Anda di halaman 1dari 11

METODOLOGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

GGGC 6463

NAMA : MOHD SYUKRI BIN MOHD AROF

NO MATRIK : GP07206

TAJUK TUGASAN : ESEI INDIVIDU

PENYELIA : PROF. MADYA DR. MOHD ADERI CHE NOH


KAEDAH PEMBELAJARAN MNEMONIK DALAM MATA PELAJARAN AL-
SYARIAH KBD TERHADAP PELAJAR SABK.

MOHD SYUKRI BIN MOHD AROF

profsyuk@gmail.com

PENGENALAN

Penulisan ilmiah ini berkait rapat dengan teknik pembelajaran yang bertujuan untuk
memudahkan pelajar aliran dini menengah yang pada mulanya diperkenalkan pada tahun 2014.
Aliran ini masih baru dan masih banyak ruang dan peluang untuk pengkaji membuat satu
inovasi bagi menghasilkan satu teknik yang memudahkan guru dan pelajar untuk memahami
subjek-subjek yang terdapat dalam aliran dini. Pada memerhatian pengkaji ramai guru yang
masih kurang pasti tenteng pelaksanaan teknik pengajaran dan pembelajaran bagi aliran ini,
ditambah pula dengan kaedah pembelajaran abad ke 21 yangmana ianya berpusat kepada murid
dan guru sebagai pemudahcara. Penulisan ini bertumpukan pada penggunaan teknik mnemonik
meningkatkan keupayaan pelajar sekolah menengah mengingat dalam subjek aliran dini,
seperti bahasa arab muasirah, usuluddin, syariah dan arud qafiah. Kaedah mnemonik dapat
membantu pelajar sekolah menengah dalam mengingat fakta- fakta berkaitan dengan dalil,
takrif, sayarat dan lain-lain fakta yang berkaitan(Mat@Muhammad 2017). Beberapa kajian
terhadap pengunaan teknik ini telah dijalankan dan hasilnya adalah positif diantaranya seperti
(Amy Sharimie Saripudin 2012) kajiannya menunjukkan satu perkembangan yang pasitif
terhadap keupayaan muridnya dalam mengingat tiga belas rukun solat dengan lebih lama,
dalam subjek metamatik pada tajuk trigonometri juga menghasil keputusan yang sama (Ardika,
& Sardjana 2016).

Terdapat juga penulisan lokal dan global yang terdahulu menghuraikan dan mengkaji
tentang keberkesanan kaedah mnemonik dalam kajian dan penulisan mereka seperti
keberkesanan penggunaan kaedah mnemonik yang ditinjau dari daya ingat siswa dalam
mengingat rumus-rumus trigonometeri(Kurniawan et al. 2014), pembelajaran kata kunci dalam
menghasilkan ingat yang lebih lama (Thomas, & Wang 1996) kesemua hasil kajian mendapati
kaedah mnemonic sangat berkesan dalam meransang daya ingatan yang lebih lama. Penulis
juga mengambil saranan dari (Mohd Romei Ngah, Harun Baharudin & Mohd Aderi Che Noh
2016) bagi mengkaji topik-topik yang masih belum dikaji selaras dengan saranan tersebut
penulis merangka satu peunilisan ilmiah bagi pencapai kehendak tuntutan ilmu pada masa kini.
DEFINISI KURIKULUM BERSEPADU DINI

KBD merupakan kurikulum baru yang dibina secara bersama oleh KPM, LEPAI dan
Jabatan/ Yayasan Agama berdasarkan kurikulum agama-arab yang dikenali sebagai Kurikulum
Dini/ Azhari yang dilaksanakan di sekolah-sekolah agama di Malaysia termasuk Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat. Setelah melihat
pemintaan yang tinggi dan keperluan penyelarasan bagi tujuan penambahbaikan terhadap
kurikulum ini KPM dengan persetujuan Majlis Raja-Raja dan majoriti Pihak Berkuasa Agama
Negeri dan mengambil keputusan untuk mengangkat kurikulum ini sebagai kurikulum
kebangsaan. Justeru, satu panduan yang jelas perlu diterbitkan bagi melancarkan
pelaksanaanya di sekolah perlu di, maka panduan ini dihasilkan. Buku ini secara umumnya
mengandungi dasar-dasar utama serta tatacara pelaksanaan kurikulum ini di sekolah untuk
rujukan di pihak KPM, JPN, PPD, LPS SABK dan sekolah sendiri(Bahagian Pendidikan Islam
2015).

Kurikulum Bersepadu Dini adalah kurikulum Agama Islam yang dilaksanakan di


Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia. Matlamat menjadikan Kurikulum Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz
sebagai kurikulum kebangsaan adalah untuk melahirkan generasi ulama dan cendekiawan
Islam pada masa akan datang. Didalam KBD terkandung beberapa mata pelajaran dan yang
menjadi fokus penulisan ini ialah pada mata pelajaran Al-Syariah yang memberi penekanan
pada aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan. Melalui kurikulum ini murid
dibekalkan dengan pengetahuan tentang al- Quran wa hifz, Fiqh al-Ibadah, Fiqh Munakahat,
Fiqh al-Muamalat dan Fiqh Jinayah, untuk murid tingkatan empat mereka tidak belajar Fiqh al
jinayah kerana tiada dalam selibus, mereka akan belajar tajuk ini pada tingkatan lima akan
datang(Daoudi 2000).

DEFINISI KAEDAH MNEMONIK

Menurut Mat@Muhammad( 2017) Perkataan mnemonik (mnemonic) adalah daripada


perkataan Greek yang bermaksud ‘untuk mengingati’. Mnemonik telah mula digunakan sejak
lebih seribu tahun yang lalu oleh Yunani dan Rom. Bangsa Yunani kuno terlalu memuja
kemampuan ingatan sehingga mereka mempunyai dewa yang bernama Mnemosyne,
bermaksud '’berfikir dengan teliti’. Pelbagai strategi ingatan dirancang oleh mereka untuk
membantu mengingat maklumat, bertujuan menarik perhatian pendengar ketika berpidato atau
berdebat di Senat. Perkataan mnemonik moden merujuk kepada teknik memacu ingatan untuk
mengingati fakta-fakta dengan mengaitkannya dengan maklumat dan data sedia ada yang lebih
ringkas dan mudah.

JENIS KAEDAH MNEMONIK

1. Teknik Loci

Loci bermaksud lokasi adalah teknik mnemonik yang berfungsi dengan mengasosiasikan
tempat- tempat atau benda-benda di lokasi yang dikenal dengan hal-hal yang ingin diingat.
Contohnya kita akan membuat pembentangan yang mengandungi tiga topik utama. Setiap
bahagian pembentangan akan dihubungkan dengan penanda yang mewakili turutan isi
pembentangan. Contohnya, kita cuba bayangkan sebuah ruangan kelas. Pasu bunga yang ada
di sudut ruangan kelas adalah benda pertama yang kita lihat ketika bergerak ke depan. Kita
memilih pasu bunga itu untuk mengingatkan kita pada ucapan selamat pada pensyarah dan
rakan-rakan yang berada dalam kelas. Lampu-lampu yang ada dalam kelas pula dipilih untuk
mengingatkan kita pada topik selanjutnya atau isi-isi ucapan, dan mungkin pintu kelas dipilih
untuk mengingatkan bahagian penutup pembentangan yang akan kita sampaikan.

Apabila kita ingin menggunakan teknik ini, kita perlu pilih tempat yang sangat dekat dengan
diri kita seperti rumah, kereta, pejabat atau sebagainya. Contoh lain, andai kita ingin mengingat
senarai barangan dapur yang ingin dibeli yang terdiri dari sos tomato, bawang, pisang, dan
kicap. Kita tahu bahawa kita akan pulang ke rumah dengan memandu kereta. Luangkan masa
kita untuk membayangkan ini. Botol sos tomato pecah dan berselerakan dalam bonet kereta,
kita menutup bonet dengan kuat dan sos tomato memancut keluar. Bawang pula bergantungan
pada cermin tingkap kereta, pisang melompat ke luar dari radio kereta, dan kicap pula habis
tumpah atas kusyen kereta.

