Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Kursus kejurulatihan, kepegawaian dan kepengadilan bola baling melibatkan pelajar PISMP Sains, Pengajian Agama, TESL,

Pengajian Melayu Matematik Ambilan Januari 2011. Program ini diadakan selama 3 hari bertempat di sekitar IPG Kampus Pulau Pinang. Aktiviti ini diwajibkan kepada semua pelajar yang mengikuti GERKO permainan bola baling ini adalah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Sepanjang program ini dijalankan, terlalu banyak pahit manis, suka dan duka yang terpaksa saya tempuhi. Namun, saya akui dalam kepahitan adanya kemanisan dan dalam suka pasti ada dukanya. Begitulah lumrah kehidupan. Para jurulatih sentiasa bersedia memberi pertolongan dan tunjuk ajar kepada kami dalam memastikan objektif kursus ini tercapai. Sepanjang program ini terlalu banyak pengalaman baharu yang saya perolehi dalam pelbagai aspek seperti persahabatan, kemahiran, kerjasama dan sebagainya. Setiap latihan yang dijalankan banyak mengajar kemahiran dan pengetahuan baru kepada saya. Melalui kursus ini, saya telah dapat mengetahui cara untuk membuat gelanggang bola baling dengan cara yang betul. Sebelum ini, saya hanya mengetahui ukuran gelanggang bola baling tetapi saya tidak mengetahui cara yang betul untuk menyiapkan satu gelanggang bola baling. Ternyata bukan mudah untuk menyiapkan satu gelanggang. Selain itu, saya juga telah dapat mengetahui tentang kejurulatihan. Melalui kursus ini, saya telah dapat mengetahui peraturan-peraturan yang sepatutnya diketahui oleh setiap pemain dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam permainan bola baling. Untuk

menjadi seorang pemain bola baling yang professional dan berkemahiran, setiap peraturan dan kesalahan-kesalahan ketika bermain perlu dititikberatkan. Saya akui, tanpa pengalaman dan pengetahuan, tidak akan terbentuk sebuah permainan yang menarik dan mampu menakutkan pihak lawan. Kursus bola baling ini juga telah berjaya menjadikan seseorang menjadi lebih yakin kepada kebolehan diri sendiri dan bersemangat melaksanakan sesuatu. Tunjuk ajar yang dilakukan oleh para jurulatih iaitu Encik Omar dan Encik Mahathir amat membantu saya dalam usaha untuk menjadi pemain dan pengadil yang berkarisma dan berkaliber. Begitu banyak yang tidak saya ketahui tentang kepengadilan dalam bola baling. Namun, selepas menghadiri kursus ini, saya telah dapat belajar untuk menjadi seorang pengadil yang tegas dalam membuat keputusan ketika permainan

berlangsung. Kursus kepengadilan ini ternyata memberi peluang kepada saya untuk merasai sendiri perasaan ketika menjadi pengadil. Kepekaan mata dan ketangkasan amat dititikberatkan dalam kepengadilan. Sebelum ini, saya tidak pernah mempunyai pengalaman menjadi pengadil dalam apa-apa pertandingan. Namun, melalui kursus ini, saya telah mendapat pengalaman dan dapat mengetahui bahawa tugas pengadil bukanlah mudah dan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi sepanjang pertandingan berlangsung. Banyak pertandingan yang dijalankan sepanjang 3 hari kursus dijalankan. Latihan demi latihan telah menjadikan corak permainan saya dan rakan-rakan bertambah baik. Saya telah mempelajari strategi permainan yang berkesan untuk menghadapi pihak lawan. Selain itu, latihan kecekapan dan kemahiran yang telah dilakukan menyebabkan saya menjadi lebih yakin untuk bermain dalam permainan bola baling. Semua kaedah yang telah diajar memberi banyak sumbangan dalam permainan terutama ketika pertandingan. Sesungguhnya saya tidaklah mempunyai pengalaman yang cukup tetapi kini saya berasa lebih yakin untuk melakukan sesuatu kerana bagi sekarang saya faham bahawa sesuatu perkara yang mungkin sukar dilakukan pasti saya boleh lakukan sama ada seorang diri mahupun dengan tunjuk ajar dari orang lain. Perkara yang menjadi tunjang utama adalah semangat yang datang dari dalam diri dan jika saya mempunyai

semangat itu, saya yakin saya mampu melakukan perkara yang sukar. Jika dilihat dari segi yang lebih luas, perkara ini amat penting kerana sebagai seorang guru saya pasti akan diberikan pelbagai tugas sama ada dalam sekolah atau diluar sekolah. Jadi dengan adanya pendedahan seperti ini yang banyak membantu saya untuk lebih yakin menghadapi tugasan, saya pasti akan lebih berusaha untuk melaksanakan tugasan yang diberikan itu dengan sempurna dan jayanya sekiranya saya ditentukan untuk menjadi salah seorang guru Pendidikan Jasmani. Melalui pelaksanaan kursus ini,pelbagai manfaat dapat diperolehi kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada individu, pihak IPG, guru dan seterusnya pelajar. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai