Anda di halaman 1dari 100

TAJUK 2 MENGENAL KRAF TRADISIONAL

ALAT PERMAINAN
DISEDIAKAN OLEH MOHAMAD HAKIM BIN MAT YUSOF

Kraf tradisional alat permainan


PENGENALAN Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. .

CONTOH PERMAINAN

Congkak

Wau

Gasing

Batu Seremban

Sepak Raga

LATAR BELAKANG CONGKAK


Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000SM hingga 7000 SM di masa kini Jordan.

Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka. Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah.

WAU Permainan wau ini juga dikenali sebagai layanglayang. Permainan wau amat digemari oleh Penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasankawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Cara Bermain Wau

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali aka n ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

JENIS-JENIS WAU

BAHAGIAN BADAN WAU

PROSES PENGHASILAN WAU


1. Memilih buluh 2. Meraut buluh 3. Membuat rangka 4. Menampal rangka 5. Membuat corak 6. Menampal corak 7. Memasang teraju

BATU SEREMBAN
Satu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.

SEPAK RAGA
Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 M. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah. Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring. Sepak raga dimainkan dalam bulatan, manakala sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, menggunakan gelanggang seperti dalam permainan badminton. Sepak raga juga telah digantikan dengan bola lain sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimang bola dalam.

GASING
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. Gasing dibuat daripada kayu berbaru,kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

CARA BERMAIN GASING


Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.

Melilit Tali

Melilit Gasing Memangkah Gasing

Memusing Gasing

Pangkah Totok Pangkah Hentak

Pangkah layang

TAJUK 3
MENGENAL KRAF TRADISIONAL

ANYAMAN
DISEDIAKAN OLEH FAIZAL IZWAN B JAMALUDDIN

ANYAMAN

Definisi Anyaman Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuhtumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.

Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh,
pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Sejarah dan Perkembangan Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di

peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh,


Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Jenis Anyaman

Bahan

Hasil anyaman

Anyaman Mengkuang

Daun mengkuang Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain

Anyaman pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan dinding,


Jenis Anyaman Bahan Hasil anyaman

Anyaman Buluh buluh Tikar, Bakul, bekas pakaian, Anyaman Mengkuang Jenis-jenis Daun mengkuang tudung salji, bekas pakaian dan lain-lainnyiru, beg dan lain-lain
Anyaman pandan Anyaman Buluh

yang sesuai Jenis-jenis buluh yang


sesuai Rotan yang telah diproses Lidi kelapa Paku pakis ribu-ribu.

Daun pandan duri

Tikar sembahyang, hiasan dinding, Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain

Anyaman Rotan Anyaman Lidi Anyaman ribu-ribu

Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain Lekar, bekas buah, bekas telor. Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain.

Anyaman Rotan

Rotan yang telah Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain diproses

Anyaman Lidi

Lidi kelapa

Lekar, bekas buah, bekas telor.

Anyaman ribu-ribu Paku pakis ribu- Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba ribu. guna dan lain-lain.

Tokoh Anyaman Pandan dan Mengkuang


Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.

Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman:

Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas
Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga

ALATAN ANYAMAN TIKAR Penganyam harus mempunyai beberapa alat kelengkapan semasa proses penyediaan daun,

pewarnaan dan anyaman. Alat-alat yang diperlukan ialah:

1.

Parang Digunakan untuk memotong daun-daun pandan dan mengkuang dari pokoknya. Ia juga

digunakan untuk memotong atau menetak bahagian pangkal dan hujung daun.

2.

Pisau

Pisau digunakan semasa proses anyaman. Anyaman yang telah disisip akan meninggalkan

lebihan bilah daun dan lebihan itu akan dikerat sebagai langkah terakhir proses anyaman. Sejenis pisau lagi yang diperbuat dari buluh sebagai pemegang dan sekeping besi nipis

dihujungnya, digunakan untuk membuang duri di bahagian tulang belakang (mempulur) daun. Tali sabut juga kadangkala digunakan untuk membuang mempulur daun. Tali sabut ini diikat

menjadi bulat dan diletakkan di antara ibu jari dan jari telunjuk. Daun pandan dan mengkuang akan melalui di antara jari tersebut dengan kedudukan mempulurnya menghala ke atas.

3.

Jangka

Dikenali sebagai sisir kayu/ buluh bermata tajam. Tangkai jangka diperbuat dari

buluh atau kayu. Bahagian kepala tangkai diletakkan dengan beberapa mata tajam. Jangka mempunyai beberapa saiz tertentu, ia bergantung pada jumlah serta jarak mata yang digunakan. Kedudukan mata yang rapat akan menghasilkan bilah daun yang kecil dan sebaliknya. Jangka digunakan untuk mencarik atau memotong daun pandan dan mengkuang

menjadi bilah-bilah atau helaian daun.

4.

Pelurut

Pelurut diperbuat dari buluh dan ukurannya adalah antara 17cm panjang dan

empat hingga lima sentimeter lebar. Pelurut digunakan bagi melembutkan bilah atau helaian daun yang telah

dijangka ketika proses penyediaan pelurut. Pelurut juga digunakan sebelum proses anyaman kerana bilah atau helaian

daun yang telah diwarnakan perlu dilembutkan sekali lagi bagi memudahkan kerjakerja anyaman dilakukan

5.

Penyisip

Penyisip diperbuat dari buluh dan mempunyai bentuk yang agak runcing di

bahagian hujungnya Penyisip digunakan ketika sisipan dilakukan di peringkat proses anyaman. Tujuan sisipan dilakukan adalah untuk mengelakkan anyaman dari

terburai

6.

Tempayan

Tempayan digunakan untuk merendam bilah atau helaian pandan/mengkuang

7.

Besen/baldi

Besen/baldi digunakan pada masa proses pewarnaan. Bilah atau helaian

pandan dan mengkuang yang telah diwarnakan akan dicelup ke dalam besen/ baldi yang mengandungi air.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMULAKAN ANYAMAN TIKAR

PROSES PENYEDIAAN DAUN

1.

Pemilihan dan pemotongan daun Daun yang dipilih mestilah tidak terlalu tua atau muda, sekurang-kurangnya

berusia kurang dua tahun.

Daun dipotong di bahagian pangkalnya sehelai demi sehelai. Waktu yang sesuai untuk mengambil daun ialah pada waktu pagi atau petang

bagi mengelakkan daun dari cepat layu.

Daun ini kemudiaannya disusun berlapis-lapis, antara tiga

hingga lima helai, dan dipotong di bahagian pangkal dan hujung daun. Selepas itu duri di bahagian tulang belakang(mempulur) daun dibuang.

2.

Melayur daun Daun dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuning-kuningan. Proses ini

dilakukan supaya daun menjadi lembut dan lebih tahan lama. Daun yang lembut akan memudahkan proses menjangka.

3.

Menjangka daun Menjangka merupakan proses membelah/ mengoyak/ mencarikkan daun tersebut Penggunaan alat jangka diperlukan bagi proses ini. Daun diletakkan di atas peha

menjadi bilah-bilah atau helaian daun yang kecil.

yang telah dialas dan jangka bermata tajam dicucuk pada daun dan ditarik pelahan-lahan.

4.

Melurut Daun yang telah dijangka akan dibiarkan selama lebih kurang satu jam

supaya kering. Kemudian daun tersebut dilurut menggunakan pelurut.


Proses melurut dilakukan berulang kali supaya bilah atau helaian daun

menjadi lembut dan tidak bergulung.

5.

Merendam

Selepas dilurut, bilah-bilah daun ini diikat atau ditongkolkan untuk direndam.

Tongkol-tongkol direndam di dalam tempayan yang mengandungi air biasa selama dua malam. Air mesti ditukar sebanyak dua kali sehari.

Bilah-bilah pandan/mengkuang direndam untuk melunturkan warna asalnya

(hijau). Ikatan tongkol ini kemudian dibuka untuk dicuci dan dijemur.

CORAK ANYAMAN TIKAR Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat 11 corak yang dianyam iaitu: 1. Corak Tapak Catur seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil cantuman warna cerah Corak Mata Bilis menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam satu mata sahaja Corak Beras Patah menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata diselangi

dan gelap 2.

dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah. 3.

dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan beras patah.

4.

Corak Palembang berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang dianyam dengan
Corak Bugis berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih. Corak Muar berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah dan biru

warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih. 5.

Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong. 6.

serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak digunakan adalah campuran merah dan biru.

7.

Corak Selang-seli penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama Corak Berdiri kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi untuk Corak Serong corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini serta amat

banyak dan selari. 8.

mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar. 9.

digemari oleh para penganyam. 10. Corak Ketapang Gilir Kacang seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap. 11. Corak Malaysia corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru

CONTOH-CONTOH KELARAI

LANGKAH ANYAMAN TIKAR 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Bilah daun diletakkan bersilang dan bertindih di antara satu sama lain. Hujung bilah (A2) dilipat keliling Bilah daun baru ditambah (C) Bilah daun baru ditambah (D) dan sebahagiannya bertindih dengan bilah (A) Bilah (B2) dilipat ke atas melalui sebelah belakang bilah (C1-C2) Bilah (B1) pula dilipat ke atas Bilah (A1) dilipat ke bawah Bilah (B2) dilipat ke bawah Dua bilah baru ditambah (E dan F)

10. Bilah (C2) dilipat mengelilingi bilah (E) 11. Bilah (A1) dilipat ke atas dan bilah (D1) ke bawah

1. MOHAMAD HAKIM BIN MAT YUSOF

TAJUK 4
MENGENAL KRAF TRADISIONAL

BATIK
DISEDIAKAN OLEH FAIZAL IZWAN B JAMALUDDIN

BATIK
Batik merupakan kraf tangan tradisional yang terkenal di Malaysia. Kini seni tekstil inisemakin digemari oleh semua malah digemari juga oleh pelancong-pelancong luar negara

Perkataan batik berasal daripada bahasa Indonesia yang bermaksud


pakaian yang mempunyai titik-titik kecil. Perkataan tik bermaksud titik yang asalnya daripada bunyi berdetik atau tik-tik. Ada yang mengatakan bahawa perkataan batik berasal dari Jawa iaitu tritik iaitu proses

menghasilkan batik.

Sejarah perkembangan Batik

Mengikut catatan sejarah, batik dalam bentuk primitif diketahui wujud sejak 2,000

tahun laludi Parsi dan di Mesir. Di negara China dan Jepun kain bercorak batik mula digunakan sejak abad ke tujuh dan ke lapan lagi. Di Tanah Melayu, batik mula diperkenalkan sejak abad ke 15 Masihi iaitu di zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik pelangi telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu.

Sejarah batik di Malaysia mula di ketahui pada abad ke 18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan Batik di Terengganu.Dalam tahun 1911 apabila Haji Che Su bin

Haji Ishak memulakan perusahaan Batik dikawasan Lorong Gajah Mati, Kota Bahru
Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai Batik Pelangi. Pada masaitu kain di import dari Thailand jenis Kain Pereir sementara itu warna dibuat sendiri denganmenggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelang hanyalah Biru dan hitam sahaja.

Pada tahun 1922 Haji Che Su telah mengeluarkan batik yang

menggunakan blok kayu. Pada tahun 1926 kemasukan pewarna kimia dari Eropah
telah membawa perkembanganBatik. Reka corak batik mula dipengaruhi dengan reka corak Batik Indonesia. Dalam tahun1932 seorang ahli perniagaan dari Terengganu Haji Ali bin Ismail

telah bertemu seorangdari tanah Jawa di Singapura dan mempelajari teknik-teknik


membuat batik. Di samping itu beliau juga membawa contoh-contoh blok batik yang diperbuat dari kayu ke Terengganu.Dengan menggunakan kepakaran Haji Awang (Bekas pekerja Haji Che Su) telah memulakan teknik-teknik baru

menggunakan blok kayu cara Indonesia.

Dalam Tahun 1936, Haji Ali membawa pulang blok tembaga dari Singapura dengan

menggunakan cara baru iaitumenggunakan teknik terapan lilin. Batik stensil dengan menggunakan pemidang skrin diciptaoleh Mohd Yussof & Company

dalam tahun 1933. Batik ini mendapat idea apabila En. Mohd Yussof pergi ke Bangkok. Atas tunjuk ajar seorang dari Eropah bernama Dr. Schmidt (Wakil Syarikat Singapura pengeluaran pewarna batik Widsor & Co.) kepada Mohd Yusoff dan Haj iChe Su maka batik cetakan Skrin menjadi terkenal di Kelantan. Sehingga ke hari ini perusahaan Batik terus berkembang dengan menggunakan canting

yang telah dipopularkan oleh kumpulan pelukis-pelukis muda sekitar tahun 1970-an . Penggunaan canting adalah pengaruh dari batik canting Indonesia kemudian

sekumpulan pelukis telah menggunakantekniknya dalam bentuk teknik melukis. Akhirnya teknik ini menjadi digemari dan menjadi identity baru dalam seni batik.

Jenis-jenis dan teknik Batik


1.Batik Blok -Batik yang menggunakan blok logam untuk menghasilkan corak 2.Batik skrin -Batik yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker 3.Batik tulis -Batik yang menggunakan alat canting dan lilin untuk menghasilkan corak 4.Batik pelangi-Batik yang menggunakan kaedah ikat dan celup.

Alat dan bahan untuk membuat batik canting


1 canting 2 damar 3 lilin 4 warna batik 5 pemati warna (sodium silicate) 6 bingkai kayu 7 periuk 8 kain putih (sutera, fuji, kapas)

Proses menghasilkan batik 1 Lukis corak batik di atas kertas

2 Letakkan kain di atas lukisan bercorak dan buat salinan perdua


.3 Rentang kain pada pemidang kayu menggunakan paku tekan. 4 Lilin kain menggunakan canting di atas kain yang dilukis .5 Warna corak yang dicanting. 6 Sapu pemati warna di atas kain. 7 Biarkan kain selama 8 hingga 10 jam, kemudian basuh sehingga bersih .8 rebus kain di dalam air. 9 Jemur kain yang telah dibersihkan.

Tokoh Batik
i. Haji Che Su bin Ishak tokoh Batik dari Negeri Kelantan. Beliau dilahirkan dalam tahun 1817. Beliau membuka perusahaan bati pada tahun 1911 di Kampung Lorong GajahMati Kota Bahru Kelantan. Beliau adalah pengasas batik dan bermula dengan batik pelangi dan batik blok yang menggunakan blok umbut pisang dan blok kayu.

. ii. Haji Ali bin Ismail tokoh Batik di Negeri Terengganu. Beliau telah belajar cara membatik dengan orang Jawa di Singapura pad tahun 1932. Beliau

mula menggunakan batik blok kayu dan blok tembaga yang dipengaruhi dari Batik Jawa. Hingga lah perusahaannya menjadi terkenal dan terbesar terletak di kampung Hiliran, Kuala Terengganu. Pada tahun 1950 pekerjanya seramai 200 orang.

CONTOH CONTOH BATIK LUKIS

CONTOH-CONTOH BATIK COP

TAJUK 5 MENGENAL KRAF TRADISIONAL

ALAT PERHIASAN DIRI

DISEDIAKAN OLEH MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THANI

AZRIL

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THANI

HIASAN TELINGA

HIASAN LEHER

HIASAN TANGAN

HIASAN KEPALA

JENIS-JENIS PERHIASAN DIRI


HIASAN PAKAIAN

HIASAN PINGGANG

AZRIL

MOHD AZRIL B.HAJI MOHD THAN

Cucuk sanggul Kebanyakan wanita Melayu zaman dahulu menyimpan rambut panjang dan membuat sanggul. Mereka menggunakan pelbagai cucuk sanggul.Cucuk sanggul diperbuat daripada buluh, tembaga, perak, suasa dan emas. Cucuk sanggul digunakan untuk menyemat dan menahan sanggulsupaya tidak terburai. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai hiasan yang menambahkan seri kepada si pemakai. Untuk itu cucuk sanggul dihias dengan batu-batu permata beranika warna. Wanita nyonya dan ceti di Melaka menggunakan beberapa cucuk sanggul yang menyerupai ekor merak yang kembang. Sikat atau sisir rambut Sisir rambut merupakan alat untuk mengemas dan merapikan rambut. Selain digunakan untuk menyisir rambut, sikat juga digunakan sebagai hiasan kepala yang telah disematkan pada sanggul dalam kedudukan tertentu. Sikat dibuat daripada bahan seperti kayu, tanduk, buluh, tulang, gading dan MOHD AZRIL B. HAJI MOHD kulit. Bahagian atas mata sisir dihiasi dengan ukiran yang menarik. THANI

AZRIL

Penutup Kepala Memakai penutup kepala ialah satu kelaziman bagi orang Melayu zaman dahulu sama ada lelaki dan perempuan. Orang lelaki memakai tengkolok. Tengkolok golongan bangsawan dan pengantin lelaki biasanya dihiasi dengan barang kemas yang diperbuat daripada emas bermotifkan flora dan fauna dalam berbagai bentuk. Mahkota pula, digunakan dalam adat istiadat di raja atau dipakai oleh pengantin. Ia diperbuat daripada logam biasa atau emas bertahtakan intan permata.

AZRIL

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THAN

AZRIL

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THAN

AZRIL

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THAN

AZRIL

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THAN

AZRIL

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THAN

AZRIL

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THAN

HIASAN LEHER

AZRIL

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THAN

AZRIL

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THAN

Gelang tangan sangat disukai oleh wanita dari dahulu hingga sekarang. Ia diperbuat

daripada emas atau perak. Ada gelang yang berukuran timbul bermotifkan flora dan bentuk geometri.

Terdapat juga gelang yang dihiasi dengan permata mengikut citarasa pemakainya.

Ada gelang yang dibuat lohong di dalamnya dan ada juga yang padu.

Gelang yang berbentuk rantai dinamakan rantai tangan dan dipakai di pergelangan

tangan. Bentuknya leper dan kadangkala diikat dengan batu permata.

Gelang kaki biasanya dipakai oleh pasangan pengantin dan keturunan di raja.Bentuk

dan pembuatannya adalah serupa dengan gelang tangan dan selalunya dipakai sepasang. Terdapat pelbagai ukiran yang dijadikan hiasan pada gelang kaki

AZRIL

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THAN

HIASAN TANGAN
AZRIL

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THAN

HIASAN PINGGANG

AZRIL

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THANI

AZRIL

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THANI

AZRIL

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THAN

TAJUK 7 MENGENAL KRAF TRADISIONAL

tenunan

DISEDIAKAN OLEH MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THANI

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THANI

Tenunan Pahang: a. Berasal dari Riau, Sulawesi b. Menggunakan benang kapas dan sutera c. Menggunakan bahan pewarna semulajadi iaitu daun terung( biru), kunyit( kuning), dan air perahan belimbing untuk mematikan warna. Di Kelantan dikenali sebagai tenunan balas atau setuli benang. Tenunan songket: a. Menggunakan benang emas dan perak b. Terdapat dua jenis songket iaitu tekat 3 dan tekat 5 Tenunan pua: a. Menggunakan teknik nikat dan celup ke dalam warna b. Digunakan untuk majlis kelahiran dan kematian serta popular di Sarawak.

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THANI

Jenis Tenunan
Kain sarung- mempunyai bahagian kepala, badan dan kaki , dan dipakai oleh

kaum wanita. Kain bukang/samping - lebih kecil daripada kain sarung dan ke dua-dua hujung disambung untuk jadikan kain samping. Kain selendang- kainnya panjang dan mempunyai kepala di kedua-dua hujungnya. dijadikan selendang.

Kain destar/tanjak/tengkolok-kain dilipat dan diikat serta dijadikan perhiasan kepala.


Kain lepas- tenunan tanpa corak-lebih kecil dari kain bujang. Kain kampuh- menjadi kain kelubung atau kain sarung-selempang bahu untuk lelaki.

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THA

Motif Tenunan
Fauna

Awan larat

Benda Flora Geometri

Makanan

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THANI

CORAK TENUNAN

Proses tenunan
Bahan-benang kapas, sutera dan linen -pewarna dari sumber asli Alatan-kek lantai atau kek injak kaki, kektangan, jentera, sikat jentera, rahak, anak geliging, lidi buluh, torak, cuban, pelenting, pasong dan papan gulung.

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THA

PROSES MENENUN
a. Melerai benang-gunakan rahak dan pelenting-benang bewarna dimasukkan ke dalam rahak dan putar kepada pelenting. b. Menganing-untuk mendapatkan ukuran panjang benang. c. Menggulung benang loseng-menggulung benang pada papan gulung. d. Menyapuk-benang loseng dimasukkan dalam gigi jentera. e. Mengarat-pembentukan dua lapisan benang loseng.

f. Menyolek-menyusun lidi-lidi buluh pada benang berasaskan corak.


g. Menenun-menggunakan alat dipanggil kek tumpah atau kek injak-tenunan dilakukan dengan menjalin benang secara berselang seli antara benang

loseng dengan benang pakan.


MOHD AZRIL B. HAJI MOHD

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THA

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THAN

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THA

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THA

MOHD AZRIL B. HAJI MOHD THA

TAJUK 7 MENGENAL KRAF TRADISIONAL

TEKAT

DISEDIAKAN OLEH MOHD SHAHIR BIN MOHAMED

Dikenali tekat bersuji atau sulaman timbul. Ia merupakan seni sulaman benang pada kain dasar dan dibentuk dengan menggunakan kertas yang dilitupi benang emas.

Seni tekat seusia dengan tenunan songket dan keduanya

mempunyai persamaan, iaitu menggunakan benang emas.Tekat mempunyai bentuk seperti ukiran kayu timbul. Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk

meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk
membentuk bunga tekat.

Untuk

istiadat dan upacara - Perkahwinan - Peminangan - Kelahiran - Berkhatan - Berkhatam quran

Sebagai pakaian kebesaran Hiasan seharian

MOTIF TUMBUHAN ( FLORA )

MOTIF GEOMETRI ( BERSUDUT )

MOTIF AWAN LARAT

MOTIF BURUNG

Tekat Timbul Bunga Emas


- Tekat timbul bunga emas menggunakan motif dan corak daripada mempulur dan diliputi

Tekat

Gubah

- Tekat gubah tidak menggunakan mempulur, sebaliknya corak dilukis pada kain dasar. - Corak ini kemudiannya disulam dengan benang emas atau perak. - Hiasan tekat gubah ditambah dengan hiasan

benang emas atau perak.

manikdan labuci. Tekat jenis ini terdapat pada


lemudi pintu,sejadah,pakaian diraja dan lain-lain.

BENANG PUTIH BENANG EMAS KAIN DASAR ( BALDU )

GAM / KANJI

JARUM PEMIDANG KAYU

Sediakan pemidang

Regangkan kain putih atas pemidang

Letakkan kain baldu atas kain putih

Rentang benang emas atas mempulur

Letakkan mempulur atas kain baldu

Cantumkan keduadua kain tersebut guna jahitan sembat

Jahit benang emas dengan benang putih

Ulangi proses hingga siap

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

ALAT PERTAHANAN DIRI

DISEDIAKAN OLEH MOHD SHAHIR BIN MOHAMED

PENGENALAN
Merupakan satu alat yang digunakan untuk mempertahankan diri.

LEMBING KERIS

GOLOK
JENIS ALAT MEMPERTAHANKAN DIRI BADIK TUMBUK LADA KERAMBIT

KERIS

BADIK

LEMBING

GOLOK

KERAMBIT

TUMBUK LADA

ALAT MEMBUAT SENJATA


MUSANG
Diperbuat daripada kayu dan berbentuk seperti tong panjang Berfungsi untuk mengepam dan menghembuskan angin yang terperangkap masuk dalam saluran dapur. Juga dikenali kelubung di perak dan hembusan di kelantan.

Andas Landasan yang diperbuat daripada sekeping besi tebal berbentuk jonkong timah. Digunakan sebagai tempat mengetuk,menitik dan menempa besi yang panas Lepa Sejenis alat pemotong besi. Digunakan untuk mengetuk lepa pada besi panas.

Tukul Digunakan untuk menempa alat-alat besi yangnipis matanya. Kikir Digunakan untuk melicin dan menghaluskanmata senjata yang telah dibentuk. Penyepit Digunakan untuk memegang besi panas.

Penyepuh Digunakan untuk menyepuh alat-alat besi yang telah ditempa,diketuk dan dikikir untuk menjadi sejuk,tajam,kukuh dan tahan lama. Penangi Untuk membentuk temin supaya menjadi bulat dan sesuai dengan bentuk hulu. Jara sila Digunakan untuk membuat lubang hulu.

Temin
Untuk mengukuhkan kedudukan alat-alat besi di pangkal hulu.

Arang
Digunakan sebagai bahan bakar.

LANGKAH MEMBUAT SENJATA

Terhasil dari teknik menempa Besi yang dicairkan dikeluarkan dari tempat pembakaran dan dituang mengikut acuannya.

Proses mengetuk dan menempa besi dimulakan mengikut bentuk


yang dikehendaki.

Anda mungkin juga menyukai