Kini, ketika kita memasuki kereta untuk pulang dari tempat kerja dan ingin mengingat apa yang
harus dibeli, kita hanya perlu melihat bonet kereta, dan yang lain-lainnya akan muncul kembali
dalam bayangan kita.Semakin pelik dan unik imaginasi kita, semakin mudah untuk kita
mengingatnya.

2. Teknik Kata Kunci


Teknik mnemonik ini telah digunakan orang selama bertahun-tahun, terutama untuk mengingat
kata-kata bahasa asing dan konsep abstrak. Teknik ini adalah asosiasi lain yang mengaitkan
secara verbal dan visual kata yang hampir sama dengan kata atau konsep yang harus diingat.
Contohnya untuk mengingat kata muallimah (guru perempuan) dalam bahasa Arab kita
mengasosiasikannya dengan kata Mak Limah kerana kata itu mudah kita ingat. Contoh lain,
untuk mengingat makna kata hiperbola (suka berlebihan dalam menceritakan sesuatu), cuba
bayangkan seorang keeper yang tidak dapat menangkap bola yang melambung terlampau
tinggi.

Begitu juga dalam mempelajari bahasa asing, teknik mnemonik sangat membantu mengingati
perkataan baru dan maknanya. Sebagai contoh, bagi mengingati perkataan pintu, cermin dan
memukul dalam bahasa Arab adalah dengan menggunakan perkataan yang sama bunyinya
dengan bahasa Melayu. Jadi pintu (baa-bun) sama bunyinya dengan haiwan babun (babun di
pintu), cermin (mer-ah) sama bunyi dengan merah (cermin warna merah) dan memukul
(doroba) sama bunyinya dengan nama pemain bola sepak Drogba (Drogba memukul pemain
bola).

3. Teknik Kata Penghubung

Menghubungkan adalah proses mengaitkan atau mengasosiasikan satu kata dengan kata yang
lain melalui sebuah aksi atau gambaran. Strategi ini biasa digunakan dengan sistem kata
penanda untuk mengingatkan serangkaian informasi dalam urutan tertentu. Dengan strategi
kata penanda yang telah diajarkan tadi, misalnya nombor telepon 019-441 0467 dapat diingat
dengan dihubungkan dengan (4) roda kereta rosak ditarik oleh lori besar yang juga beroda (4)
sampai di sebuah selekoh yang ada (1) pokok besar sebelah rumah yang kosong (0). Lori besar
beroda (4) itu membawa telur setengah dozen (6) untuk makan selama semingu (7). Atau anda
ingin menyederhanakan proses mengingatnya dengan mengkombinasikan nombor dalam
beberapa unit, sehingga nombor itu dapat diingat dengan lebih mudah. Kunci dalam membuat
hubungan adalah menggunakan imaginasi. Hubungan yang dibentuk tidak perlu logik atau
realistik, yang penting hubungan itu memicu ingatan anda.

4. Akronim

Akronim adalah satu kata yang terhasil daripada huruf pertama dari serangkaian kata. Salah
satu akronim yang terkenal adalah NASA, badan ruang angkasa Amerika Syarikat, singkatan
dari National Aeronautics and Space Administration. Nama-nama organisasi sering
dipendekkan dalam bentuk akronim, contohnya KUIS akronim dari Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia. Akronim ada masanya menggunakan huruf kedua (biasanya huruf
vokal) agar singkatan lebih mudah dibaca tetapi akronim tidak harus selalu membentuk kata.
Gunakan imaginasi kita sekiranya kita perlu mengingat lima perkara yang perlu kita lakukan
apabila pulang ke rumah (contohnya, cuci baju, mandi, memasak, solat, dan baca Quran).
Secara automatik, kita akan dapat memicu ingatan kita dengan membuat akronim BM2-SQ.

Dalam pengajian Islam contohnya, bagi mengingati rukun nikah yang terdiri daripada Suami,
Isteri, Saksi, Wali dan Akad boleh disingkatkan menggunakan kaedah akronim SISWA.

5. Akrostik

Akrostik seperti akronim, juga mengggunakan huruf-huruf kunci untuk membuat konsep
abstrak lebih konkrit, sehingga mudah diingat. Namun, akrostik tidak selalu menggunakan
huruf pertama dan tidak selalu menghasilkan singkatan dalam bentuk satu kata, informasi yang
diingat dalam akrostik dapat berbentuk perkataan atau frasa tertentu. Contohnya untuk
mengingat urutan warna-warni pelangi digunakan akrostik mamat jual kacang hijau banyak ia
untung : merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu. Contoh lain kita dapat mengingat
huruf-huruf Qalqalah dalam pelajaran tajwid membaca al-Quran dengan membuat akronim
“baju di toko” (ba, Jim, Dal, Tho, Qof).

Sebagai contoh mudah, dalam mengingati urutan ukuran panjang dalam sistem metrik, kita
boleh menggunakan teknik mnemonik dengan menggunakan ayat; Maka Cina Dengan Melayu
Duduk Hampir Kilang. Ini adalah teknik akrostik bagi urutan ukuran metrik: Milimeter,
Centimeter, Decimeter, Meter, Decameter, Hektometer dan Kilometer.

Satu contoh lain yang selalu digunakan adalah apabila kita menghafal warna pelangi; Mamat
Jual Kacang Hijau Banyak Ia Untung yang mana mewakili warna Merah, Jingga, Kuning,
Hijau, Biru, Indigo, Ungu.

PRINSIP ASAS TEKNIK MNEMONIK

Penggunaan teknik mnemonik dapat meningkatkan daya ingatan individu dengan hanya
menambah sedikit sahaja usaha. Dalam melaksanakan teknik mnemonik, beberapa prinsip asas
perlu diberi perhatian iaitu:
1. Penggunaan imej mental. Mengingati gambar visual adalah lebih mudah berbanding
mengingati perkataan. Jadi kita perlu ubah informasi kepada imej mental untuk senang
dingati.
2. Jadikan perkara tersebut bermakna. Dengan menjadikan sesuatu perkara yang ingin
diingat itu sebagai sesuatu yang bermakna, ia dapat memindahkan informasi daripada
ingatan jangka pendek ke ingatan jangka panjang. Jika kita ingin mengingat sesuatu
tetapi perkara itu tidak memberi makna kepada kita, maka kita perlulah memberi ia
makna supaya ia senangdiingat.
3. Menjadikan informasi sesuatu yang biasa. Hubungkan informasi dengan sesuatu yang
telah kita ketahui.
4. Bentuk asosiasi mental yang ganjil, luar biasa dan yang ditokok tambah. Imej-imej yang
ganjil akan menjadikan informasi yang ingin diingat itu terserlah dan mudah diingati.

SOROTON KAJIAN LEPAS

Beberapa kajian terdahulu telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji berkaitan dengan


pengunaan kaedah mnemonik dan pelbagai hasil juga telah dikenal pasti mampu
meningkatkan daya ingatan terhadap sesuatu topikAmy Sharimie Saripudin (2012) telah
menjalankan satu kajian tindakan untuk meninjau pendekatan bimbingan rukun solat
menggunakan kaedah mnemonik berbantukan multimedia untuk membantu murid
melaksanakan solat dengan betul dan sempurna.Peserta kajian terdiri daripada dua orang
murid Tahun Empat Biru SK Ratu yang mempunyai tahap pencapaian belum menguasai
Rukun Solat dalam Kem Bestari Solat yang dilaksanakan di sekolah.Data dikumpulkan
melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.Data yang diperoleh dikumpulkan
dan dianalisis dari segi kandungan dan pola.Triangulasi masa dan triangulasi sumber
digunakan untuk menyemak data. Hasil analisis data mendapati kedua-dua peserta kajian
telah menunjukkan perkembangan positif dari segi penguasaan terhadap tiga belas Rukun
Solat menggunakan kaedah mnemonik berbantukan multimedia.

Terdapat juga satu kajian luar Negara yang mengkaji pengunaan kaedah ini Ardika, &
Sardjana (2016) Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan kaedah
nemonik dari segi ingatan pelajar dalam mengingati Formula trigonometri dan menentukan
keberkesanan menggunakan kaedah nemonik dari segi pelajar yang belajar hasil dalam
trigonometri bahan. Kajian ini adalah pendekatan separa eksperimen deskriptif kualitatif-
quan - penyelidikan titative. Subjek dalam kajian ini adalah pelajar-pelajar kelas X
mekanikal Machining A SMK N 2 Depok Sleman sebagai percubaan kelas. Daripada kajian
ini, analisis data dan perbincangan mengenai penyelidikan membuat kesimpulan bahawa
kaedah yang berkesan bagi pembelajaran trigonometri mnemonik bahawa terma-terma
dalam ingatan dan pembelajaran hasil pembelajaran untuk pelajar.

