Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM DARUL RIDZUAN (IKDAR)

NO 30, JALAN KAMPUNG JAMBU 4,


34000 TAIPING,
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA PROGRAM


/ P854-002-3/4:2016/2017
PROGRAMME CODE & MODUL DIPLOMA PENGAJARAN TAHFIZ
NAME
TAHAP / LEVEL LEVEL 3 & 4

TAJUK UNIT KOMPETENSI/,


COMPETENCY UNIT CODE Adab Hamalah al-Quran
AND TITLE
1. Biografi Imam an-Nawawi
NOMBOR AKTIVITI KERJA 2. Adab-adab Belajar al-Quran
DAN PENYATAAN / WORK 3. Adab-Adab Pelajar Bersama Guru
ACTIVITIES NUMBER AND 4. Adab-Adab Bersama al-Quran
STATEMENT 5. Hukum-Hukum Berkaitan Dengan al-Quran

Muka Surat : 1
NO. KOD / CODE NO. P854-001-3:2016 C04/P(1/3)
Drp : 13

TAJUK/ TITLE: Adab Hamalah al-Quran

TUJUAN/ PURPOSE:

Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk mengetahui biografi penulis kitab at-Tibyan fi
Adab Hamalah al-Quran, Kelebihan membaca dan mempelajari al-Quran, adab-adab ketika
belajar al-Quran, Adab-adab pelajar bersama guru, adab-adab bersama al-Quran beberapa
hukum berkaitan dengan al-Quran.

1
Biografi Imam Nawawi

Beliau adalah al-Imam Abu Zakaria Muhyiddin, Yahya bin Syaraf bin Muriy an-Nawawi ad-
Dimasyqi. Imam Nawawi terkenal pada zamannya dari segi ilmu dan ibadah. Beliau
dilahirkan pada bulan Muharram 631H.

Berkata seorang wali Allah, Syeikh Yasin bin Yusuf al-Marakisyi (wafat 687H): “Aku
melihat Imam An-Nawawi ketika umurnya 10 tahun di Nawa. Kanak-kanak lain memaksa
beliau bermain bersama-sama, namun beliau lari daripada mereka dan menangis dengan
paksaan mereka dan beliau membaca al-Quran ketika itu. Maka timbul di hatiku perasaan
kasihkannya. Ayahnya menyuruh beliau bekerja di kedai. Namun begitu dalam aktiviti jual
belinya tidak melalaikannya dengan al-Quran.”

Kata Syeikh Yasin lagi: “Aku berjumpa dengan guru al-Qurannya dan berpesan
supaya mengambil berat hal beliau dan aku sebut:- Semoga beliau menjadi orang paling
alim dan zuhud pada zamannya dan memberi manfaat kepada manusia. Maka bertanya
gurunya:- Adakah tuan ahli nujum? Kataku:- Tidak, sebaliknya ilham daripada Allah.”
Perkara tersebut diceritakan kepada ayahnya, lalu diambil berat tentang hafazannya hingga
beliau khatam hafazan al-Quran sebelum usia baligh.

Berkata Syeikh Ibnu al-‘Attor, Imam an-Nawawi menyebutkan kepadaku; “Adalah


aku mempelajari pada setiap hari 12 pelajaran dengan para guruku, dengan syarah dan
tashih. Dua pelajaran kitab “al-Wasit”, masing-masing satu pelajaran dalam kitab “al-
Muhazzab”, “al-Jam’u Baina as-Sohihain”, “Sohih Muslim”, “al-Luma” karya Ibnu Junni dalam
ilmu Nahu, “Islahul Mantiq” karya Ibnu as-Sikkit dalam ilmu Lughah, satu pelajaran dalam
ilmu tasrif, satu pelajaran dalam ilmu Usul Fiqh (kadangkala kitab “al-Luma’” karya Abu
Ishaq dan kadangkala kitab “al-Muntakhob” karya Fakhruddin ar-Razi), satu pelajaran dalam
ilmu Asmaur Rijal dan satu pelajaran dalam Usuluddin.

Antara karya Imam an-Nawawi yang terkenal adalah:

1. al-Majmou' sharh al-Muhathab ‫ المجموع شرح المهذب‬panduan hukum Islam yang lengkap
2. Minhaj al-Talibin ‫منهاج الطالبين وعمدة المفتين في فقه اإلمام الشافعي‬
3. Tahdhib al-Asma' ‫تهذيب األسماء‬
4. al-Taisir ‫التقريب والتيسير لمعرفة سنن البشير النذير‬, pengantar pengajian hadith.
5. Arbain Nawawi (Empat puluh Hadith Nawawi) ‫ األربعين النووية‬kumpulan 40 (tepatnya 42)
hadis penting.
6. Penjelasan tentang Sahih Muslim b. al-Hajjaj ‫شرح صحيح مسلم‬.
7. Ma Tamas ilayhi hajat al-Qari ‫ما تمس إليه حاجة القاري لصـحيح البـخاري‬

2
8. Riyadhus Shalihin ‫ رياض الصالحين‬kumpulan hadith mengenai etika, sikap dan tingkah
laku yang ketika ini digunakan secara meluas di dunia Islam.
9. Tahrir al-Tanbih ‫تحرير التنبيه‬
10. al-Athkar ‫ األذكار المنتخبة من كالم سيد األبرار‬kumpulan doa Rasulullah.
11. al-Tibyan fi adab Hamalat al-Quran ‫التبيان في آداب حملة القرآن‬
12. Adab al-fatwa wa al-Mufti wa al-Mustafti ‫آداب الفتوى والمفتي والمستفتي‬
13. al-Tarkhis fi al-Qiyam ‫الترخيص بالقيام لذوي الفضل والمزية من أهل اإلسالم‬
14. Manasik ‫ متن اإليضاح في المناسك‬membahas tentang Haji.

Bagi kitab at-Tibyan Fi Adab Hamalah al-Quran, Imam An-Nawawi telah membahagikan
tulisannya kepada sembilan bab:

1. Himpunan Kelebihan Membaca al-Quran dan Para Penghafaznya.


2. Keistimewaan Membaca al-Quran dan Pembacanya Berbanding Yang Lain.
3. Memuliakan Ahli al-Quran dan larangan Menyakiti Mereka.
4. Adab-adab Guru dan Penuntut al-Quran.
5. Adab-adab Penghafaz al-Quran
6. Adab Membaca al-Quran
7. Adab Seluruh Manusia Terhadap al-Quran
8. Himpunan Ayat dan Surah yang sunat dibaca pada waktu dan keadaan
tertentu.
9. Penulisan al-Quran dan Memuliakan Mushaf.

1.1 Kelebihan al-Quran

Al-Quran adalah sebaik-baik kitab yang didalamnya penuh dengan ilmu


pengetahuan termasuk moral, tingkah laku yang baik, kebaikan, kejadian alam dan
lain-lain.

Terdapat banyak riwayat dan keterangan berkenaan dengan kelebihan-


kelebihan al-Quran al-Karim. Antaranya ialah :

1. Hadis riwayat Imam al-Tabarani dan Abu Shaibah daripada Abdullah ibn
Mas’ud :

ِ ِ‫ فَتَ علَّموا ِمن مأْدبت‬، ‫اَل‬ ِ‫اَّلل‬


‫استَطَ ْعتُ ْم‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ه‬
ْ َ َ َْ َُ ُ َ ‫ع‬َ َّ ُ‫إِ َّن َه َذا الْ ُق ْرآ َن مأْ ُدبَة‬
‫ت‬
َ
Maksudnya:

3
“Sesungguhnya Al-Quran ini adalah hidangan Allah, maka pelajarilah
daripada hidangan-Nya itu sedaya upaya kamu.”

2. Al-Quran menjadi panduan dan petunjuk kepada kehidupan manusia.


Sesiapa yang mempunyai masalah hidup dan memerlukan jawapan maka
bacalah al-Quran pasti akan temui jawapan ketika membacanya.

Allah S.W.T berfirman di dalam al-Quran surah Asy-Syura: 52


:

ُ ‫نت تَدْ كري َما إلْ كك َت‬


‫اب َو ََل ْإَلمي َ ُان َولَ َٰ ككن‬ َ ‫َو َك َ َٰذ ك َِل َأ ْو َح ْي َنا إلَ ْي َك ُرو ًحا كم ْن َأ ْم كرَنَ ۚ َما ُك‬
ِ ِ
‫ِص ٍإط م ْس تَ كق ٍي‬ َ ‫َج َعلْنَا ُه ن ًُورإ َّنه ْ كدي كب كه َمن نهشَ ا ُء كم ْن كع َبا كدَنَ ۚ َوإن َهك لََتَ ْ كدي إ َ َٰل ك‬
ِ ِ
Maksudnya:
“Dan demikianlah kami wahyukan kepadamu (Muhammad) ruh (al-
Quran) dengan perintah kami.Sebelumnya engkau tidaklah mengetahui
apakah kitab (al-Quran) dan apakah iman itu,tetapi kami jadikan al-Quran
itu cahaya, dengan itu kami memberi petunjuk siapa yang kami kehendak
di antara hamba-hamba kami. Dan sungguh, engkau benar-benar
membimbing (manusia) kepada jalan yang lurus.”

3. Allah s.w.t Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada
orang yang membaca Al-Quran,tiap-tiap huruf yang dibaca ada pahala
disisi Allah s.w.t .
Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari
Ibnu Masud r.a daripada Rasulullah s.a.w :
Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah
bersabda:
“Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya
satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak
mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu
huruf dan Mim satu huruf.”

4
Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis
antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda
Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam
tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.”

1.2 Adab-Adab Belajar

Islam ialah agama yang mementingkan adab sopan untuk menjaga


hubungan baik manusia dengan Allah, manusia dengan manusia, manusia
dengan makhluk-makhuk yang lain.

Adab berasal dari perkataan Arab iaitu ‫ أدب‬yang bermaksud perilaku


dan perbuatan kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, serta
kemanusiaan. Sementara tafsiran skop dan perincian adab mungkin berbeza
dalam kebudayaan yang berlainan, kesamaan yang terdapat dalam tafsiran-
tafsiran ini ialah penilaian keperibadian seseorang melalui kepatuhannya
terhadap beberapa perkara. Justeru seseorang itu menunjukkan adab dengan
mempamerkan kelakuan dan kepandaian membuat pilihan yang betul. Antara
dalil yang boleh dijadikan contoh gabungan ilmu dengan hikmah bersulam
adab.

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 32:

‫قَالُوإ ُس ْب َحان ََك ََل كع ْ َْل لَنَا إ هَل َما عَل ه ْمتَنَا ۖ إن َهك َأ َنت إلْ َع كل ُي إلْ َح كك ُي‬
ِ ِ
Belajar merupakan suatu perkataan yang akrab di dalam semua
lapisan masyarakat. Belajar merupakan perkataan yang tidak asing lagi,
bahkan merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari semua
kegiatan menuntut ilmu.

Belajar menurut imam Al-Ghazali merupakan suatu proses pengalihan


ilmu pengetahuan daripada guru kepada pelajar dan bertujuan untuk
menanamkan akhlak yang baik kepada anak didik. Manusia dituntut mencari

5
ilmu sehingga ke akhir hayat sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w.
yang bermaksud:

‫طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلم‬

"Sesungguhnya menuntut ilmu itu merupakan kewajipan bagi setiap


Muslim." (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w memberitahukan melalui sebuah


hadith tentang kelebihan orang yang menuntut ilmu iaitu:

ِ‫اَّلل‬
َ َ‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َم ْن َسل‬
‫ك طَ ِري ًقا‬ َّ ‫صلَّى‬ َ َّ ‫ول‬ ُ ‫ال َر ُس‬ َ َ‫َع ْن أَِِب ُهَريْ َرةَ ق‬
َ َ‫ال ق‬
‫اْلَن َِّة‬ َّ ‫س فِ ِيه ِع ْل ًما َس َّه َل‬
ْ ‫اَّللُ لَهُ طَ ِري ًقا إِ ََل‬ ُ َ
ِ َ‫ي ْلت‬
‫م‬
Ertinya :

“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu


pengetahuan, maka Allah akan menempuhkan suatu jalan untuknya menuju
ke Syurga.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

Demikianlah diantara kelebihan orang yang belajar sangat besar


ganjarannya di sisi Allah s.w.t. Didalam proses pembelajaran terdapat adab-
adabnya supaya tidak tersasar daripada tujuan yang sebenar iaitu
mendapatkan keredhaan daripada-Nya.

Untuk mendapatkan ilmu yang berkat, perlulah mengetahui dan


mengikut adab-adab belajar antaranya:

1. Mencari Rahmat Dan Redha Allah S.W.T


Sebagai seorang pelajar mestilah mempunyai niat untuk mencari
rahmat dan redha Allah s.w.t. Niat yang ikhlas akan menentukan seseorang
mendapat rahmat dan redhaNya.Niat yang akan menentukan amal sesorang
sebagaimana yang disebutkan di dalam sebuah hadith :

6
‫ مسعت رسول هللا صلى هللا‬:‫عن عمر بن اخلطاب رضي هللا عنه قال‬
‫عليه وسلم يقول(إمنا األعمال ابلنيات وإمنا لكل امرئ ما نوى فمن‬
‫كانت هجرته إَل هللا ورسوله فهجرته إَل هللا ورسوله ومن كانت‬
‫هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إَل ما هاجر إليه) متفق‬
.‫عليه‬
Maksudnya :

”Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: “Aku mendengar


Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah
dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang
berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya
menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk
mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai
mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Memiliki Akhlak Yang Baik Sepertimana Yang Ditetapkan Oleh Syarak.

Akhlak yang terbaik adalah akhlak yang dibawa oleh nabi Muhammad
s.a.w sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku(Muhammad) diutuskan untuk menyempurnakan
akhlak”
Selain memiliki akhlak yang baik ,perlu juga ada sifat zuhud terhadap
keduniaan dan sifat pemurah dan dermawan serta budi pekerti yang mulia
supaya memudahkan suatu ilmu itu meresap masuk kedalam jiwa

3. Meninggalkan kemungkaran
Hidup sebagai seorang muslim tidak akan lari daripada melakukan
dosa.justeru itu kita disarankan supaya sentiasa bertaubat dan membersihkan
hati bagi mudah mendapatkan ilmu .Imam Syafie pernah menyebut di dalam
sebuah syairnya:

7
“Aku mengadu kepada guruku Waki’ mengenai buruknya hafalanku.
Dia membimbingku supaya meninggalkan segala maksiat.
Dia memberitahuku bahawa ilmu adalah cahaya.
Dan cahaya Allah tidak memberi petunjuk kepada pelaku maksiat.”

4. Belajar Bukan Dengan Tujuan Mencari Kemasyhuran

Sebagai seorang pelajar, ia mestilah berniat bukan untuk mencari


kemasyhuran atau pujian orang ramai.

Firman Allah s.w.t:

‫َمن ََك َن ُي كريدُ َح ْر َث ْإلآ كخ َر كة نَ كز ْد َ َُل كِف َح ْرثك كه ۖ َو َمن ََك َن ُي كريدُ َح ْر َث إدلنْ َيا ن ُْؤتك كه كمْنْ َا َو َما َ َُل كِف‬
ٍ ‫ْإلآ كخ َر كة كمن ن كهص‬
‫يب‬
Maksudnya:

“Sesiapa yang menghendaki faedah di akhirat, Kami akan tambahkan


pada faedah yang dikehendaki dan sesiapa yang menghendaki kebaikan di
dunia, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu, dan tidak ada baginya
suatu bahagian pun di akhirat kelak.”

5. Mencatat Segala Ilmu Yang Dipelajari


Setiap manusia mempunyai sifat pelupa .Jika dilihat kata insan
mempunyai kaitan dengan al nisyan bermaksud lupa. Oleh karena itu,
manusia tidaklah disebut dengan insân kecuali bahwa dia adalah makhluk
yang sangat pelupa.Jadi dalam proses belajar, mencatat ilmu adalah elimen
yang penting bagi menjaga ilmu tersebut dari terus hilang.

1.3 Adab-adab Pelajar bersama Guru

Guru merupakan seorang insan yang sangat mulia dalam mendidik suatu
bangsa yang buta huruf kepada berpengetahuan tinggi. Diantara tugas guru
ialah menyampaikan ilmu pengetahuan agar dapat membina rohani, jasmani,
emosi, intelektual dan sosial pelajar yang seimbang. Allah s.w.t berfirman di
dalam al-Quran, Surah al-Mujadah ayat 11:

8
‫ين أُوتُوا الْعِْل َم َد َر َجات‬ ِ َّ‫اَّلل الَّ ِذين آمنوا ِمن ُكم وال‬
‫ذ‬
َ َْ ُ َ َ َُّ ‫يَ ْرفَ ِع‬
Maksudnya :

“Allah meninggikan darjat orang yang beriman dan di antara kamu, dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat”.

Ayat ini menunjukkan bahawa orang yang berilmu mempunyai darjat


yang lebih tinggi di kaca mata Islam lebih-lebih lagi orang yang menyebarkan
ilmu pengetahuan seperti seorang guru.

Disini dapat kita simpulkan bahawa peranan guru sangat besar dalam
mendidik pelajar. Sebagai seorang pelajar terdapat adab-adab bersama
dengan guru yang perlu diikuti supaya sentiasa didalam keberkatan.
Antaranya adalah:

1. Menghormati Guru
Guru wajib dihormati kerana kedudukannya yang menyampaikan ilmu
kepada pelajar.Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w
pernah bersabda yang bermaksud :

“Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan


rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya.”
(Riwayat Ath-Thabrani)

2. Merendahkan Diri Di Hadapan Guru


Seorang pelajar hendaklah merendahkan dirinya di depan guru, jangan
keluar daripada pendapat dan arahannya. Merendahkan diri terhadap guru
adalah satu kemuliaan dan ketinggian.

Imam Ghazali ada menyatakan:


“Ilmu itu hanya akan diperolehi dengan merendahkan diri dan
memperhatikannya.”

9
Imam Ahmad berkata kepada Khalafu’l-Ahmar:
“Aku tidak pernah duduk kecuali di hadapanmu, kami telah
diperintahkan untuk merendahkan diri terhadap orang yang kami ambil
ilmunya.”

3. Menyempurnakan Hak Kepada Guru


Hendaklah sebagai seorang pelajar mengetahui hak-hak terhadap
gurunya dan tidak melupakan jasa guru sehingga ke akhir hayat.
Syu’bah berkata:
“Apabila aku mendengar hadis Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam
daripada seseorang, selama itulah aku menghormatinya. Sebaiknya
seorang pelajar mendoakan kesejahteraan gurunya sepanjang hayat. Jika
guru itu sudah wafat hendaklah diambil berat hal ehwal keturunan dan
orang yang mencintainya.”

4. Sabar Apabila Dimarahi Oleh Guru


Sebagai seorang pelajar hendaklah bersifat sabar apabila ditegur atau
dimarahi oleh guru. Pelajar hendaklah menganggap kemarahan guru
sebagai tanda kasih sayang guru terhadapnya.

Para guru sebenarnya ingin memperbaiki kelemahan pelajarnya.


Dengan sikap sedemikian, akan lahirlah rasa sayang para pelajar
terhadap guru dan bermanfaatlah segala ilmunya dalam urusan
agamanya, dunia dan akhirat.

Sebahagian ahli salaf berkata:


“Barangsiapa tidak sabar dalam belajar, maka dia akan buta huruf
selama hidupnya. Dan barang siapa bersabar di dalamnya, dia akan
mendapat kemuliaan dunia dan akhirat.”

5. Sopan di hadapan guru.


Hendaklah pelajar duduk di hadapan gurunya dengan sopan, tenang,
merendahkan diri dan hormat sambil mendengar dan memberi sepenuh
10
perhatian kepada gurunya. Seorang pelajar juga haruslah menghindarkan
segala perbuatan yang tidak sopan terhadap gurunya.

1.4 Adab-Adab Bersama Al-Quran

Setiap ibadah pasti ada adab-adabnya sebagai tanda penghormatan


kita kepada Allah SWT, maka begitu juga dengan Al Quran terdapat adab
adab agar dapat dipelihara kesucian dan ketinggian nilai Kitab Allah SWT.
Firman Allah swt:

‫الذ ْكَر َوإِ ََّّن لَهُ ََلَافِظُو َن‬


ِ ‫إِ ََّّن ََنن نََّزلْنا‬
َ ُْ
“Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah
Yang memelihara dan menjaganya.” (Surah al-Hijr :9)

Berdasarkan ayat di atas, menunjukkan bahawa Al Quran itu


terpelihara oleh Allah SWT bahkan makhluk juga memeliharanya. Pelbagai
kaedah dan cara kita pemeliharaan Al Quran, dan kaedah pemeliharaan
tersebut dihuraikan berdasarkan adab-adab yang terdapat dari pandangan
Ulama’ yang berkaitan dengan pemeliharaan dan penjagaan Al Quran.Disini
disertakan beberapa adab bersama dengan al-Quran :

1. Suci Tubuh Badan

Diantara adab bersama al-Quran adalah bersih tubuh badan kerana al-
Quran merupakan Kalam Allah dan wahyu yang dimuliakan. Maka tidak
wajar jika bersama al-Quran sedangkan badan kita dalam keadaan kotor
apalagi terkena najis.

2. Berwuduk
Hendaklah mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum bersama al-
Quran.Kerana sewaktu kita membaca al-Quran kita akan menyentuh
mushaf al-Quran al-Karim.Dan ketahuilah al-Quran tidak sama dengan
buku-buku lain atau majalah yang boleh dipegang sesuka hati.

11
Dalil hadis yang dibawakan Dr. Yusuf Qardhawi dalam buku
Berinteraksi dengan Al-Qur’an:

‫الميس القرآن إال طاهر‬

Maksudnya:

“Al-Qur’an tidak boleh disentuh kecuali oleh orang-orang yang sudah


suci. (HR. An-Nasai, Daruquthni, Baihaqi)

3. Membaca Isti’azah
Apabila umat islam ingin mencari petunjuk dari Allah dengan membaca al-
Quran,maka Dia berfirman :

‫الرِجيم‬
َّ ‫ان‬ ْ َ
َِّ ‫فَِإ َذا قَرأْت الْ ُقرآ َن فَاستعِ ْذ ِاب‬
ِ َ‫َّلل ِمن الشَّيط‬ َْ ْ َ َ
Maksudnya :
“Oleh itu apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau
memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena
rejam.” (surah Nahl : 98)

Dengan permohonan perlindungan kepada Allah agar hati manusia


tidak diganggu syiatan, maka akan mudah memahami makna ayat-ayat al-
Quran yang dibaca.

4. Dimulakan dengan membaca Bismillah

Dalam setiap pekerjaan yang baik telah disunatkan supaya memulakan


dengan :

‫بسم هللا الرمحن الرحيم‬


Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

12
Termasuklah apabila hendak bersama al-Quran harus dimulakan
dengan membaca bismillah.

5. Bebaskan diri daripada segala kesibukan dan hajat


Seperti ibadat solat yang dituntut agar kita tenang daripada sebarang
gangguan fizikal, begitu juga Al-Quran. Penuhilah hajat-hajat badan
seperti makan ketika lapar, minum jika haus, membuang air ketika
berhajat dan urusan-urusan lain yang boleh mengganggu proses
pembacaan kita dengan Al-Quran. Ini kerana Al-Quran juga berhajat
kepada fokus dan khusyuk dikalangan pembacanya seperti mana solat.

6. Membaca dengan suara yang baik


Apabila bersama dengan al-Quran hendaklah memperelokkan suara
dengan irama lagu yang baik, susuan huruf dan ayat yang betul sehingga
tekanan nada suara dengan gelombang suara yang diucapkan teratur.
Rasulullah s.a.w bersabda

ُ ‫ت ا َْلَ َس َن يَِز‬
‫يد الْ ُق ْرءَا َن ُحسنا‬ َّ ‫َص َواتِ ُك ْم فَِإ َّن‬
َ ‫الص ْو‬ ْ ‫َزيِنُوا الْ ُق ْرءَا َن ِِب‬
“Hiasilah Al-Quran itu dengan suara-suara kamu sesungguhnya suara
yang bagus menambahkan lagi kebagusan Al-Quran”.

7. Fahami dan hayati isi al-Quran


Tujuan membaca al-Quran ialah untuk memahami keagungan dan
kemuliaan wahyu serta firman Allah.Ketika membaca al-Quran, fahamilah
maksudnya sehingga dapat dijadikan panduan hidup yang boleh
mengangkat darjat manusia.

1.5 Hukum-Hukum Berkaitan al-Quran


1. Tidak boleh membaca al-Quran dengan selain bahasa Arab, samada dia
boleh berbahasa arab dengan baik ataupun tidak , samada di dalam solat
mahupun di luar solat.Jika ia membaca al-Quran di dalam solat dengan
berbahasa arab , maka solatnya tidak sah.

13
2. Makruh membaca al-Quran dalam keadaan rukuk, sujud dan tasyahud
serta keadaan solat yang lain kecuali ketika berdiri.

3. Ketika membaca ayat-ayat al-Quran atau mendengar seseorang


membaca nya, kemudian bertemu dengan ayat sajadah, maka hendaklah
melakukan sujud tilawah atau sujud syukur.Ia dilaksanakan dengan
takbiratulihram dalam keadaan duduk sebelum sujud, lalu bangun dari
sujud dengan memberi salam akhir.

– ُ‫ول ََي َويْلَه‬ ُ ‫الس ْج َد َة فَ َس َج َد ْاعتَ َزَل الشَّْيطَا ُن يَْب ِكى يَ ُق‬
َّ ‫آد َم‬َ ‫إِ َذا قَ َرأَ ابْ ُن‬
ِ ‫لسج‬ ِ ِ ٍ ْ‫وِِف ِروايَِة أَِِب ُكري‬
ُ‫ود فَ َس َج َد فَلَهُ ا ْْلَنَّة‬ ُ ُّ ‫آد َم ِاب‬
َ ‫ب ََي َويْلى – أُمَر ابْ ُن‬ َ َ َ
‫َّار‬
‫ن‬ ‫ال‬ ‫ى‬ ِ‫ود فَأَب يت فَل‬ ِ ‫لسج‬ُّ ِ
‫اب‬ ‫ت‬ ‫ر‬ ِ ‫وأ‬
‫ُم‬
ُ َ ُ ْ َ ُ ُ ْ َ
“Ketika Anak Adam membaca ayat-ayat sajadah lalu bersujud, syaitan
menangis sambil mengatakan: “Celakalah aku, anak Adam diperintah
bersujud maka mereka bersujud dan memperoleh surga, sementara aku
diperintah bersujud, lalu aku mendurhakai, maka aku mendapatkan
neraka”. (HR. Muslim)

14

Anda mungkin juga menyukai