Anda di halaman 1dari 7

PROSES MENENUN

Mencelup benang Pada masa kini penenun-penenun mewarnakan benang secara moden. Mereka menggunakan pewarna kimia yang diimport dari Amerika, Jerman dan England. Benang yang diwarnakan secara tradisional menggunakan pewarna tumbuh-tumbuhan seperti kesumba (carthanus tinctorius), kunyit (turmeric) dan sebagainya. Pewarna ini dicampur dengan jus asid buah gelugur atau buah belimbing. Sebelum benang sutera diwarnakan, ia perlu dibersihkan dengan memasukkannnya ke dalam air yang bercampur abu kerana sutera yang dibawa masuk dari China adalah sutera mentah, kasar dan berwarna kekuningan. Abu yang digunakan untuk mencuci sutera itu adalah dari kulit durian atau tangkai buah kelapa. Selepas itu ia dibilas dengan air yang bersih dan dikeringkan. Hasilnya sutera menjadi putih, lembut dan halus dan sedia untuk diwarnakan. Menerai Benang Setelah tongkol benang diwarnakan dan dikeringkan ia dililit kepada batang buluh kecil untuk dijadikan benang peleting dengan bantuan alat rahat dan Darwin atau daun ruing. Darwin
biasanya terdiri daripada bingkai yang dibina daripada palang-palang buluh yang dihubungkan dengan tali penjuru yang bertentangan. Pada bingkai ini dimasukkan setongkol benang yang kemudian benang ini dililitkan ke batang buluh yang dipanggil peleting dengan memusingkan pemutar rahat ynag merupakan satu lat untuk proses putaran. Rahat pada zaman moden ini terdiri daripada roda kayu sebesar jejari 12 inci yang dihubungkan ke tempat pemutar yang dipanggil tangan rahat. Menganing Benang Proses untuk penyediaan benang loseng dengan menggunakan alat anian yang terdiri daripada pemidang peleting dan bingkai pembuat loseng. Proses membuat benang loseng bertujuan menentukan berapa panjang benang yang perlu ditenun untuk mendapatkan saiz dan jumlah kain dikehendaki. Menyapuk benang Menyapuk dilakukan dengan menyusutkan dua urat benang loseng. Setelah zaman berlalu, cara menenun yang rumit telah mengalami sedikit perubahan. Sekarang untuk membuat latar belakang songket adalah lebih mudah dan cepat. Cara menenun latar belakang songket yang menggunakan teknik ikat memakan masa yang panjang dan tidak hairanlah kalau harganya terlalu mahal. Teknik menenun dan bahan yang digunakan dalam menghasilkan songket masih terpelihara sejak zaman berzaman. Mengarat Mengarat dimulakan dengan gelung bahagian bawah dahulu dan kemudian benang loseng diterbalikkan untuk dibuat gelung-gelung bahagian atas pula. Gelung-gelung ini dibuat dengan bantuan papan karat. Benang asing yang lebih tebal daripada benang loseng digunakan dalam membuat karat. Benang ini dimasukkan di bahagian bawah sebarisan benang loseng yang terangkat meninggalkn ruang yang disebut ruang belira iaitu ruang yang terjadi apabila kayu belira ditegakkan. Mengarat dimulakan dari bahagian hujung benang loseng.

Menyongket Semasa menenun kain, penenun memasukkan kayu sumbi pada bahagian bawah kain yang ditenun. Kayu sumbi digunakan untuk mengawal supaya tepi kain yang ditenun itu sentiasa lurus mengikut lebar kain yang ditentukan. Menenun Penenun akan menggerakkan pijak karat dengan kakinya dan torak yang mengandungi dua lembar benang emas di dalamnya, disilang merentasi ruang belira. Selepas itu belira dikeluarkan dan benang emas disikat dan ditekan dengan gigi jentera supaya kedudukan benang pakan kelihatan kemas.

Peralatan Menenun
1. Anak Kayu

Kegunaannya sebagai pemisah kepada benang yang digulung pada papan gulung di antara satu lapisan dengan lapisan yang lain. 2. Belebas Dikenali sebagal Belira untuk menyekat persilangan X pada benang Loseng supaya tidak bercampur atau kusut. 3. Gerup 4. Geliging 5. Gigi Jentera Untuk merapatkan daging kain. 6. Irek-irek Tempat pemijak kaki. 7. Karap Dibuat daripada benang buku nombor 8 8. Kayu dan Tali perengang. 9. Kayu Pasak Ia digunakan untuk menggulung kain yang telah siap ditenun sebelum dipotong kepada helaian yang ditentukan. 10. Kayu Sumbi

Kayu kecil sebesar ibu jari dan panjangnya lebih kurang 1.22 m / l.52 m (4 - 5 kaki), bergantung kepada lebarnya kain yang hendak ditenun. Pada kedua- dua hujungnya diletakkan jarum yang membengkok ke dalam supaya ketegangan kain dapat dikawal. 11. Ketapak Tempat meletakkan daun Ruwing atau pemegang daun Ruwing. 12. Lidi-lidi Buluh Diperbuat daripada buluh yang diraut sebesar lidi kelapa. Ianya menjadi pembahagi kepada lapisan benang Loseng yang digulung pada papan. Selain itu, lidi-lidi buluh ini digunakan sebagai pemisah di antara sehelai kain yang telah siap ditenun dan apabila hendak memulakan proses menenun yang baru. 13. Loseng Kayu penggulung benang yang dikenali sebagal 'Pakal Sutera' 14. Papan duduk Tempat duduk penenun semasa menjalankan proses menenun. 15. Papan Gulung Menggulung benang yang telah di 'ani' dan direntang bagi membuang kusut. 16. Papan Lilit Digunakan bagi menyusun corak benang Loseng dan menentukan ukuran benang yang hendak ditenun. 17. Peleting buluh Digunakan untuk proses menerau iaitu proses menggulung bagi menentukan banyaknya benang. 18. Peleting besi Digunakan sewaktu mengani dan memasukan benang ke dalam Torak. 19. Pemetik Kawat di mana Peleting disangkutkan dengan menggunakan tali kelapa, kemudian benang ditarik Papan lilit. 20. Pengait Alat yang diperbuat daripada tanduk atau buluh. Bentuknya seperti anak panah dibelah. Digunakan sebagai pengait untuk menarik benang Loseng ke dalam Karap dan Gigi Jentera.

21. Perentang 22. Pesa (Pese) Seakan kayu pasak. 23. Rahat Alat ini digunakan semasa menggulung benang dari daun Ruwing kepada Peleting. 24. Ruwing Tempat meletakkan benang asal yang bergulung besar sebelum digulung kepada peleting.

Kiri : Ruwing. Kanan : Rahat

25. Sesikat Diperbuat daripada besi nipis atau pelepah kabung yang disusun rapat seperti sikat. Fungsinya merapatkan serta mengemaskan jalinan benang apabila dilancarkan. lanya juga dikenali sebagai Gigi Jentera. 26. Tiang Pasong Kayu pemegang papan gulung. 27. Torak buluh Untuk melancarkan benang ke dalam Loseng supaya proses Torak kayu menenun dapat dipercepatkan. Kayu Kek (Kiak)

Papan Gulung, Ana k Kay u dan Gigi Jentera

Kek atau Kiak adalah mekanisme terpenting dalam proses menenun sutera. Setakat ini terdapat hanya dua jenis kek yang digunakan oleh para penenun iaitu :

1. Kek Siam Ukurannya agak besar dan lebih tinggi berbanding dengan kek biasa 2. Kek Biasa Kek yang lebih kecil dan rendah. Para penenun songket lebih menggemari Kek Biasa ini kerana penggunaannya lebih praktikal. Bagaimanapun kedua-dua jenis kayu Kek ini masih digunakan oleh para penenun di Pulau Keladi, Pekan.

Sejarah Tenunan

Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain. Seni tenunan adalah suatu warisan yang terus mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan Nusantara. Faktor yang mendorong perkembangan seni tenunan ini dapat disorot pada kepentingan kedudukan rantau ini dari segi geografi. Sebagai tempat persinggahan kapal yang strategik, Nusantara menjadi tumpuan utama pedagang dari Tanah Arab, India dan China. Antara barangan yang didagang ketika itu ialah kain termasuk kain tenun. Oleh sebab itu, seni tenunan di Nusantara banyak dipengaruhi dari negara-negara tersebut. Di antara tenunan yang paling terkenal ialah Songket Melayu dan Tenunan Pua peribumi Borneo. Perusahaan tenunan ini banyak dilakukan di negeri Pantai Timur khususnya di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Teknik hasil kraftangan tenunan utama yang menampakkan keseragaman tekstil Melayu. Kain tenunan beerti kain atau tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat daripada benang. Tenunan Pahang Kain tenunan Pahang dipercayai berasal daripada Sulawesi dan dibawa ke Pahang pada abad ke-16. Tokoh yang bertanggungjawab ialah Tuk Tuan atau Keraing Aji yang berketurunan Bugis dan bermastautin di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang. Dari Pahang, corak ini berkembang ke Kelantan dan Terengganu. Tenunan Pahang menggunakan alat yang dikenali

sebagai kei siam. Kedua-dua benang sutera dan benang kapas boleh digunakan. Motif utama ialah petak-petak dan jalur tegak atau melintang. Tenunan benang kapas Tenunan ini adalah tenunan biasa termasuk dalam kelompok tekstil sederhana iaitu jenis awal yang ditemui di wilayah budaya tekstil Melayu pesisir. Tekstil ini khususnya yang diperbuat daripada kapas dipakai oleh kalangan rakyat biasa. Tenunan biasa berhias corak hasil jalinan tenun benang pakan dan loseng berwarna. Pada peringkat ini, tenunan biasa masih di peringkat sederhana iaitu belum lagi diberi motif hiasan. Tenunan bercorak mula memperlihatkan keindahan khususnya apabila benang sutera atau benang emas diselit untuk mengimbangi motif jalur atau garis kecil seperti pada kain hujan emas. Hampir seluruh wilayah budaya tekstil melayu seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Riau-Siak, Sulawesi, Minangkabau, Palembang menghasilkan tenunan biasa atau tenunan becorak yang seperti ini. Tenun ialah proses mencantum atau menyilang benang-benang menjadi kain tenunan. Seni Tenunan Pahang berasal dari Bandar Diraja Pekan. Fabrik ini ditenun dengan menggunakan ek Siam . Pengenalan kepada Fabrik ini berdasarkan pada corak berjalur dan kotak atau berpetak yang terhasil dengan mengunakan pemilihan susunan pada benang Pakan dan loseng yang diubah-ubah. Seni tenunan di Pahang ini dipercayai dibawa ke Pahang pada abad ke-16 masihi dari Riau atau Sulawesi oleh pembesar Bugis bernama Tuk Tuan (Keraing Aji) . Beliau disifatkan sebagai pelopor reka corak baru dalam pemakaian kain sarung dan kain samping. Tuk Tuan sering memakai Dagang Luar dan Dagang Dalam dari bahan tenunan sutera permai yang dibawa dari Sulawesi , Acheh dan Riau. Pengetahuan dalam bidang tenunan menyebabkan ramai wanita khasnya surirumah sekitar tempat tinggalnya mempelajari cara membuat kain tenun iaitu Kampung Mengkasar , Pekan. Kewujudan dan ketokohan Tuk Tuan telah dicatatkan oleh penulis Inggeris , Dr. W. Linehendan T.J. Nerbold. Seni Fabrik yang halus dan indah ini telah mendapat sokongan golongan istana terutama Yang Mulis Tengku Ampuan Mariam. Kepermaian Sutera Tenun Pahang telah dijadi pelengkap busana juita anak-anak raja, golongan istana,orang bangsawan dan dijadikan cenderahati ke luar negara. Kini kegunaannya telah tersebar kepada golongan rakyat sebagai kain sampin, kain sarung serta dijahit untuk pakaian tradiosional. Harganya bergantung pada harga dan jenis benang yang digunakan. Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa , tenunan ikat celup dan songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik. Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa. Sementara tenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana raja-raja. Penciptaannya lebih rumit terutama dalam proses menyongket solek atau menyolek. Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain benang emas. Corak Tenun Pahang DiRaja Terdapat sebanyak 27 rekacorak dan 4 Muka Kain Tradisional antaranya :

Corak Anak Lebah Corak Tapak Catur

Corak Batang Pinang Corak Dato Mahmud Corak Jalur Biasa Corak Mengiring Corak Bunga Chengkih Corak Bunting Padi Corak Biji Peria Corak Cindai Corak Pahang Corak Limar Corak Tun Razak

Anda mungkin juga menyukai