Anda di halaman 1dari 16

2.

3 PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK INDIA

Rajah 1: Contoh Pakaian Tradisional Kaum India

Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya


pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga
keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna
terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-
batu permata.

Kaum India mempunyai beragam budaya dan tradisi yang seolah tidak pernah
habis bila dikupas satu per satu. Pakaian tradisional bagi wanita, mereka masih
mempertahankan tradisi mereka dengan memakai pakaian Sari. Mereka tidak hanya
mengenakan pakaian tradisional saat acara adat tetapi juga pada keseharian mereka.
Mereka tampak cantik dengan mengenakan pakaian Sari dan rambut dihiasi bunga
melati dan rambut ditata rapi.

Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban


manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita
remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau
choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan
salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan
sulaman benang emas dan labuci.

2.3.1 JENIS-JENIS PAKAIAN TRADISIONAL BAGI LELAKI

Kaum Lelaki

1.

Rajah 2: Kurta Pyjama

Kurta Pyjama merupakan pakaian yang dipakai oleh masyarakat India


lelaki. Material yang digunakan adalah menggunakan kain satin di
pergelangan tangan dan di lutut. Kurta ini juga digayakan dengan seluar
panjang dengan menggunakan kain satin juga. Kurta Pyjama biasanya
dipakai di seluruh India dalam kegiatan seharian , acara perayaan dan
upacara adat.

2.

Rajah 3: Dhoti

Dhoti merupakan pakaian tradisional orang lelaki dalam kaum


India. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain
tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian
disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik
kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar
atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti. Dhoti juga
merupakan hasil tenunan yang ditenun menggunakan benang kapas dan ada
juga dhoti yang ditenun khas dengan benang silk. Pemakaian dhoti juga
mempunyai pelbagai cara. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari
perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan
pakaian tersebut.
3.

Rajah 4: Sherwani

Sherwani adalah pakaian seperti jubah panjang yang dipakai


oleh kaum lelaki. Sherwani memiliki hiasan bercirikan halusan jahitan
benang-benang emas di bahagian dada. Pakaian Sherwani ini biasanya
dipakai semasa acara-acara rasmi.
4.

Rajah 5: Kurta

Kurta merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum India.


Kurta merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat
daripada kain kapas atau lime dan sutera. Kurta selalunya dipadankan
dengan seluar longgar atau seluar churidar. Kurta selalunya dipakai ke
majlis-majlis rasmi seperti perkahwinan.
Kaum Wanita

1.

Rajah 6: Sari

Sari ialah sehelai kain berukuran lima hingga enam meter yang
tidak dijahit dan dipakai oleh golongan wanita di India. Perkataan sari
berasal dari perkataan Prakrit ‘Sattika’ seperti yang dinyatakan dalam
sastera agama Jain dan Buddha awal. Sejarah pakaian India
mengembalikan sari ke tamadun Lembah Indus yang berkembang pada
2800 SM hingga 1800 SM di sekitar bahagian barat India.

Sari dan agama Hindu mempunyai kaitan yang rapat.


Dipercayai bahawa kain yang tidak dijahit seperti sari dan dhoti ialah
pakaian yang suci untuk penganut agama Hindu. Ini kerana dahulunya
sari hanya dipakai semasa upacara keagamaan. Namun, sari telah
menjadi pakaian harian untuk kaum perempuan India terutamanya
pada musim perayaan dan majlis tertentu.

Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai


berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini
lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan.
Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih
suka bercorak tumbuh-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka
bercorak haiwan. Selain itu, untuk menjadikan si pemakai kelihatan
menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai
jenis manik yang berkilat bagi menyerlahkan lagi kecantikan si
pemakainnya.

2.

Rajah 7: Salwar Kameez

Salwar Kameez atau dikenali sebagai Baju Punjabi merupakan


pakaian tradisional yang popular dalam kalangan wanita di utara India.
Pakaian ini terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan
seluar panjang yang longgar atas tetapi semakin mengecil di bawah
kakinya. Wanita india juga gemar memakai dupatta di bahu mereka
ketika memakai Salwar Kameez.
3.

Rajah 8: Sari Masyarakat India -Brahmin

Kaum India juga mempunyai beberapa kaum. Pakaian sari yang


digayakan oleh mereka adalah berbeza sedikit berbanding kaum Tamil.
Masyarakat Brahmin adalah masyarakat yang masih mengekalkan sifat
dam adat tradisional contohnya dari segi pakaian. Walaupun di era
globalisasi ini, mereka masih menggayakan pakaian ini semasa hari
perayaan dan upacara tarian tradisional. Material yang digunakan oleh
pakaian sari ini ialah menggunakan kain sari sutera tulen. Oleh kerana
itu, jika dilihat kain sari mempunyai material yang sangat berkualiti
dan bersinar.
2.3.2 JENIS-JENIS KAIN SARI

1. Sari Kasual
2. Sari Kapas
3. Sari Perkahwinan
4. Sari Renda
5. Sari Sutera Tulen
6. Sari Cotton
7. Sari Makan Malam
8. Sari Tisu
9. Sari Gorget
10. Sari Sutera Kaanje

2.3.3 UNSUR SIMBOLIK SEBALIK SARI

Kita sering melihat kaum India memakai sari dalam pelbagai warna.
Pandangan pertama, kita tidak memikirkan tentang makna di sebalik warna
sari yang dipakai oleh mereka. Selepas penyelidikan dilakukan, sebenarnya
warna sari yang dipakai tersebut membawa makna yang tersirat. Dalam
kalangan kaum India, seorang gadis akan mula memakai sari apabila dia
meninggalkan alam kanak-kanak dan memasuki alam remaja pada usia 12
tahun. Pemakaian sari pada kali pertama ini melambangkan pengiktirafan
masyarakat terhadap gadis berkenaan sebagai sudah dewasa. Sari berfungsi
sebagai bentuk komunikasi tanpa lisan. Mesej tertentu berupaya disampaikan
oleh pemakai sari berdasarkan warna dan corak kain, cara pemakaian, jenis
kain dan tempat sari dipakai. Warna, fesyen dan corak blaus juga mempunyai
pengertian tersirat. Secara konvensional, sari putih melambangkan
pemakainya adalah seorang balu. Si pemakai secara automatik dianggap
sebagai golongan yang sudah merasai segala nikmat dan derita hidup dan kini
menunggu masa untuk kembali menemui Tuhan. Kebiasaannya si pemakai
sari putih akan diberi tempat khas dalam masyarakat, dihormati dan
dikasihani.

Manakala, sari yang panjang sehingga menutup seluruh bahagian kaki


merupakan cara pemakaian yang dianggap sopan dan sesuai untuk dipakai
semasa upacara rasmi seperti perkahwinan atau agama. Tambahnya lagi,
perbezaan pemakaian sari turut dapat dilihat melalui jenis kainnya juga.
Contohnya pengaruh filem Bollywood yang popular di seluruh dunia telah
membawa kesan yang signifikan kepada citarasa perempuan muda kini
terhadap pemakaian sari.

2.3.4 AKSESORI

Rajah 9: Contoh Aksesori yang digayakan

Seperti yang dilihat, aksesori pada pakaian wanita sahaja yang


mempunyai aksesori. Kaum india amat gemar menggayakan pakaian bersama
barang kemas.

Oleh itu, warisan pemakaian sari telah memberi pengaruh


terhadap warisan yang lain. Dalam pemakaian sari, barang perhiasan
tambahan dipakai oleh si pemakai bagi tampak lebih menonjol. Antara barang
perhiasan yang dipakai bersama-sama sari ialah cincin, cucuk sanggul dan
dokoh.

Contohnya, pemakaian cucuk sanggul goyang yang dipakai


ketika memakai sari juga dipakai oleh kaum Cina. Selain itu, orang
India juga memakai dokoh yang menggantikan kalungan bunga malai
yang lazimnya dipakai ketika menari tarian India dengan memakai sari.
Orang Melayu pada zaman dahulu mempunyai persamaan budaya
dengan kaum India kerana mereka juga mengamalkan adat memakai
dokoh ketika itu. Warisan pemakaian sari bukan sahaja dipakai oleh
kaum India, malah ia telah memberi pengaruh secara tidak langsung
terhadap budaya kaum lain. Hal ini membuktikan bahawa sari
merupakan warisan sepanjang zaman yang masih dan akan terus
berkekalan.

2.3.5 TEKNIK PEMAKAIAN SARI & DHOTI

Cara pemakaian Dhoti ialah kain sutera tulen itu dililit di bahagian
pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu.

Cara pemakaian Sari yang paling popular kini adalah gaya Nivi. Gaya
ini berasal daripada selatan India dan rata-rata kaum India di Malaysia turut
mengenakan gaya ini. Si pemakai harus mengenakan coli dan petticoat
terlebih dahulu, yang coli merupakan pakaian dalam wanita yang dipakai
untuk menutup bahagian dada wanita. Manakala petticoat pula ialah kain
dalam yang dipakai sebelum memakai sari. Kemudian, sisipkan hujung sari
yang tidak bersulam ke dalam petticoat di sebelah kiri badan.

