Anda di halaman 1dari 2

1.

Apakah corak pembelajaran yang dapat anda simpulkan sepanjang


peredaran dan kemajuan teknologi yang digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran?

Corak pembelajaran yang dapat disimpulkan sepanjang peredaran dan


kemajuan teknologi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah corak pembelajaran dahulu, lebih kepada guru yang mengajar iaitu
pembelajaran berpusatkan guru di mana guru berperanan sepenuhnya
sebagai pemberi ilmu kepada murid-murid akan tetapi kini sistem
pembelajaran ingin mendidik pelajar kearah lebih berani dan berdikari iaitu
berani menyuarakan pendapat dan meneroka maklumat dengan lebih
meluas melalui penggunaan teknologi. Maka, dengan itu wujudnya
Pembelajaran Abad ke-21 dan sistem berpusatkan murid.

2. Apakah persamaan dan perbezaan antara penggunaan papan hijau,


radio pendidikan, tv pendidikan, perisian persembahan dan
seterusnya papan pintar (smartboard)?

Persamaannya ialah pelajar dapat memahami ilmu yang disampaikan


dengan menggunakan bahan bantu mengajar. Selain itu, hal ini dapat
menyampaikan dan menyebarkan maklumat dengan cepat serta setiap
bahan yang digunakan oleh guru dapat memudahkan guru untuk
menyampaikan sesuatu maklumat dalam proses PdP.
Perbezaannya ialah cara penggunaan yang berbeza berpandukan kepada
bahan tapak pembelajaran yang digunakan. Contohnya, penggunaan
papan hijau dimana pengetahuan yang dapat oleh murid terhadap sesuatu
maklumat adalah terhad yang berkonsepkan “chalk and talk” manakala
penggunaan ppan pintar dapat menggalakan pembelajaran dua hala antara
guru dan murid.

3. Bagaimanakah anda belajar dahulu melalui teknologi dan media?


Adakah anda akan gunakan pendekatan dan teknik yang sama
menggunakan teknologi dan media? Kenapa?

Pada zaman persekolahan, kami kurang didedahkan dengan teknologi dan


media pembelajaran dan kami mula menggunakan perisian Microsoft office
sebagai tapak pembelajaran menggunakan TMK semasa TMK di sekolah.
Semasa kami di peringkat sekolah rendah, kami masih belajar secara
“chalk and talk” dan tidak didedahkan secara meluas kepada teknologi.
Perbezaan semasa peringkat sekolah rendah dan menegah amat ketara
disebabkan oleh peredaran zaman. Justeru, kami akan mengekalkan
budaya penggunaan teknologi dalam pendidikan dan menambah baik
pedagogi mengikut perkembagan teknologi terkini.
4. Di manakah elemen 4C (Communication, Collaboration, Critical
Thinking and Creativity) untuk Pembelajaran Abad ke-21, mula
digunakan dalam video yang anda telah tonton? Pada pendapat anda
perlukah 4C ini diintegrasikan dalam penggunaan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran?

Dalam video yang ditayangkan, elemen 4C (Communication, Collaboration,


Critical Thinking and Creativity) dapat dilihat dalam lingkungan tahun 2000.
Pada pendapat saya, elemen 4C ini perlu diintegrasikan dalam pendidikan
supaya murid-murid dapat memupuk semangat kerjasama dan toleransi
dalam kalangan murid dan murid juga dapat menjana idea yang kreatif dan
kritis di samping dapat mengembangkan kemahiran berkomunikasi dengan
orang di sekeliling. Elemen 4C ini juga fleksible dimana pelajar dapat
mengakses pelbagai maklumat pada bila-bila masa sahaja.

5. Adakah anda tahu tentang elemen terkini dalam Pembelajaran Abad


ke-21: penggunaan 6C? Cuba lihat dalam Classwork untuk untuk
Tajuk 1.

Ya, saya tahu elemen terkini dalam Pembelajaran Abad ke-21 penggunaan
6C iaitu kolaborasi (collaboration), kreativiti (creativity), kewarganegaraan
(citizenship), komunikasi (communication), pemikiran kritikal dan
penyelesaian masalah (critical thinking and problem solving) dan
pendidikan karakter (character education).

6. TPACK (Technological, Pedagogical and Content Knowledge)


diperlukan untuk menjadi guru berkesan. Justeru, seorang guru
dikatakan perlu terus belajar agar pengetahuan Teknologi, Pedagogi
dan Kandungan (content) guru tersebut samarata. Setujukah anda?
Kenapa?

Saya setuju bahawa seorang guru perlu untuk terus belajar bagi
meningkatkan pengetahuan mereka mengenai TPACK. Hal ini demikian
kerana, pengetahuan guru perlu selaras dengan perkembangan pendidikan
pada masa kini. Pedagogi yang digunakan oleh seorang guru itu perlulah
bersesuaian dengan teknologi yang hendak digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pembelajaran sepanjang
hayat juga sememangnya menjadi suatu budaya yang perlu diamalkan oleh
setiap warga pendidik supaya pengetahuan dan kemahiran dalam
menjalankan tugas sebagai seorang guru dapat dijalankan dengan lebih
berkesan dan menyeluruh.

Anda mungkin juga menyukai