Anda di halaman 1dari 3

PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.

W KE MADINAH (L)

Bismillahir rahmanir rahim


Assalamualaikum w.b.t
Syukran Jazilan kepada tuan Pengerusi Majlis.

Hijrah itu pengorbanan,


Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.

Kalau dengar pantun ini, mesti para hadirin dapat meneka apa tajuk
cerita saya. Ya…,betul. Cerita saya adalah kisah Hijrah Rasulullah saw yang kita
kasihi dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Pada hadirin yang dirahmati Allah,


Perkembangan islam di Kota Mekah meningkat dan orang Quraisy Mekah
melancarkan tentangan hebat terhadap muslimin Mekah. Ada yang diseksa dan
dibunuh kerana mempertahankan Islam. Oleh kerana keadaan yang begitu
mencabar, mereka telah diarahkan oleh Rasulullah saw supaya berhijrah ke
Madinah atas perintah Allah. Lalu, berhijrahlah muslimin Mekah ke Madinah.

Namun begitu, Rasulullah masih lagi berada di Mekah menunggu perintah


Allah supaya berhijrah bersama-sama beberapa orang sahabat baginda iaitu
Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar. Sabda Rasulullah saw “Allah telah
mengizinkan berhijrah dan meninggalkan Mekah”.

Di sini dapat kita lihat bahawa Rasulullah saw tidak berhijrah selagi
belum mendapat keizinan daripada Allah. Hah….Adakah kita biasa mengamalkan
meminta izin sebelum melakukan sesuatu? Kita sebagai anak mahupun pelajar,
mari kita sama-sama mengamalkan amalan meminta izin dan restu daripada ibu
bapa dan guru-guru sebelum melakukan sesuatu agar amalan kita itu mendapat
restu dan rahmat serta keberkatan daripada Allah.

Pada hadirin yang dikasihi Allah,


Hijrah bukanlah suatu perkara yang berlaku secara tidak sengaja tetapi
segala-segalanya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah azza wajalla. Sebab
itulah perjalanan Baginda saw bersama Saidina Abu Bakar tetap berjalan dengan
lancar walaupun banyak rintangannya. Pada malam sebelum baginda bertolak,
orang kafir Quraisy mengepung rumahnya dan baginda mengetahuinya lalu
memerintahkan Saidina Ali supaya tidur di tempat baginda. Waktu itulah, Allah
Maha Berkuasa, telah menghalang pandangan orang Musyrikin dan baginda
dapat meloloskan diri. Baginda bersembunyi di Gua Thur selama beberapa hari
hingga keadaan menjadi reda, barulah baginda meneruskan perjalanannya ke
Madinah. Maka dengan perancangan yang teliti disertakan dengan pertolongan
daripada Allah, terselamatlah baginda dari ancaman kaum musyrikin Quraisy
seperti firman Allah dalam surah Al-Anfaal ayat 30 yang berbunyi:

Maksudnya “Dan (ingatlah) ketika orang kafir memikirkan tipu daya


terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap dan memenjarakanmu atau
membunuhmu atau mengusirmu, mereka membuat tipu daya dan Allah
menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”.

Subhanallah Allah maha berkuasa, peristiwa itu tadi mengajar kita untuk
sentiasa membuat perancangan dan persediaan yang teliti untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang. Seperti pepatah arab mengatakan ‘Man Jadda Wa
Jadda’.. ‘Sesiapa yang berusaha dia akan berjaya’.

Para hadirin yang dirahmati Allah


Rasulullah saw bersama Saidina Abu Bakar sempat singgah di Quba dan
berhenti rehat di tempat Bani Amr bin Auf selama 10 hari. Di sinilah baginda
sempat menyiapkan sebuah masjid yang merupakan masjid pertama dibina di
dalam islam iaitu Masjid Quba. Dalam firman Allah dalam surah At-Taubah ayat
108:

Ertinya; “Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-


lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid
Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya”.

Setelah itu, baginda meneruskan perjalanan menuju ke Madinah. Setelah


mengetahui berita kedatangan Rasulullah saw maka penduduk Madinah bersiap
sedia menyambut ketibaan baginda. Apabila tiba di Madinah, baginda disambut
dengan penuh kegembiraan. Mereka mengucapkan “ALLAHU AKBAR, ALLAHU
AKBAR, RASULULLAH TELAH TIBA” dan menyanyi kegembiraan.
Tolahal badru alaina
Min sani yaatil wada
Wajabbas syukuru alaina
Mada aa lillahi daa

Baginda saw pun membeli tanah daripada wali kedua anak yatim lalu
mendirikan masjid di atas tanah tersebut yang dikenali sebagai Masjid Nabawi.
Begitulah para hadirin, walau di mana jua baginda berada, pasti baginda saw
akan mendirikan masjid sebagai tempat untuk baginda menyebarkan islam.
Baginda sentiasa meletakkan Islam pada martabat yang tinggi. Berbeza dengan
kita pada hari ini, walaupun masjid terbina dengan banyaknya, masih ada yang
lupa pada ajaran Islam. Ayuh para hadirin, mari kita jadikan Islam sebagai
perkara yang penting di dalam kehidupan kita sebagaimana Rasulullah saw.

Para hadirin yang dihormati,


Setelah sampai di Madinah, Baginda saw memulakan dakwah dan
mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan Ansar. Baginda bersabda yang
bermaksud “Bersaudaralah kamu sekalian di jalan Allah seperti saudara
kandung”.
Masya Allah, betapa indahnya persaudaraan umat islam pada ketika itu. Berbeza
keadaannya pada kita hari ini, bersaudara tetapi adakalanya tidak mengenali
antara satu sama lain. Jadi sebagai umat islam, kita mestilah sentiasa hormat-
menghormati dan tolong-menolong serta kasih-mengasihi antara satu sama lain
supaya wujud satu masyarakat yang aman dan harmoni.

Ada akal ada fikiran,


ada pangkal ada penghujung; pantun
terima kasih saya ucapkan,
sudi mendengar sampai ke penghujung.

Sekian, wa billahi tawfiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai