Anda di halaman 1dari 19

ANALISIS SECARA ILMIAH

PERANAN MASJID DAN


INSTITUSI-INSTITUSI AGAMA
ISLAM DALAM
MEMPERTINGKATKAN
HUBUNGAN DAN
PENGHARMONIAN ANTARA
AGAMA DI MALAYSIA.
• Masjid dan musalla

• Dalam masyarakat kita berkembang dua istilah yang


dijadikan tempat ibadah iaitu masjid dan musalla.

• Dari sudut bahasa, Istilah "Masjid" berasal daripada


perkataan arab "masjid" atau "masjad“, ia bererti tempat
sujud. Berasaskan pengertian bahasa inilah perkataan
tersebut digunapakai sebagai nama bagi tempat kita
melakukan solat kerana antara gerakan utama yang
terdapat dalam solat itu ialah sujud. Sujud bererti patuh
dalam kategorinya yang tinggi sampai kepada tahap
pengabdian. Kerana itulah "solat" disebut sebagai ibadat,
iaitu suatu cara yang tertentu bagi melambangkan
kepatuhan dan pengabdian seseorang muslim kepada
Allah. Maka masjid itu memberi erti tempat umat Islam
melakukan aktiviti bagi melambangkan kepatuhan dan
pengabdiannya kepada Allah. Mengikut terminologi agama
pula, masjid adalah tempat khusus yang digunakan untuk
solat berjamaah dan kegiatan keislaman yang lain. Apabila
masjid itu digunakan untuk solat jumaat maka ia lazim
disebut masjid jami’ atau jami’ sahaja dan apabila tidak
dipakai untuk solat jumaat, ia disebut masjid sahaja.
• Musalla pula mengikut bahasa bererti
tempat solat dan dari segi istilah juga
demikian. Di Negara kita istilah musalla
diguna pakai untuk mengarabkan nama-
nama seperti surau atau sekurang-
kurangnya dalam terminologi agama apa
yang digunakan sementara disebut surau
atau masjid iaitu masjid yang bukan jami’.
Memang ada istilah musalla disebut dalam
quran dan juga hadis tetapi pengertiannya
terbatas kepada tempat solat atau kadang-
kadang diertikan sebagai lapangan tempat
solat hari raya. Oleh kerana itu setiap
penyebutan masjid dalam hadis-hadis
nabawi juga mengcakupi pengertian
musalla.
• Nabi saw telah memberikan contoh
bahawa masjid bukanlah semata-
mata tempat untuk ibadah dalam
pengertian sempit seperti solat,
I’tikaf dan membaca quran misalnya
disamping juga berfungsi sebagai
ruang kegiatan belajar dan mengajar
dan lain-lain kerana mengkhususkan
masjid sebagai tempat ibadah
semata-semata adalah sangat tidak
tepat.
pada masa nabi saw masjid telah
digunakan sekurang-kurangnya
untuk:
• tempat ibadah dengan pengertian sempit
seperti solat , I’tikaf dan lain-lain.
• tempat kegiatan belajar dan mengajar.
• tempat bermusyawarah untuk
membicarakan kepentingan umat islam
bahkan dipakai untuk mengatur strategi
perang seperti nabi saw hendak
melakukan perang uhud.
• tempat menerima tetamu seperti ketika
nabi saw menerima rombongan tamu
orang-orang nasrani dari najran. Mereka
Masjid berperanan sebagai pusat
komuniti di mana masyarakat
berkumpul bagi tujuan ibadat, iaitu
pengabdian kepada Allah s.w. Bagi
tujuan tersebut, berbagai-bagai
program sentiasa diadakan. Dalam
satu istilah, program-program ini
biasa disebut sebagai "ta'mir" yang
bermaksud "pengisian", iaitu mengisi
wadah berkenaan dengan berbagai
aktiviti yang boleh menjayakan
fungsi nya yang telah ditetapkan.
Masjid Sebagai Pusat Perkembangan Masyarakat
Yang paling utama sekali dari perspektif ini ialah masjid perlu
melambangkan perpaduan ummah bagi semua peringkat.
Peranan ini telah dimainkan dengan jayanya oleh masjid al-haram
apabila ka’bah menjadi kiblat sembahyang bagi semua orang
Islam dan ia sendiri menjadi pusat tumpuan dalam ibadat haji.

Masjid perlu terbuka kepada semua umat Islam, tak kira bangsa
atau kaum. Berasaskan kepada dasar ini tidak berbangkit soal
masjid Melayu, masjid India atau masjid Cina yang cuba
ditimbulkan oleh sesetengah pihak sekarang. Hakikatnya, masjid
itu untuk semua orang Islam tak kira siapa.

Satu keperluan lain di bawah dasar ini ialah masjid perlu bebas
daripada apa saja sifat dan aktiviti yang memecahkan perpaduan
ummah. Antara contoh nya ialah perlu tidak ada unsur monopoli
dalam pentadbiran atau usaha mengimarahkannya. Satu contoh
lain ialah ia perlu bebas daripada politik kepartian. Begitu juuga ia
perlu mempunyai pristasi keagamaan yang tinggi supaya
dihotmati oleh semua orang Islam tak kira siapa.
Peranan khutbah boleh dijadikan sebagai
contoh bagaimana masjid perlu
meletakkan diri nya pada kedudukan yang
berjaya dalam proses sosialasi berkenaan.
Peranan sebenar khutbah ialah menjadi
media bagi kegunaan para pemimpin
(Imam) menyampaikan arahan atau
permasalahan semasa kepada komuniti
masjid berkenaan. Sehubungan dengan ini
pujian perlu diberi kepada beberapa
contoh baru para pemimpin kerajaan dan
masyarakat serta juga para professional
yang berusaha melayakkan diri sebagai
khatib jemputan dalam tajuk-tajuk yang
• Peranan institusi agama
• Membantu masyarakat Islam mengamalkan
agama mereka menurut konteks masyarakat
yang berbilang bangsa dan agama.
• Membimbing masyarakat Islam menjalin
hubungan lebih rapat dengan masyarakat lain
meskipun kewarakan mereka bertambah.
• Badan tertinggi Islam tersebut juga perlu
memimpin masyarakat dalam melaksanakan
tuntutan Islam sebagai agama yang memandang
ke hadapan, mengajukan keamanan dan
keharmonian, selain menggalak umatnya
mengejar ilmu dan sains.
• Membantu masyarakat Islam melaksanakan
ibadat mereka dalam konteks masyarakat
sekular, berbilang bangsa dan agama.
• Membantu memastikan masyarakat Islam sentiasa dekat dengan
masyarakat lain, di samping terus berkongsi wawasan negara
bersama rakyat lain. Dengan cara ini, Muslim berupaya
menyumbang secara aktif kepada kemakmuran negara dan
memainkan peranan penuh mereka dalam ehwal negara.

• Membina institusi-institusi Islam yang kukuh dengan pucuk


pimpinannya membantu menjadikan masjid institusi penting
dalam kehidupan masyarakat.

• Fungsi institusi agama harus diorientasikan semula bagi


memenuhi tuntutan zaman baru. Fungsinya bukan setakat
mengurus jenayah syariah, menganjurkan kursus fardu ain dan
sebagainya tetapi menjadi agensi thing tank yang melaksanakan
program dan projek yang berkaitan dengan hal keagamaan dan
permasalahan ummah secara lebih komprehensif. Tambahan pula,
adalah tidak cukup bagi golongan agamawan sekadar berceramah
di masjid ataupun surau sedangkan sebahagian besar generasi
muda yang bermasalah bukan berada di sana. Jadi, mereka harus
menjadi aktivis sosial, pendamping generasi muda dan pencegah
mungkar sekali gus.

• Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan


bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Uasaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan wargenegara malaysia yang berilmu
• KEWUJUDAN masyarakat majmuk
adalah suatu sunnah llahiah yang
merupakan manifestasi kekuasaan
dan kehendak Tuhan yang tidak
boleh dijadikan alasan oleh manusia
untuk tidak memikirkan satu bentuk
hubungan yang harmoni. Sebagai
manusia yang beragama, diwajibkan
antara kedua-dua golongan
masyarakat seperti Islam dan
Kristian yang berbeza itu untuk
saling kenal mengenal sebagai
• Percubaan untuk memahami
hubungan antara agama bukanlah
merupakan sesuatu yang baru dalam
sejarah peradaban dunia. Sejarah
Islam itu sendiri memberi satu
bentuk hubungan yang akrab antara
penganut bukan Islam dan ini dapat
diperhatikan melalui kehidupan
masyarakat bukan Islam dalam
Piagam Madinah.
• Islam menganggap bahawa setiap
manusia berhak memilih jalan hidup
dan kepercayaan masing-masing
sebagaimana resam manusia itu
sendiri yang diciptakan secara
berpuak-puak. Tujuannya ialah untuk
saling kenal mengenali dan
menjalinkan hubungan baik
bukannya serang menyerang atau
fitnah.
• Mengadakan sesi dialog antara agama bertujuan
untuk cuba memahami beberapa persamaan
yang terdapat pada kedua-dua agama kerana
dengan cara itu hubungan antara kedua-dua
belah pihak menjadi lebih akrab.Dialog
peradaban adalah suatu perbincangan yang
dilakukan oleh dua pihak atau lebih, yang
mempunyai pandangan yang berbeza. Tujuan
utamanya adalah untuk saling belajar antara satu
sama lain sehingga pihak masing-masing dapat
mengubah pandangannya dan meningkatkan
kefahaman agamanya. Dialog bukanlah satu
pendebatan.Dalam dialog ini kejujuran amat
penting dalam menghadapi perbezaan-perbezaan
asas dan bersama-sama mencari suatu
kebenaran yang tidak sepenuhnya dimiliki oleh
mana-mana kelompok, kerana kebenaran yang
• Memandangkan keganasan kaum semakin
memuncak dalam keadaan masyarakat pelbagai
kaum dan di merata-rata tempat, maka perlu
ditekankan betapa pentingnya dialog antara
kaum dan agama.Contohnya ketegangan antara
Islam-Kristian berakar umbi daripada interaksi
yang berasaskan sikap yang beranggapan pihak
masing-masinglah yang paling benar. Masing-
masing menganggap merekalah pengikut agama
yang unggul. Mereka bersaing untuk
menyebarkan dakwah. Saingan ini kadang-
kadang membawa ketegangan dan menyukarkan
kewujudan situasi yang saling memahami dan
menghormati antara  Islam dan Kristian. Kadang-
kadang kesukaran semakin bertambah kerana
didorong oleh kepentingan politik mahupun
• kata Alwi Shihab dalam bukunya Islam Inklusif,
soal mana yang paling benar atau salah bukan
tujuan dialog. Yang menjadi fokus utama dalam
setiap dialog antara agama ialah mencari titik
temu. 
• Namun fenomena untuk mencari titik temu demi
keamanan sejagat agak sukar kerana dihalangi
oleh sikap  fanatik sesetengah penganut agama
masing-masing. 
• Di Ireland Utara, penganut Katholik dan Proteston
saling bermusuhan. Di Timur Tengah, ketiga-tiga
cucu Nabi Ibrahim – umat Yahudi, Kristian, dan
Islam – saling menggunakan bahasa kekerasan.
Di Sri Lanka, kaum Buddha dan kelompok Hindu
bercakaran. Yang paling menyayatkan hati,
agama dijadikan elemen utama dalam mesin
penghancuran manusia – suatu kenyataan yang
• Oleh itu, dialog harus difokuskan
kepada titik-titik persamaan antara
kedua-dua agama. Perbezaan yang
boleh menimbulkan perselisihan
harus dihindari. Antara titik
persamaan yang boleh
diketengahkan ialah penciptaan
suatu kehidupan bermoral yang
mengunjung tinggi nilai-nilai
keagamaan dalam segala aspek
kehidupan dan peradaban manusia.
• Mengatur pertemuan antara wakil agama
untuk bersemuka dalam soal perbezaan
anutan dan ritual keagamaan kerana
proses pemahaman agama juga
kadangkala mengundang masalah dan
konflik. Masalah yang dihadapi bukan
hanya mencakupi isu sosial atau
masyarakat tetapi lebih berpihak kepada
masalah teologi yang turut disempitkan
oleh fahaman tradisi dan ikatan
primodial.Sungguhpun begitu, titik temu
antara agama boleh dilakukan bagi
membendung permusuhan dan
KESIMPULAN
• Matlamat utama Wawasan 2020 adalah untuk
membina sebuah negara maju tanpa
mengabaikan nilai agama dan moral. Namun,
kalau dilihat antara idealisme masa depan
dengan realiti masa kini terdapat jurang yang
besar di mana jumlah kes pertelingkahan antara
kaum dan agama semakin meningkat.
Nampaknya semakin maju kita, semakin luntur
pula nilai keharmonian masyarakat. Justeru itu,
dalam keghairahan merancang dan merencana
pelbagai projek raksasa agar negara kita seiring
dengan era ledakan informasi dan pembangunan
industrialisasi yang mantap, kita seharusnya
tidak meminggirkan projek raksasa dalam
mempertingkatkan hubungan dan
pengharmonian antara kaum dan agama.

Anda mungkin juga menyukai