Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI (NOOR ASHIKIN ABDULLAH) Tugasan bagi subjek Tamadun Islam dan Asia Tenggara (TITAS) pada kali

ini telah banyak memberi ilmu pengetahuan baru pada saya. Melalui tugasan yang diberikan, saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang tamadun Islam di Malaysia. Tugasan kali ini memerlukan saya dan rakan saya mencari maklumat berkaitan teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu, peranan dan pengaruh Islam dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Sebelum ini, saya hanya mengetahui bahawa Islam sampai ke Tanah Melayu dari Tanah Arab, India dan China. Walaupun begitu, saya kurang mengetahui tentang sejarah kedatangan Islam dari ketiga-tiga negara ini. Dalam usaha mencari maklumat tentang teori-teori kedatangan Islam ini, saya telah dapat pelbagai maklumat tentang sebab-sebab, aktiviti-aktiviti masyarakat dahulu dan tokoh yang terlibat dalam penyebaran Islam di Tanah Melayu pada masa lampau. Selain itu, saya juga telah mengetahui tentang kepentingan agama Islam dan peranannya dalam mempengaruhi kehidupan masyarakat dahulu yang pada mulanya berpegang pada agama Hindu-Buddha. Saya dapat mengetahui bentuk-bentuk perubahan yang berlaku di Tanah Melayu dan perbezaan cara hidup penduduk Tanah Melayu sebelum dan selepas kedatangan Islam. Saya juga dapat mengetahui kepentingan pedagang dan pendakwah dari India dan China dalam membawa Islam masuk ke Tanah Melayu. Namun, tugas kali ini tidak meminta saya dan rakan untuk menceritakan kedatangan Islam dari Tanah Arab.

Di samping itu, saya turut dapat mengetahui tentang pengaruh yang dibawa oleh Islam dalam negara Malaysia sama ada dari segi pentadbiran, seni bina dan adat istiadat. Saya kini memahami tentang sejarah asal corak pentadbiran, seni bina dan istiadat di Malaysia yang dipengaruhi oleh agama Islam. Ternyata banyak pengaruh yang dapat dilihat pada masa kini yang dibawa oleh Islam dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Saya dapat mengetahui kekuatan agama Islam sehingga dapat mengubah pegangan masyarakat daripada masyarakat yang beragama Hindu-Buddha kepada beragama Islam. Setelah selesai menyiapkan tugasan ini, inilah antara pengetahuan baru yang penting yang dapat saya senaraikan. Tidak dinafikan bahawa kedatangan Islam itu membawa seribu satu perubahan kepada masyarakat dan Tanah Melayu atau Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai