Anda di halaman 1dari 11

PENILAIAN BAHAN

PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
AHLI KUMPULAN:
C.SOBONAH
JEEVA NANTINI
IZZATUL FAZLINE
SIVAKAMINI RAVI

1.0 PENGENALAN
Persediaan pengajaran merupakan penguasaan dan pemahaman guru dalam merancang
aktiviti dan menyediakan bahan bantu mengajar mengikut panduan KSPK yang diamalkan
sebelum pengajaran dilakukan (Abdul Halim Masnan & Nor Mashitah Mohd Radzi, 2019).
Kemahiran dari sudut perancangan, pelaksanaan dan penilaian terhadap persediaan proses
pengajaran ini dapat memastikan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran dalam
kelas. Rentetan itu, bahan pengajaran dan pembelajaran yang kami bangunkan ialah bahan
pengajaran untuk mempertingkatkan kemahiran menulis Bahasa Melayu. Kemahiran menulis
merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan merupakan tugas mencabar bagi guru dan
murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran berbahasa (Che Zanariah
Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman, 2011). Dengan menggunakan bahan pengajaran yang
kami bangunkan, murid boleh mengenal pasti dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan
betul pada akhir pengajaran dan pembelajaran. Tema yang difokuskan dalam bahan ini ialah
‘Pertanian dan Penternakan’. Tajuk pdp pula adalah ‘Ternakan yang berfaedah’.

Seterusnya, bahan pengajaran dan pembelajaran ini disediakan dengan


mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21 dan menggunakan Model ASSURE. Ciri-ciri dan
stail pembelajaran murid di dalam bilik darjah telah dikenal pasti sebelum pdp ini dirancang iaitu
murid-murid Tahun 4 ini lebih suka kepada aktiviti-aktiviti yang menggunakan peta minda,
papan interaktif, kerja kumpulan dan sebagainya. Objektif yang ditetapkan pula adalah, pada
akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
a) Mengenal pasti perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
b) Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan mudah.
Tambahan pula, kaedah dan teknik yang berbeza diaplikasikan untuk menyesuaikan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini. Sebagai contoh, set induksi telah dijalankan dengan
menggunakan teknik didik hibur dan seterusnya disambung dengan pembelajaran kontekstual
dalam langkah 1 sesi pembelajaran. Media pengajaran yang dipilih adalah yang bersesuaian
dengan aktiviti yang kami rancang seperti papan interaktif, komputer, video, dan sebagainya.
Oleh itu, bahan yang dibangunkan ini berfokus kepada murid Tahun 4 dan sangat berguna
untuk mengembangkan kemahiran menulis mereka dalam bilik darjah.

Seperti yang dikatakan di atas, bahan ini dibangunkan untuk mempertingkatkan


kemahiran menulis dalam kalangan murid Tahun 4. Tambahan pula, Noorazman Mahat (2009),
menjelaskan bahawa murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di
negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan
jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Oleh itu, dengan menggunakan bahan
pengajaran ini, guru dapat meningkatkan kebolehan murid dalam menulis ayat dengan betul
dan sistematik. Kebolehan menulis yang dipelajari di sekolah ini mampu membantu murid untuk
menulis esei, menulis surat untuk urusan rasmi dan juga dapat membantu dalam pelajaran
mereka di Universiti pada masa depan nanti. Menurut Suhaimi Yunus (2009) pula, kemahiran
menulis dikatakan begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana
ia mesti dikuasai oleh murid-murid untuk menduduki peperiksaan bertulis. Hal ini kerana, murid-
murid perlu melalui pelbagai peperiksaan seperti peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM yang
memerlukan murid untuk menguasai kemahiran menulis untuk mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Jadi, jelaslah di sini bahawa bahan PdP yang
dibangunkan untuk meningkatkan kemahiran menulis adalah sangat berguna untuk
meningkatkan potensi murid dalam penulisan yang memainkan peranan penting dalam
kehidupan mereka.

2.0 OBJEKTIF
Tujuan artikel ini disediakan ialah untuk menilai bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis Bahasa Melayu yang dibangunkan untuk murid-murid Tahun 4. Secara khusus artikel
ini dihasilkan ialah untuk:

1. Mengenal pasti tujuan dan sebab bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis
Bahasa Melayu dibangunkan untuk murid-murid Tahun 4.
2. Mengenal pasti keberkesanan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis
Bahasa Melayu yang dibangunkan untuk murid-murid Tahun 4.
3. Menilai bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu yang
dibangunkan untuk murid-murid Tahun 4.

3.0 METODOLOGI

Tentunya di dalam dunia pendidikan kita sering membuat soal selidik, kuiz dan lain-lain dan
menyebarkan borang soal selidik yang berguna untuk mengumpulkan maklumat. Jenis
instrumen yang saya gunakan untuk mengumpulkan data adalah berbentuk soal selidik soalan
terbuka. Menurut Oppenheim (1966) di dalam penulisan Mohd Najib (1999), soal selidik selalu
digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi dan pandangan,
selain daripada keterangan latarbelakang. Menurut Tuckman (1972) dalam Mohd Majid (1998),
soal selidik digunakan untuk mengubah maklumat yang diperolehi daripada responden kepada
data. Meningkatkan masa dari tahun ke tahun, membuat soal selidik dan membuat kuiz untuk
tujuan pendidikan dan lain-lain adalah sangat mudah.

Di era moden dan digital ini, sudah ada perkhidmatan yang disebut Google Form.
Terdapat skala nombor 1 hingga 3 merupakan nilai skor untuk setiap pilihan yang dibuat oleh
responden bagi menilai sejauhmana responden menyokong kenyataan item soal selidik. Soal
selidik menyediakan ruang untuk memberi pandangan, kritikan, dan cadangan mengenai
instrumen penilaian bahan pembelajaran yang dibina. Pandangan, kritikan, dan cadangan ini
adalah berbentuk akademik mengikut bidang ilmu. Instrumen penilaian ini adalah bertujuan
untuk mengetahui perkara yang difikirkan, yang diketahui dan kepercayaan seseorang.
Kemudian, maklumat yang diperolehi akan ditukar ke dalam bentuk angka atau data kuantitatif
dengan menggunakan skala yang ditetapkan. Penilaian bahan pengajaran ini telah diedarkan
menggunakan Google Form kepada 27 orang pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu.

4.0 ANALISIS DATA

Berdasarkan hasil penilaian responden terbukti bahawa video yang digunakan dalam E-
Maze sangat menarik perhatian pelajar. Integrasi teks bermaklumat, integrasi grafik yang
menarik perhatian,integrasi animasi berilmu, integrasi audio menarik perhatian dan integrasi
video tepat dan sesuai mampu menarik minat pelajar. Daripada instrument penilaian seramai 19
guru pelatih telah membuat penilaian dan 16 daripada mereka telah memberi ‘sangat baik’
kepada penyataan video yang digunakan dapat menarik perhatian pelajar.
Rajah 3: Statistik penilai untuk penyataan ‘video dapat menarik minat pelajar’

Seterusnya bahan video yang digunakan juga mempunyai kandungan yang mudah
difahami. Kandungan mestilah sesuai dengan pembelajaran kendiri oleh pelajar dan seterusnya
dapat dijadikan bahan rujukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pengenalan dan
kandungan mudah difahami dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kandungan sesuatu media
yang digunakan sebagai ABBM mestilah mengikut urutan iaitu dari topik yang senang kepada
topik yang sukar. Kandungan yang baik mengandungi maklumat yang terkini dan seterusnya
membantu meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran(P&P). Daripada instrument
penilaian seramai 19 guru pelatih telah membuat penilaian dan 15 daripada mereka telah
memberi ‘sangat baik’ kepada penyataan video yang digunakan mempunyai kandungan
yang mudah difahami.
Rajah 4: Statistik penilai untuk penyataan ‘ mempunyai kandungan yang mudah
difahami.’

Selain pengunaan video dalam E-maze dapat meningkatkan kemahiran membaca


dengan cepat. Ini dapat membantu proses membina kefahaman dan seterusnya membentuk
kemahiran seperti mana yang diperlukan. Video digital boleh digunakan bagi membantu dalam
proses menbentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan. Pelajar boleh menonton serta
mengawal perjalanan video mengikut keperluan dan tahap kefahaman masing – masing.
Daripada hasil penilaian terdapat 22 responden telah menjawab soalan soalan ini dengan 12
daripada mereka ‘ sangat baik’ kepada penyataan ‘Pengunaan bahan video dalam E-Maze
dapat meningkatkan kemahiran membaca dengan cepat’. Terbuktilah bahawa pengunaan video
dalam E-Maze dapat meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar.
Rajah 5: Statistik penilai untuk penyataan ‘Pengunaan bahan video dalam E-Maze dapat
meningkatkan kemahiran membaca dengan cepat’

Pengunaa bahan video dalam E-Maze juga dapat merangsang pelbagai deria. Video
merupakan satu media dinamik hasil jalinan pelbagai media yang lain (seperti audio, grafik dan
sebagainya). Ini secara tidak lansung mampu meningkatkan lagi keberkesanan proses
penyampaian sesuatu mesej kerana media yang bersifat dinamik serta mempunyai jalinan
pelbagai media mampu meransang pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan.
Daripada hasil penilaian terdapat 14 penilai memberikan ‘sangat baik’ untuk penyataan ini.

Rajah 6: Statistik penilai untuk penyataan ‘ bahan video dapat merangsang pelbagai
deria’
Akhir sekali, pengunaan bahan video dalam E-Maze dapat membantu guru dalam
proses pengulangan. Menerusi penggunaan video, sesuatu penerangan yang perlu dilakukan
secara berulang- ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah. Sebagai contoh, penerangan
mengenai sesuatu proses kerja di makmal boleh dirakamkan dan dipaparkan kembali kepada
pelajar bila-bila masa yang diperlukan. Pelajar juga boleh menonton klip video tersebut bagi
membentuk kefahaman yang mendalam apabila diperlukan. Daripada hasil penilaian terdapat
22 responden telah menjawab soalan soalan ini dengan 15 daripada mereka ‘ sangat baik’
kepada penyataan ‘pengunaan bahan video dalam E-Maze dapat membantu guru dalam
proses pengulangan’

Rajah 7: Statistik penilai untuk penyataan ‘pengunaan bahan video dalam E-Maze dapat
membantu guru dalam proses pengulangan’
5.0 KESIMPULAN

Secara tuntasnya, penghasilan bahan PdP ini telah menjadi pengalaman untuk mengetahui
kriteria-kriteria yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Yahaya
et.al. (2010) berpendapat bahawa kemahiran set induksi, kemahiran pengukuhan, kemahiran
pelbagai variasi rangsangan, kemahiran menggunakan ilustrasi dan kemahiran penyoalan yang
sepatutnya perlu dimiliki oleh seseorang guru untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang
berkesan. Ini menjelaskan betapa pentingnya sesuatu sumber pengajaran dan pembelajaran
dalam pendidikan. Tidak dapat dinafikan bahawa bahan PdP adalah sangat penting untuk
menyampaikan pengajaran kepada murid-murid. Oleh itu, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
juga mesti dintegrasikan dalam pedagogi untuk memastikan murid mencapai kemajuan yang
optimum dalam pendidikan. Penguasaan standard kandungan dan standard pembelajaran,
pengetahuan sedia ada murid, penyediaan resos dan penggunaan strategi dan kemahiran yang
sesuai harus dipandang serius oleh guru. Elemen-elemen metodologi dan pendekatan harus
diimplementasikan dalam sesi pengajaran untuk menjadikan pengalaman pembelajaran yang
berkesan kepada murid-murid. Oleh itu, guru perlu mengambil inisiatif dalam pembangunan
kendiri untuk memenuhi keperluan PAK21 seperti yang dinyatakan dalam PPPM 2012-2025. Ini
juga akan memperkasakan keupayaan guru untuk melahirkan generasi yang kompeten.
RUJUKAN

Che Hassan, C. H. & Abd Rahman, F. (2011). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran Menulis Di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 67 - 87.
http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/23/23

Masnan, A. H., Anthony, N. E. & Zainudin, N. A. S. (2019). Pengetahuan pengajaran dalam


kalangan guru prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Volume 8, No.1,
1- 27. http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/43435/6.pdf

Noorazman Mahat. (2009). Panduan menulis karangan. http://karanganbagus.blogspot.com

Suhaimi Yunus. (2009). Permasalahan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu dalam


kalangan
murid Orang Asli. Projek Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia,
Serdang.

Anda mungkin juga menyukai