Seterusnya (Racmadhany 2016)mengadakan Penelitian ini bertujuan untuk


mengembangkan alat pengajaran untuk mempelajari tata bahasa, mengetahui kompetensi
siswa dalam tata bahasa sebelum dan setelah menggunakan (La Démarche Active de
Découverte). Selain itu juga untuk menggambarkan proses belajar dan dimulai dari
pengamatan fenomena, pembuatan hipotesis, pemeriksaan hipotesis, perumusan peraturan
kalimat, dan latihan gramatikal terstruktur. Metode penelitian yang digunakan adalah
Penelitian dan Pengembangan (R&D) dan Kuantitatif dengan desain Satu Kelompok
Prates- Postes. Metode ini diujikan pada mahasiswa semester 2 Jurusan Pendidikan Bahasa
Perancis di Universitas Pendidikan Indonesia yang terdaftar pada kuliah Grammaire II dan
berjumlah 17 orang. Pengkaji melakukan prates dan postes untuk mengumpulkan data
penelitian. Setelah menganalisa semua data, ditemukan bahwa skor rata-rata prates adalah
65,97 dari 100, sedangkan skor rata-rata pada postes adalah 80,29 dari 100. menunjukkan
jumlah 2.131 terhadap 4.549, dengan tingkat kepercayaan 95% untuk n = 17. Hasil ini
menunjukkan mnemonik dapat meningkatkan kompetensi mahasiswa dalam kuliah Tata
Bahasa Prancis

Manakala (Ling 2005) telah menjalan satu Kajian tindakan untuk meningkatkan
keupayaan pelajar Tingkatan 1 Amanah SMK Engkilili dalam mengingat fakta-fakta
Sejarah dengan menggunakan kaedah mneumonik. Dalam kajian ini, saya telah
mengumpul data melalui beberapa cara, antaranya seperti temu bual dengan enam orang
pelajar, merujuk catatan diari saya, menganalisiscatatan murid, berbincang dengan guru
Sejarah lain danmembuat pemerhatian terhadap pelajar semasa proses pelaksanaan kaedah
mneumonik. Saya telah melaksanakan kaedah mneumonik dalam dua peringkat. Peringkat
pertama, melibatkan pengenalan kaedah mneumonik dan dilaksanakan secara individu
mana kala pada peringkat kedua pula, kaedah ini dilaksanakan secara berkumpulan. Kajian
ini pada akhirnya mendapati bahawa kaedah mneumonik dapat membantu murid saya
mengingati fakta Sejarah dengan lebih berkesan dan memudahkan mereka membuat ulang
kaji. Di samping itu, daya kreativiti pelajar juga dapat dicungkil.
PENUTUP

Setiap manusia mempunyai tahap kekuatan mengingat yang berbeza-beza


keupayaannya, ada mampu mengingat dengan cara yang sangat mudah dan ada juga yang
mengalami cara yang sangat susah untuk mengingat. Dari permasalahan yang timbul ini
berbagai kaedah dan cara yang difikirkan bagi memudahkan kaedah untuk mengingat.
Mnemonik merupakan satu kaedah untuk mengingat dengan pelbagai teknik, antaranya
teknik loci, teknik kata kunci, teknik akronim dan pelbagai lagi. Kaedah mnemonik telah
banyak membantu manusia mengingat dengan lebih mudah dan berpanjangan. Seperti yang
dinyatakan dalam sorotan kajian yang lepas telah membuktikan bahawa hasil mengunakan
kaedah mnemonik telah berjaya diguna pakai.

