Anda di halaman 1dari 3

BIDANG SEJARAH APRESIASI

SENI VISUAL
Pengetahuan tentang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual
mampu membentuk kesedaran dan penghargaan teradap
hasil seni dan juga produk hebat daripada tokoh-tokoh serta
pereka dalam bidang seni halus, seni reka dan seni kraf.
Pengetahuan dan pemahaman ini akanmeningkatkan
penghargaan dan kecintaan kita untuk menilai serta
menghargai bukan sahaja hasil karya tetapijuga
keintelektualan tokoh dan perekanya.
PERKEMBANGAN SENI VISUAL
DI MALAYSIA
Perkembangan seni visual di Malaysia berlaku secara
berperingkat-peringkat dan berkait rapat dengan seni halus,
seni reka dan seni kraf. Kita harus mengenali tokoh pelukis,
pereka dan tokoh kraf hebat tanah air supaya dapat
menghargai sumbangan mereka dalam bentuk hasil seni
visual, rekaan produk dan kraf. Pengetahuan kita terhadap
seni visual akan dapat menerapkan jati diri dan kecintaan kita
terhadap karya seni visual dan kraf yang dihasilkan oleh
tokoh-tokoh tempatan.
PERSEPSI SENI
SENI HALUS
Sejarah dan Pekembangan
Sejarah seni visual negara kita bermula pada tahun 190-an dengan penubuhan
Penang Impressionnist Society. Ahlinya ialah isteri-isteri golongan ekspatriat.
Puan Lim Cheng Kung sebagai penaja dan Abdullah Ariff sebagai guru seni lukis.
Pada tahun 1930-an, muncul sekumpulan pelukis yang dikenali sebagai 12
pelukis perintis di Pulau Pining, antaranya ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun
Sen. Mereka menjadikan landskap sebagai tema karya cat air mereka.
Pada tahun 1950-an , muncul pula peluksseperti Chuah Thean Teng dan
Khalil Ibrahim yang menggunakan subjek tempatan sebagai tema dalam karya
catan mereka. Penubuhan Wednesday Art Group melahirkan para pelukis yang
menampilkan karya catan gaya naturalisme. Karya mereka bertemakan subjek
yang mencerminkan warisan sosiobudaya masyarakat Malaysia.
Selepas merdeka, landskap seni visual negara terus berubah. Kepulangan
pelukis-pelukis seperti Jolly Koh dan Ibrahim Hussein ke tanah air telah
menampilkan catan gaya ekspresionisme dan ekspresionisme abstrak hasil
pengaruh gaya seni Barat. Perkembangan seni visual semakin rancak dengan
penubuhan Angkatan Pelukis SeMalaysia dan Persatuan Pelukis Malaysia.
Penubuhan institute seperti Institut Teknologi Mara dan institut seni swasta
yang menawarkan pelbagai kursus seni menyemarakkan bidang seni visual ini
di negara kita.

TOKOH KARYA
Sepanjang perkembangan seni visual, terdapat tokoh-tokoh yang lahir dan
bertanggungjawab kepada perkembangan seni visual tanah air. Contoh
tokoh-tokoh terkemuka tanah air adalah seperti yang berikut:

Anda mungkin juga menyukai