Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan
Al-Quran merupakan sebuah kitab penting yang perlu dipelihara bukan sahaja dari sudut isi
kandungannya, malah aspek bacaannya juga harus dititikberatkan. Justeru itu, Allah s.w.t. akan
menganugerahkan ganjaran yang terlalu banyak kepada pembacanya

Sejarah awal penurunan ayat al-Quran ialah sewaktu Baginda s.a.w sedang bertahannuth
di Gua Hira seorang diri. Baginda telah didatangi sejenis makhluk yang baginda tidak pernah
temui sejak kelahirannya iaitu penghulu sekalian malaikat iaitu Jibril a.s. Baginda diperintahkan
oleh Jibril a.s supaya membaca sedangkan baginda tidak tahu membaca sehinggalah baginda
dipeluk Jibril a.s dan diajar membaca. Bacaan yang diajar oleh Jibril bukanlah semata-mata
sekadar bacaan tetapi ia dilakukan adalah untuk diikuti dan difahami oleh Rasulullah s.a.w
apabila diturunkan wahyu kepada Baginda. Baginda senantiasa menggerakkan lidah dan bibirnya
untuk membacakan ayat al-Quran yang diturunkan.
Nabi Muhammad s.a.w memulakan pengajaran al-Quran di rumah baginda, rumah al-
Arqam bin Abi Arqam. Seterusnya pengajaran ini berterusan hingga berkembang ke Madinah.
Apabila penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Madinah berlaku, pengajaran al-Quran berjalan di
rumah baginda dan seterusnya ke Masjid Nabawi. Ramai sahabat Rasulullah s.a.w mempelajari
al-Quran secara hafalan daripada baginda hingga lahirnya kumpulan huffaz (Al-Buti, 1991).
Pada zaman Rasulullah s.a.w, al-Quran merupakan salah satu kitab yang dibaca dengan
penuh penghayatan dan bertajwid. Justeru itu, kita digalakkan untuk membaca al-Quran dan
menjadikannya sebagai amalan yang istiqamah. Aktiviti membaca al-Quran mendatangkan
banyak manfaat kepada kita. Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah manakala
aktiviti membaca al-Quran dengan bertajwid adalah fardu ain bagi setiap Muslim yang mukalaf.
Membaca al-Quran dengan fasih dan betul merupakan sesuatu yang dituntut dalam Islam.
Namun demikian, ada juga sesetengah umat Islam pada zaman kini yang tidak dapat memenuhi
ciri-ciri pembacaan al-Quran yang baik sama ada dari aspek fasohah (kelancaran menyebut
huruf-huruf al-Quran), kemahiran bertajwid serta melagukan ayat-ayat al-Quran suara yang baik.

2.0 Ilmu tajwid dalam pembelajaran al-Quran.
2.1 Definisi ilmu tajwid dalam pembelajaran al-Quran
Tajwid bermaksud megelokkan dan membaguskan sesuatu dari aspek bahasa. Melalui konsep
istilah, tajwid ialah suatu ilmu yang membicarakan mengenai makraj huruf (tempat keluar
huruf), sifat-sifatnya, kadar bacaan panjang pendek (harkat bacaan) serta perkara-perkara lain
yang ada kaitan dengan aspek cara bacaan ayat al-Quran.
Firman Allah s.w.t:

Bacalah al-Quran itu dengan tartil. (al-Muzammil:4)
Membaca al-Quran dengan tartil yang dinyatakan dalam ayat di atas adalah bermakna membaca
dengan tenang, perlahan serta dapat mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya dengan
betul serta menyempurnakan segala syarat-syaratnya.
Dua keadaan yang selalu berlaku semasa membaca al-Quran dengan bertajwid:
1) Membaca al-Quran dengan bertajwid pada kadar yang paling minimum iaitu
bacaannya tidak mengubah struktur perkataan atau merosakkan maknanya. Hukumnya
adalah fardu ain.
2) Membaca al-Quran dengan bertajwid iaitu dengan memelihara keseluruhan hukum-
hukum tajwid dalam bacaan. Hukumnya wajib ke atas mereka yang mahir dengan ilmu
tajwid.
2.1 Kepentingan ilmu tajwid dalam pembelajaran al-Quran
Mempelajari ilmu tajwid dituntut dalam Islam. Terdapat beberapa kepentingan mendalami ilmu
tajwid. Antaranya ialah dapat mengelakkan kesalahan sewaktu membaca al-Quran. Selain itu,
dengan mempelajari tajwid dapat membantu kita untuk menyebut huruf dengan tepat mengikut
sifat dan makhrajnya serta dapat menjaga makna sesuatu ayat yang dibaca berdasarkan hukum-
hukum bacaan yang terdapat dalam ilmu tajwid.
gE>4O4
4p-47O^
-
EOg>O>
^j

Di samping kita mempelajari ilmu tajwid, kita dapat memperbanyak amalan membaca al-
Quran. Darjat kita akan diangkat dan mudah-mudahan kita mendapat kedudukan yang mulia di
sisi Allah sebagaiman yang telahpun diriwayatkan dalam hadis Nabi Muhammad:
Bacalah al-Quran, maka sesungguhnya dia akan datang pada hari kiamat sebagai
syafaat kepada pembacanya. [HR. Muslim]
Daripada hadis di atas, jelaslah bahawa amalan membaca al-Quran merupakan satu amalan yang
digalakkan dalam Islam dan dapat menjadikan seseoarang itu mulia di sisi Allah s.w.t.
Aisyah r.a turut meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda:
Orang yang mahir dengan al-Quran ( hafalan dan bacaannya yang amat baik dan
lancar) kedudukannya di akhirat adalah bersama para malaikat yang mulia dan taat,
adapun orang yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat dalam bacaannya, sedang
ianya amat payah, baginya adalah dua pahala.











3.0 Talaqqi mushafahah.
Dalil kaedah talaqqi musyafahah
]

Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata kepada Ubay:
Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan Al Quran padamu Ubay berkata :
Adakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?. Jawab Nabi: Allah telah
memilih dan menamakan kamu disisiku Maka Ubay pun menangis.(riwayat al-
Bukhari).

]

:
Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : Ambillah (pelajarilah) Al Quran daripada empat
orang iaitu Abdullah Bin Mas

ud , Salim , Mu

az dan Ubay Bin Kaab



Talaqqi merupakan salah satu kaedah mempelajari bacaan al- Quran yang tertua dan dipraktik
oleh Jibril a.s kepada Rasulullah s.a.w. Talaqqi berasal dari masdar ilqa yang membawa maksud
melontar atau mencampakkan. Talaqqi juga dikatakan berasal daripada perkataan Laqiya yang
bermaksud bertemu atau berjumpa. Sebahagian ulama pula mentakrifkan talaqqi itu sebagai
talqin iaitu murid mendengar bacaan yang dibacakan oleh guru dengan lafaz dan bacaan yang
tersendiri.
Menurut istilah pula, talaqqi beerti manhaj pembelajaran lafaz-lafaz al-Quran di mana
seorang guru akan membacakan sepotong ayat kepada murid dan seterusnya murid tersebut akan
membacakan semula ayat tersebut dengan cara bacaan guru tadi. Ini lebih difahami berdasarkan
contoh di mana Jibril telah membacakan ayat suci al-Quran dan kemudiannya Rasulullah s.a.w
meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Seterusnya Rasulullah s.a.w
membacakan ayat tersebut kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah
s.a.w, kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibaca dan dihafalkan.
Melalui takrifan-takrifan tersebut dapat kita fahami bahawa talaqqi al-Quran merupakan
suatu proses pembelajaran al-Quran antara kedua-dua belah pihak iaitu antara guru dan murid. Ia
juga dikenali sebagai musyafahah yang bermaksud mempelajari bacaan al-Quran secara berguru
secara lisan. Dari sudut bahasa ia berasal dari perkataan syafahah yang membawa maksud
bertutur dengan mulut manakala dari segi istilah pula, ia bermakna kaedah penyampaian dan
penerimaan al-Quran yang dilakukan secara bacaan (lisan) antara murid dengan guru.
Musyafahah mengandungi dua elemen utama iaitu al-Ard dan al-Sima.
Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al- quran mesti berhadapan
secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara
amali bagimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-
makhraj huruf, sifat- sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid. Terdapat tiga cara yang telah
digunakan semasa proses bertalaqqi dan bermusyafahah antara seorang guru dengan seorang
muridnya iaitu Al-Sima, Al-Ard dan Al-Simawa al-Ard.

