Anda di halaman 1dari 24

Konfusianisme

Konfusianisme
Siapakah pengasas Konfusianisme?
Kung Futze atau Confucius





Gambar Confucius

Konfusianisme
Ajaran Confucius terkandung dalam buku-
buku yang dikenali sebagai Lima Klasik dan
Empat Buku.

Konfusianisme
Dari segi apakah ajaran Confucius dalam Lima
Klasik dan Empat Buku?

kesejahteraan
manusia
Sosial politik
agama
Konfusianisme
Confucius menekankan bagaimana individu
boleh menjadi seorang yang sempurna dari
segi perwatakan dan tingkah lakunya.
Beliau juga memumpukan perbincangannya
terhadap pembentukan keluarga yang
harmoni, perintahan kerajaan yang
bersistematik dan kedamaian seluruh dunia.
Konfusianisme
Ringkasnya, Confucius mengutamakan
pemupukan kendiri serta tatatertib dalam social
dan politik.
Semua ini boleh dicapai menerusi orientasi
keinsanan yang melibatkan iltiza, usaha
berterusan dan menyeluruh untuk mempelajari
bagaimana menjadi seorang manusia.
Etika Confucius yang mengandungi lapan nilai
murni telah terkandung di dalam buku Lun Yu.

Buku
Lun
Yu
Ren
Shu
Chung
Li
Yi
Ming
Xiao
Zhi
Ren
bermaksud sikap menyayangi semua orang,
kemanusiaan, kebijikan, kerelaan dan murah hati
terhadap orang lain.
nilai ren adalah penting dan patut dipupuk di kalangan
individu kerana nilai ini merupakan asas kepada nilai
murni yang lain.
Contohnya, individu yang mempunyai ren akan
menyayangi dan berbakti kepada ibu bapa (xiao),
mengambil berat orang di sekeliling dengan menolong
(chung), tidak menindas (shu), menjalankan tugasnya
dengan sebaik-baiknya (zhi), membuat apa yang patut
(yi), berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan (li),
dan tidak secara paksaan (ming)
Shu
altruism yang meliputi murah hati, toleransi dan belas kasihan,
serta melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain.
Contohnya, Jangan buat sesuatu terhadap orang lain yang anda
tidak mahu orang itu buat pada anda.
Chung
bermaksud kesedaran dalam melakukan sesuatu yang baik untuk
diri sendiri dan orang lain
Contohnya, jika individu ingin berjaya, dia juga harus membantu
orang lain untuk berjaya.
Li
li meliput nilai sopan santun, budi bahasa dan adat dalam
istiadat atau upacara, pertuturan dan tingkah laku seseorang.
Contohnya, seorang bapa harus menjadi seorang bapa dan
seorang anak menjadi seorang anak.
Yi
yi yang ditakrifkan sebagai membuat sesuatu dengan cara
betul dan patut dalam situasi tertentu yang motif sesuatu
perbuatan lebih penting daripada hasilnya.
Contohnya, individu yang menjalankan tugasnya dengan
berpegang pada yi akan dianggap bermoral
Ming
ming yang menegaskan bahawa individu yang patut melakukan semua
tugas dengan sedaya upaya dengan tidak menghiraukan hasilnya.
Oleh itu, apabila individu memberi yang terbaik dalam manjalankan
tugas, dia bebas daripada kebimbangan jika berjaya atau ketakutan jika
gagal.
Xiao
bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjungi serta secara
ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa mereka.
seseorang anak hendaklah mempelajari bagaimana menjadi seorang
anak dengan menghormati, melayan dan menjaga ibu bapanya.
Zhi
bermaksud ketulusan dan ketegahan dalam tingkah laku.
Individu yang menghayati nilai ini tidak boleh menipu diri
sendiri atau orang lain, iaitu dia harus memberi pernyataan
benar dalam segala kelakuannya.
Apabila seseorang meminta sesuatu daripadanya, dia pergi
merayu jirannya, kemudian memberikan sesuatu itu seolah-
olah ia hadiah daripadanya. Perbuatan sebegini dianggap
tidak ikhlas dan tidak benar kerana menyinggung perasaan
orang lain jika dia enggan memberikan apa yang diminta.
Konfusianisme
Kesemua lapan nilai-murni seperti yang
diterangkan dengan ringkas di atas adalah
penting dalam hubungan sosial dalam kalangan
kaum Cina, iaitu hubungan diri individu dengan
anggota keluarga dan masyarakatnya.
Sesungguhnya, kebanyakan ajaran Confucius
menumpukan hubungan keluarga.
Konfusianisme
Contohnya, ketaatan atau xiao yang diamalkan
oleh kaum Cina melibatkan ibu bapa dijaga
dan dihormati dan kaum ini cuba
mengelakkan diri daripada mencemar nama
baik keluarganya.
Taoisme
Taoisme
Siapakah pengasas Taoisme?
Lao Tze



Gambar Lao Tze


Ajarannya terkandung dalam buku Tao Te Ching


Buku Tao Te Ching
bermaksud Jalan dan Kekuasaan
menekankan keharmonian dengan alam
semesta sebagai Tao yang bermaksud cara atau
jalan.
Tao mencipta makhluk dan segala isi alam dan
juga yang memusnahkannya
Taoisme
Terdapat empat konsep penting dalam
Taoisme seperti berikut:

Tao melahirkan yang Satu
Yang satu melahirkan yang Dua
Yang Dua melahirkan yang Tiga
Yang Tiga melahirkan semua makhluk
Konsep Tao melahirkan yang satu
Contohnya, seorang pemerintah bijaksana dan
sempurna akan memerintah dengan cara yang
menyebabkan rakyatnya tidak menyedari mereka
diperintah dan rakyat hanya mempercayai apa
yang berlaku semula jadi.
Ini bermaksud, dengan bertindak secara semula
jadi, iaitu dengan tidak melakukan apa-apa pun
tetapi membenarkan sesuatu berlaku akan
mendapat keharmonian
Konsep Yang satu melahirkan yang Dua
Yang satu melahirkan yang Dua
kuasa kembar yin dan yang
Kuasa yin dan yang ini berlawanan sama sekali
semuanya mempunyai punca daripada interaksi antara
kedua-dua yin dan yang yang bertentangan.

Positif
Lelaki
Pagi
Aktif
Matahari
Logikal
Panas
Keras
Konsep Yang Dua melahirkan yang Tiga
Konsep YangDua melahirkan yang Tiga pula
merujuk tiga serangkai Syurga, Bumi dan
Perikemanusiaa.
Ketiga-tiga serangkai ini ialah bentuk yang
segala makhluk sebenarnya wujud seperti
yang dinyatakan:

tempat
kuasa besar
alam
semesta
Tao
adalah
agung
Bumi
adalah
agung
Syurga
adalah
agung
Raja
adalah
agung
Taoisme
Akhir sekali, Taoisme menggambarkan segala
makhluk wujud pada akhir perkembangan
kosmos dan inilah maksudnya Yang Tiga
melahirkan segala makluk.
Justeru, Penganut Taoisme akan mencapai
muktamadnya.

Anda mungkin juga menyukai