Anda di halaman 1dari 20

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

FAKULITI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

KERTAS KERJA : PENGENALAN KONSEP ASAS


BACAAN QIRAAT IMAM NAFI’

DKQ 2422 : ASAS QIRAAT ILMI

INTAN NUR AFRINA BINTI NORAIZAM 7230206


NUR SYABILAH MURSYIDAH BINTI MOHD SHARIF 7230196

KELAS 1 DTT
NAMA PENSYARAH DR. ELMI BIN BAHARUDDIN

1
PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-
Nya, kami telah berjaya menyiapkan tugasan kertas kerja bagi kursus Asas Qiraat
Ilmi dalam semester 1 dengan jayanya. Kami ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Dr.Elmi bin Baharuddin, pensyarah yang memberikan tunjuk ajar dan
bimbingan semasa kami menjalankan tugas ini dengan jayanya. Selain itu, kami juga
ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang
memberikan kerjasama dan tunjuk ajar kepada kami. Oleh itu, sokongan dan
dorongan ibu bapa, guru -guru dan semua rakan seperjuangan juga memberi
kekuatan untuk kami terus belajar di universiti ini sehingga mencapai
kecemerlangan. Akhir kata, terima kasih kepada semua insan yang terlibat secara
lansung dan tidak lansung dalam melaksanakan tugasan pengajian qiraat pada kali
ini.

2
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1 Abstrak 4

2 Pengenalan 5-8

3 Kajian Lepas 9-10

4 Metode Kajian 11-12

5 Hasil Kajian 13-16

6 Penutup 17-18

7 Senarai Rujukan 19-20

3
ABSTRAK

Dokumentari ini dihasilkan adalah untuk mengkaji pengetahuan asas pelajar


Diploma Tahfiz dan Tafsir Al-Quran berkenaan pengenalan qiraat imam
Nafi,mempelajari latar belakang kehidupan Imam Nafi' .Metodologi kajian yang
digunakan ialah pengumpulan data iaitu secara temu ramah dan soal selidik pelajar-
pelajar Diploma Tahfiz dan Tafsir Al-Quran. Selain itu dokumentari ini menggunakan
pendekatan kajian melalui jurnal dan artikel. Qiraat Imam Nafi' mencakupi gaya
bacaan yang unik dan diakui dalam dunia Islam. Nafi' adalah salah satu qari
terkemuka, dan metode qiraatnya memberikan keindahan serta kejelasan dalam
membaca Al-Qur'an.Qiraat Imam Nafi' memperoleh pengakuan karena
kejelasannya. Pemahaman mendalamnya terhadap aturan tajwid serta interpretasi
yang tepat membuat bacaannya dihargai oleh umat Islam dan ahli qiraat.Imam Nafi'
tidak hanya menonjolkan keindahan melodi dalam bacaannya, tetapi juga
memberikan penekanan pada aspek kejelasan dan pemahaman makna Al-Qur'an.
Gaya qiraatnya mencerminkan dedikasinya dalam menyampaikan pesan Allah
dengan akurasi dan penuh rasa. Oleh itu, perbezaan qiraat dalam Al-Quran tidak
terlepas daripada hikmah yang terkandung di dalamnya baik hikmah yang umum
ataupun yang khusus berkaitan dengan ayat-ayat hukum.

4
1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Ilmu Qiraat adalah ilmu yang terpenting bagi mereka yang mempelajari,
membahas kandungan al-Quran dan menghafaznya. Ia mula berkembang luas pada
zaman Rasulullah SAW seiring dengan penurunan wahyu dan semakin pesat
meluas di zaman Salafussoleh setelah al-Quran dikumpulkan menjadi mushaf
terutamanya pada zaman Saidina Uthman R.A. Ilmu Qiraat pada mulanya
diangggap asing dan kurang diminati kerana tidak dimasyhurkan di negara ini serta
tiada tempat untuk diketengahkan. Walau bagaimanapun, ilmu Qiraat kini sudah
mula berkembang di Malaysia selaras dengan inisiatif kerajaan yang banyak
membuka pusat Tahfiz, pengajian al-Quran dan Qiraat.

Menurut takrif dari segi bahasa, kalimah al-Qira’at (‫ )القراءات‬ialah kata jama’
bagi kalimah al-Qira’ah (‫راءة‬MM‫)الق‬, dan merupakan masdar atau kata terbitan bagi
kalimah Qara-a (‫ )قرأ‬yang bererti bacaan. Dari segi istilah menurut ad-Dimyathy, ilmu
qiraat ialah ilmu bagaimana menyebut kalimah al-Quran dan kekhilafannya yang
diambil atau disandarkan dari guru. Manakala menurut Imam Ibn al-Jazari, ilmu
qiraat ialah ilmu yang membicarakan tentang kaedah praktikal kalimah-kalimah al-
Quran dan perbezaannya dalam menyebut dengan menyandarkan (al-Qira’at)
kepada pembawanya (imam-imam al-Qira’at).

Sebagaimana hadis daripada Rasulullah SAW yang membincangkan tentang


kewujudan al-Qiraat daripada Umar bin Al-Khattab berkata aku mendengar Hisyam
bin Hakim membaca surah al-Furqan pada zaman Rasulullah SAW. Aku mendengar
bacaannya tiba-tiba ia membaca di atas huruf yang banyak yang mana Rasulullah
SAW tidak pernah membaca kepadaku. Hampir aku ingin menariknya di dalam
solatnya itu lalu aku bersabar sehingga ia memberi salam, kemudian aku menarik
bajunya sambil berkata, “Siapakah yang membacakan surah ini kepadamu?” Ia
menjawab, Rasulullah SAW yang membacakan kepadaku yang lain daripada
bacaanmu.”

5
Lalu aku membawanya kepada Rasulullah SAW dan mengadu tentang
bacaan tersebut di atas huruf yang Rasulullah SAW tidak membacanya kepadaku.
Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Bawalah Hisyam ke sini”. Dan Rasulullah
SAW menyuruhnya membaca sebagaimana yang aku mendengar bacaannya, lalu
Rasulullah SAW bersabda: “Begitulah ia diturunkan”. Selepas itu Rasulullah SAW
menyuruhku pula membacanya dan aku membacanya sebagaimana Rasulullah
SAW membacanya kepadaku lalu Rasulullah SAW bersabda, “Begitulah ia
diturunkan dan sesungguhnya al-Quran itu diturunkan di atas tujuh huruf maka
bacalah apa yang mudah daripadanya. (Riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas menunjukkan bahawa ilmu Qiraat adalah daripada Rasulullah


SAW dan bagindalah yang mengajarkan bacaan tersebut kepada para sahabat R.A.
Kita juga diharuskan membaca Qiraat yang mudah dan senang dihafaz bagi kita
tetapi disyaratkan bacaan tersebut mestilah diambil daripada guru dan bukannya
daripada buku seperti yang diamalkan oleh Saidina Umar R.A.Qiraat .

6
1.2 Objektif

Objektif mempelajari ilmu Qiraat mencakupi beberapa aspek penting.


Pertama, untuk memahami cara membaca Al-Qur'an dengan tajwid yang benar
sesuai dengan norma-norma yang ditetapkan. Kedua, untuk mengeksplorasi variasi
bacaan yang sah dan diakui dalam tradisi Islam, memahami perbezaan dan konteks
di balik setiap qiraat. Ketiga, untuk mendalami dimensi spiritual dengan mengetahui
makna dan hikmah yang terkandung dalam ayat-ayat Al-Qur'an. Seterusnya, untuk
menjaga dan menghormati keaslian teks Al-Qur'an serta berkontribusi dalam
menjaga warisan suci ini bagi umat Islam.Objektif tambahan dalam mempelajari ilmu
Qiraat melibatkan praktis dalam melafalkan dan menyuarakan ayat-ayat Al-Qur'an
dengan baik.

