Anda di halaman 1dari 4

BERCERITA KISAH AL-QURAN

PERTANDINGAN BERCERITA KATEGORI PEREMPUAN SEKOLAH RENDAH


KISAH TONGKAT MUKJIZAT NABI MUSA A.S

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis, Penjaga masa yang setia dengan tugasnya, barisan hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan peserta dan jemaah dewan sekalian.

Banyak hari diantara hari


Tidak semulia hari Jumaat
Ramai nabi diantara nabi

Pantun

Nabi Musa sentiasa tersemat


Kawan-kawan, marilah kita hayati kisah Nabi Musa dan tongkatnya.
Mesir suatu ketika dahulu, dikuasai oleh Firaun. Seorang raja yang amat zalim, kufur sehingga
mengaku dirinya sebagai tuhan.
Pada suatu hari seorang ahli nujum membawa khabar tentang kelahiran seorang bayi lelaki yang akan
menghancurkan kekuasaan Firaun. Lantas Firaun memerintahkan agar membunuh setiap bayi lelaki
yang lahir.

Dalam ketakutan Musa dilahirkan


Ke Sungai Nil baginda dihanyutkan
Dijumpai Asiah terus berkenan
Di istana Firaun baginda dibesarkan

Syair

Maksudnya:Nabi Musa adalah Nabi yang diutus bagi kaum Firaun


(Q.S Al Araaf: 103).
Pada suatu hari, ketika Nabi Musa a.s berjalan-jalan di kota, kelihatan kaun Qibti dan Israel sedang
bergaduh, puas disuruh berdamai namun mereka tetap enggan, sehinggalah salah seorang daripada
mereka meninggal dipukul Musa as. Firaun yang mendengar hal itu sangat marah dan menghalau Nabi
Musa keluar dari Mesir.

Nabi Musa sedih dan pilu,


Mencari tempat untuk berlindung

Nasyid lagu

Berjumpa dengan Nabi Shuib


Berkahwin pula dengan anaknya

BERCERITA KISAH AL-QURAN


PERTANDINGAN BERCERITA KATEGORI PEREMPUAN SEKOLAH RENDAH
Hadirin-Hadirat yang dimuliakan Allah,

Kerna Kau yang satu


Yang setia bersamaku

Lagu Adamu

Dikala ku jatuhku bangkit kernaMu


Kutahu ku Adamu disisi ku selalu
Bantulah hambamu mencari keredhaanMu
Kawan-kawan semua,

Pada suatu masa di Lembah Thuwa, nabi Musa mendapat wahyu dari Allah, justeru baginda telah
diangkat menjadi rasul. Baginda juga dikurniakan tongkat sebagai mukjizat.

Surah Taha ayat 18


Maksudnya: Ini ialah tongkatku, aku bertekan ke atasnya semasa berjalan dan aku memukul
dengan daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku da nada lagi lain-lain
keperluan tongkatku
Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,
Pada suatu hari Firaun mengadakan perjanjian untuk bertemu dengan Nabi Musa. Pada saat itu Firaun
mengumpulkan semua tukang sihirnya yang hebat untuk mengalahkan Nabi Musa.
Ketika tukang sihir melempar tongkat dan tali-tali mereka, tiba-tiba tempat itu dipenuhi dengan ular.
Nabi Musa ketakutan, tetapi Allah mewahyukan Nabi Musa untuk melemparkan tongkatnya.

Maksudnya:Nabi Musa mencampakkan tongkatnya maka tiba-tiba tongkatnya menjadi ular


Surah Asy-syuara ayat 32

BERCERITA KISAH AL-QURAN


PERTANDINGAN BERCERITA KATEGORI PEREMPUAN SEKOLAH RENDAH

Nabi Musa menyentuh tanah


Menggunakan tongkat mukjizat

Nasyid lagu Sepohon

Tiba-tiba ular besar keluar


lalu memakan ular yang lain

Akhirnya tukang sihir itu sujud di atas tanah dengan mengatakan bahawa mereka menyesal dan
beriman kepada Allah.
Tahukah kawan-kawan ,
Tongkat Nabi Musa juga dapat membelah lautan. Nabi Musa mendapat wahyu daripada Allah untuk
meninggalkan Mesir, ketika hendak pergi beritanya sampai ke telinga Firaun. Dia mengejar bersama
bala tenteranya. Dalam kepanikan, Allah mewahyukan untuk memukul lautan dengan tongkatnya itu.
Tiba-tiba,

Laut terbelah menjadi dua,


satu bahagian menjadi kering,

Syair

Nabi Musa menyeberangi lautan,


Mukjizat itu Firaun saksikan

Firaun merasa takut tetapi kerana keangkuhan dan kesombongan ia terus menyuruh tenteranya maju.
Ketika Firaun dan tenteranya sampai ke tengah, ombak datang menggulung dan menenggelamkan
mereka. Pada saat sakaratul maut menjemput Firaun, ia menyedari kesalahannya.
Ingatlah kawan-kawan, jika amalan buruk yang dilakukan pasti akan mendapat balasan dari Allah
sepertimana Firaun dan kaumnya. Menyesal tiada gunanya lagi. Kita sebagai hamba perlulah sentiasa
taat pada perintah Allah.

Kau tempatku meminta


Kau beriku bahagia

Lagu Padamu Ku

Jadikan aku selamanya


HambaMu yang selalu bertaqwa
Hadirin hadirat warga dewan sekalian

Marilah kita mencontohi dan meneladani sikap perjuangan nabi Musa a.s, insan yang mulia. Namun,
kawan-kawan semua, terdapat juga mereka yang tidak beriman kepada Allah swt pada masa kini.Ada
juga yang sanggup menduakan Allah. Buktinya kita dapat lihat ramai orang Islam percaya perkara
tahyul dan khurafat. Ada juga dikalangan mereka mengaku sebagai tuhan dan disembah manusia
seperti Kahar Ahmad, Ayah Pin, Tuhan Harun dan sebagainya. Kita wajib yakin sepenuh hati bahawa
Allah tuhan yang Esa dan wajib beriman kepadaNya. Kita haruslah bersyukur kerana negara kita
menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.

BERCERITA KISAH AL-QURAN


PERTANDINGAN BERCERITA KATEGORI PEREMPUAN SEKOLAH RENDAH

Allahu Akbar maha Besar

Lagu kebesaranMu

Memujamu begitu Indah


Selalu kau berikan semua
KebesaranMu Tuhan

Demikianlah pengorbanan tenaga, masa, harta, wang dan nyawa pada jalan Allah S.W.T. Ini
merupakan peringkat tertinggi sebagai pembuktian keikhlasan setiap amalan. Allah telah merakamkan
bagaimana Nabi Musa a.s membuktikan pengorbanannya yang tiada berbelah bahagi. Pengorbanan
baginda di jalan Allah seperti inilah yang sangat diperlukan masa ini untuk memastikan diri kita
dijamin ke syurga Allah kelak, Insya-Allah.

Kalau pergi Tanjung keramat


Anak manis jangan diangkat

Dikir Barat

Bersama kita memohon rahmat


Moga majlis mendapat berkat
Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita

Pantun

Kalau tersilap tutur bicara


Jemari di susun maaf dipinta
Sekian, Wasalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai