Anda di halaman 1dari 5

KISAH NABI DAUD AS

"Dan Tuhanmu lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi; dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-Nabi atas setengahnya yang lain; dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud Alaihissalam." (Surah al-Israa':55) Bismillahirrahmannirrahiiim.... Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis. Yang saya hormati, barisan panel hakim yang arif, telus lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan waktunya, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekelian. Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh... Kisah Nabi Daud Tajuk Cerita Untuk Disampaikan Kepada Semua........ Semua orang tahu ker cerita Nabi Daud??? Ok, nak tahu??? Mari Wan cerita yer... Nabi Daud AS merupakan seorang rasul dari 25 rasul yang wajib dipercayai. Baginda berketurunan Bani Israel. Menyanyi

Sebagaimana Nabi Musa diberikan Taurat, Nabi Daud AS diberikan kitab Zabur, Di dalam kitab Zabur terkandung puisi dan lagu berkaitan penyucian dan pujian kepada Allah, kisah umat terdahulu dan berita kalangan nabi akan datang, termasuk mengenai Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Daud AS juga merupakan seorang nabi dan raja seperti anaknya Nabi Sulaiman AS. Allah mengumpulkan padanya kenabian dan kerajaan, malah memberikannya kebaikan dunia dan akhirat. Nabi Daud, seorang Nabi Dan juga Raja, dalam Negeri Diberi mukjizat, Melembutkan Besi Mari bertasbih, Memuji Ilahi Hadirin Hadirat yang dikasihi Allah sekalian, Banyak kisah berkaitan Nabi Daud AS diceritakan di dalam Alquran. Antaranya Kisah Nabi Daud bersama Malaikat Maut: Diriwayatkan suatu ketika malaikat maut datang kepada Nabi Daud. Pada masa itu kelihatan seorang lelaki duduk di depannya. Malaikat maut berkata Syair

"Enam hari lagi, orang ini akan dicabut nyawanya". Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud menjenguk lelaki itu yang ternyata dia masih hidup. Bahkan keadaannya bertambah sihat. Lelaki itu juga kelihatan bertambah muda berbanding sebelumnya. Nabi Daud pun bertanya kepada malaikat maut, "Mengapakah dia masih hidup sedangkan katamu tinggal enam hari saja lagi lelaki itu akan dicabut nyawanya?".

Malaikat maut pun menjawab. "Ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah menyambung silaturahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi." Rakan-rakan sekalian, Allah SWT sangat kasih kepada para hamba-Nya yang memulihkan hubungan silaturahim yang terputus sehinggakan Dia memanjangkan usia seseorang kerana Sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah SWT. Dewasa ini, mengapa ramai yang suka bersengketa, bergaduh sesama sendiri, mencaci mencela hanya kerana kepentingan diri? Sebagai contoh, Anak-anak bergaduh di sekolah, mak ayah di rumah menjeling tak bertegur sapa. Anak yang bergaduh... Biasalah tue, budak-budak. Kenapa ibu bapa yang boleh berfikiran rasional bersifat emosional pula? Patutnya, ibu bapa lah yang menasihati anak-anak supaya bersifat mulia, bukan mengadu domba. Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah SWT. memasukkan ke dalam Syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii)

Para Hadirin yang dimuliakan, Selain bersama Malaikat Maut, Nabi Daud juga mempunyai kisah dengan Ulat Merah... Kawan-kawan mahu dengar kisahnya??? Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s sedang membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini? Sebaik sahaja Nabi Daud a.s selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s : Wahai Nabi Allah! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca Subhanallahi walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim setiap malam sebanyak 1000 kali. Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu? Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah SWT. maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT. Astaghfirullah hal aziiim... 2x Begitulah sikap para Nabi a.s. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT. Kawan-kawan semua, Nabi adalah pesuruh Allah. Mereka sudah dijanjikan Syurga oleh Allah Tala tetapi mereka masih takut dan segera memohon keampunan jika menyedari telah melakukan kesilapan. Tetapi kita manusia biasa, kenapa kita SOMBONG dengan Allah?? Hari-hari buat dosa tapi ada kita minta ampun dengan Allah? Melawan cakap ibu, bohong pada bapa, melanggar arahan guru, bergaduh dengan kawan-kawan... Ada kita segera minta maaf, kawan-kawan?

Cukup-cukup sudah... Cukup sampai di sini saja.... (menyanyi) Ambillah pengajaran dari kisah Nabi Daud alaihissalam... Bersilaturrahimla kita sesama manusia dan sentiasa bermohon ampun dari Tuhan yang Esa.. Hasbi rabbi, jallallah... mafi qalbi qhairullah... nur Muhammad Sollallah... Laa ila ha illallah... Laa ila ha illallah... (berzikir) Sekian, wabillahitaufiq wal hidayah... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai