Anda di halaman 1dari 4

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

4 Minggu keempat 22 April 2013 hingga 26 April 2013 Masalah pengurusan masa

1. Masalah / Peristiwa Minggu ini merupakan minggu terakhir saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Alam Damai, Cheras. Bermula daripada minggu pertama mengajar sehingga ke minggu keempat, masalah yang dikenalpasti adalah pengurusan masa yang tidak teratur. Saya gagal menghabiskan rancangan pengajaran harian. Terdapat aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana masa yang terhad dan tidak mencukupi. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

2. Analisis Punca utama yang mungkin menyebabkan pengurusan masa yang tidak teratur adalah murid-murid terpaksa keluar dari kelas untuk ke bilik j-QAF. Walaupun bilik jQAF dengan kelas mereka tidak begitu jauh tetapi ia tetap mengambil masa yang lama dan agak menjejaskan waktu yang telah diperuntukkan pada hari itu. Selain itu, hal ini disebabkan berlakunya pertukaran waktu pembelajaran. Sekiranya, guru mata pelajaran sebelum itu mengambil masa yang lebih daripada biasa, maka secara tidak langsung murid-murid juga akan sampai ke bilik j-QAF agak lewat. Maka ia memberi impak yang besar kepada rancangan dan proses pengajaran dan pembelajaran saya pada minggu ini.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Saya perlu hadir ke kelas lebih awal dan mengambil murid-murid turun ke bilik j-

QAF. b) Menyiapkan bahan-bahan P&P terlebih awal agar dapat menggunakan masa

tersebut untuk aktiviti P&P yang lain. c) Memberi arahan atau pesanan kepada murid untuk bergerak pantas dan terus ke

kelas tanpa berlengah.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang kerana masalah pengurusan masa merupakan masalah yang agak besar. Hal ini dapat menimbulkan masalah dalam mencapai objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah ini juga dapat mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh guru. Bagi menangani masalah ini, saya akan memastikan segala persediaan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya disediakan lebih awal bagi menggelakkan penggunaan masa yang berlebihan. Secara tidak langsung saya dapat mewujudkan kesediaan murid untuk belajar dan mencapai objektif yang telah dirancang selain pergi mengambil murid-murid di kelas masing-masing terlebih awal bagi menggelakkan kehilangan masa pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran saya. Saya juga akan selalu mengingatkan murid-murid supaya berada di dalam kelas lebih awal sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan sentiasa menghargai masa.

KESIMPULAN Saya berasa amat terkilan kerana pengurusan masa yang tidak cekap telah memberi impak yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Banyak aktiviti yang saya rancang terpaksa saya hadkan dan sekiranya aktiviti dijalankan, masa

yang diperuntukkan adalah sedikit dan tidak mencapai objektif yang saya inginkan. Oleh itu, bermula pada praktikum yang akan datang, saya akan mencari jalan dan mencuba pelbagai cara untuk memastikan murid-murid saya berada didalam kelas atau bilik j-QAF tepat pada waktunya dan berada dalam keadaan cukup bersedia untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Nama Tarikh : :

Tandatangan: Nama Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai