerajaannya. Kisah ini
dijelaskan dalam al-Quran.
__________________________________________________________________
Maksudnya:
Mereka menyembelih anak-anak lelaki dan membiarkan hidup anak perempuan mereka.
Surah al-Qasas ayat 4.
Daripada peristiwa tersebut, kita sebagai manusia janganlah membeza-bezakan antara anak lelaki dan
perempuan. Setiap kanak-kanak yang dilahirkan ibarat sehelai kain putih dan ibu bapalah yang
mencorakkannya.
Baji bukan sebarang baji,
Baji besi Puan Dahlia,
Bayi bukan sebarang bayi,
Bakal menjadi Rasul yang mulia.

2. Hadirin Hadirat yang dikasihi,


Ibu Nabi Musa bernama Yukabad manakala ayahnya, Imran daripada keturunan Nabi Yaakob. Dalam
keadaan bersembunyi, Nabi Musa dilahirkan.
Alangkah terkejutnya Yukabad,
melihat bayi yang
dilahirkannya seorang lelaki. Ketika usia Nabi Musa mencecah 3 bulan, Allah mengilhamkan Yukabad
untuk menghanyutkan Nabi Musa di sungai Nil setelah dimasukkan ke dalam sebuah peti besi demi
keselamatan Nabi Musa dengan iringan doa,
1
Ya Allah, aku serahkan keselamatan anakku ini di bawah perlindungan-Mu
Akhirnya, peti besi itu dijumpai tersangkut di celah sepohon pokok oleh dayang-dayang Asiah, isteri
Firaun. Lalu mereka membuka peti besi tersebut. Tatkala Asiah melihat bayi kecil yang sangat comel itu,
timbul rasa kasih dalam hatinya. Lalu anak itu diambil dan digendongnya. Bayi kecil itu diberi nama
Musa yang bermaksud pohon dan air.
Begitulah kawan-kawan kasih seorang ibu kepada anaknya, walau apa saja rintangan, kita jangan
lupa berdoa dan bertawakal kepada Allah demi keselamatan anak yang dikasihi.

3. Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian.


Membesarlah Nabi Musa alaihissalam di dalam istana Raja Firaun sebagai seorang anak yang dimanja
dan ditimang umpama menatang minyak yang penuh. Allah SWT kurniakan padanya kesempurnaan
fizikal dan rohani sebagai perisai bagi meneruskan hidup dalam keluarga musuh agama.
Bahang persengketaan mereka bermula dengan suatu peristiwa pergaduhan dua lelaki dari kaum Raja
Firaun dan Nabi Musa. Kemunculan Nabi Musa sebagai pelerai pergaduhan mengundang padah. Satu
hayunan tumbukan Nabi Musa menyebabkan Fatun jatuh ke tanah, tidak bernyawa. Apabila kisah ini
terbongkar, Raja Firaun sangat murka dan lalu bertitah,
Tutup semua pintu laluan Musa dan hadapkan kepada Beta

4. Hadirin Hadirat yang dikasihi,


Silat pangkah, jari dipaku,
Silap langkah, diri diburu.
Bermulalah episod baru dalam kehidupan Nabi Musa daripada anak kesayangan yang ditatang, kepada
penjenayah yang diburu. Nabi Musa terpaksa mejadi pelarian, keluar dari Negara Mesir sambil berdoa
seperti yang termaktub dalam surah al-Qasas ayat 21, Allah SWT berfirman,
____________________________________________________________________
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku daripada orang-orang yang Zalim
2
Nabi Musa menerima cabaran itu, lalu melempar tongkatnya ke lantai lalu menjelma seekor ular yang
besar menghala ke arah Raja Firaun hingga terpaksa melarikan diri daripada singgahsana. Di dalam
Surah Assyuaara ayat 32, Allah berfirman:
_____________________________________________________________________________________
Maksudnya:
Maka Musa melempar tongkatnya, tiba-tiba tongkat menjadi ular. Setelah takutnya reda, Raja
Firaun menyuruh Nabi Musa menunjukkan bukti yang lain. Nabi Musa menyeluk sakunya, apabila
dikeluarkan, bercahayalah tanggannya hingga menyilau pandangan mata para hadirin. Raja Firaun tetap
tidak berpuas hati, dengan berketuakan Haman yang merupakan ahli sihirnya yang terbaik, satu
pertandingan sihir dianjurkan di negeri Mesir. Seluruh ahli sihir diundang untuk menewaskan mukjizat
Nabi Musa. Masing-masing membawa peralatan seperti tongkat dan tali. Hari yang dinantikan pun tiba.
Pertandingan dimulakan oleh ahli sihir Raja Firaun dengan melemparkan tongkat dan tali mereka
kelantai lalu menjelmalah ular-ular kecil merayap di atas lantai. Nabi Musa mula cemas. Allah
mententeramkan hatinya dengan berfirman:
Jatuhilah tongkatmu, Wahai Musa
Dengan izin Allah muncullah seekor ular besar menelan ualar-ular kecil tersebut. Melihat
mukjizat tersebut, berimanlah ahli sihir tersebut.
Ya kawan-kawan, sebagaimana yang kita tahu, mukjizat hanyalah diberi kepada para Nabi dan
Rasul sahaja. Jangan disamakan mukjizat para nabi dengan ahli silat mata atau sihir yang ditunjukkan
kepada kita pada zaman sekarang ini.
3
5.
Hadirin hadirat yang dikasihi,
Berjam-jam merebus keladi,
Terlalu mengantuk mata terpejam
Kezaliman Firaun makin menjadi-jadi
Rakyat diperintah dengan kejam.

6.
Hadirin hadirat yang dikasihi,
Penderitaan yang dialami oleh kaum bani Israel semakin teruk. Mereka memohon agar Nabi Musa bawa
mereka keluar dari bumi Mesir. Atas persetujuan Nabi Musa, bertolaklah mereka ke Baitulmaqdis di
Palestin. Mereka berjalan beramai-ramai takut dikesan oleh tentera Raja Firaun. Menjelang fajar
menyinsing, sampailah mereka dipersisiran laut merah.
Bersuaralah Sahabat Nabi Musa, Yusha bin Nun,
dibelakang musuh yang mengejar, di depan laut terbentang ..
Bagaimana harus kita melepasinya? .
Nabi Musa menjawab:
Jangan khuatir, Allah akan membantu kita member jalan keluar dari cengkaman mereka .
Dalam saat genting, tatkala Raja Firaun dan bala tentera semakin hamper, Allah berfirman:
Wahai Musa, pukullah tongkatmu..
Dengan izin Allah, terbelahlah laut merah lalu menyeberanglah mereka dengan selamat. Raja
Firaun dan bala tenteranya menyangka laluan itu selamat untuk mereka. Dengan angkuhnya, raja Firaun
4
dan bala tenteranya menyeberangi lautan yang terbelah itu. Ketika berada ditengah-tengah, Allah
kembalikan laut seperti sediakala, lalu lemaslah mereka diperut laut.
Daripada kisah tadi, dapat saya petik 5 pengajaran:
1. Kekuasaan Allah tidak dapat ditandingi.
2. Hanya Allah tempat memohon pertolongan.
3. Kehidupan manusia, di bawah urusan tadbir Allah.
4. Iman adalah penyelamat manusia
5. Kesabaran itu kunci setiap perjuangan hidup
Sebelum mengundur diri, dengarkanlah alunan saya,
Iman laksana mutiara
Berkilau, bersinar di dalam jiwa
Yang menyakini hanya Allah
Tuhan yang Esa lagi berkuasa.
Wabillahitaufiq, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakath.
5

Anda mungkin juga menyukai