Anda di halaman 1dari 17

1

TOPIK 6

TAJWID DAN APLIKASINYA



SINOPSIS:

Tajuk ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya menguasai ilmu
tajwid, gaya bacaan al-Quran dan bacaan-bacaan khusus bagi riwayat hafs Torik
Syatibi. Di samping itu tajuk ini memberi penekanan kemahiran pelajar tentang
maratib (bentuk-bentuk) bacaan yang muktabar.

Hasil Pembelajaran.

Di akhir modul ini peserta dapat:

1. Menghuraikan hukum-hukum tajwid asas bacaan al-Quran
2. Mengaplikasi hukum-hukum tajwid ke dalam bacaan ayat-ayat al-Quran
3. Membaca bacaan-bacaan khas riwayat hafs toriq (aliran bacaan) Syatibi
dengan tepat.
4. Membaca ayat-ayat al-Quran dengan bentuk-bentuk (maratib) bacaan yang
diizinkan oleh syarak.

Tajuk ini sangat penting untuk seorang guru kerana ia berkaitan dengan keagungan
al-Quran sendiri. Untuk memelihara kemuliaannya Allah memperturunkan melalui
malaikat Jibril peraturan-peraturan bacaannya. Diharapkan melalui peraturan-
peraturan tersebut isi kandungan al-Quran akan terus terpelihara sehingga hari
kiamat!

























TOPIK 6 TAJWID DAN APLIKASINYA

6.1 TILAWAH ALQURAN

6.1.1. Rukun-rukun tilawah al-Quran
6.1.2. Adab-adab berinteraksi dengan al-Quran
6.1.3. Maratib tilawah al-Quran
6.1.4. Bentuk tilawah al-Quran yang dilarang

6.2 TAJWID DAN APLIKASINYA

6.2.1. Mabadi (tonggak) ilmu tajwid
6.2.2. Makhraj huruf dan sifat huruf
6.2.3. Hukum nun sakinah dan tanwin
6.2.4 Hukum mim sakinah
6.2.5. Hukum nun musyaddadah dan mim musyaddadah
6.2.6. Tarqiq, Tafkhim dan Taghliz
6.2.7. Al-Mudgham
6.2.8. Al-Mudud
6.2.9. Waqaf dan Ibtida
6.2.10. Bacaan Khas Riwayat Hafs daripada Qiraat AsimToriq Syatibi


2
RUKUN TILAWAH AL-QURAN
SAH SANAD BACAAN
BERTEPATAN DENGAN RASM UTHMANI
BERTEPATAN DENGAN NAHU BAHASA ARAB
6.1.1 RUKUN-RUKUN TILAWAH (BACAAN) AL-QURAN


Setiap ibadat mempunyai rukun-rukun yang tersendiri, begitu juga dengan bacaan al-
Quran. Rukun bacaan al-Quran ada tiga. Ringkasannya seperti dalam grafik di
bawah

















Sah sanad.

Sanad secara mudah bermakna sandaran, sijil tauliah atau syahadah.
Secara lebih khusus iaitu seseorang membaca al-Quran sehingga
khatam daripada bimbingan guru-guru yang muttaqin lagi bijaksana dan
bersambung sanad-sanad bacaannya sehingga kepada bacaan
Rasulullah. Pemeliharaan rukun ini sangat penting kerana bacaan al-
Quran merupakan sebahagian daripada sunnah Nabi s.a.w.

Definisi sebenar cara penerimaan sanad untuk meyakinkan bahawa bacaan tersebut
adalah datangnya daripada Rasululah s.a.w ialah dengan membaca al-Quran di
hadapan guru yang thiqoh (dipercayai), serta keilmuan guru tersebut dalam bidang
al-Quran diketahui umum dan guru kepadanya juga terkenal di dalam masyarakat.
Inilah dimaksudkan sanad atau sijil ketika menuntut ilmu bacaan al-Quran.

Sanad yang dikenali umum dalam bentuk sehelai kertas yang dinamakan sijil atau
tauliah merupakan suatu perkara yang baru. Kewujudannya kerana terhakisnya ilmu
daripada hati manusia dan pembohongan serta penipuan berleluasa. Jika diimbas
kepada sirah Rasulullah kita dapati orang yang menanggung al-Quran ketika itu
adalah mereka yang sangat amanah (sahabat-sahabat). Penerimaan mereka
terhadap ilmu yang dipelajari daripada Rasulullah tidak diragui kesahihannya
walaupun ketika itu tidak terdapat sijil dan bentuk-bentuk perakuan bertulis yang lain.

Oleh itu untuk mengelakkan keraguan dalam bacaan al-Quran, setiap individu
muslim hendaklah mencari kepastian terhadap diri sendiri tentang pembelajaran dan
penerimaan di dalam ilmu al-Quran yang dibaca sekarang. Adakah bacaannya
menepati sepenuhnya sebagaimana bacaan Rasulullah mengajar para sahabatnya
iaitu membaca mengikut kaedah-kaedah tajwid yang ditentukan. Adakah kita
membuat kepastian terhadap guru yang mengajar al-Quran kepada kita. Adakah

3

Adab-adab
guru al-
Quran
Adab
pelajar-
pelajar al-
Quran
Adab
mendengar
&
membaca
al-Quran

Adab-adab
dengan
Al-Quran
guru tersebut mengambil dan menerima sanad daripada pembacaan al-Quran beliau
sebelum ini.

