Anda di halaman 1dari 15

Sebenarnya ABM telah pun ada di zaman Rasulullah s.a.w., malah Baginda s.a.w. sendiri telah mengaplikasikannya.

Cuma alat tersebut tidak secanggih sepertimana yang ada di zaman ini. Untuk lebih jelas tentang penggunaan ABM oleh Rasulullah s.a.w., mari sama-sama kita perhatikan hadis-hadis di bawah ini. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir dan Ibnu Abbas seperti berikut:

::

, : , , :

, , :

Maksudnya: Diriwayatkan oleh Jabir dan Ibnu Abbas r.a., berkata Jabir: Ketika kami

sedang duduk bersama dengan Nabi s.a.w., Baginda membuat satu garisan yang lurus di atas tanah dengan menggunakan tangannya seraya bersabda: Inilah jalan Allah Azza wa Jalla. Kemudian Baginda membuat dua garisan di sebelah kanan Baginda dan dua garisan di sebelah kiri, setelah itu Baginda bersabda: Inilah jalan-jalan syaitan. Kemudian Baginda s.a.w. Meletakkan tangannya yang mulia itu di atas garisan tengah lalu membaca ayat (al-Anam 153) Makna ayat: Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah pula kamu mengikuti jalan-jalan yang lain nescaya akan mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Demikian itulah yang diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertaqwa (Abu Ghuddah, 20011). Dalam sebuah hadis yang lain Ibnu Abbas meriwayatkan begini:

: :

: , :, :

, Maksudnya: Daripada Abdullah bin Abbas, katanya bahawa Rasulullah s.a.w. membuat empat garisan di atas tanah seraya bersabda: Adakah kamu tahu mengapa aku melakarkan empat garisan ini? Mereka menjawab: Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Semulia-mulia wanita di dalam syurga ada empat orang, iaitu Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran dan Asiah binti Muzahim isteri Firaun (Abu Ghuddah, 2001). Daripada dua hadis di atas ahli pendidikan mengambil istinbat bahawa Rasulullah s.a.w. menggunakan ABM, iaitu melakarkan sesuatu di atas tanah semasa menerangkan sesuatu kepada sahabatnya supaya lebih jelas maksudnya. Selain daripada hadis ini terdapat beberapa hadis lagi yang menerangkan bahawa Baginda s.a.w. menggunakan isyarat tangan semasa menerangkan sesuatu. Contohnya Tajuk asal buku ini ialah Al-Rasul al-Mu`allim wa Asalibihi fi al-Talim. Oleh As Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, diterjemahkan oleh Hj. Shuhadak Mahmud dengan jodol Nabi Muhammad: Guru dan Pendidik Terulung. menerangkan keadaan orang beriman yang saling bantu membantu diumpamakan seperti satu bangunan yang kukuh. Begitu juga semasa menerangkan

kedudukan orang yang membantu anak yatim, iaitu mereka akan dapat duduk bersama Baginda di dalam syurga seperti jari telunjuk dengan jari tengah. Untuk lebih jelas sila perhatikan dua hadis berikut: :

. :

Maksudnya: Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Ashari r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Hubungan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain ibarat satu binaan yang saling memperkukuhkan antara satu dengan yang lain. Kemudian Baginda s.a.w. pun menyilang di antara jari jemari Baginda (Abu Ghuddah, 2001). :

, :

Mafhumnya: Daripada Sahl bin Saad al-Saidiy r.a., katanya bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: Aku dan orang yang membela anak yatim (menjaga kemaslahatanya) di dalam syurga kelak adalah seumpama ini. Sambil Baginda s.a.w. menunjukkan kepada dua jari baginda, iaitu jari telunjuk dan jari tengah dan merenggangkan sedikit antara keduanya (Abu Ghuddah, 2001).

----1) Dlm sebuah hadis yg diriwayatkan drpd An-Nasa`i,drpd Abdullah bin Mas`ud r.a. yg menceritakan,pd satu hari Nabi s.a.w. dgn menggunakan satu ranting kayu,Baginda membuat satu garisan lurus di atas tanah.Kemudian Nabi bersabda,"Ini jalan ALLAH." Selepas itu,Nabi membuat bbrp garisan lain di kiri-kanan garisan yg lurus itu tadi.Kemudian kata Nabi,"Kiri-kanan ini adalah jalan2.Dan pd setiap jalan Islam,dia ada banyak cabang2.Yg pd tiap2 satu jalan ini,ditaja oleh syaitan." Dan kemudian sambil menunjuk pd garisan yg lurus yg mula2 tadi,Nabi s.a.w. membaca satu ayat yg bermaksud,"Dan sesungguhnya,ini adalah jalan aku yg amat lurus.Maka ikutlah jalan yg lurus (Islam) ini." [ Hadis ini sahih,riwayat Imam An-Nasa`i.Pengajaran drpd hadis ini yg dapat kita ambik ialah : i) HANYA Islam SAHAJA satu2nya jalan yg lurus. ii) kita kena ingat,bahwa utk mempastikan kita duduk atas jalan Islam itu,bukan senang.Krn kita sentiasa digamit oleh syaitan2 yg berada di kiri-kanan jalan Islam yg lurus ini.Dan sesungguhnya pun,dah ramai org pd mulanya duduk di atas jalan Islam yg

lurus ini,tiba2 di satu masa pulak dia masuk ke jalan sesat sehingga menyebabkan dia mati dlm keadaan jauh drpd Rahmat ALLAH SWT.Nauzubillahi minzalik. ]

Sesiapa yang tahu bilakah ajalnya datang tentu akan mengalami tekanan akal dan perasaan. Tetapi Allah menjadikan manusia bersifat lupa dan lalai terhadap kematian. Bayangkanlah jika semua manusia tahu hari atau jam berapa dia akan mati, tentu porak-peranda dunia ini. Kematian adalah misteri yang tidak akan terpecah dengan fahaman rasional semata. Manusia perlukan iman untuk melalui perjalanan menuju kematian dengan reda dan bersedia. Abdullah bin Masud berkata, Nabi SAW melukis empat segi untuk kami. Di tengahnya Baginda membuat garisan dan dekat garisan itu Baginda melukis beberapa garisan lain. Baginda juga membuat garisan di luar kemudian bersabda yang bermaksud: Apakah kamu tahu apa ini? Kami menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. Baginda bersabda: Ini adalah insan (garisan yang di tengah), ini adalah ajal dan ia mengepungnya. Ini adalah beberapa hal baru (garisan yang di sekitarnya), ia menggigitnya. Jika luput terhadapnya ajal ini, maka manusia digigit oleh beberapa hal baru ini. Dan yang ini adalah angan-angan (beberapa garisan di luar). (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Sesungguhnya manusia sudah terkepung oleh ajalnya, tetapi mereka mengejar angan-angan yang tidak sudah. Betapa kita ditertawakan oleh takdir, ke mana saja kita pergi dan apa saja keinginan, semuanya kembali kepada qada dan qadar-Nya. Jadi mengapa manusia melupakan kematian? Bukankah akan sampai saat matanya ditutup dan tidak boleh dibuka kembali, nafas dihirup tidak dapat dihembus lagi, saat kaki kanan melangkah dan belum pasti yang kiri akan sampai, saat menyuap rezeki yang belum tentu dapat ditelannya? Betapa berharganya masa diberikan Tuhan kepada manusia, mungkin seminggu atau sehari lagi ajal akan datang, segala kemungkinan boleh berlaku di mana saja. Di atas jalan raya atau di pasar, di masjid atau dalam kamar, di bumi mana dia dijemput, tiada siapa yang tahu. Jika ditanya bilakah kamu mahu membuat persediaan menghadap Allah, maka mereka menjawab: Tunggulah hari tua nanti, sekarang aku mahu kumpulkan harta sebanyakbanyaknya supaya senang beribadah di kala tua. Selepas datangnya tanda mati, gugurnya gigi, tumbuhnya uban dan datang pula penyakit yang melemahkan tubuh badannya, maka orang tua ini pun berdolak-dalih: Aku sakit, tak boleh sembahyang, tak wajib puasa, zakat dan sedekah pula tak payahlah keluarkan sebab anak aku perlukan rumah dan banyak hutang pula, lebih baik hulurkan

