Anda di halaman 1dari 5

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA (PPPM)

IINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI


ISMAIL

E-BOOK
ASAS KAWAD KAKI

Disediakan oleh:
Aina Insyirah binti Abd Rashid
PISMP TESL JUN 2019

ASAS KAWAD KAKI


BILANGAN AHLI KAWAD

Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang
daripada 31 orang termasuk seorang ketua platun dan anggota simpanan berjumlah
5.  Kesemuanya 36 orang.

PAKAIAN
Pakaian anggota pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian rasmi.
Unit Beruniform masing-masing.  (Pakaian kawad dan aksesori yang disenaraikan
sahaja di pakai.( pelapik beret, jambul, mafla, lencana poket, kolar dot dan sarong
tangan dll)

PADANG KAWAD
Keluasan litar pertandingan kawad  ialah 35 meter x 25 meter ( rujuk pelan )

BAHASA HUKUMAN
2 | Asas Kawad Kaki
KAWAD STATIK

a. Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke hadapan ...........kanan/kiri

pusing.)

b. Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan…….Gerak ) 

c. Hukuman  secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus……….pandang depan)

d. Tutup barisan  (Hukuman : Tutup barisan……….Gerak)

e. Pergerakan kawad statik daripada pergerakan berikut :

Hukuman:

i. Bergerak ke kiri; kiri.........pusing.

ii. Bergerak ke kanan ; belakang…pusing.

iii. Menghadap ke belakang ; kanan......pusing.

iv. Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing.

f. Meluruskan barisan (Hukuman: Ke kanan lurus…..pandang depan)

KAWAD DINAMIK

a. Menggerakkan barisan ke kiri (Hukuman: Bergerak ke kiri.... Kiri pusing).


b. Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman kiri belok
diberikan) (Hukuman: Dari kiri/ kanan........Cepat jalan). Rujuk Lampiran Pelan Litar
Pertandingan (2).
c. Menukar langkah perlahan semasa cepat jalan (Hukuman ”tukar langkah
perlahan......perlahan jalan)” diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon
A (Perlahan jalan langkah 60-70 langkah dalam satu minit)
d. Belok ke kiri diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan (Hukuman
”menghadap ke hadapan; kanan pusing” ) diberikan apabila anggota platun selesai
membelok. Platun akan perlahan jalan dalam keadaan barisan melintang melintasi para
hakim.
e. Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan pergerakan
berikut mengikut urutan:

Hukuman:
i. Buka barisan....... gerak.
ii. Pandang .............kanan

3 | Asas Kawad Kaki


iii. Pandang............. depan
iv. Tutup barisan...... gerak

f. Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, (Hukuman ”bergerak ke kiri; kiri pusing”)
diberikan.
g. Tukar langkah cepat jalan. (Hukuman ”tukar langkah cepat, cepat jalan” ) diberikan
setelah platun berada antara kon C dan kon D.
h. Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau)  dan belok ke  kiri diikuti dengan
pergerakan kawad mengikut  urutan di bawah  sehingga selesai   (Rujuk Lampiran Pelan
Litar Pertandingan (3):

Hukuman:
i. Hormat ………. hormat ke kanan, hormat
ii. Hormat ………. ke hadapan hormat
iii. Tukar langkah semasa berjalan
iv. Hormat selaku terima sijil (* rujuk panduan hormat Pandu Puteri)
v. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan
vi. Bergerak ke kanan, belakang pusing
vii. Tukar langkah cepat, cepat jalan
viii. Bergerak ke kiri, belakang pusing
ix. Menghadap ke belakang, kiri pusing
x. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
xi. Hentak kaki
xii. Henti
xiii. Mara mengadap

Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap ( 11 langkah ). (Hukuman:
Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat……….jalan).

Panduan Isyarat Hormat Pandu Puteri


Isyarat hormat Pandu Puteri adalah sedikit
berbeza dari unit beruniform yang lain. Semasa

4 | Asas Kawad Kaki


arahan “Hormat selaku terima sijil”, isyarat pandu
Puteri Puteri yang seharusnya digunakan adalah
seperti berikut:
1. Ahli Pandu Puteri perlulah berada dalam
keadaan bersedia.
2. Hayunkan tangan kanan ke atas dengan
cergas
3. Siku berhampiran badan
4. Lengan tegak – jari di paras sama dengan
bahu.
5. Keadaan tangan:
i. Tiga jari tangan kanan ditegakkan.
ii. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang Rajah 1.0 Hormat Pandu Puteri
dibengkokkan.

“ Sekian Terima Kasih ”

5 | Asas Kawad Kaki

Anda mungkin juga menyukai