Anda di halaman 1dari 19

1.

0 Pengenalan

Menjahit adalah salah satu bidang yang dikategorikan sebagai satu bidang yang selamat
serta mudah untuk dilakuan oleh sesiapapun dirumah. Ia juga suatu bidang perniagaan yang
membolehkan anda mendapat kewangan yang tiada batasan lagi pada zaman baru ini. Anda
cuma perlu mengetahui asas-asas menjahit untuk menjadi seorang usahawan jahitan dan perlu
menguasai kemahirannya. . Bermula daripada nenek moyang kita dari zaman dulu kala,
hinggalah kepada ibu bapa kita; ilmu menjahit langsung tidak hilang malahan telah menjadi
satu sumber pendapatan bagi sesebuah keluarga.Oleh itu ilmu menjahit merupakan satu ilmu
yang datangnya sejak dari turun-temurun

Namun begitu, pada zaman sekarang; ramai yang menyangkakan bahawa ilmu ini
merupakan satu ilmu yang remeh. Akhirnya, semakin kurang yang mengetahui cara-cara
sebenar dalam menjahit. Sebagai seorang bakal guru perlu mengetahui ilmu menjahit dan
jangan mengambil remeh terhadap ilmu ini kerana menjadi guru yang berpengetahuan dan
berkompetensi tinggi merupakan salah satu matlamat untuk pendidikan negara kita. Bagi
melatih atau mengajar kemahiran menjahit ini, projek jahitan adalah salah satu kerja kursus
yang menawarkan pembelajaran tentang kemahiran menjahit ini. Dalam membuat kerja kursus
ini iaitu kami ditugaskan untuk menyediakan sebuah artikel jahitan dengan mewajibkan
sekurang-kurangnya terdapat tiga jenis jahitan sulaman dan manik ke atas artikel tersebut.
Antara matlamat atau objektif yang ingin dicapai melalui penghasilan projek ini ialah bagi
mendedahkan pelajar kepada langkah-langkah keselamatan, kemahiran serta kebersihan
semasa menjahit, dapat membezakan fabrik dan menghasilkan sebuah artikel mudah mengikut
proses jahitan yang betul. Setiap pelajar boleh memikirkan idea masing-masing mengikut
kreativiti kerana tiada tema yang khusus.

Setelah memikirkan artikel yang ingin dibuat, akhirnya tercetusnya idea untuk menjahit
sebuah apron kerana mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya bagi pelajar Reka Bentuk dan
Teknologi, RBT ini. Hal ini kerana, pelajar RBT mempunyai silibus tentang masakan yang
memerlukan apron untuk kendalikan pengajaran dan pembelajaran. Setelah menjalankan
projek ini, rekod maklumat tentang penghasilan perlu dibuat dengan menyediakan laporan dan
perlu dinilai oleh pensyarah. Diharap, artikel ini dapat menepati kehendak projek ini.
2.0 Lakaran Dan Huraian Artikel Jahitan

2.1 Lakaran apron berserta ukuran

apron hadapan
2.2 Huraian Artikel Jahitan

Apron yang dihasilkan adalah mudah dan ringkas. Lakaran dibuat dengan cetusan idea
daripada sumber internet, pandangan rakan-rakan dan pensyarah serta pendapat sendiri. Lakaran
dibuat dengan menggunakan lakaran bebas iaitu menggunakan lukisan tangan. Merujuk lakaran
yang dilukis, terdapat hanya satu poket pada bahagian pinggan apron. Manakala, poket tersebut
dihiasi dengan jahitan manik dan sulaman yang dapat menjadi daya tarikan kepada apron
tersebut. Apron ini digunakan untuk menghalang daripada terkena benda atau bahan masakan
pada baju semasa menjalankan aktiviti masakan. Ukuran bagi pola apron ini mengikut ukuran
badan saya sendiri dan dicatat pada jadual ukuran. Bantuan daripada rakan digunakan untuk
mengukur ukuran badan bagi memastikan ukuran tepat dan lebih mudah.

Tema beg ini ialah bermotifkan taman flora dimana terdapatnya fauna seperti rama-rama
yang hadir di kalangan bunga tersebut. corak pada kain kapas yang berbunga halus menunjukkan
taman flora dan corak jahitan manik bunga pada bahagian tengah menyebabkan menjadi tarikan
utama kepada individu lain tentang apron tersebut. bahagian poket menggunakan kain cross
stitch dengan jahitan insang pari menyerlahkan dan menampakkan unsur kontra dalam pemilihan
corak. Warna yang dipilih ialah warna pestel menyejukkan mata dan berasa tenang apabila
berada di dapur untuk memasak. Warna lembut sepert biru muda, putih, ungu dan sebagainya
membuatkan pemikian kita menjadi tenang bukan saja sangat menarik serta sangat serasi. Kain
kapas yang digunakan ialah kerana sifat kain kapas yang tahan haba dan sangat sejuk dan selesa
kepada pemakai membuatkan kesesuaian untuk dijadikan apron yang selesa dipakai.

Bagi melengkapkan tugasan ini, tiga jahitan atau lebih perlu dijahit pada artikel dan
meletakkan hiasan manik. Oleh yang demikian, beberapa jahitan sulaman dipilih untuk
mencantikkan apron pada bahagian poket dan dicampurkan dengan jahitan manik. Antara jahitan
yang dirangkumi ialah jahitan rantai bagi batang okok, jahitan kia bagi mengemaskan kelepet
poket, jahitan insang pari untuk melekatkan dua fabrik dan memberi corak kepada tepi poket serta
jahitan suji bilang yang digunakan untuk membentuk seekor rama-rama yang berada dicileh
pokok-pokok bunga yang dijahit dengan gabungan labuci dan manik. Renda pada bahagian atas
dan bahagian bawah membuatkan apron kelihatan feminin dan menaikkan unsur kekemasan.
Selain itu, clip beg digunakan sebagai bahan kitar semula yang diambil pada beg yang telah rosak.
Kegunaannya ialah untuk melaraskan panjang tali bagi memastikan pemakai selesa dan laraskan
tahap labuh apron tersebut.

Pada mulanya saya ingin menggunakan kun untuk menjadikan tali pengikat apron tetapi untuk
mencantikkan lagi apron tersebut, fabrik lebihan digunakan untuk dijadikan tali pengikat apron.
Kun digunakan sebagai pengemas tepi apron menjadikan apron mempunyai sempadan tepi.
Jahitan dimulakan dengan menjahit sulaman kerana sulaman mengambil masa yang lama untuk
disiapkan. Pada mulanya, kesukaran dihadapi apabila memasang renda kerana renda tidak
berkedut dengan betul. Penetasan terpaksa dijalankan berulang kali untuk mendapatkan hasil
yang cantik. Namun kesukaran dapat diatasi dengan kesungguhan dan semangat untuk
menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali apron yang telah siap dikemaskan tepinya yang berbulu
menggunakan gunting pucuk rebung.
3.0 Fabrik dan Bahan

3.1 Jenis fabrik yang digunakan

Bil Nama fabrik Catatan


1 Kain kapas bercorak  Digunakan pada bahagian
badan apron
 Digunakan sebagai tali apron

2 Kain cross stitch  Digunakan pada pokot apron


yang dihias dengan jahitan
manik dan sulaman kerana
memudahkan kerja-kerja
menyulam disamping
mempelbagaikan tekstur dan
fabric
Jenis fabrik kapas (bercorak flora)

Pokok kapas banyak terdapat di Russia, Amerika Syarikat, Negara India, China, dan Mesir.
Pokok kapas mempunyai tinggi lebih kurang satu hingga satu setengah meter. Pada peringkat
awal, bunganya berwarna kuning muda dan seterusnya selepas tiga hari bunga akan menjadi
merah dan gugur meninggalkan lenggai atau buah kapas.

Kekukuhan Kekenyalan
Penyerapan lembapan
Kotoran mudah Pakaian mudah renyuk
Penyerapan berlaku
ditanggal dan bertambah dan tidak kenyal dengan mudah dan
kukuh apabila diserap air
selesa dipakai

Ciri-ciri gentian kapas

Tindakan asid
asid hidroklorik dan asid Pengalir haba
sulfuric akan Pengalir haba yang baik
merosakkan fabrik
3.2 Bahan-bahan yang digunakan
Bil Nama bahan Catatan
1 Benang sulam Membuat sulaman pada
poket atau artikel

2 Manik pelbagai bentuk Digunakan untuk menghias


sulaman yang telah dibuat
seperti menjahit manik labuci
Bunga dan daun.

3 Labuci Digunakan untuk


mencantikkan lagi artikel
4 Kun kapas Untuk mengemaskan tepi
apron

5 Renda Untuk perhiasan pada


bahagian atas dan bawah
apron

6 Clip beg Untuk melaraskan tali pada


leher apron
4.0 Pengekosan

4.1 Pengiraan kos bahan


Bil Bahan Kuantiti Harga seunit Jumlah
(RM) (RM)

1 Kain kapas bercorak 1 meter 1 x 5.00 5.00

2 Kain cross stitch 1 1 7.50


𝑚𝑒𝑡𝑒𝑟 × 30
4 4

3 Benang sulam 5 jenis warna 5 x 0.80 4.00

4 Manik pelbagai bentuk 3 jenis 3x 1.80 5.40

5 Labuci 1 jenis 1 x 1.00 1.00

6 Kun kapas 2 paket 2 x 2.00 4.00

7 Renda 2 meter 2 x 0.70 1.40

8 Clip beg 1 - -

Jumlah 28.30

4.2 Pengiraan Kos Upah

Kos Upah
Bil Kepakaran Upah seorang/ Upah mengikut Jumlah harga
jam (RM) bilangan jam (RM)
(RM)
1 Membuat pola 3.00 1 1.50
2
× 3.00

2 Menjahit 3.00 3 x 3.00 9.00


3 Menjahit manik dan sulaman 4.00 4x 4.00 16.00
Jumlah 26.50
4.3 Pengiraan Kos Sampingan
Kos sampingan
Bil Perkara Jumlah (RM)
1 Elektrik 1.00
2 Jahitan kemas tepi -
Jumlah 1.00

4.4 Kos Artikel


Kos bahan + kos upah + kos sampingan = jumlah kos kseluruhan
RM28.30 + RM26.50 + RM1.00 = RM55.20
5.0 Langkah menjahit artikel jahitan

Langkah 1: Lakaran Idea

1. Meembuat cetusan idea dengan mencari maklumat artikel dalam internet dan perkongsian
pendapat.
2. Memilih dan menyusun idea supaya dapat memilih artikel yang terbaik. Apron dipilih
sebagai artikel kerana memenuhi keperluan.
3. Memilih kombinasi warna, tema dan cadangan inovasi terhadap cetusan idea.

Gambar cetusan idea lakaran apron

Lakaran awal cetusan idea


Langkah 2: Menyatakan ukuran atau dimensi apron

1. Membuat ukuran badan untuk menjadikan garis panduan tentang saiz apron.
2. Memindahkan ukuran badan pada lakaran.

Ukuran badan
Melintang

Bahagian anggota badan Ukuran badan

Lebar bahagian punggung cm

Leher cm

Dada cm

Pinggang cm

Menegak

Bahagian anggota badan Ukuran badan

Dada ke atas lutut cm

Lengan ke atas lutut cm

Dada ke Pangkal lengan cm


Melakar dan membuat pola

Asas pertama untuk memulakan jahitan ialah menentu pakaian atau apron yang akan
dijahit dan lakaran apron tersebut dengan memaparkan saiz sebenar. Bagi jahitan ini, apron
merupakan pemilihan jenis artikel yang akan dijahit dan meneruskan perancangan jahitan
dengan melakar apron secara pandangan hadapan

