Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah juga saya menyiapkan tugasan Ibadah ini dan dapat menghantarnya pada tarikh yang telah ditetapkan, walaupun berdepan dengan pelbagai masalah.

Dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk melaksanakannnya. Bagi saya, kekuatan dalam menghasilkan tugasan ini telah memberi pengetahuan baru kepada saya berkenaan kaedahkaedah yang menarik dan sesuai digunakan dalam bilik darjah. Secara tidak langsung saya dapat memperoleh ilmu baru tentang perbezaan KSSR dan KBSR sebagai panduan untuk saya mengajar di sekolah sewaktu saya menjadi guru nanti. Selain daripada itu,saya juga dapat mengetahui cara untuk menghasilkan Randangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran semester dengan bantuan guru pembimbing saya. Untuk menjadi guru yang bijak mengatur strategi saya perlu peka dalam penghasilan Rancangan Pengajaran Harian supaya saya dapat memastikan proses pengajaran berlaku dengan lancar. Selain dari itu, dari segi pemerolehan ilmu pula saya dapat mengenalpasti dan mempelajari masalah masyarakat Islam di malaysia, dengan membuat sedikit kajian melalui tugasan ini. Tambahan lagi, melalui tugasan ini saya dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama kawan saya yang turut bekerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat kami perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses melahirkan murid yang kreatif dan berilmu pengetahuan. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan mempelajari Kemahiran dalam mengajar Ibadah ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai