Anda di halaman 1dari 3

 

PENGURUSAN KOKURIKULUM 
CIK ASIAH 

ULASAN SISTEM 
PERTANDINGAN 
___ 

By AININ SOFWA 

PENGENALAN 
Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih
pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Pihak yang mengelolakan
pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan
perancangan dan persediaan. Faktor yang perlu diberikan perhatian ketika memilih sistem
pertandingan ialah undang-undang dan peraturan serta kesesuaian acara yang dipertandingkan
yang meliputi jumlah penyertaan, peringkat pertandingan yang diadakan, masa yang
diperuntukkan dan kedudukan kewangan. Setelah faktor-faktor yang dinyatakan
dipertimbangkan dan memenuhi syarat yang dikenakan, pihak pengelola boleh mengaturkan
pertandingan yang dianjurkan dengan lebih terperinci 

 
 

  2 

JENIS SISTEM PERTANDINGAN 

Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan dalam sesuatu
kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti sukan. Namun begitu, di negara kita, sistem
pertandingan atau bentuk pertandingan yang kebiasaannya dijalankan ialah seperti berikut:

Sekaligus 

Pasukan  yang  menyertai  pertandingan  sekaligus  ini  akan  dinilai  dan  diberikan  mata 
atau  markah  berdasarkan  kriteria  tertentu  dan  diadakan  hanya  sekali  sahaja.  Sistem 
pertandingan  ini  acap  kali  digunakan  dalam  persatuan,  kelab  atau  unit  beruniform  di  sekolah. 
Bagi  menentukan  pemenang,  pasukan  yang  memperoleh  dan  memungut  mata  atau  markah 
yang  paling  tinggi  akan  dinobatkan  sebagai  pemenang  bagi  pertandingan  itu.  Contoh 
pertandingan  yang  menggunakan  sistem  ini  ialah  pertandingan  kawad  kaki,  memasak  dan 
sebagainya.  

 
 

  3 

Liga 

Seterusnya, sistem pertandingan liga dapat dilaksanakan dengan tiap-tiap pasukan akan 
bermain  menentang  pasukan  yang  lain.  Sistem  pertandingan liga ini memakan masa yang agak 
lama  kerana  terdapat  banyak  pasukan  yang  menyertainya.  Johan  bagi  pertandingan  yang 
menggunakan  sistem  ini  merupakan  pasukan  yang  amat  hebat  kerana  berjaya  mengatasi 
kesemua  pasukan  yang  lain  walaupun  peluang  untuk  dinobatkan  sebagai  johan  amat  tipis. 
Contoh  sukan  yang  menggunakan  sistem  ini  ialah  sukan  hoki,  bola  sepak  dan  ragbi.  Kebaikan 
yang  dapat  kita  peroleh  melalui  sistem  ini  adalah  setiap  pasukan  dapat  membuat  penilaian 
terhadap  pemain-pemain pasukan sendiri atau pasukan lawan sama ada dari segi kekuatan atau 
kelemahan.  Namun  begitu,  sistem  ini  juga  ada  kelemahannya  iaitu  memakan  masa  yang  lama 
untuk menghabiskan sesuatu pertandingan. 

Kalah Mati 

Akhir sekali, sistem pertandingan kalah mati. Berbeza dengan sistem liga, sistem ini 
mempunyai masa yang terhad berbanding dengan sistem liga yang masanya tidak tetap dan 
agak lama. Jumlah penyertaan bagi pertandingan yang bersistem ini adalah besar. Disebabkan 
itu, bagi mempercepatkan proses penyingkiran, sistem ini amat sesuai untuk digunakan. 
Malahan sistem ini juga sesuai digunakan apabila pihak penganjur mempunyai sumber 
kewangan yang terhad, tenaga kerja yang tidak mencukupi dan tempat atau gelanggang yang 
terhad. Terdapat 4 peringkat yang perlu dilalui menerusi sistem kalah mati ini. Pringkat yang 
pertama ialah peringkat awal, seterusnya peringkat suku akhir yang melibatkan 8 kumpulan, 
peringkat separuh akhir yang melibatkan 4 kumpulan dan menentukan tempat ketiga dan 
keempat dan yang terakhir ialah peringkat akhir yang melibatkan 2 kumpulan sekaligus 
menentukan johan dan naib johan. Dalam pada itu, terdapat 2 jenis sistem kalah mati iaitu 
kalah mati tanpa ‘bye’ dan kalah mati dengan ‘bye’. ‘Bye’ bermaksud pasukan perlu menunggu 
tanpa memasuki pertandingan pusingan pertama. ‘Bye’ ditentukan sebelum peserta 
ditempatkan dalam jadual dan hanya digunakan pada peringkat awal.  

Anda mungkin juga menyukai