Selain itu, tujuan termasuk dalam menggali pemahaman mendalam terhadap


aturan-aturan tajwid, sehingga para pelajar dapat menjadi qari yang mampu
membaca dengan keindahan dan kekhusyukan.Penting juga untuk mencapai
pemahaman kontekstual terhadap sejarah dan perkembangan qiraat, mengenali
peranan para qari terkemuka, dan memahami impak linguistik dalam variasi
bacaan. Dengan demikian, objektif mempelajari ilmu Qiraat tidak hanya berfokus
pada aspek teknik, tetapi juga pada pengembangan spiritual, artistik, dan
pemahaman kontekstual yang holistik. Selain itu, objektif mempelajari ilmu Qiraat
termasuk upaya untuk menjaga kesatuan umat Islam dalam membaca Al-Qur'an
dengan betul.

Objektif lainnya mencakupi pengembangan kepemimpinan spiritual, di mana


para pelajar ilmu Qiraat diharapkan dapat menjadi teladan dalam membaca Al-
Qur'an dengan tajwid yang baik dan memotivasi masyarakat sekitarnya untuk
meningkatkan kualiti bacaan mereka. Dengan demikian, mempelajari ilmu Qiraat
bukan hanya menjadi tujuan pribadi, tetapi juga pengembangan komuniti Muslim
secara keseluruhan. Objektif yang terus ditekankan dalam mempelajari ilmu Qiraat
adalah menggabungkan pengetahuan dengan amal. Para pelajar diharapkan tidak
hanya menjadi ahli dalam membaca Al-Qur'an secara teknik, tetapi juga
mengaplikasikan ajaran-ajaran tersebut dalam kehidupan sehari-hari.

7
Selain itu, tujuan lainnya adalah membangun kesedaran sosial dan
kemanusiaan. Para pelajar ilmu Qiraat diharapkan mampu memahami konteks
sosial dan mengaplikasikan ajaran-ajaran Al-Qur'an untuk menyelesaikan masalah-
masalah masyarakat. Dengan demikian, mempelajari ilmu Qiraat bukan hanya
tentang mencapai keahlian individu, tetapi juga menjadikan perubahan positif dalam
masyarakat.Sebagai tambahan, objektif mempelajari ilmu Qiraat melibatkan
pengembangan kecintaan terhadap bahasa Arab sebagai alat untuk memahami Al-
Qur'an dengan lebih mendalam. Ini termasuk pemahaman struktur bahasa, kosa
kata khusus, dan gaya bahasa yang digunakan dalam teks suci.

Dengan meningkatkan pemahaman terhadap bahasa Arab, para pelajar


dapat meresapi makna ayat-ayat Al-Qur'an dengan lebih kaya dan mendalam.

8
2.0 KAJIAN LEPAS

Menurut Imam Ibnu al-Jazari (1999) berpendapat Qiraat merupakan suatu


ilmu yang membicarakan mengenai tatacara pembacaan al-Quran serta mengetahui
cara-cara menyebut lafaz-lafaz di dalam al-Quran baik yang disepakati mahupun
yang diperselisih yang disandarkan kepada para ulama (ahli ilmu Qiraat) yang
menaqalkannya. Manakala Manna’ Khalil al-Qattan (1973) pula berpendapat bahawa
Qiraat itu salah satu mazhab (aliran) dalam pembacaan al-Quran yang dipilih salah
seorang imam Qiraat sebagai mazhab yang berbeza dengan mazhab yang lainnya.

Seterusnya, menurut Muhammad Yaakob dan Zulkifli bin Mohammad Yusof


(2012) Al-Quran merupakan mukjizat agung Rasulullah SAW yang diturunkan
kepada baginda untuk disampaikan kepada seluruh ummatnya.Walaubagaimanapun
sejarah merakamkan pernah berlaku kecelaruan dalam periwayatan al-Quran yang
disampaikan pada peringkat awal berdasarkan Ahruf Sab’ah namun para sahabat
r.a. masih dapat menjaga dengan sebaiknya melalui seliaan oleh Nabi Muhammad
SAW . Begitulah juga berlaku kecelaruan itu baik pada generasi para sahabat, tabien
dan selepas tabien maka al-Quran itu masih utuh pemeliharaannya di bawah seliaan
insan-insan terpilih iaitu kalangan para ulama Qiraat yang lahir pada masa itu.

Seterusnya, menurut Mohd Shakir & Mohd Farid, ( 2021) kaedah talaqqi
dan musyafahah iaitu berhadapan terus dengan guru dan memerhatikan mulut,
lidah dan bibir guru sambil melafazkan ayat-ayat al-Quran. Menurut, Abdul Jalal
(2020) fenomena perkembangan pengajian Qiraat di negara ini dapat dilihat sejak
beberapa dekad yang lepas. Ini ditunjukkan oleh fakta berkenaan kelas KKQ
mula berkembang di institusi pendidikan tinggiawamdan swasta terhadap kursus-
kursus yang berkaitandengan pengajian Qiraat.

Hasan Diya' al-Din 'Atr, (1988). Antara imam-imam qira'at dalam kalangan
para sahabat r.a. ialahAbdullah bin Mas'ud m. 32H, Salim Mawla Abi Huzaifah,
Mu'az bin Jabalm. 18H, Ubay bin Ka'ab m. 2lH, Abu Darda' m. 32H, Zayd bin Thabit
m.45H, Abdullah bin Umar m. 73H, Uthman bin Affan m. 35H, Ali bin Abi Talibm. 40H
dan Abu Musa al-'Asy'ari. Selain itu,menurut Sya'ban(1986) Pada zaman sahabat
r.a., terdapat di antara mereka yang hanya mengambil bacaan al-Quran sebahagian
sahaja dan tidak kurang juga yang mengambil secara menyeluruh. Di kalangan para
sahabat, ada yang mengambil al-Quran secara langsung daripada Nabi Muhammad

9
s.a.w. dan ada juga kalangan mereka yang mengambil secara perantaraan. Menurut
Suarni, Ahmad Sufian bin Saiful Bahari (2018) Adanya perbedaan qiraat dalam al-
Quran, khususnya ayat-ayat hukum, ternyata dapat menambah wawasan serta
memperkaya alternatif bagi kaum Muslimin dalam memahami dan mengamalkan
hukum Islam. Selain itu, menurut Mohd Yakub (2012) Qurra’ merupakan golongan
yang alim mengenai wajah-wajah bacaan yang terdapat dalam al-Quran. Akhir
sekali, menurut Muh Jabir (2007) Nafi', yang nama lengkapnya adalah Abu Ruwaim
Nafi' bin Abd al-Rahman bin Abi Nu'aim al-Laitsiy, berasal dari Asbahan.

10
3.0 METODE KAJIAN

Metodologi kajian merangkumi pendekatan dan kaedah yang digunakan


untuk menjalankan penyelidikan atau kajian. Ia melibatkan langkah-langkah seperti
merancang kajian, mengumpul data, menganalisis hasil, dan membuat kesimpulan.
Dokumentari ini menggunakan metod kajian kualitatif iaitu secara temu ramah, temu
ramah adalah kaedah pengumpulan data yang melibatkan interaksi langsung antara
penyelidik dan responden. Ia membolehkan penyelidik mendapatkan pandangan,
maklum balas, dan maklumat mendalam daripada responden. Temu ramah biasanya
melibatkan soalan terbuka dan struktur yang fleksibel untuk memahami persepsi dan
pengalaman individu.

Dalam temu ramah, penting untuk merancang soalan dengan teliti, memilih
responden yang sesuai, dan memastikan suasana yang kondusif untuk
perbincangan terbuka. Proses analisis data melibatkan pengelompokan, dan
interpretasi maklumat yang diperoleh. Kesemua langkah ini memastikan kajian
berkesan dan mendalam. Langkah seterusnya dalam temu ramah adalah
menganalisis data yang diperoleh. Ini melibatkan pengkodan temu ramah,
pengumpulan trend atau corak, dan membina pemahaman mendalam tentang
maklumat yang dikumpul. Proses ini membantu menghasilkan temuan yang dapat
diterjemahkan kepada pengetahuan atau cadangan tindakan.

Pengumpulan maklumat dari jurnal merujuk kepada proses mendapatkan dan


mengumpul informasi dari sumber-sumber ilmiah seperti jurnal akademik atau artikel
saintifik. Ini melibatkan membaca, menyelidik, dan merakam maklumat yang
berkaitan dengan topik atau kajian tertentu dari sumber tersebut. Tujuannya adalah
untuk mendapatkan pemahaman mendalam tentang subjek tersebut dan
menggunakan maklumat yang diperoleh untuk menyokong atau memperkaya
pengetahuan anda.

Dalam proses pengumpulan maklumat dari jurnal, penting untuk menetapkan


objektif kajian anda, mengenal pasti kriteria pencarian, dan menilai
kebolehpercayaan sumber. Pengumpulan maklumat ini dapat melibatkan membaca
abstrak, metode penyelidikan, hasil kajian, dan kesimpulan untuk mendapatkan
gambaran yang komprehensif tentang topik yang anda kaji. Pastikan untuk merakam

11
sumber maklumat dengan teliti untuk memudahkan rujukan semasa penulisan atau
penyelidikan lanjutan.

Selain itu, menggunakan pangkalan data akademik atau perpustakaan digital


untuk mencari jurnal yang relevan dengan kajian. Proses ini sering melibatkan
penggunaan kata kunci yang tepat untuk menyaring jurnal-jurnal yang berkaitan
dengan topik. Selepas mendapatkan jurnal yang sesuai, teliti dengan teliti setiap
artikel untuk mengekstrak maklumat yang relevan dan memberikan sokongan
kepada tujuan kajian anda. Penting juga untuk mengambil perhatian terhadap tahun
terbitan jurnal untuk memastikan maklumat yang digunakan adalah terkini.

12
4.0 HASIL KAJIAN

4.1 Latar Belakang dan Kehidupan Imam Nafi'

Nama penuh Imam Nafi’ ialah Nafi' bin Abdurrahman bin Abi Nu'aim Al-
Laitsi Al-Madani. Beliau berasal dari Asbahan. Kulitnya berwarna hitam dan
mempunyai akhlak yang mulia serta merupakan Imam Qiraat di Madinah.
Imam Nafi' mempunyai gelaran Abu Ruwim dan ada yang mengatakan Abu
Al-Hasan serta Abu Abdurrahman. Beliau membaca Al-Qur'an bersama 70
orang tabi'in. Diantaranya ialah Abu Ja'far, Syaibah bin Nashoh, Muslim bin
Jundub, Yazid bin Ruman, Muhammad bin Muslim bin Syihab Az-Zuhri dan
Abdurrahman bin Harmuz Al-A'roj. (Ammar Fadzil, 2007)

Abu Ja'far membaca bersama bekas anak muridnya iaitu Abdullah bin
Ayyasy, Abdullah bin Abbas dan Abu Hurairah juga membaca bersama Zaid
bin Tsabit. Syaibah, Muslim dan Ibnu Ruman membaca bersama Abdullah bin
Ayyasy. Syaibah juga mendengar qiraat Umar bin Khathab. Az-Zuhri
membaca dengan Sa'id bin Al-Musayyab. Sa'id membaca dengan Abu Musa
Al-Asy'ari. Al-A'roj membaca dengan Ibnu Abbas, Abu Hurairah dan Abdullah
bin Ayyasy. Ubay bin Ka'ab, Zaid bin Tsabit, Abu Musa Al-Asy'ari dan Umar
bin Khathab membaca dengan Rasulullah SAW. Terdapat ramai orang yang
meriwayatkan qiraat Imam Nafi', baik sekadar mendengar atau membaca
secara langsung. Mereka datang dari Madinah, Syam, Mesir, Bashrah dan
lain-lain.

Diantara orang yang bertalaqqi dengan Imam Nafi' adalah Imam Malik
bin Anas dan Imam Laits bin Sa'ad. Imam Nafi' lahir pada tahun 70 Hijrah dan
wafat pada tahun 169 Hijrah. Orang yang termasyhur meriwayatkan daripada
Imam Nafi' ialah Qalun dan Warsh.

Nama penuh Qalun ialah 'Isa bin Mina bin Wardan bin 'Isa bin Abd
Samad bin Umar bin Abdullah ar-Zarqi. Beliau dipanggil sebagai Qalun.
Beliau mempunyai bacaan al-Quran yang sangat baik.Selain itu, Qalun juga

13
boleh berbahasa Rom dengan baik. Di samping itu, beliau tidak pernah
mendengar perkara-perkara maksiat. Qalun mempunyai nama kedua iaitu
Abu Musa. Beliau lahir pada tahun 120 Hijrah dan wafat pada tahun 220
Hijrah.

Anak murid kedua Imam Nafi’ yang masyhur ialah Warsh. Nama penuh
Warsh ialah Uthman bin Said bin Abdullah bin 'Amru bin Sulaiman bin
Ibrahim. Beliau dipanggil sebagai Warsh. Beliau mempunyai mata yang
berwarna biru. Selain itu, Qalun juga mempunyai kulit yang putih. Di samping
itu, beliau merupakan seorang yang pakar dalam bahasa Arab. Qalun
mempunyai nama kedua iaitu Abu Said. Beliau lahir pada tahun 110 Hijrah
dan wafat pada tahun 197 Hijrah. (Muhammad Nazri bin Abdullah, 2010)

14
4.2 Konsep Asas Bacaan Qiraat Imam Nafi'

Manhaj bacaan Qiraat Imam Nafi’ terbahagi kepada manhaj Qalun dan
Warsh. Antara salah satu manhaj Qalun ialah membaca Basmalah antara dua
surah kecuali antara sural Al-Anfal dan Taubah. Dalilnya adalah
{ ‫} وبسمل بين سورتين (ب) سنة‬

Selain itu, pada kalimah ( ‫ ) مالك‬di dalam surah al-Fatihah Qalun dan
Warsh akan menghazafkan huruf alif menjadi (‫ ) ملك‬dan dalilnya ialah
{ ‫} ومالك يوم الدين (ر) اويه (ن) اصر‬

Seterusnya pada manhaj Qalun, beliau akan membaca dengan silah


mim jama' ketika wasol sahaja dengan dua wajah. Wajah pertama biasa
(sukun) dan wajah yang kedua silah. Contohnya (‫ )عليك‬dibaca dengan (‫)عليكموا‬.
Sekiranya selepas mim jama' ada huruf hamzah Qato' maka Riwayat Qalun
akan membaca silah mim jama' dengan 2 dan 4 harakat. Hal ini ada pada
dalil
{ ‫ دراكا (وقالون) بتخييره جال‬, ‫} وصل ضم ميم الجمع قبل محرك‬

Dalam pada itu, antara salah satu manhaj bagi Imam Warsh pula
adalah membaca Basmalah dan tanpa Basmalah (saktah wasol) antara dua
surah kecuali antara surah Al- Anfal dan Taubah. Dalilnya seperti berikut
{ ‫ دراكا (وقالون) بتخييره جال‬, ‫} وصل ضم ميم الجمع قبل محرك‬

Selain daripada itu, Warsh akan Membaca dengan silah mim jama'
sekiranya selepas mim jama' terdapat huruf hamzah Qato'. (Muhammad
Nazri bin Abdullah, 2010)
{ ‫} ومن قبل همز القطع صلها ل(ورش)هم‬

15
Secara konklusinya, melalui bacaan manhaj Qiraat Imam Nafi ianya
dapat membantu dalam memahami dan mengapresiasikan keindahan serta
pengkhususan gaya bacaan dalam al-Quran yang diwariskan oleh Imam
Nafi’. Qiraat ini memberikan wawasan mendalam tentang pemahaman
terhadap makna Al-Quran dan memperkaya pengalaman dalam membaca Al-
Quran.

4.3 Tahap Kefahaman Pelajar Diploma Tahfiz dan Tafsir Al-Quran Mengenai
Ilmu Qiraat

Bil. Kategori Bilangan (Orang) Peratus (%)


1. Perempuan 5 100
Jadual 1 : Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Berdasarkan Jadual 1, dapatan kajian ini menunjukkan demografi


responden berdasarkan jantina dalam kalangan pelajar Diploma Tahfiz dan
Tafsir Al-Quran di UPNM terhadap ilmu Qiraat. Daripada kajian yang
dijalankan seramai 5 orang telah menjawab soalan yang diajukan, iaitu terdiri
daripada 5 orang pelajar perempuan bersamaan 100%. Kajian ini mendapati
bahawa tahap kefahaman mereka tentang ilmu qiraat sangat mendalam.
Mereka tidak hanya memahami aturan bacaan, tetapi juga dapat menjelaskan
berkaitan latar belakang kehidupan Imam Nafi’ serta anak muridnya.

Pelajar Diploma Tahfiz dan Tafsir Al-Quran biasanya juga memiliki


kemampuan untuk menerapkan ilmu Qiraat dalam praktik membaca Al-Quran
dengan tartil dan tajwid yang baik. Mereka dapat mengenalpasti dan
menjelaskan perbezaan bacaan antara Qiraat Imam Nafi' dengan tepat, ianya
menunjukkan kefahaman mereka setelah mempelajari ilmu Qiraat semasa
pembelajaran. Selain itu, pemahaman mereka terhadap ilmu Qiraat dapat
membantu mereka dalam memberikan penjelasan yang lebih kaya dan
kontekstual dalam tafsir Al-Quran.

Kesimpulannya, pelajar Diploma Tahfiz dan Tafsir Al-Quran di UPNM


dapat memahami implikasi makna yang mungkin muncul dari perbezaan
tersebut. Pelajar pada tahap ini mungkin juga dapat mengaitkan ilmu Qiraat

16
dengan tafsir Al-Quran untuk mendalami pemahaman kontek ayat-ayat Al-
Quran.

5.0 PENUTUP

5.1 Rumusan

Setelah mengkaji dan membuat penelitian yang mendalam berkenaan


beberapa Ilmu Qiraat, perkara ini dapat dirumuskan bahawa sememangnya
Ilmu Qiraat bukan sahaja penting bagi mereka yang mempelajari dan
mengahafal Al-Quran malah ia penting untuk semua lapisan masyarakat.
Melalui Qiraat masyarakat akan dapat memperbaiki bacaan, waqaf,ibtida’ dan
mengetahui keindahan Al-Quran yang mempunyai pelbagai makna yang
berlainan.

Hasil daripada kajian ini juga menunjukkan bahawa pemahaman


terhadap perbezaan-perbezaan bacaan dalam Imam Nafi’ serta relevansinya
dalam memahami makna Al-Quran. Walaubagaimanapun, perbezaan yang
dimaksudkan ini tidaklah sampai membawa kepada pertindihan hukum sedia
ada bahkan ia menambahkan lagi kemukjizatan Al-Quran itu sendiri sebagai
wahyu Ilahi yang diturunkan untuk umat akhir zaman ini.

Imam Nafi’ dikenali sebagai perawi Qiraat Warsh yang memiliki corak
bacaan tersendiri. Kajian yang mendalam terhadap metodologinya
mengungkapkan kesan yang harmonis antara penghafalannya dan makna
ayat. Di samping itu, pemahaman yang mendalam juga terhadap qiraat Imam
Nafi’ membantu memelihara keaslian kitab suci Al-Quran dalam beragam
tradisi bacaan.

17
5.2 Cadangan

Bagi mahasiswa yang ingin menguasai ilmu qiraat, berikut adalah


beberapa saranannya. Antaranya mempelajari dasar-dasar tajwid dengan
memahami aturan-aturan tajwid iaitu hukum-hukum bacaan Al-Quran yang
merupakan langkah pertama untuk meraih penguasaan dalam ilmu qiraat.
Seterusnya, membaca buku-buku referensi yang memberikan penjelasan
mendalam dan terpercaya.

Selain itu, pelajar-pelajar juga boleh berinteraksi dengan ahli Qiraat


seperti ikuti kuliah, seminar, atau forum yang diadakan oleh ahli qiraat.
Interaksi langsung dengan mereka dapat memberikan wawasan yang
berharga. Antara saranan yang lain ialah pelajar juga boleh menggunakan
teknologi yang tersedia ada dengan manfaatkan aplikasi dan platform online
yang menyediakan bacaan-bacaan qiraat, serta materi-materi pelajaran dan
tajwid interaktif.

Akhir sekali, perkara yang paling wajib adalah konsisten dan sabar
kerana penguasaan ilmu qiraat memerlukan waktu dan kesabaran.
Konsistensi dalam belajar dan latihan adalah kunci utama. Kesimpulannya,
dengan kombinasi pendekatan teoritis, praktis, dan interaktif, mahasiswa
dapat memperoleh pemahaman yang mendalam dalam ilmu qiraat.

18
SENARAI RUJUKAN

1. Aini Haslina Abdul Hamid, Mohamad Khairi Hj Othman, Mohamad Khadafi Hj


Rofie. (2023). Kemahiran Ilmu Qiraat Berdasarkan PengajaranAbad Ke-21
Dalam Kalangan Guru Kelas Kemahiran Al-Quran. Jurnal Qiraat. 6 (2), 35-50

2. Ismail Abdul Halim, Khairulnazrin Nasir, Ikmal Adnan. (2023). Penerapan Ilmu
Qiraat dalam Kuliah Tafsir di Negeri Kelantan: Suatu Sorotan Literatur. Jurnal
Qiraat. 6 (2), 51-60

3. Amaruddin. (2013). Mengenal Ilmu Qira’at. Jurnal Ilmu Al-Qur’an dan


Keislaman. 1(1), 1-19

4. Mohd A'Tarahim Mohd Razali, Abdillah Hisham Abd. Wahab, Mohd


Shaifulbahri Abdullah. (2009). Perkembangan Awal Ilmu Qira'at. Jurnal Islam
dan Masyarakat Kontemporari. 2, 69-79

5. Mohd Izhar Daud, Rohana Zakaria. (2021). Tahap Penguasaan Ilmu Qiraat di
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, Pahang. Jurnal Qiraat.
4(2), 51-63

6. Dato’ Prof. Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli bin Mohd Yusoff, Mohd A’Tarahim bin
Mohd Razali. (2012). Kajian Komperatif Antara Qiraat Asim Dan Nafi,
Implikasi Pada Hukum Fiqh. Center of Quranic Research. 305-326

19
7. Siti Azwanie Che Omar, Sedek Ariffin. (2021). Analisis Wajah-Wajah Qiraat
Dalam Surah Al-Baqarah: Kajian Terhadap Manuskrip Al-Quran Mss 4322.
Jurnal Qiraat. 4(2), 1-11

8. Mohammad Ibrahim Md. Khalis. (2020). Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah


Pengajaran dan Pembelajaran Ilmu Qiraat: Kajian Lapangan di Kuliah Islam
Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Jurnal al-Sirat. 19, 163-179

9. Mohd Zaini Shafiai. (2022). Amalan pembelajaran Ilmu Qiraat dan


penguasaan Qiraat pelajar institusi tahfiz Al-Quran negeri Perak. 1-50

10. Zainora Daud, Hayati Hussin, Khairul Anuar Bin Mohamad, Mohd
Shamsul Hakim Bin Abd Samad. (2018). Pengajian Qiraat Di Fakulti
Pengajian Quran Dan Sunnah, Usim: Analisis Terhadap Tahap Kefahaman
Qiraat. Jurnal Pengurusan dan Penyeliudikan Fatwa. 288-300

20

Anda mungkin juga menyukai