Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL 2

Pilih satu multimedia bincangkan aplikasinya dalam proses


pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

1. Spin the wheel !

Permainan ini dirancang dengan memberi fokus kepada nilai kerjasama. Dalam
konteks Pendidikan Moral Tahun 5, nilai kerjasama dikaitkan dengan masyarakat.
Melalui permainan ini, para murid dapat menguasai Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran yang telah dinyatakan dibawah:

Jadual 1 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


12.1 Melibatkan diri dalam 12.1.1 Mengemukakan aktiviti
: SK dan
pelbagai aktiviti berfaedah yang dilakukan
SP
kemasyarakatan bersama-sama masyarakat
setempat
12.1.2 Merancang cara
melaksanakan aktiviti secara
bekerjasama dalam masyarakat
setempat
Pendidikan Moral Tahun 5

Permainan ini akan dijalankan dalam kumpulan yang berkait dengan proses
pembelajaran abad ke-2 (PAK-21). Murid akan dibahagi kepada 6 kumpulan di mana
setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang ahli. Guru akan memaparkan satu ‘wheel’ di
skrin dengan menggunakan projektor. Maka, semua murid dapat melihat ‘wheel’
tersebut dengan jelas dan tepat. Seorang murid dari setiap kumpulan akan keluar ke
hadapan kelas serta akan memutarkan ‘wheel’ tersebut. ‘Wheel’ itu mengandungi
beberapa situasi dan keadaan yang sering dihadapi oleh masyarakat setempat.
Murid akan memutarkan ‘wheel’ tersebut dan mereka perlu mencadang satu aktiviti
yang berfaedah yang akan mereka lakukan pada situasi dan keadaan tersebut.
Maka, murid akan mengemukakan pendapat mereka dengan adil serta akan
membuat pertimbangan sebelum membuat cadangan. Dengan ini, murid akan
menguasai nilai kerjasama dengan sepenuhnya. Hal ini demikian kerana, murid-
murid akan libat secara aktif serta mentransformasikan proses pengajaran dan
pembelajaran bagi melahirakan murid yang berdaya saing, berakhlak mulia dan
bersemangat wajah. Sehubungan dengan ini, pendekatan yang digunakan ialah
pendekatan bertimbang rasa. Pendekatan ini lebih menegaskan pembelajaran
tentang perasaan atau emosi serta membantu murid untuk berfikir secara mendalam
dan menimbulkan perasaaan moral iaitu sentuhan hati nurani - emosi moral. Dengan
ini, murid dapat mengendalikan sesuatu situasi dengan lebih baik dan faham. Hal ini
demikian kerana, mereka akan menggunakan pengetahuan dan penakulan yang
sedia ada sebelum membuat suatu keputusan. Mereka juga akan membuat
pertimbangan agar tidak ada sebarang kesan sampingan ke atas keputusan yang
diambil atau dibuat.

Link: https://tools-unite.com/tools/random-picker-wheel?names=kenduri,rumah
kematian,jalan raya,musim perayaan,tempat ibadat,tempat awam

Anda mungkin juga menyukai