Anda di halaman 1dari 29

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ______________________________

Nama Penulis : MUHAMMAD ANAS BIN MOHAMED SALLEH Tarikh : 24 FEBRUARI 2014

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ______________________________

Nama Penulis : ABDUL MUTTAQIN BIN SAHAROM Tarikh : 24 FEBRUARI 2014

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ______________________________

Nama Penulis : MUHAMMAD ZAIM SYAFIQ BIN MOHD ROSLAN Tarikh : 24 FEBRUARI 2014

HALAMAN JUDUL

OLAHRAGA
(WAJ 3112)

UNIT KOKURIKULUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN

ISI KANDUNGAN

HALAMAN PENGAKUAN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . HALAMAN JUDUL. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . PENGHARGAAN. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . SOALAN TUGASAN. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

1 4 6

SEJARAH PERKEMBANGAN OLAHRAGA

SEJARAH PERKEMBANGAN SUKAN LOMPAT JAUH 8

LATIHAN MENINGATKAN KEMAHIRAN LOMPAT JAUH 15

PERALATAN

16

PRINSIP-PRINSIP ASAS LOMPAT JAUH

20

FASA LOMPAT JAUH

21

GAYA/TEKNIK LOMPAT JAUH

23

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LOMPAT JAUH

27

RUJUKAN

29

PENGHARGAAN Segala puji dirafakan kepada Allah Taala Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam dipanjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Sesungguhnya, tanpa izin dari-Nya, segala yang dirancangkan tidak dapat dilaksanakan. Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan juga kami ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Zulkifli. Segala tunjuk ajar, nasihat, dan panduan yang diberikan sedikit sebanyak membantu dalam penghasilan kerja kursus ini. Perkara yang berkaitan dengan ilmu kesukanan boleh melahirkan insan guru yang beriman, berilmu, dan beramal. Justeru ini perlu dikuasai dari sudut pelaksanaannya dengan baik dan sempurna. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada keluarga kerana turut membantu memberi idea dan cadangan membina dalam melaksanakan projek ini. Kepada sahabat-sahabat yang membantu secara langsung atau tidak langsung, bantuan anda semua dapat meringankan lagi kerja-kerja penghasilan kerja kursus ini. Sebagai seorang guru pula, adalah menjadi amanah dan tanggungjawab bagi kita untuk mengajar anak-anak didik kita tentang nilai dan akhlak yang baik dan mulia bagi membentuk masyarakat madani selaras dengan konsep

matlamat yang ingin diterapkan bagi melahirkan modal insan. Semoga dengan penghasilan kerja kursus pendek ini, dapat menambah ilmu kita disamping mendekatkan diri kita kepada yang Maha Esa. Terima kasih.

SEJARAH PERKEMBANGAN OLAHRAGA Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan.

Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenang pula. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai. Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan. Lama-kelamaan lebih ramai yang mengambil bahagian bagi menguji keupayaan masing-masing. Untuk mencapai kemenangan sudah tentu mereka akan berlatih bersungguh-sungguh dan akan mempamerkan
7

kebolehan

sebenar

semasa

pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji kebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di merata dunia. Walaupun ada kalanya bentuk pertandingan agak berbeza-beza, namun matlamat dan tujuannya sama. Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan di kalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan olahraga atau athletics. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno. Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece. Oleh itu ianya boleh dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia. Mengikut catatan, Sukan Olimpik Kuno bermula tahun 776 S.M di Greece. Mengikut The Encyclopedia of Sports acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan olahraga ialah lompat jauh dimana ahli sukan Sparta iaitu Chionis berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 inci pada Sukan Olimpik 656 S.M.

Peringkat awal sukan olahraga melibatkan orang-orang Yunani dan Roman yang cenderung kepada permainan-permainan membaling, sukan kereta kuda lumba, gusti, serta sukan pertempuran. Di zaman pertengahan anak-anak lelaki kepada orang orang bangsawan akan dididik untuk berlari, melompat dan bergusti, sebagai tambahan kepada menunggang, berlawan tombak dan latihan senjata. Olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden yang telah diadakan buat kali pertama di Greece tahun 1896. Sukan ini dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga
8

Amatur Antarabangsa yang bergabung dengan Majlis Olimpik Antarabangsa dan ia diadakan empat tahun sekali. Sukan ini tidak mungkin wujud kembali jika tiada orang yang bernama Baron Pierre de Coubertin menerajuinya. Pada Sukan Olimpik yang pertama itu sebanyak 295 atlet telah menyertainya. Olahraga merupakan elemen yang paling penting dalam sukan Olimpik Moden. Ia dipraktikkan di semua Negara kerana nilai pendidikannya dan peranannya boleh memberi peningkatan kepada fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain. Tambahan pula ia menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia.

Di England, sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst di mana temasya sukan bermula pada 1812. Kemudian Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu The Necton Guild. Setelah itu semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu pada tahun 1850 di Oxford University, Exeter College Athletic Club. Manakala kejohanan kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur Athletic Club di England. Seterusnya kejohananan antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun 1876 antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20 ramai atlet Amerika Syarikat telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Namun begitu atlet dari negara Eropah lain juga turut cemerlang dalam acara-acara olahraga. Ternyata kebanyakkan peserta dari negara Amerika Syarikat ialah berketurunan Negro. Sememangnya ketika itu atlet dari Asia dan Afrika masih belum mampu menyaingi kemampuan atlet dari Eropah. Tetapi kini senario tersebut telah

berubah dan boleh dikatakan atlet Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan atlet Eropah. Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa telah ditubuhkan pada tahun 1912. Kewujudan IAAF telah menggerakkan program-program olahraga yang telah diubahsuai dan diperkembangkan secara berterusan. Selepas itu semua negara boleh menganggotai badan tertingi sukan olahraga dunia ini. Peranan IAAF ialah sebagai penasihat dan pengiktiraf kepada semua perjumpaan sukan terbesar ini. Persekutuan ini adalah satu-satunya badan atau pertubuhan yang boleh mengiktiraf sebarang rekod atau kejayaan yang dicapai oleh atlet. Segala peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan olahraga adalah di bawah tanggungjawab IAAF.

Dalam menjamin kejayaan sesuatu penganjuran sukan, perancangan dan pengurusan yang licin, bersistem dan berkesan amat diperlukan dan membuahkan hasil iaitu prestasi yang baik. Bermula dari peringkat sekolah, mereka yang terpilih akan mengambil bahagian pula di peringkat daerah, zon, negeri, kebangsaan sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Pada peringkat awal wanita-wanita tidak dibenarkan menyertai acara balapan dan acara padang Sukan Olimpik sehingga tahun 1928. Setelah itu banyak kejayan yang diperolehi atau dilihat pada Sukan Olimpik. Contohnya pada 1992 di Barcelona lebih dari 135 negara yang menyertai sukan ini. Cogan kata bagi Sukan Olimpik ialah Perkara yang penting di dalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting
10

dalam hidup ialah berusaha. Berdasarkan kepada cogan kata inilah banyak negara yang telah menyertainya walaupun amat sukar untuk mencapai sesuatu

kemenangan.

11

SEJARAH PERKEMBANGAN SUKAN LOMPAT JAUH

Menurut sejarah, permulaan acara lompat jauh telah dikesan pada awal tahun 708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan, lompatan pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu seorang atlet dari Sparta. Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan adalah berbeza daripada lompatan yang dilakukan pada masa kini. Berdasarkan bukti-bukti yang didapati daripada lukisan yang terdapat pada tembikar pada zaman dahulu, lompatan dibuat secara berkali- kali sama ada dalam bentuk multiple, double, triple atau quintriple. Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga yang mana seseorang atlet mencoba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang dituju. Acara ini diminati walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh. Dalam masa yang singkat, atlet mestilah membuat pelarasan bagi membetulkan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki. Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh telah dikategorikan dalam acara olahraga dan bermula daripada itu ia telah diterima dalam kebanyakkan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk lompatan yang digunakan pada masa kini. Lompat jauh dianggap acara yang mudah untuk dipelajari berbanding acara lompatan yang lain tetapi jika teknik dan peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik ia boleh membawa kepada risiko kecederaan.

12

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga yang mana seseorang atlet mencuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang dituju. Acara ini diminati walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh. Dalam masa yang singkat, atlet mestilah membuat pelarasan bagi membetulkan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki. Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan, pelompat jauh perlu menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih. Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Perlu diingat, masalah utama pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak. Disamping itu, pelompat jauh harus meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksplosif. Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston. Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlet akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling diingati dalam acara purba adalah seorang

13

lelaki dipanggil Chionis yang mana pada Olimpik 656 s.m. mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm. Kini acara rekod acara tersebut telah dipegang oleh Mike Powell dari USA dengan lompatan sejauh 8.95 meter manakala bagi acara wanita rekod acara tersebut telah dipegang oleh Galina Chistyakova dari Soviet Union dengan lompatan sejauh 7.52 meter. Sebelum melakukan latihan lompat jauh, kita mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan sebagai langkah keselamatan supaya tidak tercedera semasa latihan.Regangkan otot-otot utama di bahagian kaki, paha, badan dan tangan. Pastikan juga kawasan lari landas dan pendaratan selamat untuk melakukan aktiviti lompat jauh. Kawasan pendaratan berpasir mestilah digemburkan dan diratakan agar pendaratan dapat dilakukan dengan selamat. Pastikan papan lonjakan diletakkan dengan baik dan betul.

