Anda di halaman 1dari 22

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN 1

2. PENGENALAN ILMU QIRAAT 2-4

3. DEFINISI QIRAAT 5

4. FAKTOR TIDAK TERSEBAR ILMU QIRAAT 6

5. LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK 7


PERKEMBANGAN

6. FAEDAH MEMPELAJARI ILMU QIRAAT 8

7. USUL QIRAAT IMAM IBNU KATSIR 9-20

8. KESIMPULAN 21

1
PENGHARGAAN

Assalamualiakum Warahmatullahhiwabarakatuh, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi


kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Kerja Kursus ini dengan sempurna.
walaupun terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan namun ia tidaklan menjadi suatu masalah
yang besar dalam menyiapkan tugasan ini

.Namun begitu kami tetap berusaha mencari dari pelbagai sumber dan hasilnya tugasan ini
dapat disiapkan atas usaha keras dan juga bantuan daripada rakan-rakan sekumpulan dalam
menyiapkannya. Disini saya ingin mengucapkankan ribuan terimakasih kepada Ustaz Amiri Bin
Abd Ghani kerana telah banyak membantu dalam memberi panduan dan tunjuk ajar tentang
pelaksanaannya.

Saya amat berbangga kerana dapat menyelesaikan tugasan ini tepat pada waktunya,akhir
sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

.Sekian, terima kasih.

2
PENGENALAN ILMU QIRAAT

Ilmu qiraat merupakan salah satu daripada ilmu yang terdapat di dalam ulum al-Quran. Ia
membicarakan cara-cara bacaan al-Quran menurut imam-imam qiraat. Daripada ilmu inilah
lahirnya ungkapan yang biasa kita dengar seperti qiraat tujuh, qiraat sepuluh, qiraat empat belas
dan sebagainya.

Ilmu qiraat juga menjelaskan cara bacaan yang kita amalkan pada hari ini iaitu menurut riwayat
Hafs daripada Imam Asim. Ini bermakna, ilmu tajwid yang kita peljari selama ini merupakan
sebahagian daripada ilmu qiraat. Secara ringkasnya, dengan mempelajari ilmu qiraat, kita akan
mampu mengetahui susur galur bacaan yang kita amalkan pada hari ini serta mengetahui
perbezaan bacaan yang ada dalam kalangan imam-imam qiraat.

Punca perbezaan dalam kalangan mereka turut dibicarakan dalam satu bahagian daripada ilmu
qiraat yang dikenali sebagai ilmu taujih al-Qiraat. Namun begitu, ilmu taujih al-Quran
merupakan lanjutan daripada ilmu qiraat asas di mana ianya dipelajari untuk punca perbezaan
bacaan dengan lebih mendalam kerana ia berkait rapat dengan nahu,

Secara umumnya, ilmu qiraat boleh dibahagikan kepada dua bahagian.

Pertama: Ilmu Qiraat Dirayah

Ilmu ini lebih menjurus kepada penjelasan definisi-definisi yang terdapat di dalam ilmu qiraat
seperti definisi qiraat dan ilmu qiraat, definisi qari' dan muqri', definisi riwayat, turuq dan
sebagainya. Ia juga membahaskan sejarah perkembangan ilmu qiraat, rukun dan syarat sah
qiraat, dalil-dalil yang menjelaskan kewujudan ilmu qiraat, pengenalan terhadap imam-imam
qiraat mutwatirah dan syazzah, serta pelbagai lagi yang akan saya perincikan dengan lebih lanjut
pada entri saya berkaitan ilmu qiraat dirayah.

3
Kedua: Ilmu Qiraat Riwayah

Ilmu ini pula lebih menjurus kepada penerangan terhadap perbezaan bacaan yang terdapat di
dalam al-Quran. Melalui ilmu ini, kita akan menyedari bahawa terdapat pelbagai bacaan yang
berbeza dengan bacaan yang kita praktikkan selama ini. Perbezaan bacaan ini pula terdiri kepada
dua jenis.

a) Usul al-qiraat:

Iaitu cara bacaan khusus bagi imam-imam qiraat yang dibaca dengan kaedah tertentu pada
tempat bacaan yang sama secara tetap.

Contohnya: Ada riwayat yang membaca Mad Jaiz Munfasil dengan kadar dua harakat (secara
qasar). Justeru, bacaan dengan riwayat ini akan menetapkan bacaan dengan kadar dua harakat
sahaja setiap kali membaca Mad Jaiz Munfasil pada keseluruhan tempat di dalam al-Quran.
Begitulah juga seterusnya sekiranya ada riwayat yang membaca dengan kadar enam harakat
(secara ishba') pada Mad Wajib Muttasil, maka riwayat ini akan sentiasa membaca dengan kadar
enam harakat setiap kali bertemu dengan Mad Wajib Muttasil.

b) Farsh al-Huruf

Iaitu perubahan bacaan yang berlaku pada kalimah-kalimah yang khusus sahaja.

Contohnya bacaan pada kalimah 'maliki' di dalam Surah al-Fatihah, terdapat riwayat yang
membaca pada suku kata 'ma' dengan kadar satu harakat iaitu 'maliki'. Manakala terdapat pula
riwayat lain yang membaca suku kata tersebut dengan kadar dua harakat iaitu 'maaliki'. (Bacaan
daripada riwayat ini yang kita praktikkan).

4
Namun ia bukanlah suatu yang tetap di mana suatu riwayat itu mesti membaca dengan kadar
yang sama setiap kali bertemu dengan kalimah 'maliki' di dalam al-Quran. Contohnya dalam
bacaan kita di dalam Surah al-Nas pada ayat 'malikinnas'. Kita membaca suku kata 'ma' dengan
kadar satu harakat sahaja, bukan dengan kadar dua harakat.

Mengapa? Kerana ia tidak termasuk dalam bahagian usul al-Qiraat, sebaliknya pada bahagian
Farsh al-Huruf. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat juga bacaan yang
dibacakan secara tetap dari permulaan al-Quran hingga ke akhirnya berdasarkan kepada
pengecualian tertentu yang akan saya perincikan di dalam entri Farsh al-Huruf.

Sekian sahaja buat kali, insya Allah saya akan jelaskan ilmu qiraat di dalam entri-entri yang
berikutnya. Segala respon, komen dan sebagainya amat digalakkan agar dapat saya perbaiki
kesilapan yang ada dalam coretan saya. Wallahu a'lam.

5
DEFINISI QIRAAT DARI SEGI BAHASA

Qiraat dari segi bahasa ialah berasal dari perkataan jama' ‫ قراءة‬iaitu berasal dari masdar atau kata
terbitan ‫ قرأ‬yang bermaksud bacaan.

DARI SEGI ISTILAH

Manakala dari segi istilah, qiraat merupakan suatu ilmu yang membincangkan tentang cara-cara
menyebut kalimah al-Qur'an bersandarkan dari ulama'-ulama' qiraat. Ia juga merupakan satu
bentuk bahasa dan sebutan yang diharuskan oleh Allah ta'ala untuk membaca al-Qur'an
dengannya sebagai kemudahan kepada hambanya untuk beribadah. Ilmu qiraat hanya
membincangkan tentang kalimah-kalimah yang terdapat dalam al-Qur'an sahaja, iaitu dari segi
keadaan-keadaan menyebut dengannya dan cara-cara bacaannya. Contohnya, apabila setiap
huruf alif yang ditukarkan kepada huruf ya, Imam Hamzah, Kisaie, dan Kholaf akan membaca
dengan imalah dan Imam Warsy akn membaca dengan taqlil dengan khilaf, seperti pada kalimah
‫ الهدى‬، ‫ والضحى‬. atau sebagai contoh yang lain, apabila setiap huruf ra' yang berbaris fathah atau
kasrah yang terletak selepas huruf yang berharakat kasrah atau ya' yang sukun, Imam Warsy
akan membaca dengan nipis. Contohnya ‫ لن نصبر‬، ‫ خير‬dan sebagainya.

6
FAKTOR ILMU QIRAAT TIDAK TERSOHOR SEPERTI ILMU-ILMU YANG LAIN

1) Kurang minat bagi orang awam untuk mempelajari ilmu qiraat

2) susah untuk faham tentang qiraat bagi orang yang kurang mahir dalam bidang al-quran

3) sikap masyarakat yang tidak minat tentang qiraat

4) kurang pendedahan tentang ilmu qiraat di Malaysia seperti kelas qiraat dan kempan
tentang qiraat.

7
LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MEMPERKEMBANGKAN
ILMU QIRAAT

1) Mengeluarkan banyak buku-buku qiraat.

2) Banyakkan kempen tentang qiraat dan imam-imam qiraat.

3) Jadikan subjek qiraat sebagai subjek wajib di setiap kolej.

4) Jalinkan hubungan dengan university luar untuk subjek qiraat.

8
FAEDAH MEMPELAJARI ILMU QIRAAT

1) Memelihara daripada kesilapan membaca atau menyebut kalimah-kalimah alquran


2) Menjaga kesucian kalimah al quran daripada penyelewengan dan perubahan daripada
yang asal
3) Mengetahiu bacaan imam-imam qurra’ yang menerima warisan bacaan daripada
rasulullah secara mutawatir
4) Dapat membezakan antara bacaan yang diboleh atau sebaliknya
5) Mempertinggi keagungan Allah s.w.t yang menurunkan al quran dengan pelbagai qiraat
sebagai kemudahan dan meringankan mukallaf mendekati al quran al karim.
6) Kita akan terpelihara dari kesalahan dalam menyebut kalimah-kalimah al-Qur'an
7) Kalimah al-Qur'an akan dapat dipelihara dari pemesongan dan penyelewengan.
8) Kita akan mengetahui sumber cara bacaan qiraat setiap imam dan imam-imam qiraat.
9) Kita akan dapat membezakan antara apa yang boleh dibaca dan apa yang tidak boleh
dibaca dengannya.

9
10 USUL QIRAAT DARI IMAM IBNU KATHIR

10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
KESIMPULAN
Qiraat ini merupakan perbezaaan bacaan dan memperkenalkan keunikan Al-Qur’an
dalam hal qira’at. Al-Qur’an hanya satu tetapi terdapat berbagai macam qira’at yang digunakan
oleh para Imam dalam membaca Al-Qur’an. Qira’at tersebut diwarisi dari Nabi shallalahu `alaihi
wasallam. Ilmu Qiraat adalah ilmu yang membahas bermacam-maca bacaan (qiraat) yang
diterima dari Nabi saw.dan menjelaskan sanad serta penerimaannya dari nabi saw. Dalam ilmu
ini, diungkapkan qiraat yang sahih dan yang tidak sahih serta menyampaikan setiap wajah
bacaannya kepada seorang Imam Qiraat.

Meskipun,Qiraat Ibnu katsir sudah tersebar di persada dunia, tetapi masih lagi ramai manusia
yang masih jahil tentang ilmu Qiraat bahkan menghukum orang yang membaca lain daripada
riwayat yang dipakai oleh setiap negara dan menghukum sebagai bacaan “Yang Sesat” itulah
mentaliti masyarakat kita yang berfikiran cetek dan tidak mempelajari Ilmu Qiraat dan tidak
meminati satu ilmu yang sangat luas.

Di samping itu,Kita?sebagai Ahlul Quran mestilah mendalami ilmu yang sebegini dan
menguasai semua bacaan imam imam Qiraat supaya kita dapat mengenal perbezaan bacaan
bacaan imam imam qiraat .Oleh itu, marilah kita bersama bersunguh sungguh mempelajari dan
mengamalkan dalam bacaan kita setiap hari.

Pada kesempatan ini, kami hanya membatasi pembahasan mengenai kaedah-kaedah qira’at Imam
Ibnu Katsir riwayat Imam Qunbul yang berbeda dengan qira’at Imam `Ashim riwayat Imam
Hafsh yang digunakan di Malaysia.

22

Anda mungkin juga menyukai