Anda di halaman 1dari 1

Lim Jun Wei

Refleksi Hati Malaya


Pada pendapat saya, Hati Malaya bukan sekadar filem sejarah yang mencatatkan
kronologi sahaja malah ia mampu menyuntik semangat patriotik di kalangan penonton.
Memaparkan khazanah negara itu antaranya memaparkan gambar Allahyarham Tunku
Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar serta saat-saat bendera Malayan Union diturun dan
merdeka dilaungkan. Menerusi filem tersebut juga kita dapat melihat betapa tingginya
semangat jati diri kaum Melayu ketika itu. Penduduk Malaya yang inginkan
kemerdekaan daripada British sanggup melucutkan barang kemas dan wang ringgit
semata-mata untuk diberikan kepada Tunku sebagai perbelanjaan ke London. Senario
itu ditunjukkan sewaktu Tunku berucap menjelaskan yang dia dan rakan-rakan
kekurangan perbelanjaan untuk menuntut kemerdekaan di London. Kamarulzaman Taib
yang memegang watak Tunku berjaya menggamit perhatian penonton. Lakonannya
cukup berkesan dan begitu juga dengan watak Onn Jaafar yang diterajui oleh Zaefrul
Nadzarine.

Anda mungkin juga menyukai