Anda di halaman 1dari 16

SEJARAH TENUNAN

Seni tenunan adalah suatu warisan yang terus mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan Nusantara.
Faktor yang mendorong perkembangan seni tenunan ini dapat disorot pada kepentingan kedudukan rantau
ini dari segi geografi. Sebagai tempat persinggahan kapal yang strategik, Nusantara menjadi tumpuan utama
pedagang dari Tanah Arab, India dan China. Antara barangan yang didagang ketika itu ialah kain termasuk
kain tenun. Oleh sebab itu, seni tenunan di Nusantara banyak dipengaruhi dari negara-negara tersebut.
Di antara tenunan yang paling terkenal ialah Songket Melayu dan Tenunan Pua peribumi Borneo. Perusahaan
tenunan ini banyak dilakukan di negeri Pantai Timur khususnya di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Teknik hasil kraftangan tenunan utama yang menampakkan keseragaman tekstil Melayu. Kain tenunan beerti
kain atau tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat daripada benang.
Tenunan awal yang dihasilkan dengan menggunakan alat tenun duduk, yang masih kekal dalam budaya
masayarakat Iban. Masyarakat Bajau Darat atau Iranun juga mewarisi alat tenunan duduk, tetapi
berkembang kemudiannya dengan alat tenun berkaki seperti alat tenunan di wilayah budaya tekstil Meayu
pesisir yang lain. A.J Hill ( 1949 ) beranggapan bahawa menenun adalah perusahaan yang tertua yang telah
dihasilkan di Terengganu dan Kelantan dengan menggunakan kei berkaki. Peralatan yang lebih maju
berbeza dengan alatan duduk suku Iban, Iranun, Bajau, Batak ( ikat Pakan ).
KAIN CINDAI
Kain Cindai atau juga dikenali sebagai kain Limar, merujuk kepada
kain tenunan sutera halus yang bermutu tinggi. Kain Cindai
merupakan kain yang mempunyai tenunan benang tinggi setiap inci
dan dikatakan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Jumlah
tenunan ikat berkembar yang tinggi ini menjadikan kain Cindai amat
kukuh dan menjadi rebutan kerana dianggap mampu menahan
tikaman senjata. Ini boleh dianggap sebanding dengan pengunaan
baju sutera oleh pahlawan Mongol yang menyebabkan panah yang
menembusi tubuh mereka tidak mampu menembusi alas
baju sutera mereka, dengan itu membolehkan mata panah ditarik
keluar
Pembuatan kain Cindai juga memerlukan kapakaran menenun yang tinggi,
menyebabkan jumlah yang dihasilkan terhad dan dengan itu mendapat
permintaan yang tinggi. Ini menyebabkan harganya tinggi dan menjadi simbol
status sebagai bangsawan dan hartawan.
Kain cindai juga digunakan sebagai senjata kerana kekukuhannya dan digunakan
secara menyebat. Ia juga digunakan secara mencekik, menyambar anggota badan
lawan dan mengunci atau mengikat pergerakan lawan. Kebiasaannya untuk
pertarungan, satu hujung kain ini akan diikat dalam simpulan tertentu untuk
berfungsi sebagai pemberat bagi memudahkan ia disebat. Pakar cindai boleh
menyebat simpulan ini dengan tepat dan dikatakan mereka dapat memecahkan
busut dengan ketepatan dan kekuatan sebatan itu. Kebiasaannya pesilat wanita
menggunakannya sebagai senjata pertahanan diri kerana kain cindai digunakan
sebagai tudung/selubung, selendang atau ikat pinggang dalam pemakaian
tradisional pakaian wanita Melayu.
SEJARAH KAIN CINDAI
Catatan sejarah membayangkan bahawa kain cindai dibawa masuk ke
Tanah Melayu pada abad ke-12 atau ke-13 Masihi. Kain ini berasal
dari Hadrami di wilayah Gujerat, India dan dibawa ke negara ini oleh
pedagang Islam melalui pelabuhan Terengganu. Kain cindai ialah
sejenis kain nipis dan ringan yang ditenun daripada benang sutera
yang sederhana kasar. Coraknya dihasilkan dengan teknik ikat dan
celup. Kain cindai dibahagikan kepada dua jenis iaitu cindai jantan
dan cindai betina. Perbezaannya dikenali pada corak atau bunga dan
pada warna latar atau tanahnya. Cindai jantan mempunyai bunga
yang kasar dan garang, manakala cindai betina menampilkan bunga
yang halus dan lembut. Bunga kain cindai diberi nama yang unik
seperti giling kacang, hujan lebat, sekawan merpati dan tikar ru
KAIN LIMAR
Pada tahun 1773 pemerintah Melaka, Sultan Mansur Syah I telah
meminta para penenun istana mencipta sejenis kain yang menyerupai
kain cindai dan kain songket. Daripada pemerintahan diRaja itu,
lahirlah kain limar. Ketika kain limar mula-mula dihasilkan dahulu,
kombinasi warna-warna buah limau iaitu rentetan warna dari hijau
kuning ke merah tua digunakan. Kain limar ditenun daripada benang
sutera dan bersulam benang emas. Kedua-dua cara digunakan untuk
membuat kain cindai dan kain songket. Teknik buatan kain limar sama
dengan kain cindai cuma perbezaannya sebelum ditenun, coraknya
ditentukan dengan cara mengikat benang-benang itu berkelompok
pada alat aning. Kain limar merupakan pakaian wanita istana pada
zaman dahulu.
KAIN RUNGUS
Kain yang ditenun secara tradisional ini diusahakan oleh kaum Rungus
yang mendiami daerah Kudat, Sabah. Tenunan Rungus menggunakan
benang kapas. Proses menenun kain Rungus ini serupa dengan proses
menenun kain dastar dan kain pua. Alat tenunan dipanggil kek
sandang belakang untuk menenun dastar dan disebut babaal dalam
bahasa Rungus. Warna tradisi kain Rungus ialah hitam, merah, kuning
dan putih. Warna kuning dan putih digunakan sebagai warna
rekacorak dan jalur. Corak kain ini direka supaya jalur-jalur tersusun
mengikut motif yang berlainan. Motif tenunan Rungus berunsurkan
bentuk binatang, manusia, senjata dan tumbuh-tumbuhan
KAIN PUA
Tenunan Pua diusahakan oleh kaum Iban di Sarawak. Alat tenunan tradisional ini dinamakan kei tumpah.
Alat ini biasanya tersimpan di beranda rumah panjang. Semasa menenun, alat ini diikatkan pada tiang rumah
dan tenunan diregangkan dengan menyandangkan pada penenun. Tenunan pua dikaitkan dengan cara hidup
masyarakat Iban. Kerja menenun itu dilakukan sendiri mengikut adat, penenun mesti akur pada petua dan
pantang larang. Misalnya, rekacorak hantu atau roh yang dikenali sebagai engkeramba tidak boleh ditenun
di pinggir pua. Rekacorak itu mesti ditenun di tengah-tengah pua dan dipagari oleh rekacorak kemerbai. Jika
tidak dilakukan sebegitu, hantu atau roh itu akan terlepas dan mengacau penghuni rumah panjang atau
mungkin membawa malapetaka ke atas mereka. Tenunan pua ada pelbagai jenis. Di antaranya ialah pua
mata, pua rara dan pua kumbu. Pua kumbu adalah pua yang paling rumit. Cuma penenun yang mahir dan
cekap sahaja sanggup untuk menghasilkannya. Manakala, pua mata dan pua rara biasanya ditenun oleh
penenun yang kurang mahir atau baru belajar. Kebanyakan corak yang digunakan adalah berunsurkan
tumbuh-tumbuhan dan binatang. Motif tenunan dihasilkan daripada teknik ikatan iaitu ikat dan celup.
Pewarnan tenunan pua diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan seperti kunyit, pinang dan kulit kayu baku.
Warna utama yang digemari adalah merah tua, coklat, kuning dan hitam. Biasanya kain pua yang kasar
dijadikan selimut manakala kain pua yang halus dijadikan kain sarung dan jaket untuk dipakai pada majlis-
majlis tertentu. Kini, kegunaan kain pua dipelbagaikan seperti hiasan dinding, beg tangan, kulit fail, alas meja
dan sebagainya.

MOTIF KAIN PUA


Kain mugah
Tenunan Mugah adalah dipercayai telah dibawa daripada Cota Bato, Filipina. Penenun kain ini adalah terdiri
daripada golongan bangsawan Kesultanan Sulu yang berkhidmat sebagai penenun kain bangsawan
Kesultanan Sulu. Pada masa itu kain Tenunan Mugah digunakan sebagai kain sarung oleh golongan
bangsawan Kesultanan Sulu di Filipina.
Pada masa kini, kain Tenunan Mugah diusahakan oleh suku kaum Irranun di Sabah. Ianya diusahakan di
beberapa buah kampung di Kota Belud, satu daripadanya adalah Kampung Merabau, satu daerah yang
terkenal dengan keluaran hasil tenunan seperti kain Dastar, Mugah, Baraguru, Sambitan, Ampik dan Tapak
Sila. Di kampung tersebut nama-nama seperti Hajjah Ramiah Bte Abdullah, Puan Latifah Bte Abdullah, Puan
Tiandoong Bte Ashim dan Puan Sabnah Bte Dullah begitu sinonim dengan penghasilan produk tenunan
tradisi suku kaum itu. Penggunaan kain Tenunan Mugah telah diubahsuai mengikut peredaran masa. kini
kain Tenunan Mugah digunakan sebagai pakaian pengantin suku kaum Irranun di Sabah dan ianya juga
dijadikan sebagai pakaian tradisi yang digunakan untuk persembahan tarian pada masa perayaan oleh suku
kaum itu.
Pada masa dahulu penghasilan kain Tenunan Mugah menggunakan bahan-bahan yang diproses sendiri.
Berbeza dengan masa kini, bahan-bahan keperluan pembuatan kain Tenunan Mugah boleh diperolehi
daripada kedai-kedai. Alat tenunan tradisi untuk penghasilan kain Tenunan Mugah dalam bahasa Irranun
dipanggil Aulon (Back Strap). Kini penghasilan kain ini boleh dibuat dengan mengguna
TENUNAN SONGKET
Sejarah Songket

Dari segi sejarah, tenunan songket hanya dipakai golongan


bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri.
Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu
menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar.
Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang
lampau. Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan
agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna
tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.
Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan
songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.

Kain songket merupakan tenunan yang dihasilkan daripada jalinan benang loseng (yang menunggu) dengan benang pakan (yang
mendatang). Proses pada asasnya mudah, ini dapat menghasilkan ciptaan seni tampak yang indah dan menjadi kebanggaan
bangsa. Pusat tenunan di Semenanjung bermula di Terengganu. Pada masa ini Terengganu dan Kelantan adalah pusat pengeluaran
kain tenunan.

Tenunan sutera mempunyai corak yang mudah seperti corak Muar (susun melintang dan berdiri); corak Bugis (susunan bersegi
kecil), corak melintang tapak catur, kain limar, kain pelangi, corak parang, rosak, hingga ke tenunan songket dengan corak bintang
bertabur, jong sarat, dan teluk berantai.

Nama kain songket berasal daripada teknik membuat songket, iaitu menyongket atau menyolek bunga (emas) pada tenunan
sutera. Pada amnya songket terbahagi kepada dua jenis, iaitu tekat tiga dan tekat lima. Nama tekat itu berkaitan dengan
penggunaan bilangan lembaran benang sutera dan jarak antara lembaran benang emas yang disongket. Tekat tiga lebih sukar dan
rumit daripada tekat lima dan hasilnya lebih halus. Penggunaan benang emas yang dikembar dua yang dilakukan dengan selembar
benang sutera akan menghasilkan tenunan yang lebih bermutu dari segi teknik dan kesan.
Songket adalah lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman.
Kemahiran dan kreativiti tukang tenunan terselah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan
yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah mennggalakkan
lagi perkembangan tenunan tempatan. Tenunan songket mula dibeberapa negeri terutama di
negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Dizaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan strata atau
kedudukan seseorang. Secara tradisi songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus
dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Kini songket
ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi
untuk majlis-majlis tertentu.

Keanggunan kain songket selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk memperaga seni budaya,
ia juga turut diilhamkan dalam bentuk dimensi baru seperti penghasilan songket dalam bentuk
bag tangan, kasut, hiasan dinding, kusyen, bingkai gambar dan sebagainya.
Tradisi menenun masih dapat dikekalkan dan tiada berubah sebagaiman seratus tahun dahulu.
HAJAH ZAINAB
Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat
dilahirkan pada 22 Disember 1942
dari Kuala Terengganu
pencapaian yang paling membanggakan adalah apabila hasil tenunan
songket beliau telah mendapat perhatian dari kalangan istana.

Anda mungkin juga menyukai