Bertepatan dengan mushaf Rasm Uthmani

Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu daripada
mushaf-mushaf Rasm Uthmani. Mushaf Kufi adalah salah satu mushaf
Rasm Uthmani dan digunakan secara meluas di Malaysia dan di dunia.
Penggunaan mushaf ini selari dengan riwayat bacaan yang tersebar
luas di Malaysia dan di dunia iaitu bacaan Imam Asim, Riwayat Hafs Torik (aliran
bacaan) Syatibi. Penulisan Rasm Uthmani merupakan sesuatu yang tauqifi
(ketentuan Allah) dan bukan daripada ijtihad (buah fikiran) mana-mana pihak.

Pengabaian terhadap penggunaan mushaf Uthmani akan menyebabkan bacaan
kurang tepat seperti menambah bacaan huruf-huruf tambahan di dalam penulisan al-
Quran, penghentian (waqaf) bacaan kurang tepat.

Bertepatan dengan nahu Bahasa Arab.

Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu wajah
(bentuk) kaedah nahu Bahasa Arab samada ia fasih atau lebih fasih,
yang disepakati atau yang tidak disepakati selama mana sanad bacaan
tersebut tetap sahih.

Berapa banyak bacaan-bacaan al-Quran yang diingkari oleh ahli-ahli nahu bahasa
arab tetapi keingkaran mereka tidak diterima kerana ulama-ulama salaf berijma
menerimanya. Ini kerana jika sesuatu riwayat diakui keesahannya ahli-ahli nahu tidak
boleh menolaknya dan dikira sebagai satu kesalahan bahasa kerana bacaan al-
Quran adalah sunnah muttabaah yang mesti diterima.

Jika kekurangan salah satu daripada rukun tersebut bacaan itu dikira Syaz (yang
meragukan).


Hasilkan grafik yang menggambarkan sanad Imam Asim riwayat Hafs
torik Syatibi.


6.1.2 ADAB-ADAB BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN.

Terdapat banyak adab-adab yang perlu dijaga ketika berinteraksi dengan al-Quran.
Adab-adab itu merangkumi adab-adab membaca, mendengar ,belajar dan guru al-
Quran












4
Adab membaca dan mendengar bacaan al-Quran

Untuk menjaga kedudukan al-Quran ulama-ulama telah menyatakan melalui dalil-
dalil naqli adab berkaitan mendengar dan membaca al-Quran. Antara adab-adab
tersebut ialah ;
























Adab-adab pelajar al-Quran

1. Ikhlaskan niat kerana Allah
2. Merendah diri kepada guru dan bersopan dengannya walaupun gurunya
muda, kurang masyhur dan seumpamanya
3. Belajar daripada guru yang berkeahlian dan diyakini ilmunya
4. Belajar bersungguh-sungguh berdasarkan kemampuan.
5. Memandangnya dengan rasa penuh hormat.

Adab guru al-Quran
1. Ikhlaskan niat kerana Allah
2. Menjauhi perasaan bermegah-megah dengan ramai bilangan murid.
3. Menjauhi perasaan membenci murid yang pergi belajar kepada orang lain.
4. Berakhlak dengan akhlak terpuji.
5. Berlembut dengan pelajar
6. Menasihati pelajar supaya berbuat kebaikan.
7. Membimbing mengikut kemampuan pelajar
8. Mendahulukan pelajar yang datang dahulu.



6.1.3. MARATIB TILAWAH AL-QURAN

Untuk memuliakan dan menjaga al-Quran yang berstatus mukjizat Islam
menentukan 4 maratib atau kelajuan bacaan al-Quran. Empat bentuk
tersebut diharuskan dan dirumuskan dalam rajah di bawah
Adab membaca dan mendengar al-Quran

Ikhlas kerana Allah
Menghadirkan hati dan aqal
Membaca istiazah
Membaca basmalah
Berkeadaan suci
Membaca di tempat suci & bersih
Membersih mulut
Memakai pakaian bersih & suci
Membaca dengan khusyuk &
tawaduk
Duduk dengan sopan & mengadap
kiblat
Tidak diselangi dengan percakapan
yg tidak perlu
Memohon kebajikan (ayat rahmat)
Membaca ucapan tertentu (ayat
tertentu)

5

















Tahqiq
Iaitu kelajuan bacaan seperti tartil cuma ia lebih lambat dan perlahan. Kelajuan ini
biasanya dilaksanakan bagi mereka yang baru belajar membaca al-Quran

Tartil
Ialah bacaan perlahan-lahan , tenang ketika melafazkan huruf-huruf daripada
makhrajnya dan dengan memberikan hak (sifat semula jadi huruf) dan mustahaknya
(sifat-sifat yang mendatang) serta bertadabbur dengan maknanya.

Hadar
Iaitu bacaan cepat serta tetap menjaga kesemua hukum tajwid dan biasanya
diamalkan oleh orang yang mentasmi hafazan di depan gurunya.

Tadwir
Iaitu kelajuan bacaan pertengahan di antara kelajuan bacaan tartil dan hadar.


Gunakan pita rakaman audio atau radio dan bandingkan kelajuan
bacaan al-Quran bagi setiap maratib bacaan al-Quran


6.1.4. BENTUK TILAWAH AL-QURAN YANG DILARANG

Akibat daripada terdedah dengan berbagai bentuk irama dan alunan bentuk bacaan
al-Quran juga semakin berubah dan untuk mengawal keadaan itu Islam sudah lama
menentukan cara-cara bacaan yang ditegah. Di sini dinyatakan beberapa keadaan
tersebut.
1. Tatrib iaitu bacaan dengan merengek-rengek suara dan memanjangkan
bukan pada tempatnya
2. Tamtit iaitu bacaan dengan melebihkan-lebihkan harakat pada hukum
mad.
3. Tarqis iaitu bacaan dengan melenggok-lenggok nada suara sehingga
melebihkan pada harakat huruf mad bertujuan menyesuaikan rentak
4. Tahzin bacaan dengan nada yang amat sedih yang menjejaskan tajwid
dan membawa sifat riyak
5. Tarid iaitu bacaan yang menggentarkan suara keterlaluan seperti orang
kesejukan atau ditimpa sakit.
Maratib bacaan al-Quran
Tahqiq
Tartil
Tadwir
hadar

6
6. Tahrif iaitu bacaan al-Quran secara serentak dan berhenti secara
serentak
7. Membaca bersama alat muzik.


6.2 TAJWID

6.2.1. MABADI (TONGGAK) ILMU TAJWID

Ulamak Islam mengatakan bahawa setiap ilmu mempunyai asas yang menjadi teras
perbincangan. Sepuluh asas ilmu tajwid ialah ;

1. Pengertian :
Pada bahasa bererti memperelokkan sesuatu
Pada Istilah : mengeluarkan huruf hijaiyah daripada makhrajnya dan
diberikan hak (sifat asli) dan mustahaknya (sifat-sifat mendatang)

2. Hukum mempelajarinya:
Mendalami hukum-hukumnya secara ilmiah fardhu kifayah tetapi beramal
dengannya ketika bacaan fadhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat.

3. Dalil-dalil kewajipan beramal dengannya.
Surah al-Muzammil ayat 4.
Sabda Rasulullah s.a.w
Ijmak ulamak sejak zaman sahabat hinggalah hari ini.

4. Nama ilmunya.
Ilmu tajwid

5. Tumpuan perbincangan.
Kalimah-kalimah al-Quran

6. Kelebihannya.
Antara ilmu termulia kerana ia berkaitan terus dengan kalam Allah

7. Penyusunnya.
Secara amali Nabi Shallallahu alaihi Wasallam

8. Masalah dalam perbincangannya.
Kaedah-kaedah umum yang menjuruskan kepada kaedah-kaedah yang lebih
khusus.

9. Matlamatnya.
Memelihara lidah daripada melakukan kesalahan dalam bacaan.

10. Faedah umum.
Mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat daripada Allah
di dunia dan akhirat.


Catatkan pendapat-pendapat ahli tafsir ketika mentafsirkan perkataan
tartil ketika mentafsirkan ayat 4 surah al-Muzzammil.



7
6.2.2. MAKHRAJ HURUF DAN SIFAT HURUF

Makhraj huruf

Pada bahasa tempat keluar.
Pada istilah tempat keluar huruf-huruf hijaiyah yang membezakan antara satu huruf
dengan huruf yang lain

Mengikut pendapat terpilih makhraj huruf am terbahagi kepada lima bahagian iaitu
makhraj jauf, makhraj halq, makhraj lisan, makhraj dua bibir dan makhraj rongga
hidung.

Bagi makhraj am jauf hanya terdapat satu makhraj khas dan huruf-huruf yang terlibat
ialah ketiga-tiga huruf mad. Bagi makhraj am halq terdapat tiga makhraj khas iaitu
pangkal, tengah dan hujung halkum dan huruf-hurufnya pula ialah hamzah dan ha
keluar daripada pangkal halkum, ain dan ha kecil keluar daripada tengah halkum dan
ghain dan kho terbit daripada hujung halkum.

Makhraj am lidah pula mengandungi sepuluh makhraj khas yang meliputi pangkal,
tengah, tepi dan hujung lidah. Huruf-huruf yang terlibat ialah Ta,Tho, Jim, Dal, Dzal,
Ra, Zai, Sin,Syin,Shad, Dhad,To, Zha,Qaf, Kaf,Lam,Nun dan Ya.

Makhraj am dua bibir mempunyai dua makhraj khas dan huruf yang terlibat ialah
ba,wau,mim dan fa. Makhraj am jauf pula mengandungi satu makhraj khas dan
keluar daripadanya ghunnah.


Sifat huruf.

Pada bahasa bermaksud sesuatu yang wujud pada sesuatu benda seperti hitam,
putih, kuat, lemah dan sebagainya.

Pada istilah bermaksud cara mengawal dan menekan udara ketika huruf-huruf
dilafazkan samada tinggi, nyaring, kuat dan sebagainya. Sifat-sifat huruf ketara
kedengaran ialah ketika ia mati berbanding ketika ia berbaris.

Mengikut pendapat yang masyhur huruf-huruf hijaiyah mempunyai tujuh belas sifat
lazim. Ia merangkumi sifat-sifat tunggal dan sifat-sifat yang mempunyai lawan. Sifat-
sifat tunggal ialah sofir bermakna siulan/berdesir dan huruf-hurufnya ialah zai sin sod
,lin bermaksud lembut, takrir bermaksud berulang/ulang dan hurufnya ialah ro,
istitolah bermaksud memanjang dan hurufnya ialah dod, qolqolah bermaksud
berdetak dan huruf-hurufnya digabung dalam ungkapan qutubun jaddun ,inhiraf
bererti melencong dan huruf-hurufnya ialah lam dan ro dan tafassyi bererti
menghembur dan hurufnya ialah syin. Sifat yang mempunyai lawan ialah jahar
(nyaring) lawannya hamas (berbisik) , syiddah (kuat) lawannya rokhowah (lembut)
dan di antaranya tawassut/bayyinah, istila (meninggi) lawannya istifal (merendah),
itbaq (melekap) lawannya infitah (terbuka), ismat (tersekat) lawannya izlaq
(tergelincir/lancar).


Gunakan CD holy Quran versi 6.5 dan amat-amati bagaimana makhraj
dan sifat huruf-huruf hijaiyyah diamalikan.



8
6.2.3. HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN


Nun Sakinah iaitu nun yang tidak berbaris dan ia akan menerima baris jika bertemu
dengan huruf sukun. Tanwin pada bahasa bermakna suara dan pada istilah lafaz
(suara) nun sakinah yang terdapat (tersirat) di akhir kata nama isim.

Apabila nun sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf hijaiyyah hukumnya
terbahagi kepada empat iaitu izhar, idgham, ikhfa dan iqlab.

Izhar.
Izhar bererti nyata dan terang dan pada istilah ialah mengeluarkan setiap huruf
daripada makhrajnya dengan terang tanpa dengung. Terdapat enam huruf izhar
yang digabungkan dalam ungkapan ighin kho a hu. Kejauhan nun sakinah atau
tanwin dengan huruf-huruf halkum menyebabkan bacaannya diizharkan.

Idgham.
Pada bahasa bererti memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu dan pada istilah
bermaksud memasukkan huruf yang sukun ke dalam huruf berbaris seolah-olah
menjadi satu huruf bertasydid. Huruf-hurufnya digabungkan ke dalam ungkapan
yarmaluna. Sebab-sebab bacaan diidgamkan kerana pertama nun sakinah dan
tanwin adalah dua huruf mislain/ mutamasilain, kedua nun sakinah dan tanwin
dengan mim adalah dua huruf yang bersekutu pada segala sifat dan ketiga nun
sakinah dan tanwin dengan huruf-huruf lam,ra,wau dan ya adalah dua huruf
mutaqaribain. Idgham terbahagi dua iaitu idgham tanpa dengung dan idgham
dengan dengung. Idgham tanpa dengung mempunyai dua huruf yang digabungkan
dalam ungkapan ralla dan huruf-huruf idgham maal ghunnah digabungkan dalam
ungkapan yumin.

Martabat idgham juga terbahagi dua iaitu idgham kamil dan naqis. Ulama bersepakat
mengatakan idgham kamil nun sakinah dan tanwin berlaku pada dua huruf iaitu lam
dan ro dan kebanyakan ulama juga mengatakan idgham kamil juga berlaku pada
huruf-huruf nun dan mim.


Tatbiqkan bacaan idgham kamil dan naqis dalam bacaan surah al-insan

Iqlab
Iqlab bererti memalingkan sesuatu dan pada istilah bermaksud menukarkan lafaz
sesuatu huruf kepada yang lain dengan mengekalkan dengung serta
ikhfak.(Dikhfakkan mim kepada ba)
Sebab-sebab ditukarkan nun sakinah dan tanwin kepada mim kerana kedua-dua
huruf itu mempunyai persamaan iaitu; persamaan pada makhraj dan sifat-sifat
kedua-duanya.

Ikhfa
Pada bahasa ikhfa bererti tersembunyi dan pada istilah mennyembunyikan huruf
sukun dengan satu sifat antara izhar dan idgham tanpa tasydid serta kekal ghunnah
pada huruf pertama. Huruf-hurufnya digabungkan dalam rangkaikata
. Sebab-sebab diikhfakan kerana makhraj nun sakinah atau tanwin tidak
berjauhan dan tidak berhampiran dengan makhraj huruf-huruf ikhfa. Jadi ia berada
di pertengahan di antara izhar dan idgham.
Ikhfa mempunyai tiga martabat.

9
1. Martabat tertinggi iaitu ikhfa kepada huruf to dan ta.
2. Martabat terendah iaitu ikhfa terhadap huruf-huruf kof dan kaf
3. Martabat pertengahan iaitu ikhfa terhadap huruf-huruf selain daripada huruf-
huruf di atas.


Rujuk kepada guru al-Quran tertentu dan praktikkan bacaan ikhfa nun
sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf istilak.


6.2.4. HUKUM MIM SAKINAH

Mim sakinah iaitu mim yang tidak berbaris. Mim sakinah akan menerima baris
apabila bertemu dengan huruf sukun.

Dalam al-Quran mim sakinah terdapat pada kalimah isim, fiil dan harf

Apabila mim sakinah bertemu dengan huruf hijaiyah terbahagi kepada tiga hukum
iaitu ikhfa,idgham dan izhar

Apabila mim sakinah bertemu dengan ba maka wajib diikhfakan dan dinamakan
ikhfa syafawi atau ikhfa syafahi kerana mim dan ba makhrajnya di bibir.