Maksudnya : Oleh itu apabila kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu dengan
perantaraan Jibril) maka bacalah menurut bacaannya itu. (al-Qiamat: 18)
Syeikh Hassan Ragab al-Muqri, pensyarah al-Quran & al-Qiraat di Maahad Qiraat,
Shoubra, Mesir menyatakan bahawa kaedah yang diamalkan di dalam sistem pengajian al-Quran
pada hari ini akan tetap dikira sebagai talaqqi musyafahah sekiranya berlaku perkara-perkara
seperti berikut:
1) Guru membaca al-Quran kemudian murid hanya mendengar
2) Murid membaca al-Quran kemudian guru hanya mendengar
3) Guru membaca al-Quran kemudian diikuti bacaan murid
Gabungan dua perkataan ini iaitu talaqqi mushafahah bermaksud mempelajari al-Quran secara
mulut ke mulut iaitu daripada mulut seorang guru kepada mulut seorang anak murid.
Kaedah talaqqi mushafahah ini berupaya dalam menarik minat pelajar untuk mendalami
kaedah pembacaan al-Quran khususnya. Kaedah ini dapat membuatkan murid-murid membaca
al-Quran secara bersemuka ( face to face) di hadapan guru. Murid tersebut dapat memerhati dan
meneliti cara bacaan oleh guru dan seterusnya diikuti pula oleh murid. Kaedah ini merupakan
kaedah yang terbaik dalam bertalaqqi al-Quran, kerana seorang murid akan duduk bersama
dengan guru dan mendengar bacaannya serta membacanya kembali. Kaedah ini selalunya
diamalkan oleh mereka yang baru mempelajari al-Quran atau yang baru menghafaz al-Quran.
Selain itu, kaedah bertalaqqi ini dapat memperbaiki sebutan murid. Ini dapat dilakukan
apabila pelajar membaca pada guru secara mushafahah. Perkara tersebut tidak dapat dicapai
hanya sekadar mendengar melalui kaset ataupun radio, bahkan ianya mestilah melalui
pembacaan secara berguru. Melalui kaedah ini, murid dapat mengesan kesalahan bacaan serta
dapat memastikan tempat wakaf dan ibtida dengan baik. Bacaan seseorang murid akan ditegur
secara terus oleh guru jika terdapat kesalahan bacaan. Ia berbeza jika belajar daripada cd atau
kaset yang hanya dapat didengari bacaannya tanpa dapat menegur bacaan seseorang itu betul
atau salah. Perkara ini turut dipraktikkan oleh baginda s.a.w. di mana baginda turut
memperdengarkan bacaannya kepada Jibril a.s. sekali setiap tahun pada bulan Ramadhan
sehinggalah pada tahun kewafatannya di mana baginda telah memperdengarkan sebanyak dua
kali. Ini adalah dapat menambahbaikan bacaan baginda s.a.w.
Dengan bertalaqqi kita boleh mengukur serta menguji sejauh mana penguasaan kita
dalam ilmu tajwid melalui bacaan al-Quran yang telah kita pelajari. Dengan demikian kita dapat
menentukan adakah kita benar-benar perlu kepada bimbingan lanjutan dalam pengajian al-
Quran, ataupun kita sudah sampai ke tahap dapat mengajarkannya kepada orang lain. Lumrah
manusia untuk bersaing dengan orang lain. Jadi kaedah sesuai digunakan untuk menarik minat
murid untuk berlumba-lumba mendalami ilmu al-Quran. Di dalam suatu halaqah (kumpulan/
kelompok) pengajian al-Quran sudah tentu akan dihadiri oleh beberapa jumlah pelajar. Setiap
pelajar akan sentiasa berlumba-lumba untuk menguasai bacaan dan hukum tajwid yang telah
diajarkan oleh guru. Oleh itu, pelajar yang lemah akan cuba berusaha untuk mencapai bacaan
yang memuaskan sebagaimana sahabatnya yang lain dan yang sudah menguasai bacaan akan
membantu sahabat mereka yang lain.
Tiada sesiapapun yang mampu mempelajari bacaan al-Quran dengan hanya membaca
tanpa merujuk dan menyemak kepada guru yang mahir lagi mutqin, kerana mushaf al-Quran
ditulis dengan kaedah rasm uthmani di mana kaedah tersebut tidak sama dengan kaedah imlaie.
Tambahan pula, murid akan lebih memberi perhatian jika guru berada di hadapannya
berbanding jika hanya belajar al-Quran melalui buku-buku dan sebagainya. Tumpuan seseorang
itu akan terjejas oleh gangguan tertentu sekiranya menggunakan benda-benda bukan hidup.
Murid akan sentiasa mendapat kata-kata nasihat daripada guru yang mana dapat memberi
semangat kepadanya dalam mempelajari al-Quran. Kata-kata berupa nasihat yang khususnya
berkaitan dengan al-Quran ini jarang-jarang dapat disampaikan melainkan daripada orang yang
sememangnya telah bergelumang dengan pahit manis menuntut ilmu al-Quran itu sendiri.
Terdapat beberapa langkah yang sesuai untuk dipraktikkan bagi meningkatkan
penguasaan bacaan al-Quran dalam kalangan pelajar mengikut kaedah talaqqi mushafahah.
Pertama, gurur yang bertanggungjawab untuk mengajar tilawah al-Quran hendaklah menjadi
seorang yang mampu untuk memperdengarkan bacaan ayat al-Quran dengan baik berdasarkan
makharij dan sifat huruf sehingga boleh menimbulkan perasaaan khusyuk bila mendengarnya. Di
samping itu, bacaannya mestilah dibaca dengan lancar dan fasih mengikut bahasa Arab fushah.
Guru memainkan peranan penting dalam menjadi model terbaik untuk cara bacaan yang
baik. Ibnu Khaldun (2000) menyatakan bahawa seseorang guru hendaklah memastikan setiap isi
pengajaran dan masalah yang dihadapi sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di atasi
terlebih dahulu sebelum melangkah ke topik atau surah lain. Gurun hendaklah memastikan
bahawa setiap pelajar telah berjaya menguasai kemahiran bacaan al-Quran. Seterusnya peranan
guru penting semasa melaksanakan kaedah talaqqi mushafahah ini. Sebelum memulakan
pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah menayangkan carta huruf hijaiyah dengan
menggunakan kad imbasan, sambil menyebut dan diikuti oleh murid. Dengan cara ini ianya
dapat membantu murid-murid untuk mengikuti kembali huruf tersebut. Guru hendaklah sentiasa
menyebut huruf yang ada persamaan dari segi bunyi, contohnya: dan di samping itu
murid hendaklah memerhati gerakan bibir guru sambil menyebut huruf tersebut secara individu
mereka dan kumpulan.
Kita juga boleh mengadakan bengkel untuk mengenali Asas Bacaan Al-Quran seperti
Kaedah Iqra khususnya bagi tahap penguasaan pelajar yang amat lemah dalam pembacaan Al-
Quran. Tambahan pula, guru berusaha untuk mengadakan kelas mengaji Al-Quran seminggu
sekali bagi pelajar yang dikenalpasti tahap penguasaan pembacaan mengikut tahap lemah,
sederhana dan baik.Pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang baik boleh menjadi
fasilitator bagi pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang lemah dan sederhana.
Sebelum guru mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan tertentu, guru hendaklah
membaca ayat tilawah beberapa kali dengan suara yang nyaring, lantang dan baik sambil diikuti
oleh murid. Ini dapat membantu pelajar untuk menguasai apa yang akan dipelajari pada hari itu.
Selain itu, guru juga boleh membentuk satu kumpulan pelajar yang terdiri daripada 6 orang
murid di mana 3 murid daripadanya dapat menguasai huruf-huruf hijaiyah manakala 3 orang
lagi lemah dalam menguasai huruf-huruf hijaiyah. Sewaktu murid berada di hadapan guru untuk
membaca ayat al-Quran, murid yang cerdas akan mambantu murid yang lemah dari aspek
sebutan dan makhraj.
Guru juga boleh menggunakan kaedah ini sekiranya jumlah murid terlalu ramai dalam
satu kumpulan. Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dan diajar serentak mengikut
tahap penguasaan murid oleh guru. Murid yang mempunyai tahap yang tinggi dikehendaki
mengajar murid tahap yang rendah atau dikenali sebagai pembimbing rakan al-Quran.
Pembimbing rakan al-Quran merupakan terdiri daripada mereka yang cepat menguasai apa yang
diajar oleh guru. Mereka ini bertanggungjawab untuk mebantu sahabat mereka yang lemah. Ada
sesetengah pelajar yang lebih selesa jika dibantu oleh rakan yang lain sebelum melafazkan
bacaan ayat al-Quran di hadapan guru mereka. Langkah ini dapat membantu pelajar untuk lebih
yakin dan lancar sewaktu membaca ayat al-Quran.
Dewasa ini telah tercipta banyak alat-alat yang canggih seperti Quran Digital, elektronik,
CD, dan lain-lain lagi yang secara umumnya boleh digunakan dalam penggunaan teknologi
terkini dalam pembelajaran al-quran proses pembelajaran al-Quran. Terdapat satu perkara yang
kita ketahui iaitu bahawa alat-alat tersebut hanyalah berfungsi sebagai alat bantu mengajar
(ABM) dan ia masih lagi tidak boleh digunakan sebagai guru untuk seseorang itu mempelajari
al-Quran. Bertalaqqi mushafahah memerlukan guru dan murid dan kaedah ini merupakan kaedah
yang baik. Walaubagaimanapun, perlaksanaan kaedah ini tetap ada beberapa kelemahan yang
perlu diatasi terlebih dahulu bagi memastikan kaedah ini benar-benar berkesan dan efektif untuk
diguanakan pada zaman sekarang.
Masalah yang timbul apabila bilangan murid terlalu ramai. Ini menyukarkan seorang guru
untuk mengawasi kesemua pelajarnya. Kaedah ini menuntut guru untuk memberi tumpuan yang
sepenuhnya ketika murid-murid membaca dan segera membetulkan bacaan pelajar sekiranya
terdapat kesalahan. Ini sukar dilakukan apabila pelajar ramai. Guru mungkin akan terlepas
pandang pelajar yang kurang aktif atau lemah dalam menguasai bacaan akan tercicir jika
dibandingkan dengan pelajar yang aktif. Peruntukan masa yang singkat ketika murid membaca di
hadapan guru berlaku sekiranya pelajar ramai. Ini menimbulkan masalah kepada murid-murid
yang tidak dapat menguasai bacaan dan juga sebutan huruf-huruf hijaiyah.
Ada segelintir pelajar yang takut untuk membaca secara terus di hadapan guru sambil
diperhatikan oleh rakan-rakan yang lain. Ini mungkin disebabkan perasaan malu atau takut akan
kelemahan bacaan mereka diteliti dan diketahui oleh orang lainselain daripada guru tersebut.
Pelajar-pelajar yang seperti ini adalah mereka yang pasif dan tidak yakin akan diri mereka
sendiri. Guru perlu memastikan bacaan pelajar tersebut hanya didengari oleh guru sahaja.








4.0 Kesimpulan
Talaqqi dan Musyafahah merupakan kaedah yang terbaik dalam merealisasikan tuntutan dalam
memelihara bacaan al-Quran. Penguasaan terhadap bacaan al-Quran hanya akan dicapai melalui
pembelajaran secara talaqqi dan mushafahah. Setiap individu haruslah berusaha untuk mencapai
kepada husnu al-tilawah yang merupakan salah satu tuntutan dalam membaca al-Quran supaya
dapat memelihara dan menjaga kesahan hukum-hukum tajwid. Di samping itu juga, waqaf dan
ibtida dapat dipelihara dalam mempelajari al-Quran supaya tidak tersasar dari makna atau
maksud yang dikehendaki. Penguasaan terhadap sebutan pada setiap huruf juga amat penting,
lebih-lebih lagi dalam memelihara sifat-sifat huruf dan makhrajnya. Perkara-perkara seperti ini
tidak akan dapat dicapai melainkan dengan bertalaqqi dengan syeikh atau guru yang mahir lagi
mutqin.
Talaqqi merupakan suatu tradisi yang tidak dapat dipisahkan dengan pengajian al-Quran.
Walaupun kita dapati pada zaman moden ini berbagai-bagai buku tajwid yang telah diterbitkan,
namun ianya tidak dapat membantu secara total dalam membantu pengajian al-Quran. Kaedah
bertalaqqi telah diamalkan semenjak zaman baginda s.a.w. sehinggalah ke hari ini dan ianya
terbukti dapat melahirkan pembaca al-Quran yang baik. Talaqqi dan Mushafahah merupakan
kesinambungan amalan sunnah Rasulullah s.a.w.. Kaedah ini merupakan salah satu syarat utama
untuk memperolehi sanad yang mutawatir.
.
(2522 perkataan)

Anda mungkin juga menyukai