Selepas lakaran,proses pengukuran badan adalah sangat penting bagi mengambil


sukatan bagi bentuk dan saiz badan pemakai.Sebelum mengambil ukuran pastikan individu
yang hendak diukur mesti berada di kanan kita.Seterusnya individu tersebut tidak memakai
pakaian tebal bagi mengelak ukuran yang diambil tidak tepat dan individu tersebut berdiri
tegak.Pastikan ukuran yang diambil ialah dalam unit centimeter.

Ukuran yang perlu didahulukan ialah ukuran ke arah melintang .Daripada arah
melintang kita dapat mengukur leher, hadapan dada, keliling pinggang dan keliling
punggung.Pastikan ukuran yang diambil itu dicatat di dalam kertas dalam unit cm.Kemudian
mengambil ukuran badan ke arah menegak ialah panjang dada ke pangkal lengan dan labuh
apron iaitu dari dada ke bahagian atas lutut.
Langkah 3: penyediaan barang

1. Semua bahan diperlukan perlu disediakan terlebih dahulu.


2. Antara bahan yang diperlukan ialah :

Bil Bahan Kuantiti

1 Kain kapas bercorak 1 meter

2 Kain cross stitch 1


𝑚𝑒𝑡𝑒𝑟
4

3 Benang sulam 5 jenis warna

4 Manik pelbagai bentuk 3 jenis

5 Labuci 1 jenis

6 Kun kapas 2 paket

7 Renda 2 meter

8 Clip beg 1

3. Bahan-bahan diperlukan diambil daripada bilik bekalan keperluan jahitan dengan kuantiti
yang ditetapkan.

Langkah 4: Membentang fabrik serta memotong kain

1. Ira kain dibetulkan dan kain dilipat dua dan diukur terlebih dahulu menggunakan pola untuk
menyeimbangkan antara bahagian kiri dan kanan.
2. Pin disemat antara kain dan pola bagi memastikan ukuran tepat dan tidak beralih.
3. Kain dipotong mengikut pola yang disediakan tanpa baci kerana ingin menggunakan kun
untuk menjahit tepi kain.
4. Kain kapas bercorak dipotong panjang kira-kira 60cm untuk dijadikan tali pengikat apron dan
tebalnya 2 inci.
5. Selain itu, potong kain cross stitch mengikut pola poket untuk membuat poket apron.
Rajah menunjukkan fabric digunting bersama pola

Langkah 5: membuat sulaman dan menjahit manik pada bahagian poket apron

1. Lakar corak sulaman menggunakan kapur. Tema flora telah dipilih. Oleh itu, bentuk rama-
rama dan bunga menjadi motif kepada hiasan sulaman dan manik.
2. Antara jahitan sulaman yang digunakan ialah:
 Jahitan suji bilang
 Jahitan rantai
 Jahitan kia
 Jahitan insang pari

Gambar menunjukkan jahitan suji


Gambar menunjukkan jahitan suji
bilang
bilang
Gambar sulaman yang hampir siap

Langkah 6: menjahit apron

1. Menjahit tali untuk dipasangkan pada apron


2. Menjahit kun pada bahagian tepi kain apron
3. Menjahit renda pada bahagian atas dan bawah apron
4. Menjahit untuk memasang tali pada apron
5. Mengemaskan tepi kain apron menggunakan gunting pucuk rebung

Langkah 7: Menjahit kain cross stitch pada apron

1. Kudua-dia kain dilekatkan menggunakan jahitan insang pari.

Langkah 8: kemasan

1. Benang-benang lebihan jahitan pada apron digunting dan dikemaskan


2. Cuba pada badan sendiri supaya ukuran tepat dan selesa dipakai.
3. Laraskan clip pada bahagian leher apron untuk menguji berfungi atau tidak berfungsi.
4. Kemasan terakhir ialah dengan memastikan tempat kerja iaitu atas meja dan lantai bersih
daripada bahan lebihan dan tidak menyusahkan orang lain.
5. Artikel jahitan siap
Gambar 1: apron yang telah Gambar 2: apron yang telah
siap pada bahagian hadapan siap pada bahagian belakang.
Melakar apron untuk dijahit
dalam sudut pandangan
hadapan.

Mengukur badan

Mendraf variasi pola apron

Membentang fabrik serta


memotong kain

menjahit apron dan membuat


sulaman bagi poket dan kemasan
Refleksi
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdullilah saya berasa bersyukur
ke atas hadrat ilahi kerana Dia masih mengurniakan kehidupan yang baik terhadap
saya. Tanpa keizinan dia saya mungkin belum menyempurnakan lagi kerja kursus ini.
Di sini saya mahu melafazkan rasa terima kasih kepada penasihat kerja kursus kami
iaitu Dr. Hajah Sarimah binti Abd Razak kerana sepanjang saya melaksanakan kerja
kursus ini dia tidak pernah jemu menolong kami bahkan memberi petunjuk kami agar
mempertingkatkan kualiti saya.

Malah saya mahu melafazkan penghargaan kepada kawan-kawan saya .Ibarat


ringan sama dijinjing, berat sama dipikul,peribahasa ini sesuai menggambarkan
kawan-kawan saya membantu saya sepanjang kerja kursus ini.Selain pensyarah
sebagai rujukan, kawan saya turut menjadi rujukan kerana mereka lebih memahami
daripada saya. Pada masa yang sama kami berbincang dan berkongsi pendapat
supaya kerja dihasilkan lebih tepat dan berkualiti.

Tugasan ini memberi cabaran kepada saya untuk menyiapkan dalam masa yang
diberikan kerana terlalu banyak kerja perlu disiapkan dalam satu masa. Selain itu,
syarat yang ditentukan iaitu perlu sekurang-kurangnya mempunyai tiga jenis jahita
sedikit sebanyak menggusarkan hati kerana tidak punya pengalaman menjahit
sebelum ini. Namun dengan tunjuk ajar daripada pelbagai pihak. Saya bersyukur
kerana akhirnya dapat menyipkan tugasan ini dengan bantuan mereka dan banyak
ilmu yang dipelajari daripada kerja kursus ini.

Akhir sekali saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan
keluarga saya kerana menyuntik semangat dan dorongan ketika saya menyelesaikan
kerja kursus ini.
Rujukan

Mohamed Jalal Ahmad.Asas Merangka Pola Pakaian. (2005). Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Roba’ayah Hj Abd Wahab, Susan Manikam. (2010).Panduan Sains Rumahtangga. Modul Reka
BentukDan Teknologi. PPG, Bahagian Pendidikan Guru. Edisi Percubaan Modul Pembelajaran
Rekaan Dan Jahitan Pakaian. PusatPerkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Asra Shamsudin, Betty Lim, Foziah Buang (2007). Ekonomi Rumahtangga Fokus Jingga SPM. Pelangi:
Kuala Lumpur.

Azmawati Abdul Aziz, Zaitun Zakian Mohd Noor dan Lamah binti Abdul Ghani (2002). Pengurusan
Pakaian Tingkatan 4, Bahan Sumber Pengajaran. Edu SysremSdn Bhd: Kuala lumpur

Noor Habibah Hassan Othman, Faudziah Md Din dan Zahrah Esa (2017). Pengajian Pakaian Tingkatan
5. Edu System Sdn Bhd: Kuala Lumpur.

Mariam Abu Bakar (2004) Panduan Membuat Pakaian, Panduan Lengkap LangkahDemi Langkah
Teknik menjahit: Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai