Anda di halaman 1dari 9

Nabi s.a.

w menggunakan pelbagai teknik, cara dan pendekatan dalam memberikan ilmu kepada para
sahabat. Isi, konten dan mesej adalah konsisten namun bentuknya dipelbagaikan menurut keperluan
suasana dan keadaan.
Walaupun pengajian itu disampikan oleh seorang Nabi dan Rasul yang paling mulia disisi Alalh, selaku
manusia biasa para sahabat masih boleh ditimpa rasa letih, jemu dan bosan jika pengajian dan
pengajaran yang diberi oleh baginda Nabi berteusan atau tidak dipelbagaikan.
Kerana itu, terdapat sebuah hadis dari Syafiq Abi Wail berkata :
Kami duduk di pintu Abdullah bin Masud, menunggunya, kemudian lalu Yazid bin Muawiyah anNakhaie lalu dan berkata, beritahulah dia bahawa kita sedang menunggunya. Maka masuk seorang dari
mereka, tetapi keluarnya tidak bersama Ibn Masud, dan dia mengatakan bahawa Ibn Masud berkata :



Ertinya : Aku telah memberitahu keadaan kita dan dia tidak berkata Tiadalah yang menghalangku dari
keluar kepada kamu ( untuk mengajar ) kecuali bimbangkan kamu akan dilanda jemu, sesungguhnya
Rasulullah telah menentukan kepada kami (dahulu) waktu-waktu untuk memberi pengajian, peringatan
pada hari tertentu bagi mengelak kami dilanda kejemuan ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim [1])
Disebabkan oleh sifat kemanusian itu, Nabi menentukan hari-hari tertentu sahaja untuk pengajian. Cuma
persoalannya kini, bolehkah di zaman ini kita ingin menganjurkan kelas yang berterusan , bertururtturut? Bagaimana jika pelajarnya mampu? Adakah ia sunnah atau bercanggah?
Terbayangkah kita kisah-kisah imam besar dahulu, seperti Imam An-Nawawi , Ibn Jawzi dan ramai lagi
tentunya, kelas pengajian mereka berderet-deret sehingga 8-12 kelas dari selepas subuh sehingga tengah
malam.
Ibn Jawzi sehingga memberitahu beliau tidak mempunyai zaman kanak-kanak seperti mereka yang
sebaya dengannya, Di ketika kanak-kanak lain bermain, beliau hanya sibuk ke hulu ke hilir menelaah
kitab bersama guru-gurunya.
Sememangnya kisah mereka bukan sandaran hukum, namun saya memetik hadis di atas agar kita
mampu memahami kaedah dan cara memahami sunnah atau sesuatu hadis Nabi, khususnya dalam bab
yang berisfat muamalat (hubungan manusia dengan manusia).

Justeru, jika sekiranya, ada sekumpulan anak muda hari ini, sangat dahagakan ilmu dan tidak jemu
dengan pengajian walau berterusan selama 10 jam sehari. Itu tidaklah bercanggah dengan sunnah malah
tidak pula dihukum haram. Inti sunnah nabi dalam bab itu jelas, iaitu mengelak kejemuan dalam

pengajian. Namun sesiapa yang tidak jemu, Islam membenarkan ia untuk menyusun menurut cara
mereka.

NABI DAN PERUMPAMAAN


Sebagaimana diberitahu, Nabi s.a.w mempelbagaikan bentuk dan teknik pengajaran sesuai dengan alat
yang wujud di zamannya.
Begitu banyak riwayat menunjukkan Nabi s.a.w kerap membuat perumpamaan, adakalanya baginda
mengajar sambil menyoal terlebih dahulu seperti nabi bertanya kepada sahabat : Apakah pendapatmu
jika sekiranya di hadapan rumah seseroang itu terdapat satu sungai yang mana dia mandi sehari lima
kali, adakah akan masih wujud kekotoran padanya? , ...kata Nabi selepas ituitu Itulah perumpamaan
solat lima waktu, Allah memadam melaluinya dosa-dosa ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim ) [3]
Adakah ini bermakna mana-mana pengajar yang tidak mengajar sambil memberi perumpanaan dan
berinteraksi soal jawab sepertimana yang dilakukan oleh Nabi s.a.w maka ia telah melakukan dosa dan
bercanggah dengan sunnah? Sudah tentu TIDAK !
Itu hanya teknik dakwah, itu ilmu dakwah yang bersifat anjal dan flexible. Jika diperlukan ia boleh dibuat
dan jika tidak, boleh ditinggalkan. Sesuai dengan keperluan setempat.
Seperkara lagi, adakah jika kita ingin menghias kuliah dan ceramah dengan perumpanan dan kiasan, ia
mesti TERHAD KEPADA PERUMPAMAAN yang diberi oleh Allah dan Rasul dalam Al-Quran dan Hadis
SAHAJA?
Bolehkah MENCIPTA perumpamaan baru tetapi punyai objektif yang sama dengan kehendak Allah dan
RasulNya iaitu mengajak kepada kebaikan, melarang dari kemungkaran?

TIDAK bagi soalan awal di atas, BOLEH bagi soalan berikutnya.


Kerana itu jika Nabi ada menyebut wanita yang berpakaian nipis, jarang, sendat itu sama seperti
bertelanjang. Sebagaimana yang datang dari hadis ini
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang
membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi seperti bertelanjang, yang cenderung
kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan
maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta
tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh
perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Analogi ketika menjelaskan gerakan solat


Posted in Al-Hadith, Analogi, Solat, tagged Analogi, perumpamaan, Solat, tamsilan on January 13, 2010 | 4
Comments

Saya tidak bermaksud mensyarahkan bab solat di dalam catatan ringkas ini. Hanya sahaja saya
sedang mentelaah buku Sifat Solat Nabi tulisan Imam hadith Muhammad Nasiruddin Al-Albani
(meninggal 1999M).
Di dalamnya, saya menemui banyak hadith yang menggunakan tamsilan (analogi) ketika menjelaskan
pergerakan solat.
Saya titipkan di sini.
1. Cara-cara sujud
Apabila seseorang di antara kamu bersujud, janganlah turun seperti turunnya unta, tetapi hendaklah
ia letakkan kedua tangannya sebelum kedua lututnya.
(sahih : HR Abu Dawud dan An-Nasai)
2. Kedudukan lengan ketika sujud
Beliau mengangkat kedua lengannya dari tanah dan menjauhkannya dari lambung sampai warna
putih kedua ketiak beliau terlihat orang di belakangnya, bahkan sekiranya anak kambing kecil lewat di
sela-sela ketiaknya nescaya iala dapat melaluinya.
(sahih : HR Muslim, Abu Awanah dan Ibnu Hibban)

Sujudlah kamu dengan lurus dan janganlah seseorang di antara kamu membentangkan kedua
lengannya (dilantai) seperti anjing membentangkan (kedua kaki depannya).
(sahih : HR Muslim, Bukhari, Abu Dawud dan Ahmad)
3. Keutamaan Sujud
Setiap orang dari umatku pasti aku kenal pada hari kiamat kelak.
Sahabat bertanya :Wahai Rasulullah, bagaimana Tuan mengenal mereka, padahal mereka di antara
banyak makhluk.
Katanya : Bagaimana pendapatmu bila di tengah kumpulan kuda hitam terdapar seekor kuda yang
terdapat warna putih cerah di dahinya. Bukankah engkau dapat mengenalinya?
Jawabnya : Ya.
Kata nabi : Sesungguhnya pada hari itu umatku memancarkan cahaya putih di keningnya bekas
sujud dan cahaya putih di wajah, tangan, dan kakinya bekas wudhu.
(sahih : HR Ahmad dan Tirmidzi)

Rate this:

2 Votes
Read Full Post

Analogi dalam Nasihat Luqman


Posted in Analogi, Teknik Surah Lukman, tagged Analogi, lukman hakim, luqman
hakim,pedagogi, pendidikan, perumpamaan on June 15, 2009 | 1 Comment

Ketika Luqman menasihati anaknya, beliau menggunakan analogi sebanyak dua kali dalam Surah
Luqman.
Pertama, ketika membandingkan amalan yang kecil dengan biji sawi.
Kedua, ketika membandingkan suara yang jelek dengan suara keldai.

Kedua-dua analogi ini ialah analogi alam. Yakni, membandingkan dengan sesuatu alam sekeliling. Biji
sawi ialah jenis tumbuhan, manakala keldai ialah haiwan.
Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, analogi boleh dibuat dalam 3 bentuk. Pertama analogi
alam, seperti yang digunakan oleh Luqman. Kedua, analogi diri sendiri, yakni dengan membayangkan
diri sendiri pada situasi lain. Ketiga, analogi fantasi dengan membayangkan perkara yang belum
terjadi.
Contoh analogi dalam Al-Quran
Bandingan (pahala) orang-orang yang menginfakkan harta mereka seperti sebiji benih yang
menumbuhkan 7 tangkai. Dari setiap tangkai itu tumbuh 100 biji dari Surah Al-Baqarah.
Contoh analogi dari hadith
Bayi yang baru lahir umpama kain putih, ibu bapa yang akan menentukan sama ada mereka akan
menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi.
Perumpamaan orang Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti buah urujah (limau); baunya
harum dan rasanya manis (enak). Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran
seperti buah kurma yang tidak berbau tetapi rasanya manis (enak). Dan perumpamaan orang
munafik yang membaca al-Quran seperi minyak wangi; baunya harum tetapi rasanya pahit. Dan
perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah hanzalah (buah yang pahit),
tidak mempunyai bau dan rasanya pun pahit. (Rekod Bukhari dan Muslim)
Hadith dari Tsauban Rasulullah mengumpakan orang Islam pada akhir zaman banyak seumpana buih
dilautan (Rekod Imam Ahmad).
Faedah menggunakan analogi.
1. Penggunaan analogi dalam nasihat dan teguran akan memberi lebih kesan emosi kepada
pendengar.
2. Mengasah minda untuk berfikir secara kreatif. Membuat analogi menuntut kita untuk berfikir sudutsudut persamaan antara satu objek dengan satu objek yang lain. Tidak semua perkara boleh
dianalogikan sesuka hati.

Banyak hasil ciptaan sains terhasil dari kaedah membuat analogi. Bu

mbung

atrium stadium diilhamkan dari struktur daun teratai. Manakala Stadium Nasional Beijing meniru

rekabentuk sarang burung.


Bahkan sebahagian besar desain pengangkutan, baik kereta, kapal terbang mahupun pengangkutan
laut mengambil perbandingan dari binatang. Perhatikan rekabentuk Perodua Rusa mirip kepala rusa
dan Perodua MyVi mirip bentuk katak.
Selain dari ayat-ayat dari Surah Luqman, banyak lagi ayat-ayat Al-Quran dan hadith nabi
menggunakan kaedah membanding-bandingkan sesuatu perkara dengan alam sekeliling. Analogi
adalah satu metod yang diiktiraf oleh Al-Quran dan hadith.

LAKARAN DAN SIMBOL


Antara contoh lain bagaimana Nabi mempelbagaikan teknik penyampaian dapat dilihat dari satu hadis,
ketika itu baginda menggunakan teknik membuat isyarat fizikal eperti lukisan bagi menarik minat para
sahabat:

:
) ( :

Ertinya : Rasulullah s.a.w membuat empat garisan di tanah lalu berkata : Adakah kamu tahu apa ini?
Sahabat menjawab : Allah dan RasulNya lebih mengetahui, maka Nabi membalas Sebaik-baik wanita
penghuni syurga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah Binti Muhammad, Asiah Binti Muzahim dan
Maryam Binti Imran ( Riwayat Ahmad )[4]

Sheikh Abd Fatah Abu Ghuddah menegaskan, lakaran yang dibuat oleh Nabi tadi adalah sebagai satu
penguat untuk menjelaskan kelebihan empat wanita terhebat syurga.
Walaupun cara yang diguna oleh Nabi adalah menggunakan empat garisan, adakah jika dilukis empat
kotak di slide power point dan bukan di tanah adalah salah dan bercanggah dengan sunnah Nabi ? !
Sekali lagi, tidak sama sekali, INTI DAN ISI adalah SAMA, CARA dan BENTUK boleh BERUBAH
menurut keperluan dan uruf sesebuah masyarakat. Ini adalah kerana teknik, pendekatan dan cara
berdakwah adalah dalam lingkungan Fiqh Muamalat. Berubah dan boleh dikemaskini menurut
kesesuaian zaman, namun inti utama dan mesej adalah sama.
Banyak lagi hadis dalam bab ini namun tidak perlulah diperbanyakkan kerana apa yang ingin
dipertekankan adalah sabit, Baginda Nabi s.a.w sememangnya menggunakan pelbagai kaedah seperti
lukisan, isyarat tangan, pergerakan tangan, soalan dan jawaban, tamsilan perumpamaan, kiasan, ajakan
berfikir dan coretan serta banyak

Isyarat dan Lakaran Kaedah isyarat merupakan salah satu cara Rasullullah memberi kefahaman kepada para
sahabat ketika menyampaikan ilmu.(Ab.Halim Tamuri,2012). Sebagai contoh dalam teknik Isyarat baginda membuat
perbandingan tentang peri dekatnya hari Kiamat berbanding dengan jarak dia diutuskan menjadi Rasul seperti mana
yang dinyatakan dalam Hadis (al-Bukhari, 1994:244/7): Maksud Hadis: Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a
katanya Rasullullah s.a.w bersabda:Jarak masa aku diutuskan dengan berlakunya hari kiamat adalah seperti dua jari
ini(iaitu jari telunjuk dan jari tengah). (al-Bukhari) Teknik lakaran pula merupakan teknik yang digunakan oleh nabi
sebagai simbol untuk memberikan kefahaman terhadap sesuatu maksud. Sebagai contoh dalam menafsirkan wahyu
Allah S.W.T surah al-An`am ayat 53, Baginda melakarkan dahulu kepada para sahabatnya (Ibnu Kathir, 1993:181182/2) sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu Mas`ud (Ahmad ,1994:4205): Maksudnya: Rasullullah melakar
dengan tangannya satu garis tegak dan bersabda, Ini jalan Allah yang lurus.Kata Ibnu Mas`ud selepas itu Baginda
melakarkan pula garis disebelah kanan dan kiri garisan lurus itu kemudian bersabda,Inilah jalan-jalan yang tidak
terdapat sesuatu pun jalan melainkan terdapat syaitan yang memanggil kepadanya.Kemudian Rasullullah membaca
ayat yang berbunyi: ()





Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu
menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu)
mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu
bertakwa. (153) (Al-An`am, 6:153,Ahmad)

KAEDAH

SOAL-JAWAB

(KOMUNIKASI

HALA)

Kaedah ini diguna pakai oleh Rasulullah SAW semasa baginda menyampaikan ilmu kepada para sahabatnya.
Kaedah ini ternyata amat berkesan kerana ianya akan menyebabkan pelajar untuk sentiasa menumpukan perhatian
terhadap inti pati pengajaran yang sedang disampaikan kerana bimbang mereka tidak dapat menajwab soalan yang
akan diajukan oleh guru/pensyarah mereka. Malahan, ianya akan memaksa pelajar untuk membuat persediaan awal
sebelum bermulanya sesuatu sesi pengajaran pada hari tersebut. Yang paling penting, ianya akan mengelakkan
pelajar

daripada

berasa

mengantuk

ketika

di

dalam

kelas

smile

emoticon

Hari ini, sistem pengajaran negara kita turut mengamalkan kaedah yang sama, yang diberi nama Students Centered
yang mana ianya adalah adalah teknik pengajaran komunikasi bersifat dua hala, yang melibatkan peranan pelajar
sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Dahulunya, sistem yang kita amalkan adalah terarah kepada berpaksikan
guru (teachers centered) yang mana konsepnya adalah guru mengajar, murid mendengar. Tetapi kini, ianya telah
berubah

yang

KEBAIKAN
1)

mana

para

pelajar

juga

DARIPADA

harus

memainkan
KAEDAH

Menggalakkan

peranan

penting
SOAL

percambahan

di

dalam

kelas.
JAWAB

idea.

Kaedah ini amat berkesan terutamanya matapelajaran yang bersifat subjektif. Jika jumlah pelajar seramai 50 orang,
maka pensyarah akan memperoleh pelbagai jenis jawapan (mereka tidak akan menjawab soalan dengan jawapan
yang sama). Mungkin sesetengahnya hampir sama, atau tidak sama langsung. Walau apapun jawapannya, ianya
akan menggalakkan pelajar untuk sentiasa berfikir dan memikirkan beberapa kemungkinan. Daripada kemungkinan
ini lah akan menghasilkan pelbagai jawapan daripada para pelajar. Secara tidak langsung, ianya akan membuatkan
pelajar untuk berfikiran lebih kritis, yang mana para pensyarah/guru boleh menanyakan soalan-soalan yang
memerlukan

pelajar

untuk

berfikiran

daripada

kebiasaannya.

2)

Menimbulkan

rasa

ingin

tahu

Jika sesi kelas dimulakan dengan bertanyakan soalan, ianya akan membangkitkan semangat dan keterujaan para
pelajar yang mana, ianya akan membuatkan para pelajar berasa ingin tahu dan tertanya-tanya akan jawapannya. Ini
dinamakan attention grabber yang mana ianya merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan perhatian dan
semangat mereka di awal sesi kuliah (terutamanya bagi kuliah sesi petang yang sangat mencabar). Kaedah ini, akan
menyelamatkan mereka daripada tidur di kelas, sekiranya mereka berminat untuk tahu akan jawapan kepada
persoalan tersebut. Sebagai contoh, soalan seperti apakah beza antara Pemimpin dan Pengurus? sudah pasti
mereka akan tertanya-tanya akan perbezaannya, bukankah kedua-duanya membawa maksud yang sama? Pelajar
akan lebih tertanya-tanya jika pensyarah menangguhkan untuk memberi jawapan di akhir sesi kelas nanti.
Justeru itu, adalah penting bagi pensyarah/guru untuk menilai terlebih dahulu jenis soalan yang bakal ditanya;
samada sesuai atau tidak? adakah soalan tersebut akan menimbulkan rasa minat dikalangan pelajar? Soalan yang
berkesan, pasti akan menimbulkan rasa ingin tahu dikalangan pelajar. Apabila pelajar berasa pelik dan menunjukkan
reaksi yang membuatkan mereka dalam keadaan tertanya-tanya, maka pensyarah tersebut telah berjaya menjentik
hati
3)

pelajarnya

untuk

terus

Mewujudkan

mendengar

hubungan

penjelasan
yang

seterusnya
baik

dariapda
dengan

penyarah.
pelajar

Kaedah ini akan meningkatkan lagi hubungan yang baik antara pensyarah-pelajar. Bagi memastikan
keberkesanannya, penyarah digalakkan untuk menggunakan kaedah ini dengan menyeluruh, dan melibatkan
penglibatan semua pelajar agar mereka tidak terasa disisihkan (bukan tertumpu kepada pelajar tertentu sahaja).
Apabila komunikasi 2 hala dilakukan (melalui kaedah soal jawab), ianya akan membuatkan pelajar lebih meminati
kelas tersebut, dan dapat memperbaiki kelemahan mereka terutama dalam jawapan yang telah diberikan. Sebagai
contoh, pelajar memberikan jawapan yang kurang tepat. Disini, pensyarah dapat memperbetulkan kesalahan
tersebut, secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada pelajar yang lain juga. Ianya akan membuatkan
pelajar

lebih

menghargai

sesi

kuliah

tersebut

dan

sentiasa

mahu

belajar

daripada

pensyarah.

Banyak lagi kaedah yang diamalkan Rasulullah SAW dan In Sha Allah akan saya kongsikan di dalam entri yang
seterusnya kelak

Marah dan tegas bila perlu

Menyebut kisah umat terdahulu

Anda mungkin juga menyukai