Anda di halaman 1dari 3

Kisah Pengajaran Daripada Kisah Nabi

Daud a.s. oleh Makmum Sundari


05/02/2012

Kisah Pengajaran Daripada Kisah Nabi Daud a.s.


oleh Makmum Sundari pada 5 Februari 2012 pukul 9:27

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda
hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Nabi Daud adalah nabi daripada keturunan Bani Israil. Kisah baginda banyak diceritakan
dalam al-Quran.

Secara ringkasnya adalah seperti berikut :

1. Nabi Daud a.s.dapat membunuh Jalut dan mengalahkan tenteranya dalam usia remaja.
Baginda mengantikan Talut menjadi raja untuk Bani Israil.

2. Menerima Kitab Zabur.

3. Berkemampuan melembutkan besi melalui tangannya sendiri.

4. Mencari nafkah melalui usaha tangannya sendiri.

5. Memastikan setiap ahli keluarga baginda beribadah sepanjang malam berganti-ganti


diantara mereka).

6. Mempunyai suara yg merdu sehinggakan burung-burung berhenti terbang kerana


mendengar kemerduan suara baginda.

7. Memahami bahasa binatang.

Nabi Muhammad SAW ada menyatakan dalam hadis sahih bahawa sebaik-baik puasa adalah
puasa Nabi Daud, sehari puasa dan sehari berbuka dan sebaik-baik solat adalah solat Nabi
Daud a.s.

Daripada Abdullah bin ‘Amru ibnu al-‘As katanya, telah bersabda Rasullullah SAW.
bermaksud: “Puasa yang paling disukai oleh Allah SWT. ialah puasa Nabi Daud dan solat
yang paling disukai Allah SWT. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan
bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari
dan berbuka sehari.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sahabat yang dimuliakan,

Terdapat beberapa kisah pengajaran daripada kehidupan Nabi Daud a.s .

Kisah Pertama : Malaikat maut bersama Nabi Daud a.s. Allah panjangkan usia seseorang
kerana menyambungkan silaturahim yang terputus :

Mengikut riwayat, pada suatu ketika malaikat maut datang kepada Nabi Daud. Pada masa itu
kelihatan seorang lelaki duduk di depannya.

Malaikat maut berkata “Enam hari lagi, orang ini akan dicabut nyawanya”.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud menjenguk lelaki itu yang ternyata dia
masih hidup. Bahkan keadaannya bertambah sihat. Lelaki itu juga kelihatan bertambah muda
berbanding sebelumnya.

Nabi Daud pun bertanya kepada malaikat maut,”Mengapakah demikian (dia masih hidup)
sedangkan katamu tinggal enam hari saja lagi lelaki itu akan dicabut nyawanya?”.

Malaikat maut pun menjawab. “Ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah
menyambung silaturahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah menambahkan umurnya
hingga 20 tahun lagi.”

Kisah Kedua : Kisah Nabi Daud a.s dengan ulat merah.

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s
sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia
terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik sahaja Nabi Daud a.s selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah
itu berkata-kata.

Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s : “Wahai Nabi Allah! Allah
SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahi walhamdulillahi wala
ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah
mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil
ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s.

“Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat
tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah SWT. maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan
menyerah diri kepada Allah SWT.

Begitulah sikap para Nabi a.s. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan
maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.
Sahabat yang dikasihi,

Pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah-kisah di atas adalah :

1. Allah SWT sangat kasih kepada para hamba-Nya yang memulihkan hubungan silaturahim
yang terputus sehinggakan Dia memanjangkan usia seseorang kerana Sifat Maha Pengasih
dan Maha Penyayang Allah SWT.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa menjamin untukku satu perkara,
aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan
baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya
dan Allah SWT. memasukkan ke dalam Syurga.”(Hadis Riwayat Ar-Rabii)

2. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan
sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah
kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

3. Sifat sentiasa bertaubat kepada Allah SWT jika melakukan kesalahan dan dosa adalah satu
sifat yang mulia , Allah SWT suka kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat kepada-Nya.

Allah SWT. berfirman yang bermaksud, ” Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang
bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.”

(Surah Al-Baqarah ayat 222)

Anda mungkin juga menyukai