Anda di halaman 1dari 34

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGERTIAN KRAF
DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAJUK 6

Sinopsis
Tajuk

ini meliputi konsep Kraf Tradisional dan Kraf Dimensi Baru serta

fungsi dan bahan kraf tersebut. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata
pelajaran PSV, anda seharusnya boleh menghuraikan konsep Kraf Tradisional dan
Kraf Dimensi Baru serta fungsi/kegunaan kraf tersebut dengan merujuk kepada
buku-buku dan juga tokoh seni. Anda juga seharusnya boleh menganalisis
kepentingan kraf dalam konteks kehidupan harian di samping dapat menghuraikan
fungsi kraf dahulu dan sekarang. Diperingkat ini pelajar akan diperkenalkan tentang
beberapa jenis kraf, sejarah, proses, motif dan untuk anda memahami tentang kraf
tradisional di Malaysia,
Disamping itu bahan kraf seperti bahan bergambar disediakan dan
didedahkan kepada pelajar untuk menjelaskan kefahaman dan meluaskan lagi
perspektif mereka.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;
1.

7.

Menghurai dan menganalisis konsep kraf dengan pelbagai contoh yang spesifik.
2.
Menyedari bahawa pentingnya memelihara dan mengekalkan kraf
tradisional.
3.
Memahami tujuan mempelajari kraf tradisional sebagai seni warisan negara.
4.
Menerangkan konsep, fungsi, bahan dan menganalisa kepentingan kraf
5.
Mengunakan pelbagai pelalatan dan bahan gantian untuk menghasilkan kraf
tradisional
6.
Mencadangkan beberapa aktiviti mudah untuk meneroka cara penggunaan
alat dan cara mengolah bahan kraf tradisional.
Menerangkan konsep, fungsi dan bahan kraf dalam konteks kehidupan harian.
8.
Menerangkan tentang latar belakang sejarah seni kraf tradisional.

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kerangka tajuk Pengertian Kraf dalam PSV

Konsep Kraf
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai hasil kerja tangan yang
memerlukan kreativiti dan kemahiran dalam penghasilannya. Kraf tangan juga
adalah salah satu peninggalan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi
yang lain. Setiap bangsa dan masyarakat di seluruh dunia mempunyai budaya kraf
tangan yang diperturunkan kepada generasi baru. Kraf tradisional ini dihasilkan
secara bertukang, menenun, mengukir, menempa, menganyam dan lain-lain.
Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti logam, tanah liat, kayu, benang dan
sebagainya.
Menurut Collingwood dalam Hamidah Abdul Hamid 1995
kraf adalah aktiviti yang mengubah bahan mentah menjadi
barangan yang dirancang dengan menggunakan kemahiran yang
boleh dipelajari.
Berdasarkan kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa kraf tangan
merupakan seni tradisi yang turun temurun dan boleh dipelajari samada dari segi
teknik, motif dan bahan yang digunakan.
Secara keseluruhannya kepelbagaian jenis kraf tangan di negara kita
menunjukkan ketinggian teknologi yang diwarisi oleh tukang. Ini menggambarkan

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

manifestasi serta keperihatinan pandai tukang terhadap pengalaman dengan


persekitaran alam. ( Syed Ahmad Jamal, 1992.)

Labu sayong

Kraf tekat

Kraf anyaman buluh


Kraf batik
Antara barangan kraf yang berfungsi sebagai alat kegunaan harian.

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Fungsi Kraf
Pernahkah anda menggunakan barangan kraf? Jika ya, di manakah anda
menggunakan barangan tersebut?
Kewujudan kraf tangan adalah disebabkan oleh desakan keperluan harian.
Fungsi utamanya adalah sebagai barangan kegunaan harian juga sebagai
barangan perhiasan samada untuk diri atau tempat kediaman. Sebagai generasi
baru kita sepatutnya perlu tahu bahawa kraf tangan adalah satu teknologi bagi
masyarakat tradisional bagi menangani keperluan dalam kehidupan mereka.
Walaupun teknologi mereka ketika itu adalah prototaip, namun merupakan satu
titik permulaan kepada penciptaan dan rekaan yang sangat bermanfaat kepada
masyarakat pada ketika itu. Sebagai contoh penghasilan periuk dari tanah liat,
bakul dari rotan atau mengkuang, kukur kelapa yang diperbuat dari kayu
sehinggalah kepada barangan perhiasan yang yang diperbuat daripada kulit siput
dan sebagainya. Penghasilan kraf ini amat unik kerana memerlukan kreativiti
dalam penggunaan serta pemilihan bahan yang bersesuaian di samping turut
memerlukan kesabaran serta ketelitian semasa proses penghasilannya.
Menurut Siti Zainon Ismail 1985,
keindahan dan rekabentuk dan ragam hias membuktikan
bahawa seni kraf memerlukan kepakaran dan kepekaan
kepada alam sekitar bersesuaian dengan fungsinya sebagai
seni gunaan.

Contoh tembikar sebagai


di samping sebagai barang

barang perhiasan
kegunaan
4

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

BATIK

GASING

WAU

KRAF
TRADISIONAL

KUDA
KEPANG

BATIK

TEMBIKAR

KUDA
KEPANG

1. Gasing
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya,
sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional
orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim
menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira
berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian
atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi
bentuk gasing.

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat
daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang
tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk
melicinkan pergerakan tali gasing.

1.1jenis-jenis Gasing
a) gasing jantung,
b) gasing piring atau leper,
c) gasing kelamar, gasing telur,
d) gasing berembang,
e) gasing Melayu,
f) gasing Cina,
g) gasing buku benang
h) gasing pinang.

1.2 Proses Membuat Gasing


Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk,
merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak
mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga,
keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis,
jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.
Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk
gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi
dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat
6

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

dilakukan ketika melarik


Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti
melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu
hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah
rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta
dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri
sahaja.

2.0.

Kuda kepang

2.1

Sejarah Permainan Kuda Kepang


Permainan kuda kepang merupakan salah satu permainan rakyat di

negara ini.Jika di negeri Pantai Timur Semenanjung terkenal dengan permainan


wau dan wayang kulit, kuda kepang pula mendapat tempat di hati rakyat
Johor.Kehalusan seninya begitu terpelihara walaupun arus kemodenan begitu
ketara dalam beberapa aspek kebudayaan.
Kuda kepang berasal dari Tanah Jawa Indonesia dan telah dibawa ke
Tanah Melayu oleh rakyat Indonesia yang berhijrah ke negara ini. Pada mulanya
ia hanya permainan biasa seperti "Sepak Raga". Namun sambutan dari
penduduk tempatan menyebabkan ia berkembang dari sebuah kampung ke
sebuah kampung.

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pada zaman sekarang, permainan kuda kepang dimainkan di majlis


perkahwinan atau sesuatu majlis keramaian. Pemain kuda kepang memerlukan
sekurang-kurangnya 25 orang dimana 9 orang menari, 5 orang pemain muzik,
15 orang penjaga kawasan dan dua orang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih".
Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan jumlah ahlinya adalah seramai 40
orang.Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang
dipanggil "Danyang".Pakaian permainan pula biasanya seragam.

2.2

Peralatan Kuda Kepang


Peralatan yang diperlukan untuk permainan kuda kepang ialah alat

muzik yang terdiri daripada 5 buah Angklung. Angklung diperbuat daripada


buluh dan rotan yang boleh didapati daripada kawasan persekitaran. Angklung
bersaiz segiempat dan ianya dimainkan dengan cara menggoyang dan
menggoncang buluh tersebut. Bagi buluh yang kecil, apabila diketuk akan
mengeluarkan bunyi nyaring, manakala buluh yang besar akan mengeluarkan
bunyi bergema dan dari kombinasi kedua-dua bunyi ini akan menghasilkan
bunyi yang indah dan menarik.
Perkakas lain yang digunakan ialah sebuah gendang. Gendang ini
diperbuat daripada kayu Leban dan kulitnya dari kulit lembu.Kulit lembu
diperoleh dari saki baki kulit lembu yang dikorbankan semasa Hari Raya
Haji.Kulit lembu ini dikeringkan.Sementara pengikatnya diperbuat daripada
rotan.Gendang mempunyai panjang diameter lebih kurang 3 kaki.Gendang ini
dipalu mengikut irama yang tertentu.
Perkakas lain yang digunakan ialah pecut. Pecut diperbuat daripada
buluh dan tali.Kedua-duanya dipintal menjadi satu.Fungsi Pecut adalah untuk
mengarah dan mengawal permainan atau penari kuda kepang.
Perkakas terpenting ialah kuda-kuda.Ianya diperbuat daripada kulit
lembu. Dibentuk menyerupai kuda dan diwarnakan merah,putih atau kelabu.
Selain itu perkakas lain ialah tali sepanjang 30 meter. Tali sepanjang ini
digunakan untuk dibuat pagar bagi mengelak penari kuda kepang yang mabuk
8

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

berkeliaran dan mudah untuk bomoh mengawalnya.Alat-alat lain ialah gong.


Gong apabila dipalu akan mengeluarkan bunyi "goooong" dan meyedapkan lagi
bunyi muzik pengiring.

3.0

Wau
Wau merupakan satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut di

udara. Perkataan wau dikatakan berasal dari perkataan kerajaan Melayu


Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan
Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri
seperti di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor,
Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang
menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemudapemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan
bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke
udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi
"wau" secara berirama. Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk
pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan.
Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya
kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.

Sejarah wau di Malaysia


9

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan


kesahihan. tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan
Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana
rekabentuk serta ciri wau di Malaysia mempunyai persamaan dengan layanglayang tradisional dari negara China.
Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang
lebar.Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap
unsur-unsur kebudayaan dari negara China memandangkan hubungan
Malaysia-China telah berlangsung sejak zaman Greek lagi.
Kemungkinan juga perkataan wau datangnya daripada perkataan Cina Hokkien
(Fujian). Kata untuk wau dalam dialek Hokkien ialah 'ao' di utara Malaysia.
Jenis wau
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Antaranya wau burung,
wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau
lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh
orang Melayu ialah wau bulan.
i. Wau barat
ii. Wau bayan
iii. Wau bulan
iv. Wau burung
v. Wau jala budi
vi. Wau katak
vii. Wau kucing
viii.Wau lenggang kebayan
ix. Wau merak

10

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

x. Wau pari
xi. Wau sewah
Cara bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang
akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang
tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan
cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.
Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias
berwarna-warni.
Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan
masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat
perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk
dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk
orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua
utastali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat
tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau
pertandingan wau antarabangsa.
Menghasilkan wau
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerjakerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbangkan kepak sehingga
melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu
untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya,
kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas
nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan
kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak
awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk.
Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.
Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan
kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni
11

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang


tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan
diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah
direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah.
Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah
wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Bahagian wau
5 komponen asas wau
i. kepala wau,
ii. busur atau dengung,
iii. sayap wau,
iv. torek
v. bahagian pinggang dan ekor wau.

12

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

4.

Batik
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak

abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara
tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang
sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan
menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya
di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi.Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari
perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik.Ambatik pula
bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik
yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di
Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan
Terengganu
Batik dalam bentuk primitif diketahui wujud sejak 2,000 tahun lalu di Parsi
dan di Mesir.Pada tamadun awal Mesir, tulisan digunakan untuk menyimpan rekod
tentang upacara keagamaan dan harta yang ada di kuil-kuil. Bentuk tulisan yang
dicipta oleh para pendeta ini dikenali sebagai hieroglif. Tulisan hieroglif berbentuk
gambar dan diukir pada batu atau kayu. Setelah membuat kertas daripada pokok
papyrus, orang Mesir menulis dengan menggunakan dakwat dan berus.
Kain tertenun diperbuat dengan menggunakan roda pemejaman dan kek
pada 6000 sebelum Masehi. Tulisan berbentuk gambar diterjemahkan diatas kain
tertenun oleh blok kayu ukiran timbul dicelupkan dengan pewarna sebelum
ditekapkan pada kain yang kini dikenali sebagai 'batik'.
13

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Bangsa Mesir Kuno menghias bentuk dasar ini dengan mempergunakan


kain itu sendiri, yaitu dengan cara pemberian lipit-lipit ( pleats, plissee ). Bangsa
Babylonia dengan menambah potongan-potongan strook yang berumbai-rumbai.
Busana yang dipakai pada masa itu masih dalam bentuk yang sangat sederhana
berupa busana dalam bentuk kemeja tanpa krag dinamakan KALASIRIS.
Dalam periode kerajaaan kunoKalasirirs berlengan setali ini sangat pendek
dan ketat, sedangkan dalam periode kerajaan baru kalasiris dibuat panjan dan
lebar serta diberi lipit-lipit yang merupakan unsure dekoratif yang sangat dominant
pada tata busana bangsa Mesir kuno.
Di negara China dan Jepun 'kain bercorak' mula digunakan sejak abad ke 7
dan ke 8 lagi. Di Tanah Melayu, batik mula diperkenalkan sejak abad ke 15 Masihi
iaitu di zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik
pelangi telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu dan seterusnya Tanah Melayu.
4.1

Sejarah Batik di Malaysia


Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan "ubi kentang"

sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan
menggunakan alat-alat moden.Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik
Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi.
Sejarah batik di Malaysia mula di ketahui pada abad ke 18 apabila Batik
Minah Pelangi memulakan perusahaan Batik di Terengganu. Dalam tahun 1911
apabila Haji Che Su bin Haji Ishak memulakan perusahaan Batik di kawasan
Lorong Gajah Mati, Kota Bahru Kelantan.
Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat
dan celup dan dikenali sebagai Batik Pelangi. Pada masa itu kain di import dari
Thailand jenis Kain Pereir sementara itu warna dibuat sendiri dengan
menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelang hanyalah Biru
dan hitam sahaja. Pada tahun 1922 Haji Che Su telah mengeluarkan batik yang
menggunakan blok kayu. Pada tahun 1926 kemasukan pewarna kimia dari Eropah
telah membawa perkembangan Batik. Reka corak batik mula dipengaruhi dengan
reka corak Batik Indonesia disertai dengan nama batik dikomersilkan.

14

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Nama batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang
bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis,
menulis, mewarna atau menitik.
Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di
Kelantan dan Terengganu. Ternyata konsep "batik" itu sendiri telah wujud sejak
2,000 tahun lalu di Parsi dan di Mesir sejak bermulanya tamadun manusia disana;
Tamadun Mesopotamia- Babylon.

Motif Batik
Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau
menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu
Motif Organik dan Motif Geometrik.Motif Organik berunsurkan alam semulajadi
seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Rupabentuk Kain Batik Sarung

Contoh Motif Organik.

15

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

I.

Motif Ayam

II.

Motif Bunga Buluh

III.

Motif Bunga Kerak Nasi

IV.

Motif Bunga Kotak Bercampur

V.

Motif Bunga Orkid

VI.

Motif Bunga Raya

VII.

Motif Daun Sireh

VIII.

Motif Geometrik

IX.

Motif Pucuk Rebung

X.

Motif Rama-rama

XI.

Motif Siput

Motif Ayam

Contoh Motif Geometrik.


i.

Motif Pucuk Rebung

ii.

Motif Bunga Kotak Bercampur

Motif Bunga Raya

Motif Siput

Motif Pucuk Rebung

Corak
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas
kain batik tersebut.

16

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Antara corak-corak yang sering digunakan.


i.

Corak Berdiri

ii.

Corak Jalur

iii.

Corak Melintang

iv.

Corak Menyeluruh

v.

Corak Menyerong

vi.

Corak Tompok-tompok

vii.

Corak Ulangan/Selang seli

viii.

Corak Ulangan Batu-bata

Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.


Blok penerap
Campuran lilinKain
Pencelup
Sebuah Meja
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat
batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang
gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup
dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini
akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna
yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga
kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus
untuk dipasarkan.

17

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Fungsi Batik
Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas.Batik
digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas.Sebagai contoh,
pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik.Batik juga
digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian.Selain dibuat pakaian,
batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen,
tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi.Batik boleh dibeli dengan harga
yang murah dan berpatutan.Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing
kerana coraknya yang menarik dan unik.Ia sering dijadikan buah tangan untuk
dibawa pulang ke negara masing-masing.
Selain dari itu kain batik berfungsi sebagai;
-

Pakaian harian kain sarung, sapu tangan, selendang dan sebagainya.

Pakaian untuk ke majlis keramaian

Pakaian basahan

Buaian untuk bayi atau anak kecil

Kain untuk mengendong anak kecil

Kelubung (wanita) dan pengikat kepala (lelaki)

Kain penutup mayat dan penutup keranda (batik lepas)

18

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

1. Tembikar
Tembikar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan orang
Melayu pada masa dahulu.Di negara kita, kegunaan tembikar telah wujud sejak
beribu-ribu tahun dahulu. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan serpihan-serpihan
tembikar di Bukit Tanjung Lembu, Perlis, di Gua Cha, Kelantan dan Ulu Tembeling,
Pahang.
Sejarah
Tembikar merupakan salah satu daripada hasil kraftangan Melayu tradisi.
Ia diperbuat daripada tanah liat dan antara barang-barang yang diperbuat dari
tembikar ialah zawan, mangkuk, pinggan, pasu dan sebagainya. Terdapat empat
kawasan utama sebagai pusat kegiatan pengeluaran barangan ialah di Kampung
Mambong, Kuala Krai, Kelantan, di Sayong, Kuala Kangsar, Perak, di Kampung
Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang dan beberapa tempat di Sarawak.
Salah satu barangan tembikar yang begitu popular di Malaysia ialah labu sayong.
Cara menghasilkan tembikar juga dipanggil seramik di empat kawasan tersebut
tidak banyak berbeza cuma jenis barangan yang dihasilkan dan rekacorak hiasan
atau pengemasannya. Perbezaan ini wujud kerana pengaruh adat dan cara hidup
mesyarakat tempat, serta daya cipta pengusahanya. Hal ini juga memberi
gambaran bahawa barangan tembikar tradisional mengutamakan ciri fungsional
dari ciri perhiasan. Labu ialah sejenis buyong, takar atau kendi tembikar yang
bentuk asasnya menyerupai buah labu. Sayong pula nama merupakan sebuah
kampung yang terletak di Kuala Kangsar.
Proses Pembuatan
19

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Terdapat beberapa proses untuk membuat labu sayong:


Tanah liat yang lazimnya diperolehi daripada sungai atau di bawah perdu
pokok dkumpulkan dan ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki supaya hancur
dan halus.
Setelah itu ia ditapis untuk membuang pasir dan ketul-ketul batu. Tanah liat
itu kemudiannya dicampurkan dengan air dan diuli supaya padat dan bebas
daripada gelembung udara. Tanah tersebut seterusnya digiling sehingga berbentuk
bulat dan memanjang.
Untuk membentuk labu, proses awal yang perlu dilakukan ialah
membentuk badan labu dengan melingkarkan tanah liat di atas pinggan. Setelah itu
lingkaran tanah liat tersebut dipicit sambil dipusingkan dan dinaikkan sehingga
berbentuk silinder. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya
licin dan kayu penepek digunakan untuk memampatkannya. Untuk membuat tapak
labu, tanah liat dileperkan untuk dicantumkan di bahagian tapak labu dengan teknik
lilit. Manakala untuk membuat leher labu, labu yang sudah siap tapaknya
diterbalikkan di atas pinggan. Ukuran tanah liat dibahagikan dan dipicit sambil
menaikkannnya untuk dijadikan leher dan seterusnya membentuk muncung labu.
Setelah siap bentuk labu tadi, sudip buluh dan batu sungai digunakan untuk
menggilap permukaan labu. Labu dibiarkan kering selama dua atau tiga jam. Motif
ukiran labu dihasilkan dengan menekan hujung kayu yang berukir pada permukaan
labu yang masih lembut. Setelah labu tersebut diukir, ianya disalai dengan asap
terlebih dahulu sebelum dibakar. Labu tersebut disalai di atas bara buluh dan
pelepah kelapa. Kedua-dua jenis bahan tersebut digunakan kerana apinya tidak
cepat merebak dan tidak cepat memakan bahan. Labu ti dak pula diletakkan terlalu
rendah dan bahang api tidak terlalu panas. Keadaan demikian mengelakkan labu
daripada retak atau meletup kerana kandungan air masih ada.
Proses pembakaran mengambil masa selama 6 jam. Untuk
menghitamkan labu, labu yang masih panas ditimbus dengan sekam padi selama
lebih kurang 10 minit. Kemudian tapak labu disapu dengan damar untuk
menghalang air dari meresap keluar. Kemudian tersedialah labu yang sudah
dibentuk. Labu yang dihasilkan adalah bewarna hitam dan kemerah-merahan.
Warna ini terjadi bukanlah disebabkan oleh cat atau pewarna yang lain tetapi
disebabkan oleh proses pembakaran dan juga sekam padi yang ditimbus ke atas
labu yang telah menjalani proses pembakaran.
20

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Motif dan Hiasan


Motif yang digunakan untuk menghias labu sayong ialah hiasan daripada tumbuhtumbuhan dan juga motif geomatrik seperti:

Bunga cengkih
Bunga kedudut
Bunga tanjung
Bunga padi Bunga pecah empat
Bunga pecah lapan
Bunga lawang
Pucuk rebung

Hiasan umum yang terdapat pada labu ialah hiasan panai dan gelugur.
Hiasan panai iaitu jaluran timbul yang disusn secara menyerong atau tegak. Hiasan
gelugur pula ialah jaluran cekung di permukaan yang menimbulkan kesan
cembung. Hiasan jaluran cekung ini juga dikenali sebagai bekas taliair. Dua garis
timbul atau turis yang melingkar di bahagian badan labu disebut gelang puyoh.

21

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

7.0

Seni Tekat
Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara

menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Tekat menekat ini juga
disebut 'sulaman timbul' atau 'suji timbul'. Asal usul penciptaan dan
22

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan penggunaan tekstil songket


berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain baldu dan juga
rupabentuk ciptaannya. Di Malaysia, pusat-pusat seni tekat berkembang di
negeri Perak, Pahang dan Johor.
7.1

Motif dan Rupabentuk


Motif tumbuh-tumbuhan dan motif geometri.Rupabentuk tekatan

terbahagi kepada dua iaitu dua dimensi dan tiga dimensi.Rupabentuk dua
dimensi ialah seperti tikar, kipas dan penyangkut kelambu, selempang dan
tetampan (Lapik dulang). Rupabentuk tiga dimensi pula seperti tepak sirih,
sarung bantal, kusyen, kasut dan tudung saji.Tudung saji dibentuk tiga segi
(kon) berongga.Bahagian yang dihias ialah bahagian luar dari puncak hingga ke
tapaknya.Acuannya dibuat daripada daun nipah atau rumbia yang diikat dengan
rotan atau buluh.

7.2

Proses Pembuatan
Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang

putih dan kain dasar


dari jenis kain baldu.Di
samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam)
23

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan


bentuk sulaman timbul.
(a) Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas
beberapa helai kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai.
Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang
mempulur kertas dibuat antara 0.5 cm dan 0.25 cm. Mempulur daripada kertas
digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak
yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi
dan corak dangai atau catur.

(b) Seterusnya kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang
berbulu halus dan berkilat ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang
selalu digunakan daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua,
ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang
berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada rekabentuk yang
diingini. Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain
putih yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu baldu akan menjadi tegang.

(c) Selepas itu benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih
melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan
supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan
dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih
mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentasbenang-benang emas
haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari
atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.

(d) Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman.
Pada bahagian cantuman benang ataupun pada ruang yang tertinggal
kosong ditutup dengan kertas emas atau labuci.
24

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Penggunaan
Ciptaannya merupakan pakaian dan bahan kelengkapan dan wujud
serta berkembang di istana. Alatan yang dihiasi dengan tekat emas
merupakan alat istana.Beberapa rupabentuk tekat dicipta digunakan sebagai
bahan atau alat seharian, juga pakaian rasmi sultan.Seni tekat telah
berkembang kepada masyarakat luar istana dan dilakukan sebagai
kraftangan sambilan. Malah kerana kerjanya yang harus berhati-hati dan
memakan waktu yang lama untuk menyiapkannya, maka ia dibuat beransuransur apabila diperlukan. Misalnya bagi gadis-gadis yang telah bertunang
akan menyediakannya sendiri secara berperingkat-peringkat alat-alat
perkahwinannya dengan tekat, sebagai hiasan pelamin, sarung bantal, alas
tempat tidur, kipas, kasut dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, fungsi tekat masih terbatas.Ia hanya
digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai
kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan,
berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat
merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian.Penggunaannya di
kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya
merupakan bahan mewah. Penciptaannnya juga memerlukan waktu yang
lama dan hasilnya yang dekoratif serta indah memerlukan penjagaan yang
rapi apabila digunakan.

2. Anyaman
Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan
digemari sehingga hari ini.Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman
dahulu lagi.Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana
dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu
masih bertahan sehingga ke hari ini.Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah
tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.
25

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima


pengaruh luar.Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam
penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabadabad lalu.Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, payapaya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai.
Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik
anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk
anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya.Misalnya bagi masyarakat petani
atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar
dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian.
Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering
digunakan ialah daripada tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan
nipah. Berdasarkan bahan dan rupa bentuk anyaman yang dihasilkan, seni
anyaman ini merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat luar istana yang
lebih mengutamakan nilai gunaannya.Walau bagaimanapun pada sekitar tahun
1756 hingga1794 telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada
rotan tawar dan anyaman daripada bemban.
Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan
satu-satu anyaman waktu yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam.Dalam
keadaan cuaca yang redup atau dingin, daun-daun lebih lembut dan mudah
dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah.Biasanya beberapa orang
melakukan anyaman ini berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah pada
waktu malam, petang atau waktu-waktu senggang pada sebelah pagi (jika
kelapangan, kerana waktu pagi biasanya dipenuhi dengan kerja-kerja tertentu).
Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya
hingga kini ialah tikar.Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat
rupa bentuk anyaman tiga dimensi.Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya
digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan
bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan seharian.Beberapa daripada rupa
bentuk ini ialah bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan
sebagainya.
26

