Anda di halaman 1dari 17

SISTEM PERTANDINGAN

SEKALI GUS LIGA KALAH MATI


DISEDIAKAN OLEH : SHAMALA A/P MANIAM (1 PISMP PRASEKOLAH)

SISTEM SEKALI GUS


Pertandingan boleh dijalankan secara sekali gus atau sekali sahaja. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh unit beruniform boleh dilaksanakan menggunakan sistem ini. Pertandingan-pertandingan yang sering diadakan oleh badan beruniform adalah seperti pameran, perkhemahan, kawad kaki, memasak, pertunjukkan pentas, syarahan, malam kebudayaan dan lain-lain. Untuk menentukan johan bagi pertandingan yang diadakan, semua kumpulan yang bertanding akan diberi markah berpandukan kriteria dan bahagian yang telah ditetapkan. Pemenang ialah kumpulan yang memperoleh markah tertinggi.

PERTANDINGAN LIGA
Sistem pertandingan liga biasanya dilaksanakan dalam pertandingan yang melibatkan bidang sukan dan permainan. Antara permainan yang menggunakan sistem pertandingan liga ialah bola sepak, bola keranjang dan lain-lain lagi. Sistem pertandingan ini digunakan apabila tempoh masa untuk menentukan kemenangan mengambil masa atau tempoh yang panjang. Berikutan sistem ini memerlukan banyak pertandingan. Bagi mengelak pertembungan perlawanan, satu jadual pertandingan liga perlu dibuat dan disusun dengan sistematik. Pada kebiasaannya, penyusunan pertandingan bagi kumpulan atau peserta angka genap seperti empat pasukan atau enam pasukan adalah tidak sukar kerana pertandingan akan dijalankan secara berpasangan.

Lazimnya, penyusunan pertandingan akan dilakukan dengan pasukan pertama mengekalkan kedudukannya dan bertanding dengan kumpulan yang terdekat dengannya. EMPAT KUMPULAN BERTANDING (A,B,C,D) PUSINGAN PERTAMA

PUSINGAN KEDUA

A B A B

D C C D
KEADAAN INI BERTERUSAN HINGGA KE AKHIR PERTANDINGAN. MENANG 3m SERI 1m KALAH 0m

PUSINGAN KETIGA

Pertandingan liga juga boleh dijalankan apabila bilangan penyertaan pasukan yang mengambil bahagian berangka ganjil. Dalam senario sebegini, cara penyusunan akan dilakukan dengan mencukupkan kumpulan supaya menjadi genap. Kaedah ini digunakan untuk menyenangkan proses penyusunan jadual pertandingan. Semasa pertandingan berlangsung, satu pasukan akan dianggap menunggu gilirannya sementara pasukan lain bertanding.

Sebagai contoh, sekiranya terdapat lima kumpulan yang akan bertanding, pengiraan kumpulan akan dilakukan dengan menjadikannya enam pasukan. Kumpulan yang bakal bertanding dengan kumpulan keenam akan dianggap sebagai menunggu dan tidak ada pertandingan yang berlangsung pada ketika itu.

LIMA KUMPULAN BERTANDING [A,B,C,D,E,(F)] PUSINGAN PERTAMA

A C

B D

Disini, tiada pertandingan yang berlangsung antara kumpulan E dan kumplan F kerana kumpulan E dianggap kumpulan yang menunggu manakala kumpulan F adalah kumpulan yang diwujudkan untuk memudahkan proses penyusunan jadual pertandingan. Keadaan ini akan berterusan sehingga akhir pertandingan.

PERTANDINGAN SEPARUH LIGA


Tempoh pertandingan yang terhad Bilangan pasukan yang banyak Peringkat awal dilaksanakan secara liga kumpulan A, B, C, D Johan dan Naib Johan kumpulan akan meneruskan pertandingan secara kalah mati.

SISTEM PERTANDINGAN KALAH MATI


Pertandingan kalah mati diadakan bagi aktiviti dalam bidang sukan dan permainan Pertandingan seperti ini diadakan apabila masa bagi sesuatu pertandingan tersebut adalah terhad. Kadangkala sistem pertandingan ini telah ditentukan oleh peraturan sesebuah persatuan. Dua kaedah dlm sistem kalah mati dilaksanakan

KALAH MATI TANPA BYE


Diadakan apabila bilangan pasukan atau peserta berjumlah asas 8, Contohnya 8 kump,16 kump,24 kump,
A B C D E F G H JOHAN

KALAH MATI DENGAN BYE


Diadakan apabila jumlah kumpulan atau peserta tidak mencukupi asas lapan Contohnya 9 kump,12 kump,15 kump dan sebagainya. Bye bermaksud kumpulan atau peserta perlu menunggu tanpa memasuki pusingan pertama Ia boleh terus bertanding dalam pusingan kedua dan seterusnya

Beberapa peraturan perlu diikuti untuk menentukan kumpulan atau peserta yang menunggu dlm sesuatu pertandingan kalah mati dengan bye.Peraturan tersebut ialah : Penanti perlu diletakkan dlm pusingan awal (1) Penempatan kumpulan dan peserta hendaklah ditentukan dengan pengundian Andainya terdapat dua perserta penanti, kedudukannya ialah 1 di atas sekali dalam kumpulan teratas dan 1 lagi bagi ditempatkan di bawah sekali dalam kumpulan bawah. Pengundian akan diadakan bagi menentukan kumpulan atau peserta dalam pertandingan yang kalah mati tanpa bye dan kalah mati dengan bye

Setiap kumpulan akan terus bertanding jika menang sehingga menjadi johan. Setiap kump/peserta yg kalah akan terus terkeluar daripada pertandingan sama ada pertandingan peringkat pertama atau kedua dan seterusnya. Keadaan ini akan menyebabkan pesertav akan berusaha bersungguh-sungguhsupaya tidak kalah dan terkeluar daripada carta aliran pertandingan

KALAH MATI DUA KALI


Memberi peluang kepada pasukan kalah meneruskan permainan Kemungkinan dua pasukan yang sama kuat bertanding pada peringkat awal Pasukan yang kalah dua kali akan tersingkir

A B C D E F G H J O H A N

Anda mungkin juga menyukai