kepada mereka hartaku ini, orang tua yang kedekut akan menerima padah nanti, bagaimana jika anak aku tidak mahu memelihara aku? Ada duit anak pun datang tak ada duit tinggallah aku keseorangan. Lalu dia menganggap baik kelalaian atas sebab uzur, maka dihembuslah ke dalam hatinya tipu daya syaitan yang menyuruh untuk bersangka baik kepada Allah secara yang silap, bukankah Allah maha penyayang? Dia tidak akan menyeksa hambanya yang uzur. Atas sebab dan alasan kelemahan jasadnya dia tinggalkan amal, ketepikan ilmu dan tutup pintu hatinya untuk beribadah. Tetapi agenda memuaskan hawa nafsunya tetap berjalan, makan tidak mahu berpantang, jika berhibur mengalahkan orang muda. Siang sampai ke malam dihabiskan di hadapan televisyen. Al-Quran dilupa, sembahyang pula tidak ingat. Datang pula penyakit hati yang biasa menyerang orang tua seperti, sedih, risau, cepat terasa hati dan menyangka buruk kepada sesiapa dikenali seperti anak atau menantu dan cucu-cicit. Begitulah belitan syaitan menguasai insan yang malang. Allah berfirman mengenai keadaan manusia sebegini yang bermaksud: Dan kamu ragu-ragu serta ditipu oleh anganangan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah dan kamu sudah ditipu terhadap Allah oleh syaitan yang amat penipu. (Surah al-Hadid, ayat 14)

Kelalaian adalah penyakit yang dideritai setiap insan. Ia lebih merbahaya daripada segala penyakit di dunia ini kerana setiap penyakit ada ubatnya dan hanya memberi impak pendek serta sementara. Tetapi kelalaian akan menghasilkan penyesalan selama-lamanya pada akhirat kelak. Bagi orang muda, biasanya kesihatan dan kenikmatan duniawi menjadi faktor membuat mereka tertipu. Semasa sihat, banyak masa kosong dan harta masih berlonggok, amat malas beribadat kerana saat itu manusia berada dalam zon selesa. Jika ujian dan musibah datang barulah hati tergerak ingat kepada dosa dan berubah taat merapati Allah. Jika cepat sedar, alangkah bersyukurnya orang memiliki jiwa seperti ini, dia sentiasa berwaspada daripada tipu daya syaitan. Tetapi jika terlalu asyik dengan nikmat dunia hingga lupa segala-galanya, musibah sekeras apapun tak akan menggoyahkan hatinya untuk tunduk kepada Allah. Untuk mendidik jiwa supaya sentiasa merasai pendeknya usia tentu amatlah susah melainkan dengan latihan yang terancang dengan baik. Latihan mengingati mati boleh dilakukan dengan pembacaan dan kajian yang lebih mendalam mengenainya. Ilmu penting untuk membentuk suatu penghayatan yang sempurna. Ayat al-Quran dan hadis membincangkan hari akhirat, hidup sesudah mati dan pembalasan syurga serta seksa neraka boleh melembutkan hati manusia dan menjaganya dalam lingkungan celik iman.

Rasulullah SAW juga menyuruh umatnya untuk mengamalkan ziarah kubur. Tidaklah pelik jika kita membawa ahli keluarga bersama singgah ke tanah perkuburan bagi mengingati mati, bahkan yang pelik adalah membawa anak ke tempat melalaikan. Di perkuburan kita disyariatkan untuk mengucapkan salam dan berdoa untuk saudara kita dengan harapan supaya keinsafan sebati dalam jiwa yang selalu lalai dan sedar atas segala kejahatan diri kerana apabila berada dalam kubur, tiada siapa boleh membantu. Senang sungguh jika membayangkan mahu membina rumah dengan kos yang tinggi, sudah tentulah ia harus dibayar dengan jerih payah yang menyeksa jiwa, tetapi susah sangat hendak membuat persediaan membina rumah idaman di dalam kubur yang lebih indah. Manusia boleh berbangga dengan istana yang bermandikan cahaya kristal gemerlapan, tetapi yang hanya boleh menerangi kuburnya hanyalah al-Quran dan amal salih yang dicintai ketika di dunia ini. Kematian Kematian adalah misteri yang tidak akan terpecah dengan fahaman rasional semata. Manusia perlukan iman untuk melalui perjalanan menuju kematian dengan reda dan bersedia.