Masih ramai pelajar Sekolah Agama yang mengambil aliran KBD khususnya pada
subjek Al-Syariah mengatakan subjek amat susah difahami, dihafal dan di luahkan dalam
peperiksaan sebenar, persepsi ini adalah salah dan terpesong sama sekali. Hal ini berlaku
kerana meraka tidak mengetahui cara sebenar pembelajaran dengan mengunkakan kaedah
yang sesuai mengikut keupayaan mereka. Disamping itu guru juga perlu membantu murid
seperti ini dengan melaksanakan pdpc yang berimpak tinggi, sini peranan guru perlu
dimainkan sebagai seoarang pemudahcara yang membuka minda murid supaya berfikir
dengan kretif dan inovatif.

Memandangkan kurikulum ini masih baru di perdanakan guru perlu mengambil ruang
dan peluang bagi menghasilkan satu produk berasaskan kaedah mnemonik, ini merupakan
satu usaha untuk membantu murid- murid yang kelainan daya ingatan atau murid yang
susah untuk mengingat supaya ianya dapat mengupayakan mereka mengecapi kejayaan
yang selayaknya buat mereka.

Hasil dari perbincangan ini dapatlah disimpulkan bahawa kaedah mnemonik dapat
membantu murid sekolah menengah dalam memahami dan menghafal fakta-fakta penting
pada subjek al- syariah. Disamping itu guru juga perlu kretif dan inovatif dalam pdpc
supaya murid boleh mengeluarkan idea-idea mereka sewaktu pdpc dijalankan. Kaedah
mnemonik juga amat sesuai digunakan dalam mata pelajaran yang lain disamping ianya
mennyeronokan ia juga dapat mencungkil kretiviti murid. Diharap dengan kaedah
pengajaran dan pembelajaran ini akan menjadi lebih menarik dan mudah.
Rujukan .

Amy Sharimie Saripudin. 2012. Pendekatan Bimbingan Rukun Solat Murid Tahun Empat
Menggunakan Kaedah Mnemonik Berbantukan Multimedia. Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan PISMP Pendidikan Islam amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan
IPG KBL Tahun 2012, ms 243-255, (September), 243–255.

Ardika, Y. & Sardjana, A. 2016. Efektivitas Metode Mnemonik Ditinjau dari Daya Ingat dan
Hasil Belajar Matematika Siswa SMK Kelas X. Jurnal Matematika Kreatif-Inovatif, 7(1),
66–73.

Bahagian Pendidikan Islam. 2015. Maklumat asas pelaksanaan kurikulum bersepadu dini 1–
12. doi:10.1112/jlms/s2-12.4.485

Daoudi, M. 2000. Dokumen Standard Kurikulum Al-Syariah tingkatan 4. Journal of Visual


Languages & Computing, 11(3), 287–301.

Kurniawan, A., Nugrahaliamedan, M., Biologi, J., Universitas, F., Medan, N., Pasar, W. I.,
Penelitian, A. et al. 2014. EFEKTIFITAS STRATEGI MNEMONIK TERHADAP
HASIL BELAJAR SISWA PADA MATERI POKOK DUNIA TUMBUHAN (
PLANTAE ) KELAS X SMA SWASTA R . A . KARTINI SEI RAMPAH TAHUN
PEMBELAJARAN 2013 / 2014 453–459.

Ling, T. G. 2005. MENINGKATKAN KEUPAYAAN PELAJAR MENGINGAT FAKTA


SEJARAH DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MNEUMONIK. Seminar, 97–107.
doi:10.1126/science.1076358

Mat@Muhammad, M. binti. 2017. teknik mnemonik sebagai strategi kog pra u. National Pre
University Seminar 2017 (NpreUS2017), 2017, 309–317.

Mohd Romei Ngah, Harun Baharudin & Mohd Aderi Che Noh. 2016. Teknik Pembelajaran
Mnemonik Dalam Pendidikan Islam Tingkatan Empat. Wacana Pendidikan Islam
Peringkat Kebangsaan Ke-11, 2016,.

Racmadhany, A. R. 2016. PENGEMBANGAN FLASH MNEMONIK. Edusentris, Jurnal


Ilmu Pendidikan dan Pengajaran, Vol. 3 No.(no.2), 127–134.

Thomas, M. H. & Wang, A. Y. 1996. Learning by the Keyword Mnemonic: Looking for Long-
Term Benefits. Journal of Experimental Psychology: Applied, 2(4), 330–342.
doi:10.1037/1076-898X.2.4.330

Anda mungkin juga menyukai