Sari harus menyentuh kaki, tetapi pastikan juga ia tidak menganggu


sewaktu berjalan. Lakukan beberapa pusingan Sari dikeliling pinggang dan
membawa lebihan kain tersebut ke sisi kanan. Seterusnya buat lipatan, sama
ada ia lipatan kecil atau besar, bergantung kepada keselesaan dan gaya yang
diingankan. Gabungkan kesemua lipatan dan sisipkan lipatan tersebut ke
dalam bahagian depan petticoat. Akhir sekali, ambil lebihan mundani dan
tebarkan di bahu kiri pemakai. Mundani yang ditebarkan di bahu kiri
menunjukkan bahawa pengaruh cara pemakaiannya berasal dari bahagian
selatan India.
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis pakaian tradisional bagi etnik India dan
sebalik pakaian tradisional itu mempunyai cara untuk memakainya,, unsur simbolik dan
aksesori untuk digayakan Bersama. Sehubungan dengan itu, masyarakat India sangat
mementingkan pakaian tradisional mereka daripada zaman dulu sehingga zaman sekarang.
Buktinya, dalam kehidupan seharian mereka juga memakai pakaian tradisional terutamanya
bagi golongan wanita.

References
Fitinline. (2019). Tak hanya sari, berikut 13 jenis pakaian tradisional india yang belum kamu
tahu. Fitinline, 1.

Pratama, F. (2017). Selain Sari, Inilah Pakaian Tradisional India yang Jarang Kamu Tahu.
Yukepo.com, 1.

Tamboo, T. K. (2009). 10 jenis sari yang anda perlu tahu sebelum sambutan Deepavali esok.
Berita Awani, 1.
IN VIDEO:

SEJARAH/ASAL USUL PAKAIAN TRADISIONAL INDIA

 Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya


gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-
Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs.
 Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan
kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga
batu-batu permata.

JENIS-JENIS PAKAIAN TRADISIONAL INDIA

KAUM LELAKI

 Kurta Pyjama
 Dhoti
 Sherwani
 Kurta

KAUM WANITA

 Sari
 Salwar Kameez
 Sari Brahmin (etnik)

JENIS-JENIS KAIN SARI

1. Sari Kasual
2. Sari Kapas
3. Sari Perkahwinan
4. Sari Renda
5. Sari Sutera Tulen
6. Sari Cotton
7. Sari Makan Malam
8. Sari Tisu
9. Sari Gorget
10. Sari Sutera Kaanje

UNSUR SIMBOLIK SEBALIK SARI

 warna sari yang dipakai tersebut membawa makna yang tersirat.


 Pemakaian sari pada kali pertama ini melambangkan pengiktirafan
masyarakat terhadap gadis berkenaan sebagai sudah dewasa.
 Sari berfungsi sebagai bentuk komunikasi tanpa lisan. Mesej tertentu
berupaya disampaikan oleh pemakai sari berdasarkan warna dan corak
kain, cara pemakaian, jenis kain dan tempat sari dipakai.
 sari putih melambangkan pemakainya adalah seorang balu.
 sari yang panjang sehingga menutup seluruh bahagian kaki merupakan
cara pemakaian yang dianggap sopan dan sesuai untuk dipakai semasa
upacara rasmi seperti perkahwinan atau agama.

AKSESORI

 Cincin
 Cucuk Sanggul
 Dokoh
 Anting-anting
 Gelang tangan
TEKNIK PEMAKAIAN SARI & DHOTI

DHOTI

 kain sutera tulen itu dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah
paha dan kemudian disangkukan pada bahu.

SARI

 Si pemakai harus mengenakan coli dan petticoat terlebih dahulu, yang


coli merupakan pakaian dalam wanita yang dipakai untuk menutup
bahagian dada wanita.
 Petticoat pula ialah kain dalam yang dipakai sebelum memakai sari.
 Sisipkan hujung sari yang tidak bersulam ke dalam petticoat di sebelah
kiri badan.
 Sari harus menyentuh kaki, tetapi pastikan juga ia tidak menganggu
sewaktu berjalan. Lakukan beberapa pusingan Sari dikeliling pinggang
dan membawa lebihan kain tersebut ke sisi kanan.
 Seterusnya buat lipatan, sama ada ia lipatan kecil atau besar,
bergantung kepada keselesaan dan gaya yang diingankan.
 Gabungkan kesemua lipatan dan sisipkan lipatan tersebut ke dalam
bahagian depan petticoat.
 Akhir sekali, ambil lebihan mundani dan tebarkan di bahu kiri
pemakai.

Anda mungkin juga menyukai