14

LATIHAN YANG SESUAI DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN LOMPAT JAUH

Lakukan bangkit tubi Tujuannya: Menguatkan bahagian abdominal.

Bergayut pada palang dinding atau seumpamanya,angkat kedua-dua kaki lurus dan belakang badan rata di dinding. Tujuannya: Menguatkan bahagian abdominal (penting bagi lunjuran kaki semasa mendarat).

Hujung kaki diletakkan di atas platform 8 cm tebal.Naik dan turunkan tumit pada julat yang maksimum (lakukan dengan atau tanpa beratan). Tujuannya: Menguatkan achcillies tendon.

Aktiviti naik turun bangku ketinggian 50 cm dengan ekstensi maksimum kaki (cuba naikkan badan setinggi yang boleh). Tujuannya: Menguatkan quadriceps.

Latihan plyometric. Lompat dari kotak berketinggian 50 cm dengan satu kaki. Kemudian dengan pantas lompat ke atas dengan bantuan kaki yang bebas, tangan dan bahu. Tujuannya: Meningkatkan kuasa lonjakan kaki sewaktu lonjakan. Lakukan aktiviti juak lentik dinamik. Posisi duduk,lutut bengkok dan tangan di belakang. Naikkan lutut kaki lonjakan. Tujuannya: Meningkatkan pergerakan dan kekuatan bahu, pinggang dan kaki.

Lari, lompat ke atas kotak dengan kaki lonjak dan melonjak seberapa jauh yang mungkin dengan ayunan kaki bebas. Tujuannya: Memperbaiki dan meningkatkan kebolehan lonjakan, layangan dan koordinasi badan dan tangan (imbangan).

15

PERALATAN

Acara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan. Namun, sebenarnya ia juga memerlukan peralatan khusus, iaitu ruang atau kawasan dan juga alatan khas. Berikut adalah antara ruang dan peralatan yagn diperlukan untuk acara lompat jauh.

1) LORONG LARIAN (RUNAWAY)

Lorong larian mempunyai jarak yang sesuai adalah penting untuk membuat pecutan, larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45 m x 1.22 m. Ia hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan yang boleh mengganggu peserta lompatan.

membuat

2) PAPAN PELEPAS (TAKE-OFF BOARD)

Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan pelepas yang standard ialah bersaiz 1.22 m panjang dan 20 cm lebar yang diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan. Papan ini biasanya diwarnakan putih seluruhnya.

16

3) PETUNJUK PLASTISIN (PLASTICINE INDICATOR)

Petunjuk plastasin ini digunakan untuk mengesan dan membuktikan

pembatalan dalam satu-satu lompatan yang dibuat. Plastisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas dan sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya membuktikan

bahawa lompatan itu batal dan tidak dikira dalam perhitungan lompatan yang dicapai.

4) KAWASAN PENDARATAN (LANDING AREA)

Kawasan pendaratan digunakan untuk

mendarat

dalam

satu-satu

lompatan.

Kawasan ini penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat jauh. Ia diisikan pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9 m panjang dan 2.75 m lebar.

17

5) PITA PENGUKUR (MEASURING TAPE)

Pita

pengukur

digunakan

unutk

mengukur jaraj sesuatu lompatan. Jarak lompatan diukur dari hujung terdekat papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam kotak pendaratan. Kini, dalam

kejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik, yang menjadikan pengukuran lebih mudah, cepat dan tepat.

6) PENGUKUR HALAJU ANGIN (WIND VELOCITY INDICATOR)

Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satu-satu lompatan dibuat. Ia penting tersebut untuk menentukan oleh samada angin lompatan tidak.

dibantu

atau

Bagaimanapun, untuk perjumpaan peringkat sekolah atau kelab, alat ini tidak digunakan.

18

7) BENDERA ISYARAT (FLAG)

Bendera digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat dua jenis bendera yagn digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah. Bendera putih untuk lompatan bersih manakala bendera merah untuk lompatan batal.

8) KASUT BERPAKU (SPIKE)

Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan juga sebagai perlindungan kepada pelompat. Kasut yang berpaku dan bertumitkan plastik sesuai digunakan untuk acara ini.

19

PRINSIP-PRINSIP ASAS LOMPAT JAUH 1. Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang maksimum. 2. Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian pantas dan disusuli dengan lonjakan yang cukup kuat dan tinggi. 3. Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka masa pelompat berada di udara. 4. Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan pelompat bergerak mengikut satu lingkungan parabola di mana jarak lompatnya dapat ditentukan. 5. Sebenarnya, gaya badan semasa berada di fasa layangan adalah untuk mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat persediaan untuk mendarat dengan selamat dan berkesan. 6. Gaya layar adalah suatu gaya lompatan yang popular kerana ia mudah diajar. Walaubagaimanapun, gaya layar kurang berkesan untuk dijadikan sebagai satu teknik lompat jauh yang dapat dicontohi kerana teknik ini menyebabkan pelompat cepat mendarat. 7. Gaya selangkah diperkenalkan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani supaya para pelajar mencapai objektif pembelajaran mereka. Gaya yang dicadangkan ini hampir sama dengan gaya tending kayuh, kecuali tindakan kayuh itu tidak dilakukan di dalam gaya ini. Kelebihan gaya ini ialah dapat memudahkan para pelajar mempelajari gaya tending kayuh apabila sampai masanya.

20

FASA LOMPAT JAUH

Semua gaya atau teknik lompat jauh menunjukkan empat fasa pergerakan. Keempat-empat fasa itu ialah : Fasa penujuan lari menuju ke papan lonjak Fasa lonjakan melompat dari papan Fasa layangan badan berada di udara. Fasa pendaratan (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan tempat mendarat.

Fasa Penujuan Fasa ini memerlukan seseorang atlet berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal. Bilangan langkah larian ini berbeza di antara setiap individu. Faktor penting ialah bilangan itu mesti membolehkan peserta mencapai kepantasan yang maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan. Gaya berlari untuk kompat jauh adalah sama dengan gaya lari pecut. Apabila hampir sampai papan lonjak, dia mesti bersedia untuk melonjak. Pada langkah terakhir atlet harus merendahkan sedikit bahagian badannya untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang telah bengkok.

Fasa Lonjakan Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan tepat di mana hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan. Aksi lonjakan ini mengamalkan urutan tumit-hujung kaki. Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi. Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.

21

Pada masa yang sama, kedua-dua belah tangan dihayun ke hadapan dan ke atas untuk membantu mencapai lonjakan yang lebih tinggi.

Fasa Layangan Gaya badan dan pergerakan pelompat di fasa ini bergantung kepada gaya yang hendak digunakan. Tujuan utama ialah supaya pelompat dapat berada di fasa ini lebih lama untuk melambatkan pendaratannya. Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut: Bagi tendang kayuh, pelompat seolah-olah melangkah di udara dan badannya tegak. Bagi gaya layar, pelompat melunjurkan kedua-dua belah kakinya ke hadapan dan badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga hujung kaki. Bagi gaya gantung, pelompat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas seolah-olah bergantung di udara. Kedua-dua kakinya diangkat ke belakang. Bagi gaya selangkah, pelompat menhayunkan bahagian kakinya yang bebas ke hadapan selepas lonjakan.

Fasa Pendaratan Ketika berada dalam fasa ini, pelompat mestilah memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak. Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayunkan ke atas. Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.

22

GAYA/TEKNIK LOMPAT JAUH Terdapat tiga jenis gaya lompatan dalam lompat jauh iaitu :i) ii) iii) Gaya layar Gaya gantung Gaya tendang

GAYA LAYAR

1. Teknik Lompat Jauh Gaya Layar Teknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang baru menceburi acara ini kerana lompatan mudah dilakukan.Gaya ini memerlukan seseorang pelompat itu

mengimbangi badannya dalam keadaan melunjur semasa dalam fasa layangan. Fasa lari landas Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal.Lari 21-23 langkah atau jarak 35-45 meter. Kawal ketetapan langkah bermula daripada langkah ke empat yang telah ditandakan. Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan menjadi rendah untuk mengatasi halangan graviti.

23

Fasa lonjakan Kaki lonjakan dilonjakkan dengan kekuatan maksimum. Ayunkan lutut kaki hadapan ke atas secepat mungkin bagi menambah kelajuan menegak. Fasa layangan Rapatkan lutut ke dada dan ayun kedua-dua tangan ke atas dank ke hadapan.

Fasa mendarat Rapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mula jatuh. Gerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah. Condongkan badan ke hadapan seperti duduk ketika mendarat.

GAYA GANTUNG

2. Teknik Lompat Jauh Gaya Gantung Teknik ini memerlukan lentikan badan dan kedudukan kepala yang mendongak ke atas semasa fasa layangan awal dan melunjurkan kaki ke depan diikuti badan dan kaki semasa mendarat. Fasa lari landas Sama seperti lari landas gaya layar.

24

Fasa lonjakan Lonjak dengan kuasa kaki maksimum Angkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang sama angkat tangan yang bertentangan tinggi ke hadapan. Fasa layangan Ayunkan kedua-dua tangan ke belakang dan lentikkan badan supaya kelihatan keadaan seperti tergantung. Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara. Angkat kedua-dua lutut serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk persediaan mendarat. Fasa mendarat Ayun tangan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan. Dahulukan tumit untuk mendarat dan gerakkan tangan ke hadapan dengan pantas serta badan dihamburkan ke hadapan.

GAYA TENDANG KAYUH

3. Teknik Lompat Jauh Gaya Kayuh Teknik ini lebih sukar dan memerlukan dan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana seseorang peserta seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua setengah langkah di udara pada fasa layangan sebelum mendarat.
25

Fasa lari landas dan lonjakan Sama seperti lari landas gaya layar dan gantung.

Fasa layangan Lakukan pergerakan tendang kayuh satu setengah atau dua setengah langkah. Pergerakan tendang kayuh dua setengah langkah: Langkah 1: Lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas di hadapan. Langkah 2: Kedua-dua kaki berada bertentangan dengan langkahan 1.Kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan. Tangan lurus ke hadapan. Langkah setengah: Rapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan, tangan lurus ke hadapan. Fasa mendarat Bongkokkan badan sedikit dan luruskan tangan ke hadapan. Lunjurkan kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan. Bengkokkan lutut dan bawa pinggul ke hadapan semasa mendarat untuk mengimbangi pergerakan badan dan tumit.

Menentukan kaki lonjakan Kita mesti menggunakan kaki yang kuat sebagai kaki lonjakan. Ada beberapa cara untuk menentukan kaki lonjakan: Berdiri tegak dan condongkan badan ke hadapan seolah-olah hendak jatuh. Secara automatik satu kaki akan menyokong badan daripada rebah.Kaki itu adalah kaki yang kuat untuk lonjakan. Berpasangan.A berdiri tegak dengan kedua kaki dirapatkan.B menolak A dari belakang tanpa isyarat.Kaki pertama yang melangkah adalah kaki yang kuat untuk lonjakan. Setelah mendapatkan kaki lonjakan, maka latihan boleh dijalankan secara ansur maju.

26

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LOMPAT JAUH

1. Kawasan Lari Landas Kawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang. 2. Papan Lonjakan Diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai. Berukuran 1.21 meter hingga 1.22 meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100 milimeter. Papan ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari kawasan permulaan mendarat. 3. Papan Penanda Plastesin Diperbuat daripada kayu tegar berukuran antara 98 milimeter hingga 102 milimeter lebar dan 1.21 hingga 1.22 meter panjang yang diselaputi plastesin atau bahan yang sesuai di atasnya. Papan penanda ini berfungsi mengesan tapak kaki atlet bila melakukan lompatan batal. 4. Kawasan Mendarat Kawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter hingga 3 meter lebar.Terletak di penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan mendarat. 5. Peraturan Umum Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta,setiap peserta diberi tiga kali percubaan lompatan.Hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi tambahan tiga kali percubaan mengikut susunan terbaik berdasarkan pencapaian.Jika terdapat lapan peserta atau kurang, mereka diberi enam kali percubaan lompatan.Setiap peserta diberi masa satu minit untuk melakukan lompatan.Sebarang keputusan seri dirujuk kepada lompatan kedua terbaik.Jika masih sama,rujuk lompatan ketiga terbaik. Jarak lompatan diukur dari sentuhan pasir terdekat dengan bahagian penghujung papan lonjak.
27

Contoh tempat mendarat dan lintasan lari yang digunakan dalam acara lompat jauh

Contoh teknik lompat jauh yang digunapakai masa kini

28

RUJUKAN Siri Kegiatan Sukan, 2005, Olahraga, Kuala Lumpur : Buku Must Sdn. Bhd. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (2003). Undang-undang Kejohanan Olahraga 3. Wee Eng Hoe (2002). Panduan Pengajaran Olahraga: Kepegawaian dan Kejurulatihan. Karisma Publication Sdn. Bhd. http://fourprincessipti.blogspot.com/2011/03/sejarah-dan-perkembanganolahraga.html http://lompatjauh.weebly.com/pengenalan.html

29

Anda mungkin juga menyukai