Yang dihormati,
MERAFAKKAN RASA KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH KERANA DENGAN IZINNYA, KITA DAPAT
BERKUMPUL BERSAMA-SAMA PADA HARI INI.
SAYA BAGI PIHAK TUAN RUMAH, KELUARGA (EN ABDUL RAHMAN BIN HJ SHAFIEE DAN PUAN SITI
BINTI HJ YAHYA ) DENGAN BERBESAR HATI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN pasangan pengantin
yang diraikan ,ahli keluarga, dan para hadirin hadirat para tetamu yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Walimatul Urus muhammad hafiz syazwan bersama pasangannya rahimah binti md
deras .
Subhanallah pagi dan petang
ganjaran pohon di dalam syurga
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Dengan ini, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, Tuhan Yang Maha ESA,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
.....................................................................................................................................................
Dipersilakan.
(Doa)
KINI MAJLIS MEMPERSILAKAN,YANG DIRAIKAN RAJA DAN RATU SEHARI,YASMIN RAIHANA BINTI
RAMLAN DAN MOHD KHAIRUL BIN NEJIB UNTUK KE MEJA UTAMA UNTUK UPACARA MAKAN
DAMAI BERSAMA DENGAN AHLI KELUARGA DAN PARA ROMBONGAN,DIPERSILAKAN...
BEGITULAH SEMPURNANYA ACARA MEMOTONG PULUT KUNING OLEH PASANGAN DUA SEJOLI
INI.
TIADA UNTAIAN KATA YANG MAMPU DILAFAZKAN SELAIN UNGKAPAN RASA SYUKUR DAN
UCAPAN
TERIMA KASIH YANG TULUS IKHLAS DARIPADA RAJA SEHARI DAN AHLI KELUARGA BUAT
SEMUA,ATAS KESUDIAN HADIR DAN MEMERIAHKAN MAJLIS PERSANDINGAN PADA HARI INI.
SELESAILAH SUDAH MAJLIS PADA HARI INI,SAYA NOOR AZLIN BINTI ABDUL RAHMAN INGIN
MEMOHON SERIBU KEMAAFAN JIKA SEPANJANG SAYA MENGACARAKAN MAJLIS INI,TERDAPAT
KEKURANGAN DAN TERLANJUR KATA. SESUNGGUHNYA YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH
TAALA DAN YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA SENDIRI.
SAYA JUGA MEWAKILI PIHAK TUAN RUMAH INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH
KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR BERSAMA DENGAN KAMI DAN KEDATANGAN TUAN-TUAN
DAN PUAN-PUAN AMAT KAMI HARGAI.
JUMPA LAGI DI MASA AKAN DATANG,
WABILLAH HI TAUFIQ WALHIDAYAH,WASSALAMUALAIKUM W.B.T
Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama –
sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu –
alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini. Jangan lupa membaca
Bismillah dan doa sebelum santapan bermula.. Selamat menjamu selera..
(makan 10 minit)……………
Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu,
menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan
perkahwinan yang dituntut agama.
Sebelum bernikah syaitan akan merapatkan hubungan supaya berlaku maksiat dan pelanggaran.
Selepas bernikah, makhluk yang dilaknat Allah ini akan merenggangkan hubungan dan
menimbulkan perselisihan. Mohonlah kepada Allah agar hubungan ini terus berkekalan hingga
ke Jannatul Firdaus, insyaAllah. Amin..
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih
yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan
memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Yang baik dari Allah,
yang lemah atas kelemahan saya sendiri.. Maha Suci Allah3, Allah bebas dari salah dan silap.
Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang, insyaAllah... Saya mengucapkan salam hormat
buat semua, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Wabillahitaufiq walhidayah
wassalamualaikum WBT.
Tangguh majlis dengan tasbih kifarah….