Sesungguhnya manusia sudah terkepung oleh ajalnya, tetapi mereka mengejar angan-angan yang tidak sudah. Betapa kita ditertawakan takdir, ke mana saja kita pergi dan apa saja keinginan, semuanya kembali kepada qada dan qadarNya. Betapa berharganya masa diberikan Tuhan kepada manusia, mungkin seminggu atau sehari lagi ajal akan datang, segala kemungkinan boleh berlaku di mana saja. Di atas jalan raya atau di pasar, di masjid atau dalam kamar, di bumi mana dia dijemput, tiada siapa yang tahu. Siang sampai ke malam dihabiskan di hadapan televisyen. Al-Quran dilupa, sembahyang pula tidak ingat. Datang pula penyakit hati yang biasa menyerang orang tua seperti, sedih, risau, cepat terasa hati dan menyangka buruk kepada sesiapa dikenali seperti anak atau menantu dan cucu-cicit. Begitulah belitan syaitan menguasai insan yang malang. Bagi orang muda, biasanya kesihatan dan kenikmatan duniawi menjadi faktor membuat mereka tertipu. Untuk mendidik jiwa supaya sentiasa merasai pendeknya usia tentu amatlah susah melainkan dengan latihan yang terancang dengan baik. Latihan mengingati mati boleh dilakukan dengan pembacaan dan kajian yang lebih mendalam mengenainya.

Ayat al-Quran dan hadis membincangkan hari akhirat, hidup sesudah mati dan pembalasan syurga serta seksa neraka boleh melembutkan hati manusia dan menjaganya dalam lingkungan celik iman. Oleh Dr Juanda Jaya Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi menerusi juanda72@hotmail.com

Read More: http://www.serikasih.com/al-quran-amal-salih-penemanketika-ajal-datang-menjemput#ixzz1vkgUP5HA

Manusia dan Angan-angan

Daripada Abdullah (Ibnu Masud) R.A katanya: Rasulullah SAW membuat satu garisan berbentuk segi empat. Kemudian baginda menggariskan satu garisan dari tengah sehingga keluar dari rajah segi empat tersebut. Kemudian Baginda membuat garisan kecil dari garisan tengah tersebut. Baginda bersabda; "Ini adalah (gambaran) manusia. Garisan segi empat ini ialah ajal maut yang melingkungi manusia. Garisan yang terkeluar itu ialah angan-angannya. Garis-garis kecil pula adalah musibah dan ranjau kehidupannya. Jika terlepas dari yang ini, yang lain pula menggigitnya, jika terlepas dari yang ini, yang lain pula menggigitnya. (Hadith Riwayat al-Bukhari) Begitulah gambaran manusia dan angan-angannya yang selalunya panjang dan tiada kesudahan. Nasihat yang digambarkan oleh Rasulullah SAW ini sangat penting untuk kita menyedari hakikat kematian. Walaupun seseorang itu sering tidak terlepas dengan musibah dan ranjau kehidupan, tetapi angan-angannya sentiasa panjang. Malah angan-angannya sering terkeluar daripada batasan kehidupannya. Hinggakan apabila manusia mencapai usia yang sangat tua tetapi angan-angannya tetap panjang. Jika manusia membiarkan angan-angan menguasai dirinya dia akan terus leka dan tidak membuat persediaan untuk kehidupan abadi selepas kematian. Inilah hakikat anganangan manusia. Oleh itu, tidak hairanlah jika kita sering melihat orang yang sudah tua kerepot pun masih jauh daripada masjid, kurang ibadat tetapi lebih berminat menghimpunkan harta. Maaf walau pun contoh yang dipilih di sini ialah 'si tua kerepot' tetapi tidak bermakna kita yang

belum lagi 'kerepot' masih lagi boleh berangan-angan panjang.... Batasi angan-angan kita dengan sering mengingati mati.

Kita petik hadis nombor 575 dalam koleksi Riadhus Salihin, susunan Imam Nawawi yang bermaksud: Ibnu Masud berkata, "Nabi Muhammad melukis rajah empat segi. Kemudian, di tengah-tengah segiempat itu beliau melukis suatu garisan panjang yang sampai terkeluar dari segiempat itu. Kemudian beliau melukis garis-garis pendek di bawah garis tengah itu. Selepas itu Nabi Muhammad berkata (bagi menerangkan makna lukisannya itu), 'Garis ini adalah manusia. Garis ini adalah ajalnya. Garis yang terkeluar ini adalah angan-angannya. Garis-garis pendek ini adalah perkara-perkara duniawi yang diterimanya. Jikalau dia terhindar daripada bencana yang ini, dia akan ditimpa oleh bencana yang ini pula. Jikalau dia terlepas daripada bencana yang ini, dia tentu tidak terlepas daripada bencana yang ini pula.'"

Anda mungkin juga menyukai