Apabila mim sakinah bertemu dengan mim maka wajib diidghamkan dan dinamakan
idgham saghir atau idgham mithlain soghir ataupun idgham mithlain syafawi

Apabila mim sakinah bertemu dengan huruf hijaiyah selain daripada ba dan mim
maka wajib diizharkan dan dinamakan izhar syafawi atau izhar syafahi kerana mim
makhrajnya di bibir

Hati-hati ketika melafazkan mim sakinah apabila bertemu dengan fa atau wau
kerana takut diikhfakan mim sakinah tersebut kerana mim sakinah berkongsi dengan
wau pada makhrajnya dan mim sakinah juga berhampiran dengan fa pada
makhrajnya.


6.2.5. HUKUM NUN MUSYADDADAH DAN MIM MUSYADDADAH

Nun musyaddadah dan mim musyaddadah adalah nun dan mim yang diletakkan
tanda tasydid di atas keduanya.

Huruf musyaddadah asalnya adalah dua huruf, huruf pertama sukun dan huruf kedua
berbaris maka diidghamkan menjadi satu huruf yang bertasydid

Nun musyaddadah dan mim musyaddadah wajib dighunnahkan dengan kadar 2
harakat sama ada ketika wasal atau waqaf

Ghunnah ada lima martabat dari segi kesempurnaannya, di sini disusun mengikut
martabat yang paling kuat hinggalah martabat yang paling lemah
Iaitu:

i. Ghunnah yang terdapat pada nun musyaddadah dan mim musyaddadah
ii. Ghunnah yang terdapat pada nun sakinah atau tanwin yang diidghamkan
sebagai Idgham Naqis

10
iii. Ghunnah yang terdapat pada nun sakinah atau tanwin dan mim sakinah yang
diikhfakan
iv. Ghunnah yang terdapat pada nun sakinah atau tanwin dan mim sakinah yang
diizharkan
v. Ghunnah yang terdapat pada nun mutaharrikah dan mim mutaharrikah


6.2.6. TARQIQ, TAFKHIM DAN TAGHLIZ

Makna tafkhim ialah menebalkan sebutan huruf dengan mengangkat lidah ke lelangit
manakala tarqiq ialah menipiskan sebutan huruf dengan membuka ruang antara
lidah dengan lelangit.

Tebal nipis huruf-huruf hijaiyah terbahagi tiga;
1. huruf yang tebal selama-lamanya iaitu huruf-huruf istila.
2. huruf yang sentiasa tipis ialah huruf-huruf istifal kecuali huruf-huruf alif, ro dan
lam.
3. huruf-huruf yang boleh nipis dan tebal (bergantung kepada keadaannya) iaitu
huruf-huruf alif, lam dan ro.

Hukum huruf alif.
Ditebalkan jika sebelumnya huruf istila dan ditarqiqkan jika sebelumnya huruf-huruf
istifal contohnya

Hukum lam lafaz jalalah.
Dibaca taghliz atau tebal apabila didahului huruf berbaris fathah atau dhommah dan
dibaca tarqiq jika didahului huruf berbaris kasrah atau baris dua di atas atau baris
dua di hadapan seperti dibaca . dibaca ( surah al-Araf ayat 164) dan
dibaca (surah al-Ikhlas ayat 1-2)


Hukum huruf Ro.
Berdasarkan tafkhim dan tarqiq ro dibahagikan kepada empat bahagian iaitu;
1. yang mesti dibaca tebal dan ia berlaku dalam 10 keadaan berikut;
a. berbaris fathah
b. berbaris dhommah
c. ro mati dan sebelumnya berbaris fathah
d. ro mati dan sebelumnya berbaris dhommah
e. ro mati huruf sebelumnya berbaris kasrah dan selepasnya huruf
istiklak
f. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah yang mendatang
samada dalam satu kalimah atau kalimah berasingan
g. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya berbaris fathah
h. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya berbaris dhommah
i. ro mati kerana waqaf , huruf sebelumnya juga sukun (selain ya) dan
huruf sebelumnya berbaris fathah.
j. Ro mati kerana waqaf huruf sebelumnya sukun (selain ya) dan huruf
sebelumnya berbaris dhommah.

2. yang mesti dibaca nipis dan ia berlaku 9 keadaan berikut;
a. berbaris kasrah
b. berbaris kasrah arid (mendatang)

11
c. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah
d. ro mati huruf sebelumnya berbaris kasrah dan selepasnya huruf istila
dalam kalimah berasingan
e. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya mati serta huruf
sebelumnya berbaris kasrah
f. ro mati kerana waqaf dan sebelumnya ya mad
g. ro mati kerana waqaf dan sebelumnya ya lin
h. ro yang diimalahkan
i. ro yang diwaqaf secara raum

3. ro yang harus tipis atau tebal tetapi tebal lebih utama dan hanya berlaku pada
kata di dalam surah-surah Yusuf (2) Yunus dan al-Zukhruf.
4. ro yang harus tebal atau tipis tetapi nipis lebih utama dan berlaku dalam
keadaan berikut;
a. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah serta selepasnya huruf
istila yang juga berbaris kasrah contoh
b. ro sukun kerana waqaf (asalnya berbaris kasrah) dan huruf
sebelumnya huruf istila yang juga berbaris sukun
c. ro mati kerana waqaf (asalnya berbaris kasrah) dan selepasnya ya
mahzufah iaitu pada kalimah


Dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan hikmah hukum ro yang
boleh di baca dua wajah di perpustakaan atau pusat sumber yang
berdekatan.


6.2.7. AL-MUDGHAM

Idgham mutamasilain.
Iaitu idgham yang berlaku antara dua huruf yang bersamaan sifat dan makhraj.
Idgham ini terbahagi dua iaitu dengan ghunnah dan tanpa ghunnah. Idgham
mutamasilain tanpa dengung berlaku pada beberapa huruf sahaja iaitu huruf ba, ta,
dal, dzal, ro, ain, fa, kaf, lam, wau dan ha. Idgham mutamasilain dengan ghunnah
berlaku pada antara huruf-huruf mim sakinah pada mim dan nun sakinah pada Nun.

Idgham mutaqaribain.
Ialah idgham yang berlaku pada dua huruf yang berhampiran sifat dan makhraj. Ia
juga terbahagi dua tanpa dengung dan dengan dengung. Idgham mutaqaribain tanpa
dengung berlaku antara huruf-huruf qaf sakinah pada kaf, nun sakinah pada ra, dan
nun sakinah pada lam. Idgham mutaqaribain dengan dengung berlaku pada antara
huruf-huruf nun sakinah pada wau dan nun sakinah pada ya.

Idgham mutajanisain.
Iaitu idgham yang berlaku pada dua huruf yang bersamaan makhraj tetapi berlainan
sifat. Ia juga terbahagi dua tanpa dengung dan dengan dengung. Ia berlaku
pertemuan antara huruf-huruf ta sakinah dan dal, ta sakinah dan to, ta sakinah pada
dzal, dal sakinah pada ta, dzal sakinah pada zha dan to sakinah pada ta. Idgham
mutajanisain dengan ghunnah pula hanya berlaku pada antara huruf-huruf ba
sakinah dan mim.


12

Hasilkan peta minda yang menggambarkan perbezaan antara idgham-
idgham mutamasilain,mutaqaribain dan mutajanisain



6.2.8. AL-MUDUD

Mad
Mad pada bahasa bererti pertambahan. Pada istilah mad diertikan memanjang suara
melalui salah satu huruf mad atau huruf-huruf lin. Dalil bacaan mad terdapat melalui
hadith nabi yang diriwayatkan oleh ibnu Masud di mana seorang lelaki membaca
ayat 60 surah al-Taubah tanpa bacaan mad.

Huruf mad ada tiga iaitu alif wau dan ya tetapi dengan syarat-syarat berikut; pertama
alif yang didahului oleh baris fathah, kedua wau sakinah yang didahului baris
dommah dan ketiga ya sakinah yang didahului baris kasrah. Contoh bagi keadaan-
keadaan mad tersebut terdapat pada kalimah " " , manakala huruf lin terdapat
dua iaitu wau dan ya yang berkehendakkan syarat-syarat ; wau sakinah didahului
baris fathah dan ya sakinah yang didahului baris fathah seperti contoh-contoh "
" .

Pembahagian mad.
Mad terbahagi dua mad asli dan mad farei. Mad asli iaitu mad yang terjadi dengan
sebab utama mad iaitu kewujudan huruf mad. Ia juga dikenali mad tabie dan mad
zati. Mad asli terbahagi kepada dua pula iaitu mad asli harfi atau mad asli thunai. Ia
hanya terdapat di huruf-huruf tertentu pembukaan surah yang dikumpulkan dalam
ungkapan " " . Mad asli kedua ialah mad asli kalimi atau mad asli mutlak
seperti contoh sebelum ini.

Mad farie pula terhasil daripada sebab kewujudan hamzah atau sukun yang
mengiringi huruf-huruf mad atau lin. Ia juga dikenali dengan nama mad mazidi.
Terdapat tiga jenis yang terhasil dengan sebab kewujudan hamzah. Mad-mad itu
ialah mad wajib muttasil, mad jaiz munfasil dan mad badal. Mad arid lissukun, mad
lin dan mad lazim pula terhasil daripada kewujudan sukun.

Jenis mad akibat kewujudan hamzah.

Mad disebabkan hamzah
Mad wajib muttasil
Mad jaiz munfasil
Mad badal

13
Mad wajib muttasil.
Ia terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam satu kalimah sama
ada ketika bacaan wasal atau ketika waqaf. Mengikut imam Asim riwayat Hafs torik
Syatibi wajib dibaca 4 atau 5 harakat ketika bacaan wasal dan harus dibaca 6
harakat ketika waqaf. Ketiga contoh bagi hukumnya terdapat pada kalimah-kalimah
" " .

Mad jaiz munfasil.
Ia terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam dua kalimah iaitu
ketika bacaan wasal sahaja. Hukumnya mengikut imam Asim riwayat Hafs torik
Syatibi harus dibaca 4 atau 5 harakat ketika wasal dan hanya dibaca dua harakat
ketika waqaf. Contohnya terdapat pada kalimah " " .

Mad badal.
Ia terjadi apabila hamzah mendahului huruf mad dengan syarat tiada hamzah atau
sukun selepas huruf mad tersebut. Ia juga digelar mad badal asli. Mengikut riwayat
Hafs torik Syatibi ia dibaca dua harakat. Contoh-contohnya terdapat pada kalimah-
kalimah " " . Jika huruf mad terdapat selepas huruf hamzah asli ia
dinamakan mad syabih bil badal. Contonya ialah
" .



Mad arid li al-sukun.
Ia terjadi apabila huruf mad bertemu sukun yang mendatang iaitu ketika waqaf
sahaja. Bacaannya harus 2,4 dan 6 harakat.