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan
kelarai (motif) dan corak.Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk"
(selalunya unsur alam) sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna
tanpa memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif.Anyaman tanpa
kelarai disebut sebagai "gadas".Terdapat kira-kira 51 jenis kelarai yang
berdasarkan unsur-unsur alam semulajadi seperti unsur-unsur tumbuhan dan
binatang.
Di sesetengah tempat kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang
diperbuat daripada buluh dan digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang
rumah. Sementara di sesetengah tempat lain anyaman seperti ini diperbuat
daripada bahan bertam yang disebut sebagai tupas. Ciptaan kelarai atau tupas
lebih kukuh, tegas dan kasar bersesuaian dengan fungsinya sebagai penyekat
ruang.Tiada bukti yang jelas untuk menetapkan tarikh bermulanya penciptaan
kelarai.Melalui kajian yang dibuat dapat dikatakan bahawa penciptaan kelarai
dalam anyaman merupakan satu perlakuan yang telah lama berlaku.
Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias
anyaman di mana ia akan mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik
sulam adalah teknik susun susup.Kesan bentuk bunga yang dibuat lebih
merupakan kesan geometri asas seperti susunan bentuk tiga, segi empat, potong
wajik dan sebagainya lagi.
Seni anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya.Namun
begitu, usaha untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan agar
tidak ditelan peredaran zaman.Budaya negara bukan sahaja dicerminkan melalui
bahasa pertuturan dan adat resam bangsanya tetapi juga dicerminkan melalui
kehalusan kerja tangan bermutu tinggi.Seni warisan yang unik ini wajar diberi
perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus dipelihara dan dimanfaatkan
bersama.
Zaman dahulu menganyam tikar, Sunyi menyepi desa terpinggir, Seni
anyaman haruslah diajar, Jangan tinggal sebutan dibibir.Buluh muda mudah
dilentur, Buat ampaian penyidai jala, Semangat juang belum luntur, Seni anyaman
jangan dilupa.
27

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Sejarah Anyaman
Seni anyaman sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup
tradisional masyarakat di nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding
pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang
boleh dilihat di mana-mana.Ini tidak menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan
tropika banyak yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman.Keseluruhannya,
kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak berbeza, cuma bergantung
kepada jenis tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman.Antara tumbuh-tumbuhan
yang paling banyak digunakan dalam seni anyaman ialah buluh, mengkuang, rotan,
ribu-ribu dan lidi.Perbezaan ciri tumbuh-tumbuhan ini menghasilkan pelbagai
bentuk dan barangan seni anyaman.

Anyaman Buluh

Anyaman Pandan dan Mengkuang

Anyaman Rotan

Anyaman Ribu-ribu

Anyaman Lidi

Terdapat 11 corak anyaman:


1. Corak Tapak Catur seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil
cantuman warna cerah dan gelap
2. Corak Mata Bilis menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam
satu mata sahaja dengan warna cerah.Kedua-dua warna ini timbul
seakan-akan beras patah.
3. Corak Beras Patah menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam
tiga mata diselangi dengan satumata gelap. Hasil cantuman ini
member gambaran seakan-akan beras patah.
28

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

4. Corak Palembang berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang
dianyam dengan warna hijau dandikelilingi jalur-jalur dua warna
iaitu merah dan putih.
5. Corak Bugis berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan
hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta
dianyam dalam bentuk berdiri dan serong.
6. Corak Muar berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna
merah dan biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan
kuning.Antara petak-petak digunakan adalah campuran merah dan
biru.
7. Corak Selang-seli penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian
dianyam mata sama banyak dan selari.
8. Corak Berdiri kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua
warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat
sukar.
9. Corak Serong corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui
contoh ini serta amat digemari oleh para penganyam.
10. Corak Ketapang Gilir Kacang seakan-akan corak selang-seli dan susunan
yang rapat. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan
gelap.
11. Corak Malaysia corak selang-seli.
Kraf Dimensi Baru
Kraf dimensi baru adalah hasil pertukangan tangan yang mempunyai unsur
tradisional yang telah diberi perubahan pada identiti asalnya mengikut perubahan
zaman.
Selain daripada contoh kraf di bawah, cuba fikirkan apakah barangan kraf dimensi
baru yang anda pernah lihat atau gunakan.
29

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Contoh tembikar sebagai kraf


dimensi baru (tidak terhad sebagai
tempat simpan air sahaja )

Contoh beg mengkuang sebagai


kraf dimensi baru
(tidak terhad sebagai tikar sahaja)

30

Proses penghasilan kraf dimensi baru telah dipelbagai daripada segi penggunaan
bahan, motif dan kegunaan. Pelbagai bahan dan alat telah diaplikasi dan
dimanipulasikan bagi menghasilkan satu rekaan yang baru dan moden. Sebagai
contoh anyaman tikar mengkuang lazimnya digunakan sebagai pelapik tempat duduk,
tetapi melalui kraf

dimensi baru ini telah dijadikan sebagai hiasan

dinding, beg

tangan dan sebagainya.


Menurut Baharudin
Mohd Darus dalam Prosiding Konvensyen Kebangsaan
Pendidikan Seni Visual 2000,
...bagi menghidupkan budaya kraf tangan ini perlu memikirkan
kesesuainya dengan budaya dan kehidupan moden. Mungkin bukan
dengan bentuk dan kegunaan asalnya tetapi satu pembaharuan dalam
pelbagai aspek tanpa menghilangkan jati dirinya. Satu keperluan
dalam bentuk dan fungsi yang baru untuk memulihkan kraf tangan
tradisional melalui pertukaran bentuk, fungsi, teknik dan
konfigurasinya.
Berdasarkan penyataan ini jelas menunjukkan bahawa pelabagai cara telah dibuat
bagi memartabatkan seni kraf sebagai alat kegunaan harian menerusi penghasilan
kraf dimensi baru.

Latihan:
1. a. Berdasarkan jenis kraf di bawah huraikan bahan dan fungsi kraf
tersebut?
Jenis Kraf

Bahan

Fungsi/ kegunaan

gasing
wau
batik
tekat
anyaman
tembikar
ukiran kayu
wayang kulit
tembaga
senjata
b.

2.

Bandingkan kraf tradisi dengan kraf dimensi baru dari aspek berikut;
i)

peranan dan fungsi

ii)

proses penghasilan

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Kraf Tradisional dan juga Kraf
Dimensi Baru dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap sumbersumber rujukan lain serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan. Kumpulkan
koleksi gambar pelbagai kraf tradisional dan gambar foto tentang kraf dimensi.

3. Hasilkan kraf anyaman 3 dimensi dengan menggunakan bahan gantian yang sesuai
dengan persekitaran sekolah.
4. Hasilkan salah satu wau tradisional dengan menggunakan bahan yang sesuai
dengan mengikut spesifikasi yang berikut:
Saiz

Anggaran

cm x

cm

Motif

Pokok menjalar

Warna

Tidak lebih 4 warna.

Bahan

Sesuai dan mudah didapati

Anda diminta membaca, mengkaji dan menganalisa tentang beberapa jenis wau
yang terdapat di Malaysia.

SOALAN
1,

Dengan menggunakan pengurusan grafik buat banding beza antara tembikar

sayong dan tembikar Sarawak dari segi bahagian tembikar dan motif.
2.

Cadangkan bagaimana untuk membuat penambahbaikan untuk ciptaan dimensi

baru terhadap produk-produk kraf tradisional yang memberi nilai tambah terhadap
indusri dan ekonomi negara.
3.

Bincangkan apakah kesan terhadap industri kraf yang menghasilkan kraf secara

tradisional dan yang menggunakan mesin sebagai mass production.


4.

Batik tradisional mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu, huraikan maksud

pembahagian kain batik dan motif.


5.

Berdasarkan Kajian Masa Depan (KMD), bagaimana cara agar industri kraf

tradisional dapat dikekalkan dan ditingkatkan sejajar dengan dunia tanpa sempadan
dan mendapat sambutan di peringkat global.
6.

Bagimanakah corak-corak yang terdapat di sebahagian kraf tradisional dapat

membantu dalam kotak pembungkusan barangan.

Tutor boleh memilih beberapa soalan di atas yang boleh dibincangkan secara
kumpulan dan individu di dalam kelas.

Anda dikehendaki membawa semua hasilan kraf dan soalan ke sesi semasa
tutorial. Pamerkan hasil kraf yang dihasilkan. Bincangkan bersama dengan
rakan-rakan tentang pemilihan kandungan, penggunaan alat, manipulasi bahan
dan kesan yang dihasilkan.

Rumusan:
Anda sudah menjalankan beberapa aktiviti kraf dan menjawab soalan latihan.Anda juga
telah dapat menguasai, memahami menggunakan pelbagai alat, bahan, kaedah dan
teknik dalam penghasilan produk kraf tradisional.Kemahiran yang telah anda perolehi
dapat meningkatkan kemahiran dan keyakinan anda semasa pengajaran dan
pembelajaran bagi tajuk Mengenal Kraf tradisional di sekolah nanti.

Anda mungkin juga menyukai