Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN: Seminar keguruan untuk Program Bina Insan Guru Fasa 6 merupakan agenda yang bertmatlamat untuk melatih

dan membentuk guru yang mempunyai ciri kualiti yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru. Program in berfokus untuk melahirkan guru pelatih yang mempunyai perwatakan yang lengkap dari segi rohani, emosi, jasmani, intelek dan sosial. Seminar keguruan semester 6 melibatkan isu-isu yang berkaitan dengan cabaran guru sebagai ejen perubahan untuk menghadapi masa hadapan dan guru berjiwa pendidik. Guru juga berperanan sebagai agen perubahan. Sebagai agen perubahan guru bertanggungjawab membentukkan akhlak mulia dan jati diri disamping membina kekuatan minda dan kreativiti dikalangan murid dalam usaha mencapai matlamat negara bagi menghadapi pelbagai cabaran dunia tanpa sempadan. Oleh itu, para guru dan para pendidik tidak kira apapun taraf atau pangkat seharusnya mengorak langkah bersama-sama berganding bahu sebagai agen atau pencetus ke arah perubahan masyarakat yang lebih baik dari segi nilai moralnya dan kehambaan kepada Tuhan. OBJEKTIF: 1. Menjelaskan ciri-ciri kualiti peribadi dan profesional seorang guru sebagai pendidik. 2. Menjelaskan peranan guru dalam mendidik anak bangsa. 3. Menjelaskan cabaran yang dihadapi guru dalam mendidik anak bangsa 4. Menjelaskan tentang isu-isu semasa yang dihadapi oleh guru dalam mendidik anak bangsa.

Anda mungkin juga menyukai