Mad lin.
Ia terjadi apabila huruf lin bertemu dengan sukun yang mendatang iaitu ketika waqaf
sahaja. Ia harus dibaca 2 , 4 atau 6 harakat.

Mad lazim.
Secara am mad lazim terbahagi kepada dua kategori kalimi dan harfi. Mad lazim
kalimi apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam kalimah-kalimah al-
Quran dan mad lazim harfi berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli
pada huruf-huruf pembukaan (fawatih) al-Quran. Setiap mad lazim harfi dan kalimi
Mad disebabkan sukun
Mad arid lilsukun
Mad lin
Mad lazim

14
terbahagi kepada dua bahagian pula iaitu muthaqqal dan mukhaffaf. Maksud
muthaqqal ialah huruf sukun selepas huruf mad diidghamkan ke dalam huruf
selepasnya manakala mukhaffaf ialah huruf sukun selepas huruf mad tidak
diidghamkan ke dalam huruf selepasnya.


Mad-mad farie yang lain.

Mad shilah.
Terjadi ketika membaca wasal pada ha domir yang berada di antara dua huruf
berbaris dan ia terbahagi dua iaitu qosirah dan towilah. Mad silah qosirah ialah
apabila ha domir mendahului huruf hijaiyyah selain daripada hamzah. Ia dibaca 2
harakat ketika wasal dan ketika waqaf dimatikan ha domir tersebut. Mad silah towilah
pula ialah apabila ha domir mendahului hamzah. Mengikut riwayat Hafs torik Syatibi
ia dibaca 4 atau 5 harakat ketika wasal dan apabila waqaf ia dimatikan.

Mad tamkin.
Apabila berhimpun dua huruf ya dengan syarat ya yang pertama bertasydid dan
berbaris kasrah dan ya kedua sukun.

Mad iwad.
Ia terjadi apabila waqaf pada huruf bertanwin mansub kecuali ta marbutoh.
Bacaannya 2 harakat kerana ia mad tabie yang terjadi ketika waqaf.

Mad faraq.
Ia terjadi apabila hamzah wasal yang berada sebelum lam tarif dimasuki hamzah
istifham. Ia sebahagian daripada mad lazim kalimi sama ada muthaqqal dan
mukhaffafah.

Mad tazim
Terjadi apabila huruf mad pada kalimah la nafiah bertemu hamzah pada kalimah
" " . Hukumnya harus dibaca 4 atau 5 harakat kerana ia sebahagian daripada mad
jaiz munfasil.

Mad tabriah.
Terjadi apabila huruf mad pada kalimah la nafiah bertemu dengan huruf hijaiyyah
selain daripada hamzah. Hukumnya wajib dibaca 2 harakat kerana ia sebahagian
daripada mad asli.



Sediakan penjelasan istilah-istilah yang berkaitan dengan hukum mad
berikut : mad wajib, mad lazim , mas jaiz , mad farq , mad tamkin dan
mad tazim


6.2.9. HUKUM WAQAF DAN IBTIDA

Waqaf

Waqaf pada bahasa : menahan.
Waqaf pada istilah : memutuskan suara bacaan di akhir perkataan pada kadar masa
boleh bernafas mengikut adatnya serta berniat untuk menyambung semula bacaan.


15
Hukum Belajar : Wajib pada pandangan setengah ulama


Bahagian Waqaf

Waqaf boleh di bahagikan kepada empat bahagian;

1. Waqaf Ikhtiari iaitu waqaf pilihan yang dilakukan oleh pembaca tanpa
sebarang sebab yang tertentu.
2. Waqaf Idhtirari iaitu waqaf terpaksa ( darurat) yang dilakukan pembaca
kerana kehabisan nafas, terbersin, menguap dan sebagainya.
3. Waqaf Intizhari iaitu waqaf tangguh yang dilakukan oleh pembaca kerana
membaca wajah ( qiraat) yang lain daripada wajah bacaan yang diterima.
4. Waqaf Ikhtibari iaitu waqaf pengetahuan yang dilakukan oleh pembaca
bertujuan untuk menerangkan perbezaan antara maqtu dan maushul. Ithbat
dan mahdzuf, menyoal dalam peperiksaan atau mengajar.

Waqaf Ikhtiari dibahagikan kepada jenis;

1. Waqaf Tam ( berhenti dengan sempurna) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak
mempunyai hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan
makna.
2. Waqaf Kafi ( berhenti memadai ) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak
mempunyai hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz tapi
mempunyai hubungan dari segi makna.
3. waqaf Hasan (berhenti yang baik ) iaitu waqaf pada kalimah yang boleh
memberi faham akan maknanya yang jelas tetapi mempunyai hubungan
dengan kalimah atau ayat selepasnya dari segi lafaznya.
4. Waqaf Qabih ( berhenti yang tidak baik) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak
memberi faham akan maknanya kerana berhubung kuat dengan kalimah
selepasnya kecuali darurat dan ( jika berlaku) wajib memulakan dengan
kalimah sebelumnya.

Ibtida

Makna Ibtida pada bahasa : permulaan.
Pada istilah : Memulakan bacaan al-Quran sama ada selepas waqaf atau qata

Hukum Ibtida terbahagi dua jenis;

1. Ibtida Jaiz ( permulaan yang harus) iaitu memulakan bacaan pada kalimah
yang dapat memberi faham akan maknnya serta tidak bersalahan dengan
apa yang dikehendaki Allah Taala
2. Ibtida Tidak Jaiz ( permulaan yang tidak harus) iaitu memulakan bacaan
pada kalimah yang tidak menyampaikan maksud yang sebenar atau boleh
mengubah makna yang dikehendaki.



Senaraikan waqaf-waqaf Jibril yang disepakati yang terdapat di dalam
al-Quran dan kenapakah di tempat-tempat tersebut kita disunnahkan
Waqaf.




16

6.2.10. BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS DARIPADA QIRAAT ASIM TORIQ
SYATIBI

Talfiq.
Talfiq pada bahasa : rekaan
Talfiq pada istilah : mencampurkan bacaan sebahagian daripada toriq dengan toriq
yang lain. Ia juga dikenali dengan tarkib turk

Hukum talfiq.
Ulama menjelaskan tidak harus berlaku talfiq ketika bacaan al-Quran. Imam Nuwairi
menjelaskan bercampur beberapa toriq ada kalanya haram, makruh dan
mengaibkan. Jika kita melakukannya akan terjadi satu bacaan yang tidak pernah
diturunkan.

Wahai pelajar sekalian
Menjadi kesalahan jika kita menggabungkan bacaan antara toriq Imam Syatibi
dengan torik Imam Ibnu Jazari dalam satu masa kerana terdapat jurang perbezaan
antara kedua-dua toriq tersebut.

Bacaan khusus riwayat Hafs toriq Syatibi.
1. Attakbir : bermaksud ucapan " " atau sekurang-
kurangnya " " atau " " . Ketika khatam al-
Quran Hafs melalui torik Syatibi tidak membaca takbir.
2. Mad munfasil dibaca dengan kadar 4 dan 5 harakat.
3. Mad muttasil dibaca dengan kadar 4 atau 5 harakat dan 6 harakat apabila
diwaqaf atas huruf mad berada di hujung kalimah.
4. Idgham nun sakinah atau tanwin kepada huruf lam dan ro tanpa ghunnah.
5. Saktah hanya berlaku pada 4 tempat.
6. Pada fatatih suwar surah yasin dan surah nun dibaca dengan dengan izhar.
7. Pada perkataan " " pada surah al-Insan ayat 4 boleh dibaca dua wajah
ketika waqaf samada dihazaf alif serta disukunkan lam atau diisbat alif
sebagai mad asli.
8. Kalimah-kalimah " " ( berulang tiga kali) pada ayat 24 surah al-Rum,
harus dibaca dua wajah pada ketiga-tiga tempat tersebut iaitu dhad
maftuhah(seperti dalam mushaf) dan dhad madhmumah.
9. Pada kalimah ._, . surah al-naml ayat 36 harus dibaca dua wajah
ketika waqaf iaitu diwaqafkan dengan ya sebagai mad asli atau diwaqafkan
tanpa ya serta disukunkan nun sebagai mad aaridh lissukun
10. Pada kalimah " " pada surah al-Syuara ayat 63 harus dibaca dua wajah
pada ra iaitu tafkhim dan tarqiq.
11. Huruf ain pada permulaan surah Maryam dan surah al-Syura harus dibaca
dengan empat dan enam harakat.
12. Pada kalimah " " dibaca dua wajah iaitu Isymam dan Raum/ikhtilas
13. Wajib diidghamkan huruf ba ke dalam huruf mim pada kalimah " "
surah Hud ayat 42.

17
14. Wajib didghamkan huruf tha ke dalam zal pada kalima " surah al-
Araf ayat 176.
15. Pada kalimah " " dalam surah surah an-Anam ayat 143-144 dan
kalimah " " surah Yunus ayat 51 dan 91 dan kalimah " " dalam surah
Yunus ayat 59 dan surah an-Naml ayat 59 boleh dibaca dua wajah iaitu
secara ibdal dan tashil
16. Huruf sod pada kalimah " " surah al-Ghosyiah ayat 22 hanya dengan
huruf sod.
17. Pada huruf sin kalimah " " surah al-Qamar ayat 37 harus dibaca dua
wajah iaitu dengan sod dan sin
18. Pada kalimah " " surah al-Baqarah ayat 245 dan pada kalimah " "
surah al-Araf ayat 69 dibaca dengan huruf sin sahaja.
19. Pada kalimah " " harus dibaca dua wajah iaitu secara izhar
berserta dengan saktah dan secara idgham.
20. Pada kalimah " " dibaca secara idgham kamil
21. Kalimah " " ayat 41 surah Hud hendaklah dibaca secara imalah kubra.
22. kalimah " " surah Fussilat ayat 44 dibaca dengan tashil.



Tasmikan bacaan khas Qiraat Asim riwayat Hafs torik Syatibi di depan
seseorang guru al-Quran yang mahir.



Layari laman web qquran (www.qquran.com).
a) Cari maklumat-maklumat berkaitan dengan nama-nama qori-qori
mesir yang terkenal.
b) Pilih satu tokoh al-Quran Mesir yang anda minati dan nyatakan
sumbangannya terhadap Al-Quran

Aktiviti Tutorial: Berdasarkan satu surah yang ditentukan oleh pensyarah
anda dalam juzuk Amma:
a) Analisakan hukum-hukum tajwid yang sudah dipelajari dalam
modul, dan
b) Tasmikan surah tersebut di hadapan pensyarah anda.

Anda mungkin juga menyukai